Wednesday, April 27, 2011

Hutang vs Tunai



Sebut pasal hutang..mesti terbayang kad kredit....paling fobia kau dengar nama tue...dalam sejarah hidup aku kat bumi, tak pernah lagi la aku ada kad kredit..kad bank banyak la..tapi duitnya nan ado la...hahahhaha


Aku paling takut kalau sebut pasal hutang. Kalau boleh semua barang nak bayar tunai..NO hutang-hutang ye. Dari bujang sampai dah kahwin, semua peralatan kat rumah nie di beli secara tunai. 



Aku start beli barang dan keperluan rumah waktu dok menyewa bujang. Duduk dengan sorang kakak nie. Masuk cuci kaki jer...Semua dah lengkap dalam rumah tue. Cuma takde mesin basuh jer...terpaksa la kerah sikit kudrat nie membanting tulang basuh secara manual.



Berangan ala-ala basuh baju tepi sungai la kan...
(kredit to mr google)


Sekali kakak tue buat keputusan mengejut, nak pindah. Mana plak aku nak pergi....Aku tak g mana pun, still dok kat umah tue lagi, cuma terasa hazab la sekejap. Nak kena kumpul barang rumah semula. Sekali rembat barang rumah, abis la gaji aku sebulan. Masa tue Carrefour tengah famous, semua barang aku rembat kat situ. Dari peti sejuk, TV cap ayam, pinggan mangkuk, periuk belanga. Mujur la katil & tilam tue, kakak tue sedekah kat aku. 


Siapa kata kita perlu berhutang nak beli semua tue. Beli peti sejuk tak nak mengalah, nak berjenama jer..aku rembat Samsung la. TV plak, nak rembat yang mahal tak mampu, rembat jenama CC - paling femes masa tue (nie aku rasa dah takde dalam pasaran sekarang), , pinggan mangkuk beli yang set punya. Periuk plak beli yang kecik2 jer, ala yang beli satu percuma 3....


Kos untuk lengkapkan satu rumah masa tue baru RM 1000 hinggit...hehehehhe...Tak perlu berset sofa bagai, baring jer kat lantai kalau nak tengok tv...


Semua barang-barang tue sampai sekarang ada lagi dan masih berjasa kat aku sefamily. 


Bagi aku la kalau berkemampuan, baik la beli barang secara tunai jer. Secara hutang nie memang membebankan kita. Belum lagi kos yang tersembunyi. Kita tak tau esok lusa apa nak jadi ngan kita. Buat kita dah tak berdaya, maunya lori2 datang angkut balik barang yang tak dapat di bayar tue...


Cuma kereta jer la aku tak mampu nak beli secara tunai lagi. Tinggal lagi beberapa tahun jer hutang ngan bank. Insya-allah mudah-mudahan segala hutang piutang kereta dapat settle gak..Tapi aku tapik spring la saper yang mampu beli kereta baru secara tunai nie. Kalau kereta second mungkin ada gak yang mampu beli secara cash tapi kena beringat gak, kos kerosakan kereta second yang akan kita tanggung di kemudian hari.


So beringat la sebelum buat HUTANG



Yang masih bujang tue, boleh la start kumpul harta dari sekarang. Untuk kemudahan kemudian hari...



Perahan Otak : Tali Barut Comey


Hari yang Sejuk



Selamat pagi....


Sejuk giler la pagi nie..dah rasa macam nak demam plak...Ntah pukul berapa la hujan. Bangun-bangun tengok hujan tengah lebat, apa lagi sambung tido balik la. Pukul 7.30 baru terkial-kial nak gosok baju la, nak mandi la. Nak keluar rumah satu hal plak, hujan tak berhenti la...redah je la...


Ni dah kali ke berapa ntah asyik menguap jer nie...kang ada gak yang terbongkang kat pejabat nie...hehehehhe



Setan tengah bancuh gam gajah..nak tampal kat mata aku la tue...
(kredit to mr google)



Ok la...setan dah tarik kelopak mata dah nie...bos plak takde kat opis..layan tido best gak pagi nie...hahahahha



Perahan Otak : Tali Barut Comey

Monday, April 25, 2011

Apa sudah jadi dengan FACEBOOK



Aduh tension giler..apa dah jadi dengan Facebook aku nie...aku nak post la entri terbaru kat situ...memang kesengalan terserlah ari nie...


Tengok apa sudah jadi...ggrrrrrrrrr




Rasa nak bakor jer Facebook nie.....

My Life’s Story Blog First Giveaway



Dalam mood kelaut pun ada hati nak join GA gak..nie semua gara-gara terpengaruh masa BW kat umah kak eza la nie...




Nie first time la aku terjah situ..nak story apa erk pasal tuan punya blog nie. Aku rasa blog yang ringan sebab cepat jer loading. Pastu simple dan tak serabut mata aku bila masuk situ.....


Tak la kot terlalu kontot aku punya ayat nie ye...hehehehhe


Ok la masa untuk TAG korang plak



Korang pun leh join gak...just KLIK SINI ye



Perahan Otak : Tali Barut Comey

Sindrom Wanita Hamil



Selamat petang...dah petang baru dapat nak jengok blog...keja banyak giler...


Ntah bila la keja nak abis nie....Nak update tapi tak tau nak tulis apa plak...Otak tengah blank giler...


MOOD pun adalah kelaut...bukan ke sungai la dah...


Sekarang sejak pregnant nie..banyak betul la benda yang aku boleh buat dulu dah tak suka sekarang..


Tak boleh tengok perempuan hamil : kalau aku tengok nie, confirm la aku rasa macam nak pitam jer..tambah-tambah yang dah perut besar tue...


Tak suka makan ayam : nie alergik abis dah nie. Tengok ayam pun nak muntah. Lagi la kat TV selalu keluar iklan KFC, tue pun tak boleh tengok gak..Jangan la sebut segala makanan yang berasaskan ayam..memang nak muntah dengar. Masa pregnant photographer tegar dulu, nasi ayam la favourite aku tiap2 hari. Sekarang tidak lagi...huhuhuhu


Bau arnab : sensitif ngan bau arnab yang kitorang bela...rasanyer nak kena transfer arnab ke rumah lain dulu la..


Tak suka bau minyak : segala jenis minyak la. Minyak masak lagi la...dapur dah tak berasap sekarang. Minyak wangi memang dah tak sentuh langsung. Lantak la orang cakap bau apa kat aku, janji takde bau minyak wangi...


Suka tidur : kalau boleh 24/7 nak tidur jer. Bangun makan, tido, makan tido....nikmat betul la..pantang baring jer, confirm akan terlelap je la


Apple jus : favourite terkini. mesti akan order air nie tiap kali g kedai makan...dulu tak suka, sekarang kalau tak dapat rasa macam tak lengkap jer makan...


Muntah : perkara wajib bila bangun tidur mesti buat. sebelum makan kena muntah dulu, kalau tak memang tak boleh telan la makan lain. 


Pemalas : nie memang dah tahap kritikal la..semuanya aku malas nak buat. Baju tue kalau boleh seminggu sekali jer basuh. Kain yang dah diangkat, selagi tak macam gunung, selagi tue la tak lipat. Baju keja terpaksa iron la, takkan nak pakai baju berkedut kot. Tapi bercinta gak la nak iron baju tue semua.


Agak-agak korang atau wife pernah tak mengalami sindrom nie semua?????


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Friday, April 22, 2011

Bayar Bil Melalui Internet



Tengok la..bila dah rajin membaca surat khabar, abis la semua info aku nak kongsi kat sini...apa orang kata sekarang "sharing is caring"...hehehehehhe


Kaji selidik pengguna eCommerce Visa 2010 mendapati kebanyakan pengguna internet di Malaysia kini kerap membayar bil mereka atas talian kerana kaedah pembayaran secara elektronik lebih menyenangkan dan fleksibel berbanding wang tunai dan cek

Kredit : berita harian


Jom kita check kenapa la orang kita sekarang rajin bayar bil melalui internet jer :


  • Malas beratur panjang : kejadian nie selalu la berlaku kat Pejabat Pos. Tambah-tambah kalau awal bulan, time kita nak bayar bil...time tue la ramai berpusu-pusu nak bayar gak. Kalau kat pejabat pos tue letak kerusi takpe la gak. Kalau yang takde kerusi. Maunya kematu kaki dok berdiri. Kalau pejabat pos yang baik hati plak, disediakan kerusi tapi tak sampai 20 kerusi. Apa kes....Kalau yang warga emas tue...lagi la kesian nengok nyer.
 
  • Buang minyak kereta jer : nie bagi yang kedekut nak mampus la. Kalau tempat nak bayar bil dekat takpe la. Nie nak kena g terjah kat bandar yang jauhnya 30km baru dapat bayar.

  • Parking kereta : kalau tempat parking free, memang berbaloi la g bayar bil tapi kalau sekali masuk RM 3.00. Tue baru sejam pertama kalau setengah jam kemudian + RM 1.00. Pastu nak kena mencangok 3-4 jam tunggu turn sampai. Memang parah la.

  • TV : ada ke tempat bayar bil boleh tengok tv. Kalau bank tue aku rasa ada la kot. Sesetengah bank jer la. Siap boleh tengok satu drama tue sampai abis la nak menunggu turn sampai. hehehehe.

  • Mengular : pakej berganda la nie kalau time kerja g bayar bil, confirm la mengular tue terselit sekali. Baik mengaku......ada yang buat gak kan....hehehhhe
 
  • Makan-makan : nak bayar bil elektrik RM 30.00 jer sebulan...belum lagi tiba-tiba tekak terasa nak makan kenny roger ker, McD ker, KFC ker....tup-tup bil untuk makan jer dah cecah RM 100.00. Tak ker haru.
 
  • Anak berderet : tak ker susah namanya. kalau suri rumah sepenuh masa. anak 6 orang kecik2. pastu laki plak serah semua pembayaran bil suruh isteri settle kan.  Tak ker menyusahkan nak usung semua anak g bayar bil. Anak kita jer dah penuh tempat nak bayar tue. Kalau jenis anak soleh & solehah mendengar kata takper. Buatnya yang hyper active. Maunya mak tue bertukar jadi raksasa kat situ..


Aku adalah salah seorang pengguna internet yang pandai memanfaat teknologi. Wah terpuji diri sendiri plak. Kalau aku tak puji, takkannya korang nak puji pun. Teknologi di hujung jari. Sekali dua klik jer dah settle semua masalah.
Jimat segala-galanya la. Sambil layan-layan tengok tv, boleh online bayar. Sambil-sambil membedok makanan yang tersedia kat rumah pun boleh bayar bil gak. Wah lemak makin bertambah-tambah gi tue. Tak perlu risau hujan atau panas. Semuanya boleh settle maaaa...



Perahan Otak : Tali Barut Comey

Thursday, April 21, 2011

Tip Penjimatan Minyak



Dah macam ahli falsafah plak nak kasi tip-tip nie...nie bukan tip yang selalu korang kasi lepas budak hotel angkat beg tu tau...dan juga bukan tip penjimatan minyak masak.


kredit to mr. google


Ini adalah tip penjimatan minyak petrol dan diesel. Hasil aku mentelaah surat khabar Berita Harian sehari suntuk nie, maka aku nak kongsi la untuk korang jugak. Mana la tau ada yang tak sempat nak baca newspaper hari nie..Tak gi tue???

  1. Elakkan isi minyak pada cuaca yang bersuhu tinggi. Isi minyak pada awal pagi/malam kerana pada waktu ini minyak kurang termeluwap dan bertumpatan yang tinggi.
  2. Pastikan anda gunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan anda kehilangan lebih 45% minyak.
  3. Bawa kereta dengan kelajuan yang konsisten dan kurangkan penukaran gear.
  4. Kurangkan perjalanan jarak dekat.
  5. Tutup tingkap kereta ketika memandu. Ianya akan menjimatkan minyak anda sehingga 10%.
  6. Pastikan tekanan tayar anda berada pada ukuran yang betul. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
  7. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.
  8. Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa.
  9. Kawal kelajuan kira-kira tidak melebihi 90km. Semakin laju kenderaan, semakin banyak bahan api digunakan.
  10. Jangan membrek secara mengejut. Brek berlebihan mengakibatkan tenaga bahan api hilang melalui penggeseran tenaga.
  11. Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual.
  12. Periksa penapis udara dan penapis minyak petrol (tukar 40 000 km sekali)
  13. Elakkan melalui kesesakan jalan raya dengan membuat perancangan perjalanan terlebih dahulu.
  14. Matikan enjin ketika sedang menunggu.
  15. Gunakan tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang).
  16. Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.
  17. Isi minyak secara perlahan semasa di stesen minyak.
  18. Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan.
  19. Jangan membawa barangan terlalu banyak kerana apabila berat bertambah bebanan enjin akan meningkat dan penggunaan minyak akan bertambah.
  20. Elakkan mengisi minyak ketika lori minyak sedang mengisi tangki di stesen minyak untuk mengelak kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran minyak daripada lori yang kuat semasa proses tersebut.

 Kredit to Berita Harian (Khamis, 21 April 2011)


Tip yang aku selalu guna buat masa nie la...tip no. 1, 17 dan 19. Lepas nie kena amalkan tip yang lain gak nie..baru lebih jimat minyak kereta aku...hehhehehe


Korang macam mana, ada tak amalkan tip2 yang kat atas nie????? Jom kongsi sikit....



Perahan Otak : Tuan Tanah la


Pesta Buku 2011 Kembali Lagi



Selamat pagi semua...


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 akan kembali lagi. Tak sabar rasanya nak borang buku-buku idaman kalbu.


Lupa lak nak kasi tau tarikhnya bila.....


22hb April 2011 (Jumaat) - 1 Mei 2011 (Ahad) 
(Mujur la 1 hb tue dah gaji...harap-harap masuk cepat la gaji bulan nie....hehehehehe)


kredit to mr google


Tempat pesta buku macam biasa la, setiap tahun tempat yang sama tak pernah berubah. Mana lagi kalau tak kat PWTC, KL tue. Nak senang parking terpaksa la terjah awal yer. Maklum la, situ kan parking terhad sangat.


Pesta buku kali ini akan menyambut ulang tahun ke 30 tahun porgram ini dan ulat-ulat buku sediakanlah duit yang banyak.


Tak sabar aku nak terjah dan cari buku yang menarik dan murah...hahahahahha


Perahan Otak : Tuan Tanah

Wednesday, April 20, 2011

Mengidam Jambu Batu



Nie penyakit baru yang aku dapat sejak dua menjak nie...


Tekak nie dah tak leh nak masuk makan nasi. Kalau tengahari keluar makan nasi. Siap minta suku lagi. Orang kedai pun pelik tengok aku makan. Dalam suku nasi tue pun aku tak abis gak. Apa kes????


Sekarang tekak nie asyik nak makan jambu batu jer


kredit to mr google



Tambah berselera aku makan kalau letak asam. Kalau makanan lain. Aduh perut tak leh terima la plak. Kalau makan nasi jer, lepas tue confirm aku akan muntah balik. Adakah keadaan nie akan berterusan sampai bulan 11 nie???????. Lambatnya nak bulan 11...huhuhuhuhu


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Jug Kettle ELBA



Tenggelam timbul tenggelam timbul...timbul balik hari nie..


Entri yang tertunda dari minggu lepas nak story tak tertaip-taip...


Aku baru beli gadget baru...boleh ke panggil menda alah nie gadget...alah bantai jer....Hasil rembat masa time lunch....
JUG KETTLE ELBA


Usha kotak dulu yer



Gambar model montelku




Tengok dalam plak..


Apa yang aku rasa best tentang jug kettle nie adalah dah takde lagi besi yang melingkar kat dalam tue...Siap ada penapis lagi kat mucung tue. Nie rasanya jug kettle yang ke 4 kot...Trend baru punya. Sebelum nie kan masih bujang tran tang2...hanya mampu beli yang murah jer. Tak tahan lama..asyik la rosak memanjang. 


Kali nie terus rembat yang mahal punya...Menggigil tangan nak bayar. Kalau rosak gak, mau kena sumpah ngan aku selama tujuh keturunan nie....


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Monday, April 18, 2011

Irma Di London : Cabutan Bertuah (1)



Teringinnya nak dapat hadiah dari LONDON plak....anjuran blog IRMA




Tak dapat baju, dapat keychain pun jadi la


Cabutan bertuah ini bermula 4 April 2011 berakhir 20 April 2011 jam 12.00 tengahmalam.



Perahan Otak : Tali Barut Comey

Selsema Melanda



Aduuhhhh...dugaannya...selsema melanda. Nak bernafas pun susah tapi gagahkan gak diri g kerja. Badan rasa dah tak sedap nie..kang maunya half day jap lagi...


 kredit to mr google


Nie semua gara-gara percutian mengejut semalam la nie. Pagi2 dah terjah KFC kat Tesco Kajang, ingatkan ada breakfast punyer set...rupa-rupanya takde la plak. Aku order set baru yang tengah famous tue
kredit to KFC


Nampak gembakkan gambar tue...kasi orang terliur jer..hakikatnya, memang hampeh. Aku rasa tapak tangan aku lagi besar kot. Kalau bagi kucing makan, ntah2...jeling pun tak nak kot...


Lepas breakfast yang menghampakan terus terjah ke Carrefour Bdr Tun Hussein Onn plak coz nak beli makanan rabbit. Sempat la singgah McD untuk melantak aiskrim dulu...


Tiba-tiba tekak rasa nak mencekik roti nan kat Taman Melawati. Tak sempat nak sampai sana mata dah ngantuk sesangat terus singgah kat rumah adik aku kat KL..Tumpang tido jap. Bukan sekejap, dari pukul 12.30 sampai 4 petang. On the way balik, cuaca tersangat la panas...lalu plak ikut Gombak....Apa lagi ternampak la signboard Genting Highlands melambai-lambai jer suruh terjah situ.


Dengan tak bersweaternya terus terjah. Nie la keja giler namanya. Berjaya jugak kereta kancil kami edisi 660 terjah sana. Ingatkan tak sampai la. Tengok yang naik atas sana semua keta hebat-hebat jer. Tak sangka betul ngan kemampuan Kancil nie. 


Nanti la aku tempek gambar kami kat sana. Dah tak larat aku nak menaip. Hidung dah tersumbat. Bahana g genting la nie.....


Perahan Otak : Tali Barut Comey


Friday, April 15, 2011

Giveaway from Moscow by Miszlullaby



Jauh datangnya GA nie dari Miszlullaby dari Moscow. Sekarang dia tengah study medic kat sana. Menurutnya, ini adalah tahun terakhir menimba ilmu kat sana dan hadiah khas GA nie dari Moscow ye..




Harap-harap ada ong la ye dari MOSCOW nie....


Aku nak TAG 5 org...jap ye



Kalau korang nak dapat hadiah khas dari sana...KLIK SINI



Perahan Otak : Tali Barut Comey

Giveaway Ujang9897



Baru aku perasan yang bakal pengantin baru Ujang bulan nie ada wat GA...try la nasib ye




Puas aku telek-elek album aku...terjumpa la gambar yang tak cukup sempoi nie




Dah jarang aku masuk blog dak ujang nie dan blog2 lain al-maklum la bz tak hingat dunia...malas la aku nak kutuk lebih2...kang kurang seri pengantin plak...


Aku terpaksa TAG :

Jangan mara la ye...kalau korang rasa nak join KLIK SINI ye


Perahan Otak : Tuan Tanah

Penang - 24/03/2011 (Ahad)



Entri terakhir untuk percutian balik kampung....dan merupakan hari terakhir aku bersuka ria kat Penang



Pagi-pagi dah bersemangat waja nak terjah Bukit Bendera. Rasanya last aku jejak kaki kat situ masa darjah 6, ikut rombongan sekolah. Jungle tracking lagi nak naik kat atas Bukit Bendera tue...Memang enjoy la bagi bebudak masa tue.


Nie kira nak buat comeback lagi la. Punya la terpaksa meredah jem yang superb crowded. Siap boleh tido, bangun, tido lagi dan bangun baru sampai....


Sampai-sampai kat sana, boleh plak pak gate kata "Bulan 5 baru boleh la dik"....


Aduuhhhh...tensionnyer. Tak dapat la nak buat comeback. huhhhhh. Memang pun perut dah lapar, terus cari tempat untuk sesi menternak lemak. Tue yang terjumpa Nasi Kandar Line Clear. Dah baca ke belum entri semalam?????


Perut dah kenyang, baru boleh berjalan-jalan dengan gumbiranya. Pekena ambik angin kat tepi Padang Kota memang layan jer....



Nak berfoto gedik kat sini memang sesuai la...hahahhaha





Sebelum balik rumah, singgah kat pantai sebelah Penang Port. Ramai gak la orang kat situ....


"Huyooo....UFO datang la"


Siap ada main layang-layang besau lagi



See....dengan tak bawa bajunyer terus main air....



Bebudak...pantang nampak pasir ngan air abis la











Suka tengok picture-picture kala matahari hampir terbenam kat situ


Dah nak senja dah nie...jom balik....Malam kul 9, terus bergegas balik Kajang. Banyak sangat port berhenti sebab penat...pukul 2 pagi baru sampai kat Kajang....


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Thursday, April 14, 2011

Melantak @ Nasi Kandar Line Clear, Penang



Dah petang-petang nie...lambat pulak nak pukul 5 ptg...cacing dah buat konsert gegar rock dah nie...ada gak yang wat konsert dangdut...adehhh pedihnya perut...mata plak dah kuyu


Agak-agak kalau layan gambar kat bawah nie kenyang tak?????hmmmmmmmm...
Line Clear Heritage Restaurant (Nama kedai tak boleh blah....)


First time aku datang makan kat sini. Walaupun aku orang Penang, tapi berjinggut gak la nak cari kedai nie...dekat 10 kali round tak perasan kedainya coz kedai nie dicelah-celah bangunan besar)



Sesi memilih laut. Panjang gak la barisan yang menunggu dengan penuh kelaparan...

Aku punya menu melantak sambil menternak lemak....banyak giler Tuan Tanah isi. Tak abis pun. Bagi aku, nie la nasi kandar paling sedap aku pernah rasa. Kat KL susah nak jumpa nie


Nie Tuan Tanah punya.

Tengok view kat kedai nie...Memang menyedihkan la..Nama kedai sikit punya la gempak tapi kedai kat kaki lima jer...Orang jangan citer la...sentiasa penuh

Dah settle makan..bayar ye...Puas la aku nak kasi clear muka tuan kedai nie..tapi tak berjaya la plak. Dah abis terang dah nie...hehehehehe

Agak2 mahal ke murah...aku rasa memang berbaloi la dengan lauk yang kitorang ambik. 


Kalau korang tengah makan tue..Tiba-tiba rasa nak terkucil plak, jangan risau coz toilet kat situ memang bersih tak macam sesetengah kedai.



Ramai gak la artis-artis yang pemes datang makan kat sini


Bagi orang yang dok sekitar Penang atau nak g melancong kat Penang boleh la singgah kat sini



Nasi Kandar Line Clear
Behind 177 Penang Road,
Penang
Tel : 04-261 4440


Untuk tempahan catering plak : 


Mr Mydin : 016-430 0467 / Mr Zainul Alam : 012-491 5249 / Mr Hashim : 016-408 7828 /
Mr Abdul Hamid : 016-471 2671



Siap aku buat promotion percuma lagi kat sini..kalau tokey dia baca boleh la kasi aku makan free kat situ...


Opss dah kul 5 petang la..aku chow dlu...


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Jom Shopping - Online



Kiranya entri dalam sejarah la...bukan sejarah malaysia tau...hahahhaha


Nie first time aku beli barang secara online. Tak pernah lagi dalam sejarah hidup aku borong dalam online. Aku takut sikit la, takut kena tipu..Dah dibayar duit, kang barang x sampai-sampai.
Aku adalah peminat setia blog "My Sweet Sour Love Life". Kisah suka duka Yat yang terpaksa berjauhan dengan suaminya. Tak sanggup aku kalau kena macam tue...hehehhehe


 Comey tak dak qiestina nie (hehehehe....jangan marah ye Yat, kayrul cilok nie)


Dan seronok gak baca kisah kerenah dan keletah si comey Qies. Yat baru bukak kedai. Teruja sangat aku nak terjah kedai tue. Tak perlu nak buang minyak g terjah kedai tue, duduk jer depan PC dah dapat shopping macam-macam. Korang boleh baca kat entri nie ye.


Kalau dah belek 4 5 kali sekali, takkan la iman tak tergugatkan????...iman aku dah goyah, terus order ape yang berkenan


Nak order kat mana???? Tengok kat sini la



Klik gambar tue ye....(cilok pulak gambar kat kedai dia)


atau terjah kat sini




Aku berjaya memborong 2 helai GAP pyjamas untuk dak photographer tegar tue. Buat masa nie try order 2 dulu la..
Aik mana lagi satu baju nie?????...mmmmmm



 Dah sampai aper yang di order. Aku order nie



 GPJPapa - 03 (Cilok dari yat)




GPJ old navy blue (Cilok lagi dari yat)



Cantik tak?????..nak tengok photographer tegar bergaya tak????


Layan gambar kat bawah nie ye....

Baju baru sampai terus nak pakai..tak sempat nak basuh lagi...hehehehhe...Tersipu-sipu malu anak bujang aku nie bila suruh bergaya ngan baju baru nie..


Dah pakai baju "PAPA love ME", harus la menempek je ngam papa jer...

Mood masih kelaut. Baru bangun tido..


Ganasnyer muka anak mama nie

Mainan wajib mainan...sesi menghabiskan duit tokmak


Baru la ceria bila menatang tue dah bergoyang...hehhehhe



Lagi satu baju belum sempat lagi anak bujang aku nak bergaya. Nanti la aku post kat sini bila dia dah pakai baju tue ye...


Jom reramai shopping kat sana ye....jangan malu untuk menggayakan anak korang. Memang cantik-cantik baju-baju tue...Untuk bakal adik haikal nanti, boleh la shopping kat situ lagi...hehhehehehe


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Wednesday, April 13, 2011

Happy Birthday Ibu



Semalam, tanggal 12hb. April 2011 adalah tarikh keramat untuk ibu tersayang yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 57 tahun..


Moga ibu panjang umur dan dimurahkan rezeki..


Jom layan sambutan sempena ulang tahun kelahiran ibu..tempat tak dirancang, main terjah jer...


Secret Recipe


Haikal & Achik


Ayah & Ibu....Lebarnya senyum


Dah macam g dating la plak...hehehehehe


Haikal & mama....aduhhh gambar blurrr la plak


Mama, haikal, achik & Tokmak...Kurang sorang la, Ucu tak ikut plak....Rugi..Rugi...


Ice Blended Chocolate& Fruit Punch


Fish & Chip


Pan Grill Dory


Spagetti Meatball Chicken


Chocolate Indulgence


Promosi bulan April


Sesi Melantak la


Kasih anak untuk mama tersayang...hhehehehe



 Dah kenyang...senang hati


 
Jangan marah erk...


Bil sudah mari...


Perut dah kenyang??????....boleh balik tido dengan aman...."Ayah, tahun depan boleh la belanja lagi erk?????"
Perahan Otak : Tuan Tanah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...