Monday, April 30, 2012

Jantung Hampir Terhenti Kerana Dia



Selamat pagi

Malam tadi, kalau la aku lambat mungkin semuanya akan berakhir. Mungkin aku tak dapat menyusukan, memandikan dan bermanja-manja dengan Dia. 

Alhamdulillah Allah gerakkan hatiku untuk melihat Dia. Tak mungkin aku akan melalui hidup ini dengan tabah jika kelalaian yang sedikit ini. Mungkin aku akan menyalahkan hidup ini seumur hidup aku.

Sayang kamu banyak-banyak


Semalam seharian bawa anak-anak jalan-jalan. Bila balik terus la letakkan anak-anak dalam bilik sementara aku kemaskan tempat pembaringan Hadif kat depan TV tue. Abang long pula, balik rumah terus tidur tak sedarkan diri..Sian anak mama, penat bermain seharian.

Tengah kemas tue, terdengar la Hadif menangis, so aku biarkan je la coz selalu kalau dia nangis sebab bosan lepak sorang-sorang lama-lama...Sebabkan hampir siap kemas, aku biarkan je sekejap..

Tiba-tiba tangisan yang lantang terhenti. Cepat-cepat aku jenguk dalam bilik..

Ya-Allah kelam kabut aku angkat dan dirikan Hadif..Dia termuntah susu dengan banyaknya dan muntah-muntah tue telah menutup pernafasan dia...

Bila aku dirikan dia terus muntah lagi dengan banyaknya...Biarlah satu tilam kotor dengan muntah dia, janji dia selamat...

"Syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana Kau memberi peluang untuk anak ku melihat dunia ini lagi..."

Mujur la lepas dia muntah tue, dia masih boleh tersenyum gembira lagi. Alhamdulillah dapat melihat lagi senyuman yang manis itu..

Bila tidur malam, terjadi lagi kejadian yang tidak diingini....Abang long tidur terlalu ganas...2 kali Hadif terjaga dan menangis kerana kaki abang long hempap badan dan muka..Aduh la Abang long..cuba la tidur bersopan sikit. Selalu takde la ganas sangat tidur, ini mungkin penangan bermain di siang hari..

Hadif pasrah jer bila kena hempap ngan Abang long...Lepas nie kena buat benteng dengan bantal supaya Abang long takde la hempap adik lagi...

Kejadian yang berlaku malam tadi membuatkan aku kena lebih berwaspada dengan gerak-geri dan tangisan anak-anak....


Thursday, April 26, 2012

Badan Kecik Keinginan Besar



Selamat petang


Kisah minggu lepas. Bawa anak-anak g Jusco, Cheras Selatan..Opppss AEON la sekarang


Bertuah betul la budak-budak nie, masa datang masing-masing terbongkang tidur. Terpaksa la kendong sorang satu sebab malas nak keluarkan stroller. Kalau ada 5 anak yang tidur, macam mana tue???...hhhmmmmm


Sampai jer kat AEON bahagian mainan, terus automatik terbukak mata budak-budak nie. Kalau abang long sorang jer tak kisah sangat nie ngan adiknya pun terjaga siap kepala tertoleh-toleh mencari mana bunyi tue datang.


Bila tengok game racing nie terus badan melonjak-lonjak nak main..

Haa kau...tak berkedip mata..begitu kusyuk drive kereta..hati-hati ye dik jangan sampai accident sudah..

Tangan bam bam yang kuat pegang stereng...Ada harapan malaysia nak ada pemandu F1 nie...

Petua Orang Dulu-Dulu Juga Berkesan



Selamat Tengahari

Kali nie nak share masalah dan permasalahan yang dah settle sejak sebulan yang lalu.

Hadif iskandar dah selsema hampir sebulan tapi tak elok-elok gak. Last-last aku try tanya kat facebook kat korum "I'm a mommy...i'm a blogger" (mommies semua boleh la terjah facebook nie)

Ada kawan-kawan yang share petua suruh pakai benda alah nie..

kredit to mr google

Mula-mula aku terpikir gak keberkesanan kunyit hidup nie al-malkum la mama moden nie. Pantang anak demam sikit terus bawa g klinik. Kalau boleh sukat, ntah berapa banyak ubat dalam badan anak-anak aku nie....

Balik tue gigih la gi cari kunyit hidup, org moden mana ada kunyit hidup kat rumah, kunyit serbuk ada la. Kalau ada kunyit hidup kat rumah nie, aku rasa dah tumbuh pokok kot...hehehe (nampak benar la malas masaknya)


Jom try petua nie :

Asah kunyit hidup kat belakang lesung.
Ambik air kunyit tue dan sapu kat batang hidung dan ubun-ubun baby/anak.


Yang buat aku terkejutnya..memang sangat BERKESAN petua orang dulu-dulu nie..Aku sapu setiap pagi dan malam. Kesian Hadif abis kuning hidung dan ubun-ubun tue..Takpe la janji takde selsema lagi.

Satu lagi nak kongsikan peralatan moden untuk sedut hingus


 Penyedut Hingus

Nama kedai aku tak tau la plak, aku panggil penyedut hingus jer. Beli benda nie 4 tahun lepas. Anak sulung excited la macam-macam aku beli, sudahnya aku tak pandai pakai pun masa abang long selsema. Jawapannya sila campak barang masuk dalam almari sahaja.

Sila beli penyedut hingus nie jika korang mak-mak jenis penggeli a.k.a kureng mithalinya macam aku nie...tak kuasa nak sedut hingus pakai mulut...

Bila Hadif selsema teruk, mak mertua tanya ada tak penyedut hingus tue. Mujur la aku simpan. Itu pun habis selongkar almari abang long baru jumpa.  Dapat la adik pakai plak. Kiranya sekarang baru aku pandai pakai alat nie la..hehehe


Cara-caranya : 

Picitkan bahagian biru tue.
Kemudian masukkan dalam lubang hidung baby.
Lepaskan bahagian biru tue.


Memang banyak hingus dapat disedut. Nak lagi berkesan, time hingus tengah meleleh banyak...

Mula-mula pakai nie hadif tak suka sangat, lama-lama terpaksa la pasrah jer janji hidung tak tersumbat ngan hingus.


Tuesday, April 24, 2012

Cucuk 5 Bulan - DTP, HIB, POLIO (3rd dose)



Selamat petang

Sekejap jer dah 5 bulan usia Hadif Iskandar. Genap jer usia 5 bln terus cargas g cucuk keesokkan hari nya (16/04/2012 - Isnin). Dah seminggu cucuk baru rajin nak update citer..hehehe


 Cucuk 5 bulan

Santai sebelum jumpa doktor...Abang long memanjang bz main game jer...


Cucuk 5 Bln :
Berat : 8.3kg, Tinggi : 68cm

Perkembangan bayi anda pada usia 5 bulan


Duduk dengan sendiri
Pada waktu ini, perkembangan fizikal bayi anda meningkat semakin cepat dan pantas. Jika di ditiarapkan dia dengan mukanya memandangkan ke bawah, dia akan meregangkan tangan dan kakinya dan melengkungkan bahagian belakangnya, dan sekiranya bayi anda terlentang memandang ke atas, dia akan mengangkat kepala dan bahunya. Dia juga mungkin akan duduk seketika tanpa bantuan -- namun anda haruslah berada berdekatan untuk menyediakan sokongan dan mengelilingi bayi anda dengan bantal untuk menahannya jika terjatuh. Galakkan bayi anda bermain sambil meniarap: ini akan memaksanya mengangkat kepala dan dada untuk melihat alat mainan atau wajah anda, dan akan membantu untuk menguatkan otot lehernya dan meningkatkan kawalan kepala yang penting untuk membolehkan dia duduk dengan sendiri. Jika anda mengampu bayi anda dengan meletakkan tangan di bawah ketiaknya sambil membiarkannya mengimbangi kakinya atas peha anda, dia akan melompat ke atas dan ke bawah. Masa ini bayi anda dengan senangnya boleh juga membawa objek ke mulutnya untuk di periksa dengan menggunakan mulutnya.


Mengulangi bunyi yang disukainya
Bayi anda sedang menambah bunyi-bunyi baru ke dalam himpunan bahasanya, dan mungkin kegemarannya pada masa ini ialah meniup air liur berbentuk seperti raspberi, iaitu berbuih-buih. Pada usia ini, adalah merupakan tabiat biasa jika bayi-bayi mudah terpesona dengan salah satu kebolehan barunya yang mana mereka akan mengulanginya untuk masa yang agak panjang. Ini adalah proses perkembangan yang normal. Kebanyakan bayi akan memahirkan diri dengan sesuatu kebolehan terlebih dahulu sebelum beralih kepada kebolehan yang lebih susah. Oleh itu, mendengar bunyi yang sama yang diulang beberapa kali oleh bayi anda boleh membuatkan anda rasa tak sabar, tetapi eloklah jika anda bersabar buat masa ini sebab fasa ini akan menyediakan anda untuk menghadapi fasa di mana perkataan "tidak" dan "kenapa" akan disebutkan bertalu-talu apabila bayi anda sudah boleh berjalan.


Cukup kuat untuk makan sendiri
Walaupun bayi anda mungkin berupaya untuk memegang botol susu sendiri, jangan dudukkan bayi anda dan membiarkannya makan sendiri. Bayi anda akan berupaya duduk sendiri dengan lebih baik dan menggenggam objek kecil hanya selepas usia enam bulan. Pada bulan ini, anda perlu terus menggunakan waktu makan untuk mendakap, memegang dan memanjakan bayi anda – tidak lama lagi bayi anda akan menjadi sangat berdikari dan akan mengelak ciuman dan dakapan anda. Bayi anda mungkin telah menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah bersedia untuk makanan pejal -- jika dilihat pengurangan refleks menjelir lidah secara automatik dan peningkatan minat terhadap makanan yang sedang dimakan oleh anda dan orang lain. Walau bagaimanapun, hanya susu ibu atau susu formula yang diperlukannya sehingga dia berusia enam bulan.


Belajar mengenai sebab dan akibat
Kebolehan bayi anda untuk berinteraksi dengan anda, orang lain dan persekitarannya meningkat setiap hari. Pada peringkat ini bayi anda mungkin akan mula bermain-main sebab dia telah mula memahami bahawa tindakan-tindakan kecilnya akan membawa kepada hasil tertentu. Dia mungkin akan menjatuhkan objek hanya untuk melihat anda mengutip objek tersebut atau untuk melihat bagaimana dan di mana objek itu jatuh. Walaupun ini terasa amat memenatkan, namun begitu, lebih baik anda cuba membiasakan diri dengan tabiat ini. Dalam masa beberapa minggu nanti, tindakan bayi tersebut akan dituruti dengan gelak ketawanya yang amat meriah.


Mampu melihat objek kecil dan perbezaan warna lembut
Bayi anda semakin mahir dalam mengesan objek yang sangat kecil dan menjejaki benda-benda bergerak. Pada peringkat ini, bayi anda mungkin boleh mengenali objek selepas melihat hanya sebahagian daripada objek tersebut – justeru membina asas untuk permainan sorok-sorok yang akan anda mainkan dengannya pada bulan-bulan berikutnya.

Sebelum ini bayi anda sudah belajar membezakan antara warna-warna terang yang sama. Sekarang dia akan mula dapat mengasingkan perbezaan-perbezaan yang kurang ketara antara warna-warna lembut.


Mempertajamkan deria terhadap bunyi
Bayi anda sekarang sudah sedar dari mana datangnya bunyi dan dia akan terus berpusing ke arah bunyi baru. Salah satu cara paling menarik untuk menarik perhatian bayi anda adalah dengan menggoyangkan satu set kunci. Peranggu angin juga adalah penarik perhatian yang bagus. Sekarang, bayi anda mungkin akan memerhatikan mulut anda dengan rapi apabila anda sedang bercakap, dan cuba untuk meniru pengubahan (fleksi) dalam nada suara dan mengungkap bunyi-bunyi konsonan seperti "m" dan "b". Bayi berusia lima bulan sudah boleh mengenali bunyi nama mereka sendiri. Perhatikan bagaimana anak kecil anda memusingkan kepalanya bila anda memanggilnya atau bercakap mengenainya dengan orang lain.


Mudah mengalihkan perhatian
Apabila bayi anda mula meragam di pasaraya pada bulan ini, anda mungkin boleh mengalihkan perhatiannya hanya untuk sekejap masa. Cuba melekakannya dengan membuat muka-muka yang lucu atau menyanyikan lagu dan bermain tangan. Menepuk tangan anda atau memberikan dia sesuatu untuk dipegang juga boleh mengalihkan perhatiannya.


Perkembangan pelbagai emosi
Bayi tidak boleh menzahirkan perasaan mereka secara kompleks seperti orang dewasa. Walaupun mereka dapat memberitahu anda bila waktu mereka marah, bosan atau gembira, mereka tidak boleh meluahkan rasa kasih sayang ataupun berjenaka pada beberapa bulan pertama, tetapi perkara ini akan mula berubah. Setelah berumur lima bulan, bayi anda akan menunjukkan ikatan yang kuat dengan anda dengan menghulurkan tangannya apabila dia mahu didukung dan menangis apabila anda meninggalkan bilik. Bayi anda juga mungkin akan mula memeluk dan mencium anda. Dan dia juga mungkin akan mula memahami lawak jenaka – dia akan ketawa pada mimik muka yang kelakar dan akan cuba membuat anda ketawa juga.

Bagi kebanyakan ibu bapa, di sinilah keseronokan bermula. Anda akan mendapati diri anda kembali dan menyertai dunia bayi semula apabila anda membuat muka-muka mengarut dan bunyi-bunyian yang ganjil, serta bermain pantomim dan membuat mimik muka. 
 kredit to babycenter


Perkembangan terkini hadif adalah suka benar la dia menjelirkan lidah, kekadang tue panjang giler lidah tue dijelirkan. Naik risau plak tengok. 


Bila kita tengah makan, mula la mulutnya pun macam org dok ngunyah gak tapi kena tabahkan hati la, umur 6 bulan baru boleh kasi join makan sekali. Sekarang sila la tengok jer ye Hadif..


Meniarap tue kekadang jer, al-maklum la budak yang bam bam...mana la larat nak pusing badan tue...hehehe


Dah mula mengeluarkan suara dan menyebut perkataan "ta ta ta". Bila kita balas balik apa yg dia sebut lagi la bersemangat dia mengulang perkataan tue kuat-kuat..


Paling suka tarik rambut abang long yang panjang. Kekadang naik tension abang long ngan adiknya...




Sayang kat anak mama sorang nie..muaaahhhh




Sayang kat abang long gak...muaaahhh..muaaahhhhh...dan....muaaaahhhh lagi

Blogger berwajah baru????



Selamat petang..


Pening kepala jap..baru beberapa hari tak update tengok2 blogger dah bertukar wajah, penat aku kelepet-kelepet tengok..Mula-mula tue rasa macam best nya..


Lama-lama aku sendiri konpius...Aduh laaaa




Entri nie berjaya gak aku publish lepas sejam aku konpius memahami wajah baru nie..hehehe

Friday, April 20, 2012

Mari Dengar Hadif Bercerita



Selamat tengahari

Anak aku Hadif Iskandar nie, bila umur dah masuk 5 bulan, macam-macam keletah dia boleh tengok..Satu jer masalah dia sekarang nie, kekadang jer dia rajin meniarap al-maklum la badan bam bam tak larat nak pusing la tue...

Macam abang dia gak dulu, meniarap sekejap jer, pastu merangkap pun sekejap jer..terus 11 bulan dah berjalan. Tapi masuk umur 9 bulan dia dah boleh bangun sendiri tanpa pegang apa pun...hebat betul anak mama...Cuma sekarang, abang long nie mulut banyak sikit, maklum la dah banyak perkataan yang dia tahu...

Opss ada balance lagi la gambar kat Pahang, nak tampek la jugak kat sini sebagai kenangan.

 Bersemangat la dia bacakan citer untuk Atok Tehnya

 Sekali Atok Tehnya dah tertidur la dengar dia punyer citer...hehehe...

Sepanjang masa la kat sana asyik menyanyi jer mulut tomei tue..ntah lagu apa-apa la tapi sepanjang masa dari pagi sampai ke malam tak berhenti menyanyi. Senang hati la tu dapat g umah Tok & Atok Teh yer.

Patutnya dulu masa aku pregnantkan dia 4 bln kot memang dah nak gerak g Pahang, sekali kena admit ward terus cancel...Tue yg bila dia dah keluar nie, seronok dapat g sana...
 
Penat dah bercerita, kita mandi dulu sebelum keluar....
Model drypers bam bam


Thursday, April 19, 2012

Tengok Anak Raja Main Polo La Plak



Selamat petang

Nie entri terakhir percutian pendek kami di Pekan, Pahang. Pergi bercuti sehari jer, citernya 3 hari baru abis..hehehe

Kalau pergi seminggu maunya sebulan la korang asyik baca citer percutian seminggu tue...

Dah kenyang makan kat Warung Pok Su & Mok Su..terus balik rumah lepak jap. On the way tue lalu tepi pantai, bestnya rasa nak lepak jer tepi tue..memandangkan Tuan Tanah nak kena rehat lebih makanya terus balik la...Takpe sekali lagi datang kena pergi pantai tue...

Sampai jer rumah Mak Teh, Tuan Tanah terus terbongkang tidur...kena kasi driver tidur secukupnya..co-pilot no hal la kalau tak tidur janji manfaatkan sehari tue ngan sebaik-baiknya...bukan selalu dapat datang Pahang. 

Mak Teh ajak dari kami mula-mula kahwin lagi suruh g Pahang tapi tak pergi-pergi jugak. Anak dah 2 org, kahwin pun dah nak masuk 5 tahun...baru la sampai.

Petangnya Pak Teh ajak tengok orang main POLO..excited pun ada, maklum la baru first time nak tengok. Dulu tengok kat tv jer sekarang dapat tengok secara langsung lagi...




 Gembira tengok orang main Polo..yang kesiannya tak pernah tengok kuda..

On the way nak masuk sini, ada la sekawan lembu tengah meragut rumput..boleh dia cakap "Banyaknya kuda"

Kesian anak aku nie, lembu ngan kuda pun tak kenal

 Kerja adiknya, kat warung tadi tidur bangun sekejap jer..tidur semula.

Macam dia plak drive keta malam tadi..hehehe

 Perlawanan antara kelab anak Tengku Mahkota Pahang ngan Kelab dari selangor kot

Topi kuning baju hijau tue la anak Tengku Mahkota Pahang

Kamera cap ayam makanya tak dapat la shoot ngan jelas mukanya..

 Tempat untuk tengok org main Polo..percuma dan tak perlu nak bertiket2 bagai

 Royal Malaysia Polo Association Pahang Classic & International Open Polo 2012

Sempat lagi kalau nak tengok coz tournament nie dari 11-21 April 2012

Tak dapat tengok mukanya, dapat tengok kereta pun jadi la..

 Rock la beb

 Kesian cik ikin kena dukung hadif..maunya patah tangan tue kang...hahaha

 Royal Pahang Polo Club, Pahang

 Sibuk nak bergambar ngan horse

 
Abis comel la tue ye sayang

 Kat sini plak

Opsss..jangan pijak haikal la horse


Dah abis sudah citer percutian nie..pukul 8.30 malam kitorang dah gerak balik kajang, ngam2 pukul 12 tengah malam sampai kajang...

Co-pilot anak beranak membuta sepanjang perjalanan al-maklum la penat ngan aktiviti di siang hari...kesian driver terkontang kanting drive sorang-sorang ye

Wednesday, April 18, 2012

Warung Pok Su & Mok Su, Tanjung Lumpur, Kuantan



Selamat Tengahari

Dah Tengahari nie apa lagi jom cuci mata tengok port makanan terbaik dari Pahang..mana lagi, kat Warung Pok Su & Mok Su, Tanjung Lumpur, Kuantan

Layan jer la selera besar punyer...

Kasi close up sikit makanan kat situ

 Beria-ria menangis dalam keta cakap tak nak makan dah kenyang


Konon tak nak makan, sekali dah rasa terus tak cukup ini budak

 Dari depan ke hujung meja penuh ngan makanan jer

 Family mak teh tak cukup korum la plak

 Berselera Tuan Tanah makan...favourite betul la

 Muka takde mood, baru bangun tidur..mujur la time aku tengah melantak elok jer dia tidur. Habis je makan, terus terbeliak mata dia...

Bagus-bagus..kasi can mama makan dengan sepas-puasnya


 
 Rock beb..perut pun dah kenyang

 Kalau korang tengok, kedai nie sentiasa penuh..

Masa sampai tue, tengok tempat penuh, dah budget memang takde rezeki kami la nak merasa...sekali tak sampai 5 minit dah dapat tempat duduk...

 Ntah apa la dia citer ngan cik mazni tue

 Sabar ye dik, bulan depan turn adik pulak boleh makan

 Cik Mazni, Haikal & Cik Ikin


Abis sudah..

Lain kali kalau datang rumah Mak Teh nie kena cuti panjang sikit, baru puas nak makan dan jalan-jalan..hehehe

Tuesday, April 17, 2012

Ikan Patin Pahang Memang Terbaik La



Selamat petang

Berkait ngan entri semalam, Tuan Tanah bangun jer tidur terus merungut kepanasan..Dan dan tue la ajak naik Genting Highlands..

Orang dah ajak kita on je la...Anak-anak pun dah bosan seharian dok rumah. Packing baju anak-anak plus baju mak pak sekali mana la tau tiba-tiba tersangkut kat Genting ke...

On the way ke Genting tue tengok hujan renyai-renyai...Dah separuh jalan, takkan nak patah balik, nak naik Genting takut plak jalan licin hujan-hujan nie...

Dah alang-alang separuh jalan teruskan la ke Pekan, Pahang rumah mak teh sebelah Tuan Tanah...Gerak dari Kajang pukul 8.30mlm sampai kat Pekan betul-betul pukul 12 tengahmalam..Mujur la Pak Teh jemput kat simpang, kalau tak bermalam kat tepi jalan la ye..hehehe

Jom layan gambar 1 hari di Pahang...

 Lepas mandi jer, perut dah kenyang susu..terus tergolek tidur..maklum la perjalanan jauh malam tadi...

 Anak beranak yang dah makin berisi sekarang nie..hehehe

 Tengah tunggu turn nak beli ikan

Patin RM 10/kg..agak-agak murah ker mahal tue

 Agro Bazar, Pekan, Pahang

 Suka betul hadif bergurau senda ngan papa ye

Geram tengok ikan patin besar-besar


 Lagi banyak ikan dalam tong nie

 Kusyuk betul hadif tengok ikan

Abang long tengok dari jauh jer

 Ikan kering pun ada..yang tak tahan tue, time aku nak spap gambar tue, nampak plak ulat kat ikan..gelinya

Sian anak mama, terpaksa minum air kosong jer..susu tak bawa la...coz nak g sini pun secara kebetulan...bila susu mama kurang, terpaksa la tegok air kosong plak..Lepas nie kena bersedia ngan susu sepanjang masa la..

Banyak sangat gambar, sambung di entri lain plak ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...