Thursday, September 08, 2011

Seminggu Rumah Ditinggalkan..Bau dah Macam Rumah Sampah



Gara-gara bercuti sakan selama hampir seminggu, bau rumah aku dah bertukar rupa..


Masuk rumah jer, dah rasa macam nak keluar balik. Balik kampung, on kan lampu bahagian tengah rumah, bila sampai dari kampung jer..rumah dah bergelap..ingatkan pencuri masuk, rupa-rupanya BLACKOUT la..


Masuk dapur jer dah rasa nak muntah tahap kritikal. Bau dah macam rumah sampah jer..mujur la rumah sendiri...Gara-gara blackout la, abis jahanam semua makanan dalam peti ais tue. Pengikut pengiraan Tuan Tanah mungkin baru 2 hari je baru blackout, kalau dah masuk 3 hari mungkin dah ada ulat2 yang mula merayap ke segenap pelusuk rumah.


Dah la badan penat baru sampai dari kampung, bau yang mengancam plak dari dapur..terpaksa la gagahkan diri cuci peti sejuk tue. Abis semua makanan dalam peti sejuk tue aku campak masuk dalam tong sampah. Dah cuci dengan sabun pun tak hilang gak bau busuk tue. Siap spray febreze lagi pun tak hilang gak baunya..


Akhirnya terpaksa la g beli limau nipis, pastu potong2 dan campak jer dalam peti ais tue..memang berkesan, terus bau tue hilang...selamat dah masalah bau nan satu tue..


Lepas nie kalau nak tinggalkan rumah dalam tempoh lama kena beringat dan pastikan peti ais kosong..tak sanggup la kejadian ngeri tue berlaku lagi..


Perahan Otak : Tali Barut Comey


Kuman menari kat tekak..batuk mula menyerang



Lepas raya semua pakej penyakit pun datang. Masa beraya tak hingat dunia, bila dah kena macam nie baru la nak beringat..


Start dapat pakej lengkap batuk, selsema + demam dari hari Selasa lagi..sekarang just tinggal batuk jer yang belum nak elok2 lagi...


Semalam ada check-up macam biasa, dapat la tengok anakanda tersayang kat dalam tue. Mak aii...aktif betul la anakanda sorang nie. Time scan tue, doktor cakap sepatutnya dia dah duduk diam kat tempat sepatutnya iaitu kepala dah kat bahagian bawah..maybe ruang dalam perut nie besar lagi maka bergerak aktif la....sekarang dah masuk minggu ke - 31..tinggal lagi 9 minggu je lagi....


Walaupun kedudukan tue macam tue, doktor dah siap pesan lagi, jangan ngada-ngada nak urut bagai..kang lain plak jadinya. Kalau doktor tak pesan pun, tak hingin aku memandai-mandai la...Tunggu check-up lagi 3 minggu lagi, macam mana plak kedudukan dia...harap-harap betul la kedudukan dia lagi 3 minggu nie...


Sekarang batuk menyerang tak kira masa, susah betul la nak tidur..asyik terjaga jer waktu malam...bagi tau doktor semalam, dapat la pelbagai jenis ubat. Aku percaya kat ubat doktor kasi jer, nak suruh aku makan sebarang ubat jangan harap la...kang lain plak citer..




Banyak betul la plak ubat kali nie..yang kaler pink tue - obimin : wajib telah sekali sehari. Ubat demam tue bila demam je la makan, sekarang dah sihat...ubat batuk pun kena telan nak bagi kuman dalam tekak nie mampus cepat sikit....


Harapnya sehari dua nie cepat la elok...



Perahan Otak : Tali Barut Comey

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...