Tuesday, October 04, 2011

Keretapi Naik Kepala



Selamat petang..

Hari nie nak story kes kemalangan ngeri yang berlaku di awal pagi. Bangun pepagi jer Photograpger Tegar nie dah cari Ninot aka Keretapi. Habis ditanggalkan semua body keretapi, yang tinggal hanya rangka jer...

 Tiba-tiba terdengar dia melalak pagi-pagi buta. Ingatkan tangan luka ke apa rupa-rupanya keretapi dah naik kepala tuannya. Tue la kan dah kena "TULAH" ngan mama. Siapa suruh tak dengar cakap dan tanggalkan semua. Dapat balasan automatik kat dunia nie..

 Beria-ria dia melalak awal pagi tue

Tengok..orang main keretapi tue kat landasan, dia bantai main kat kepala

Dah cuba tanggalkan secara sopan tak berjaya, hambek ko terpaksa gak gunting sikit rambut tue

Nie la rupa keretapi yang dah makan tuannya...hehehehe

Lepas jer kejadian tue, terus keretapi tue kondem dan tak boleh bergerak langsung. Padahal baru beli hari Ahad, hari Isnin dah jahanam. Mujur la murah punya, kalau mahal mahunya mama ko nie bertukar jadi raksasa....


Perahan Otak : Tali Barut Comey



Monday, October 03, 2011

Terlalu Fanatik Dengan Roda Kenderaan



Selamat petang..

Mood ke laut so lambat sikit la update..konon nak update citer terkini plus ngan gambar, boleh la plak bawa kamera tapi terlupa bawa USB wayar...aduh tensionnya...

So update gambar lama-lama la...bawa photographer tegar tue jenjalan masa birthday dia 12/09/2011 itu hari...

Dari kecik, anak aku nie memang fanatik giler la ngan benda beroda nie. Nie semua gara-gara waktu dia dalam perut aku selalu golek-golekkan mini car mainan atas perut. Kengkonon nak main ngan dia dalam perut la.

Sekali keluar, hambik ko..pantang nampak benda beroda mesti nak beli. Dah puas main, kasi jahanam...Selalu kalau nak beli mainan, dia bukan tengok kereta tue cantik ke tak..dia tengok tayar kereta tue macam mana. Kalau kereta cantik, sport rim tak gembak dan tayar pun tak best..takde maknanya la dia nak beli..


Jom layan gambar fanatiknya dengan kenderaan beroda..


 Jenjalan kat Alamanda, Putrajaya



Nie plak gambar masa jenjalan kat Mid Valley 06/09/2011


Paling terkini, terlalu fanatik ngan keretapi...selalu mesti kalau nampak je keretapi mesti dia sebut "mama..ninot keretapi"


Memang dari kecik dia sebut keretapi tue "ninot", bila dah besar dan pandai cakap jadi "ninot keretapi" la plak..


Mana tau bila dah besar nanti dia nak design kereta untuk malaysia plak..tak pun jadi pelumba F1..hehehehe


Perahan Otak : Tali Barut Comey

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...