Friday, February 17, 2012

Buang Lemak Di Tasik Titiwangsa



Selamat petang

Cuti hujung minggu lepas diabiskan ngan aktiviti yang dah lama tinggal. Berjalan-jalan sambil buang lemak di Tasik Titiwangsa. 

Nak kata buang lemak sangat tak la coz aku berjalan dari parking sampai tempat main jer. Pastu jadi tugu negara jaga Hadif. Abang long plak lupa daratan bila nampak tempat main. Mujur la ada makcik-makcik yang temankan di main.

 Sunyi sepi jer al-maklum la kitorang sampai pukul 3 lebih. Tengah panas terik lagi makanya lengang je la tempat tue

Abang long dah puas main terus kelaparan tak ingat..


Hadif iskandar yang makin debab dan bersemangat badan. Naik lenguh tangan aku mendukungnya sekarang..adeeeehhhh

Potato Munchkins



Selamat pagi

Pagi yang penuh keberkatan nie jom layan resepi baru. Aku buat baru-baru nie.

Memang dapat banyak sangat. Siap bekukan lagi untuk makan esoknya.

Goreng semula esoknya pun still lembut dan gebu. Goreng pagi nie sampai pagi esoknya pun still lembut lagi.

aku buat bentuk donut gak. kalau tak abang long tak nak makan kalau bukan bentuk donut


POTATO MUNCHKINS
resepi : Lela
sumber : dapur mamasya
 
Bahan-bahan :
1/2 kilo tepung gandum
3/4 cawan susu suam
2 biji kuning telur
1 sudu besar yis (mauripan)
4 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin
3 biji ubi kentang (rebus, kemudian lenyek)

Cara-cara:
1.Tepung gandum digaul dengan marjerin dan kentang sehingga sebati
2.Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu berserta yis
3.Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh
4.Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda
5.Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing
6.Panaskan minyak dan goreng.

nota dapurmamasya
adunan ni agak lembik,gunakan sedikit gandum, letak di tangan semasa bentukkan doh.

Nota kayrul : untuk simpan dalam freezer, goreng separuh masak, sejukkan dan simpan dalam peti sejuk bahagian atas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...