Monday, February 20, 2012

Apam Polkadot Gebu



Selamat petang

Masak-masak kembali lagi.

Menu nie aku buat hari Sabtu baru-baru nie ngan adik aku. Dia yang beria-ria ajak buat lepas jiran sebelah rumah kasi apam polkadot kat dia.

Puas usha-usha menu kat blog. Aku berkenan nak buat apam polkadot dari blog Puan Nona. Aku nie kang buat x jadi maunya meroyan block terus resepi tue. Mujur la sekali percubaan terus jadi.

Bila dah makan sibuk tanya adik aku macam tue ke rasanya..Al-maklum la aku baru first time rasa. Memang gebu sampai keesokkan harinya. Nak kata lembut tue tak de la sangat tapi memang sedap jer....Lepas satu apam aku makan, aku capai lagi satu..tau-tau abis satu tupperware aku kerjakan..hehehhe. Maunya badan aku macam apam lepas nie...

Aku buat filling coklat dan blueberry. Anak aku makan yg ada coklat jer, yg filling blueberry terus di tak nak. Bukan jer anak tak suka, bapak budak pun sama la....Makanya aku la yg terpaksa menghabiskan yang filling blueberry...huhuhu



Apam Polkadot Gebu
 
Bahan2 :
3bj telur sejuk dr peti ais (asingkan putih & kuning telur)
274gram @ 2cawan stengah tepung gndum + 3sudu kecil baking powder (di ayak sekali)
200gram @ 1cawan gula halus
1 sudu kecil ovalette
150ml @ 3suku cawan susu segar/susu cair/santan (mana2 yg suka)
1sudu kecil esen vanila
inti bluberry or ape2 je yg korang suke, aku suke oren :)
pewarna

1. Pukul putih telur dgn kelajuan yg paling max smpai kembang/meringue/bertanduk
2. Masukkan kuning telur, gula, esen vanila & ovalette pukul smpai kembang lg.
3. Masukkan tepung yg telah di ayak dgn baking powder td sedikit demi sedikit berselang selikan dengan susu td, mixer pd kelajuan paling minimun masa ni. sebati semua, siap :)
4. Bahagikan adunan kepada beberapa mangkuk untuk diwarnakan dan masukkan dlm piping bag. Inti jem td pun sama. 
5. Picit adunan ke dalam papercup yg telah dimsukkan ke dalam acuan lompang 3/4, kemudian picitkan sdikit inti, dan penuhkan papercup td dgn adunan apam td, last step buat dot2 di atas mengikut kretiviti sendiri. 
6. Kukus selama 15minit dengan api perlahan & make sure penutup pengukus ditutup dgn kain bagi memastikan air wap dlm pengukus tidak menitik ke atas apam.

Tips Apam Polka Dot Jadi Cantik & Gebu (oleh : Jue @ aneka rasa rood)

1) Kena pastikan air betul2 panas sebelum nak kukus apam. Kalau tak, apam tak naik. jadi leper. Masa kukus, gunakan api yang sederhana.

2) Jangan terlebih pukul adunan. Nanti apam akan jadi naik semacam.

3) Kalau nak buat banyak2, abiskan satu adunan dulu. Pastu baru buat adunan yang lain pulak. Kalau lama sangat kat luar, angin akan masuk dalam adunan. Nanti apam jadi banyak lubang2 kat permukaan dia.

4) Kalau nak permukaan apam lagi cantik, sudukan adunan menggunakan sudu kecil untuk masukkan dalam paper cup. . Cuma yang nak buat dot2 je pakai piping bag. 

5) Sebelum sudukan tu, kacau dulu adunan supaya angin2 yang masuk dalam adunan tu takde. 

6) Satu lagi, kukus setingkat2 tau. Waktu kukusan mesti jangan kurang 15 min (walaupun jumlah apam tu kecil). Nanti apam tak betul2 masak.

7) Bekas untuk menyokong apam (bekas lompang) tu kalau nak guna kali ke-2 , make sure kena sejukkan dulu.  kalau guna masa bekas tu panas, apam jadi tak naik.

8) Jangan biarkan apam lama di tempat terbuka. nanti apam keras & dah tak lembut. Lepas angkat apam tu, biarkan sjuk dulu. Then, masukkan dalam bekas bertutup.

GERAMNYA AKU DENGAN ETIQA TAKAFUL !!!!!



Selamat pagi

Pagi-pagi dah nak buat entri lepas geram..TERSANGAT-SANGAT GERAM !!!


Aku baru balik dari opis ejen Etiqa Takaful..hehehe curi-curi keluar opis jap g settle masalah pasal insurans.

Dari tahun 2006 aku buat insurans tak pernah ada masalah..tup-tup aku dapat surat NOTIS LUPUT dari Etiqa Takaful / Takaful Nasional.

Ingin dimaklumkan bahawa tempoh yang dibenarkan untuk menjelaskan sumbangan telah berlalu, pihak kami terpaksa menukarkan status kontrak tuan/puan kepada status LUPUT.

Tak ke bangang bila aku baca surat tue..Auu punya la jadi pembayar tegar..ingin blogger je ke ada blogger tegar... tup-tup dapat surat nie..Awal bulan jer, dapt gaji terus g bayar. Untuk makluman, Notis Luput tue untuk insuran abang long a.k.a haikal danish.

Setiap bulan mesti aku bayar untuk dia dan aku sekali gus. Di punya insuran aku buat masa bln April 2009. Sekali lepas suruh agen tue check dia kata aku 3 bln tak bayar untuk anak aku nie..

Bln Mei 2009
Bln Januari 2010
Bln April 2010

kredit to mr google

Hantu tak Etiqa nie????...Macam nie ke dia buat kat pelanggan setia dia. Kalau aku tak dapat surat nie, kompem kalau jadi apa-apa kat anak aku, aku tak leh tuntutnya coz dah luput dia punya insurans. Kalau boleh minta dijauhkan la. Aku buat insurans nie pun untuk keselamatan dan tabungan dia di masa hadapan.

Pernah aku g bayar, bila dapat resit tue..dia bukan bayar untuk anak aku, dia g bayar untuk anak orang lain. Bila aku tanya kenapa jadi macam tue, terus kelam kabut kata akan dibetulkan kemudian...

Aku memang dah lama hangin satu badan dengan etiqa nie, tunggu nak meletop jer. Sekarang gunung berapi dalam badan aku dah meletop... 

BERSEDIA LA UNTUK BERTEMPUR

Siap sedia la etiqa, aku akan serang balas. Balik nie nak kena buka balik fail-fail resit yang aku dapat tiap-tiap bln tue...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...