Selamat pagi
Siapa yang pernah minum air kat Each A Cup???..Sila angkat kaki....Opsssstt..dah turunkan balik kaki tue
Tesco Kajang nie dah macam rumah kedua aku. Memanjang la Abang long tue nak g Tesco. Pantang lalu jer..Nak g Tesco..Demam pun nak Tesco gak..Aduh la anak...
Kekadang terpaksa tipu cakap Tesco tutup..Pastu mesti dia akan ulang cakap dengan gaya yang cute sangat
"Tesco tutup ye pa..Tutup la plak"
Kalau korang orang Kajang mesti tau lokasi kedai Each A Cup nie. Betul-betul sebelah escalator. Dah tiap-tiap kali beli barang lalu situ..Iman pun tergugat la nak try gak..
Ais Blended Oreo : RM 4.50..Memang betul-betul mencekik darah la..Baik aku beli oreo, buat sendiri kat rumah lagi jimat...
Beli Cool Blog lagi murah..Korang boleh tengok kat SINI ye
Cukup la sekali aku terjah ini kedai..huhuhu