Thursday, August 30, 2012

Edisi Raya Selatan Plak



Selamat petang


4 hari bertapa dan beraya di Kedah so petang raya dah balik ke Kajang semula...Terpaksa gak singgah kat Kajang coz nak kurangkan beban yang berat.


Campak toto yang diborong sakan kat Penang, campak baju raya sedondon dan campak apa lagi yang patut..


Edisi campak-campak jer, lepas beraya sakan nanti baru kemas...hehehe


Kemas apa yg patut dalam setengah jam tue, terus gerak ke Selatan plak. Hampir pukul 3 pagi baru bergerak..Memang best, jalan lancar jer..takde jem langsung...


Yang masalahnya, Mr Shah plak dah ngantuk...drive dari Utara, rest kejap kat Kajang..sambung plak ke Selatan...Banyak kali gak la singgah tido kat RnR nie..


Akhirnya pukul 7 pagi sampai la ke Kulai. 


Apa lagi layan gambar edisi Kulai la plak


 Rock U..sekarang ambik gambar mesti nak wat tangan macam tue..Abis ganas la tue


Masa nie g beraya rumah saudara belah nenek Mr Shah...



 Perut kenyang, membuta tak hingat...mujur rumah sedara sendiri...


 Seronok bila g beraya beramai-ramai nie..meriah


 Ok jom posing dulu, husband adik ipar - Asri, Adik ipar - Dek Noor, Mak Usu dan Haikal


 Time tido pun nak posing maut...Sebijik kerusi tue dah boleh wat katil untuk Hadif..hehehehe...besar tau


 Ceria jer muka dah encem nie time raya-raya nie


 Opss..tertido la...penat sangat dah nie..al-maklum la dari Utara ke Selatan drive sesorang...bini dan anak2 plak membuta jer..hehehe


 Hari kedua beraya sampai ke Gelang Patah. Jauh betul nak ziarah sedara-sedara kat Johor nie..dari satu rumah ke satu rumah makan masa 1 jam nak sampai...So tak dapat g beraya banyak rumah...huhuhu

Masa nie Hadif dah tukar baju lain, xde dah baju raya..G rumah sedara boleh la tumpang mandi dan solat sekali....


Alamak makcik-makcik jadi pengapit haikal la...Belah kiri tue, Makcik belah johor yang paling muda..sama umur ngan Haikal...


 Candid lagi


 Kelas ko Cik Adila..Posing maut gitue..


 Seram tengok perut dah bam bam nie, buncit yang amat..Baju nie baru beli bulan lepas, sekarang dah tak muat...Nie pun saiz untuk 18 bulan, padahal Hadif baru 9 bulan pun dah tak muat..


Baju abang dia yang 2 tahun tuepun dia dah muat pakai


 Jenjalan kat IOI Mall, Kulai sebelum bertolak balik malam tue


Dah macam anak terbiar plak...Dalam tudung saji pun boleh tido..


Nie kes maknya memborong sakan kat COWBOY la nie..anak takde ruang nak tido dalam keta...Pasrah je la


Memang berbaloi-baloi la memborong kat COWBOY, Kulai...harga barang berpatutan..macam shopping kat Nilai gak...Lepas nie balik Johor, boleh memborong sakan lagi..hehhehe


Wednesday, August 29, 2012

Tahun Nie Berempat Plak Di Kedah



Selamat pagi


DAh berjingut kengkawan lain masukkan gambar edisi raya 2012, aku baru terkedek-kedek nak masukkan hari nie...Takpe biar lambar asal ada.


Tahun 2008 - raya bertiga dan masih dalam pantang.

Tahun 2009 - masih bertiga lagi.

Tahun 2010 - jugak masik bertiga..bila la nak berempat plak...

Tahun 2011 - masa nie hampir nak berempat coz tengah pregnantkan hadif 8 bulan. Memang sarat la sangat

Tahun 2012 - Dah berempat akhirnya...


Edisi raya tahun nie mencabar sikit walaupun balik raya belah aku. Opis aku start cuti hari Jumaat, makanya pukul 1 pagi dah merempit balik Penang. Ingatkan keluar pepagi buta tak jem..memang HAMPEH, jem teruk gak la. Padahal kereta rosak tepi jalan jer, yg jemnya panjang berkilometer...Naper la sibuk nak tengok keta rosak tepi jalan tue..Jalan jer la..Dah x pasal-pasal aku tersangkut dalam jem..


Sahur pun dalam kereta jer..just makan roti dan popia simpul..huhuhu


Pukul 9 pagi baru sampai Penang. Giler lama atas jalan..


Malamnya buka puasa simple jer kat rumah baru di Pantai Prai, Kedah..Nak kata baru tak baru la coz rumah tak siap sepenuhnya lagi. Baru 80% siap. Malam tue bergotong royong pasang tikar getah. Nak tile lantai memang tak sempatnya.


Sambung plak keesokkan harinya. Masa nie aku dah tak join gotong royong coz aku dah ambik TENDER kupas, potong dan blend semua bahan untuk buat rendang ayam dan rendang daging. Penat siot, padahal nak buat rendang ayam tue untuk 3 ekor ayam jer..Kalau yg meniaga tue macam mana la penatnya.


Aku tukang potong memotong jer, yang masaknya kakak aku. Sampai menu buka puasa pun x sempat nak masak, so buka puasa makan nasi dan lauk rendang la...Orang x raya kitorang dah raya. Menu wajib raya mesti la ada ketupat palas..Sedapppp


Pepagi raya lepas sembahyang,g kubur dulu then baru ke rumah baru, ada la sikit rupa rumah walaupun x complete lagi..Janji dapat raya kat rumah baru. 


Jom layan gambar edisi raya tahun nie..


 Jejaka terhangat di pasaran 2012


 Tema Ungu Tahun Nie. Alamak, mana plak kopiah anak2 aku nie. Baju untuk bebudak nie adalah super besar so raya haji nanti boleh pakai lagi...hehhehe


Tahun nie tak sempat nak ambik gambar satu keluarga besar coz semua sibuk mengemas dan beraya rumah sedara...huhuhu


 Adik aku ngan anak bongsunya.


 Wan dan cucu lelaki. Opst kurang sorang cucu lelaki


 Bila tengahari jer semua baju ntah kemana. Panas erk


 Gelagat dak bam bam


 Cuba korang tengok jam kat gambar tue. Pukul 2.16 petang, Mr Shah boleh lagi gosok-gosk kepala botak dia...5 minit kemudian dah hanyut ke alam mimpi....Perut kenyang jawapannya tido la...


Raya kedua, dah bergerak balik ke Kajang. Sama kes macam balik tue..jem lepas Sg Perak. Aku tido bangun tido dan tido lagi tak sampai-sampai. Pukul 1 pagi baru sampai Kajang..padahal gerak dari kg pukul 5 lebih...huhuhu


Nanti sambung entri raya Johor plak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...