Monday, April 18, 2011

Selsema Melanda

Aduuhhhh...dugaannya...selsema melanda. Nak bernafas pun susah tapi gagahkan gak diri g kerja. Badan rasa dah tak sedap nie..kang maunya half day jap lagi...


 kredit to mr google


Nie semua gara-gara percutian mengejut semalam la nie. Pagi2 dah terjah KFC kat Tesco Kajang, ingatkan ada breakfast punyer set...rupa-rupanya takde la plak. Aku order set baru yang tengah famous tue
kredit to KFC


Nampak gembakkan gambar tue...kasi orang terliur jer..hakikatnya, memang hampeh. Aku rasa tapak tangan aku lagi besar kot. Kalau bagi kucing makan, ntah2...jeling pun tak nak kot...


Lepas breakfast yang menghampakan terus terjah ke Carrefour Bdr Tun Hussein Onn plak coz nak beli makanan rabbit. Sempat la singgah McD untuk melantak aiskrim dulu...


Tiba-tiba tekak rasa nak mencekik roti nan kat Taman Melawati. Tak sempat nak sampai sana mata dah ngantuk sesangat terus singgah kat rumah adik aku kat KL..Tumpang tido jap. Bukan sekejap, dari pukul 12.30 sampai 4 petang. On the way balik, cuaca tersangat la panas...lalu plak ikut Gombak....Apa lagi ternampak la signboard Genting Highlands melambai-lambai jer suruh terjah situ.


Dengan tak bersweaternya terus terjah. Nie la keja giler namanya. Berjaya jugak kereta kancil kami edisi 660 terjah sana. Ingatkan tak sampai la. Tengok yang naik atas sana semua keta hebat-hebat jer. Tak sangka betul ngan kemampuan Kancil nie. 


Nanti la aku tempek gambar kami kat sana. Dah tak larat aku nak menaip. Hidung dah tersumbat. Bahana g genting la nie.....


Perahan Otak : Tali Barut Comey


6 comments:

  1. huhuhu pernah gak terkena cam tu..gambo kemain lagi tengok real....aduyai sabo je leeee..

    semoga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  2. makan je eh, ahaha, asal datang sini je mesti ada gambar makan, terliur tgok, huhu

    ReplyDelete
  3. zanky : nie wife la yang sakit la..hahahha

    ReplyDelete
  4. Norhafiza : betul tue kak no....lepas nie tak leh percaya setakat tengok gambar jer...huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. YUL : memang nak kasi ko terliur pun..hahhahaha

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...