Thursday, April 21, 2011

Tip Penjimatan Minyak

Dah macam ahli falsafah plak nak kasi tip-tip nie...nie bukan tip yang selalu korang kasi lepas budak hotel angkat beg tu tau...dan juga bukan tip penjimatan minyak masak.


kredit to mr. google


Ini adalah tip penjimatan minyak petrol dan diesel. Hasil aku mentelaah surat khabar Berita Harian sehari suntuk nie, maka aku nak kongsi la untuk korang jugak. Mana la tau ada yang tak sempat nak baca newspaper hari nie..Tak gi tue???

  1. Elakkan isi minyak pada cuaca yang bersuhu tinggi. Isi minyak pada awal pagi/malam kerana pada waktu ini minyak kurang termeluwap dan bertumpatan yang tinggi.
  2. Pastikan anda gunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan anda kehilangan lebih 45% minyak.
  3. Bawa kereta dengan kelajuan yang konsisten dan kurangkan penukaran gear.
  4. Kurangkan perjalanan jarak dekat.
  5. Tutup tingkap kereta ketika memandu. Ianya akan menjimatkan minyak anda sehingga 10%.
  6. Pastikan tekanan tayar anda berada pada ukuran yang betul. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
  7. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.
  8. Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa.
  9. Kawal kelajuan kira-kira tidak melebihi 90km. Semakin laju kenderaan, semakin banyak bahan api digunakan.
  10. Jangan membrek secara mengejut. Brek berlebihan mengakibatkan tenaga bahan api hilang melalui penggeseran tenaga.
  11. Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual.
  12. Periksa penapis udara dan penapis minyak petrol (tukar 40 000 km sekali)
  13. Elakkan melalui kesesakan jalan raya dengan membuat perancangan perjalanan terlebih dahulu.
  14. Matikan enjin ketika sedang menunggu.
  15. Gunakan tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang).
  16. Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.
  17. Isi minyak secara perlahan semasa di stesen minyak.
  18. Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan.
  19. Jangan membawa barangan terlalu banyak kerana apabila berat bertambah bebanan enjin akan meningkat dan penggunaan minyak akan bertambah.
  20. Elakkan mengisi minyak ketika lori minyak sedang mengisi tangki di stesen minyak untuk mengelak kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran minyak daripada lori yang kuat semasa proses tersebut.

 Kredit to Berita Harian (Khamis, 21 April 2011)


Tip yang aku selalu guna buat masa nie la...tip no. 1, 17 dan 19. Lepas nie kena amalkan tip yang lain gak nie..baru lebih jimat minyak kereta aku...hehhehehe


Korang macam mana, ada tak amalkan tip2 yang kat atas nie????? Jom kongsi sikit....



Perahan Otak : Tuan Tanah la


18 comments:

  1. kalau bwk 90km/jam alamatnya lambatla sya sampai opis...huhuuh...bla kua awal kna tempuh jem la plak....

    ReplyDelete
  2. hampir kesemua tips diatas saya ikuti..tengoklah betapa berhemahnya saya..,,,,ke ....kedekut....muahaahaaaa.

    ReplyDelete
  3. uihh best tip2 ni...abang balik nanti nak suh dia baca...thanks for the entry (wah...spiking)

    ReplyDelete
  4. xd kete so, xtau tp tgk abah cm xamalkn je tip2 ni.. ikut suke ati dy je.. xtau la plak skrg hehehe


    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  5. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    Honda ex5 dan Honda wave

    uihhhh minyak mahal wehhhh ni lah cara nyer nak berjimat... bagus tu... aku pun mula terasa sesak nak isi minyak ni....

    ReplyDelete
  6. tip yang no 5 tu try explain sket...tingkat tu apa..??????

    ReplyDelete
  7. intan : ini mesti bawa keta laju pepagi nie..agak2 ada saman tak???hehehehhe

    ReplyDelete
  8. Ina : nie terlebih berhemah nie...boleh jadi pemandu contoh nie...hehehehe

    ReplyDelete
  9. luckylizan : tip2 berguna memang patut dikongsi bersama nie

    ReplyDelete
  10. Farhana : takpe...bila dah ada kereta nanti baru la boleh praktis tip2 niee

    ReplyDelete
  11. Afzainizam : betul tue...kekadang rasa nak isi air jer ganti minyak.....hehehhehe

    ReplyDelete
  12. Ardini Humaira : sama la kita...baru gak tau

    ReplyDelete
  13. Fitri Senin : hehehe...tersalah taip la....nak tulis tingkap

    ReplyDelete
  14. selalu isi minyak malam2.. jimattt.. :)

    ReplyDelete
  15. bagus tips ni untuk kakNo yang baru bawa kete hehehe..selama ni Abang yang yg selalu bebel hihi...

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...