Tuesday, June 21, 2011

Aaron Aziz - Hero Novel Pujaan Terkini

Dah macam pisang goreng panas kau tengok Aaron Aziz..Memang meletup-letup dia kat tv sekarang nie..Lepas satu citer ke satu citer. 




Aku mula jatuh hati tengok lakonan dia masa dia berlakon citer EMIL EMILDA..sweet la sangat walaupun nampak pelik jer heroin masa tue Sharifah Amani yang nampak kecik sangatkan.





Minggu lepas baru jer habis demam satu malaysia dengan citer NORA ELENA. Drama nie diadaptasi dari novel "Kasih Yang Suci".




Bersambung pulak ke drama STANZA CINTA. Citer nie pun diadaptasi dari novel "Stanza Cinta". Jangan lupa tau citer nie setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3. Bersiap sedia la, lepas nie harus semua orang tercari-cari pulak novel nie. Kedai-kedai buku haruslah order stok yang banyak untuk novel nie pulak.



Lepas jadi hero drama terjun ke hero teater pula...Teater BADAI SEMALAM nie juga diadaptasi dari novel "Badai Semalam"



Nie sinopsis Teater Badai Semalam (kredit to budiey)

Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.


Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.


Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.


Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.
Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. 


Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?


Teater nie akan ditayangkan pada 15 - 25 Jun 2011 di Panggung Sari, Istana Budaya. Bukannya seperti yang tertera di poster tue tau. Nak tau lebih lanjut klik kat BUDIEY.


Jika Lagenda Budak Setan ada Farid Kamil sebagai hero, Ombak Rindu ada plak hero yang tengah mencanak naik sekarang. Siapa lagi kalau bukan Aaron Aziz. Memang wajib tengok nie bila filem nie dah ditayangkan nanti. Sebab novel "Ombak Rindu" nie memang best. Dah bertahun aku beli novel tue. Sambungan dari novel Ombak Rindu tue pun aku ada gak. Ingat-ingat lupa lak jalan citer macam mana. Lepas nie kena khatam balik la...hehehhehe


Nie pulak sinopsis Ombak Rindu (Kredit to Novelmalay)

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?



Di Novelmalay korang boleh tengok banyak koleksi novel-novel dan boleh tempah sekali.


 Dah panjang lebar pulak aku citer pasal hero yang tengah meningkat naik tahun 2011 nie. Yang masih bujang jangan berangan nak tackle pulak coz Aaron Aziz dah berkahwin la dan dah ada anak 3 lagi. 



Nie aku cilok dari website dia


Jangan ada yang muntah darah cukup bila dah habis baca entri nie...hehehehe



Kalau korang betul fanatik ngan Aaron Aziz nie, boleh la terjah kat website dia kat SINI ye



**Kredit to mr. google untuk semua gambar-gambar kat atas tue


Perahan Otak : Tali Barut Comey


15 comments:

  1. suke aaron sgt2...
    mai la singgah blog

    ReplyDelete
  2. hahaha mmng meletup hbis la aaron aziz tp dy mmng layak pun sbb dy pny lakonan mmng mantap.. lpas Nora Elena, naik plak nama kat KL Gangster pastu Stanza Cinta. pergghhh rezeki mncurah2 ke ladang gandum. Kalah Shah Jaszle.. hahaha

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  3. tak fanatik dengan Aaron Aziz, tapi fanatik dengan novel ;)

    ReplyDelete
  4. erm...payah den nak kabo...sebab den bukan peminat aron aziz

    ReplyDelete
  5. Sy suka aaron ms dlm nora elena ajer..pehtu dh x layan aaron hahaha


    dlm bebanyak novel tu sy cuma penah baca badai semalam dgn ombak rindu jer..

    ReplyDelete
  6. @La Jieja

    peminat tegar aaron aziz la nie..hehhehe

    ReplyDelete
  7. @Farhana Jafri

    betul tue...tengah meletop-letop mamat sorang nie sekarang..ntah bila la nak tengok KL Gangster pulak

    ReplyDelete
  8. @Mialia

    memang hensem mamat nie..sama la kita tak fanatik sangat la...cuma suka tengok jer...hahahha

    ReplyDelete
  9. @~daRLee ZuRiS~

    sama la kita..fanatik novel gak tapi dah kahwin nie jarang sangat la nak dapat baca novel

    ReplyDelete
  10. @HAFIZAL

    tak dapat la den nak nolong...hahahha

    ReplyDelete
  11. @Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

    kayrul ada novel ombak rindu ngan sambungan dia...banyak sangat novel sampai dah tak ingat...

    ReplyDelete
  12. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    balut sarung seat door trim dan dashboard kereta

    semakin larissss nampaknya dia ni yerrrr...

    ReplyDelete
  13. Suka tengok AA belakon.... tapi slanga singapore dia x ilang lagi..

    Bila nak tayang Adam dan Hawa ek? tak sabo nak nengok..

    Salam ziarah

    -kak lia-
    http://novelmalay.blogspot.com

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...