Thursday, June 02, 2011

Meroyan di Pagi Hari Bila ASB & ASD Hilang

Tajuk tak boleh blah...macam tu la keadaan aku pagi tadi. Meroyan satu rumah cari buku Akaun ASB & ASD. Macam mana plak boleh hilang. Nie la penyakit bila usia semakin matang nie - PELUPA.


Semua tempat aku cari, setiap sudut rumah aku bongkar tapi tak jumpa jugak. Sampai aku masuk lambat la kat opis sebab meroyan tak abis lagi cari buku-buku akaun tue. Kalau hilang macam mana la aku nak keluarkan duit...hehhehehe...Keluar jer ingat, nak menyimpan buat-buat lupa plak.


Kalau boleh sampai lubang tenuk aku nak cari...hambik ko...Tak cukup aku cari, bila Tuan Tanah balik keja dia plak sambung cari. Dah dia plak meroyan kat rumah sorang-sorang mencari.


Bila otak dah tenang baru boleh pikir balik, terus aku call kawan yang kerja kat Pejabat Pos. Mesti korang pelik, apa kena mengena Pejabat Pos dengan akaun ASB & ASD nie. Aku pernah buka buku akaun untuk Photographer Tegar kat situ so lebih afdal la aku rujuk balik ke situ. 


Kawan aku pun mencadangkan aku g buat report kehilangan buku kat PNB, KL. Alahai jauh plak nak ke KL. Tambah-tambah cuaca tersangat la PANAS hari nie. Kompem ramai la orang. Maklumatkan dihujung jari, terus la searh no phone PNB KL dulu. Bersopan santun bagai pengantin baru la aku menterjemahkan maksud aku yang telah kehilangan buku akaun nie kat pegawai tue. Mujur la dia mencadangkan aku terus jer g kat PNB Cawangan Putrajaya. Bagus, lagi dekat ngan rumah aku. 


Nie la alamat PNB Putajaya yang aku terjah..

Amanah Saham Nasional Berhad
Lot 27, Kompleks Perbadanan Putrajaya
Presint 3
62675 Putrajaya 
Tel : 03-8890 4480, Fax : 03-8890 4890


Siap alamat penuh lagi aku bagi. Paling aku terkejut masa sampai tadi, ingatkan opis tak buka hari nie. Tengok dari luar takde orang pun. Lengang giler la. Mujur la buka, kalau tak...tak berbaloi aku lari kejap dari opis nak buat report hilang buku nie. Isi segala borang kehilangan buku, then kena bawa IC original dan fotostat. Bayar RM 20.00 untuk dapatkan buku baru. 


Masalahnya, aku hilang dua buku iaitu buku akaun ASB aku dan ASD Photographer Tegar. Dah tak pasal2 terbang duit aku RM 40.00. Mujur la settle gak masalah aku. Cepat dan tangkas betul. Kalau awal tahun korang jangan datang la, berjam-jam kena tunggu coz ramai yang datang nak keluarkan bonus dan dividen. 


Masalah lagi muncul, kalau dalam akaun simpanan kita ada RM 6K ke atas tak boleh keluarkan ari tue gak, kena tunggu 10 hari waktu bekerja. Kalau dalam akaun ada RM 5K jer, boleh la buat pengeluaran hari yang sama. 


Buku Akaun baru dah siap


Aku ingat nak keluarkan duit untuk bid satu rumah lelong minggu depan. Rumah tue aku rasa mampu la kalau nak bid. Malang betul la, buku akaun dah hilang..bila buat baru tak boleh plak nak keluarkan.



KECEWA SIOT



Mungkin ada hikmahnya kot bila buku tue hilang, bukan rezeki kami la nak bid rumah tue. Mungkin Allah dah tetapkan rezeki untuk beli rumah di lain waktu. Insya-allah..


Perahan Otak : Tali Barut Comey




7 comments:

  1. mmg tak best bila benda penting hilang kan? insyaAllah ada rezeki lain mnanti tu...

    ReplyDelete
  2. Adehh..susah gak bila hilang kan?banyak keja kena buat la nanti..

    takpa bro yang penting..cool..hehe

    ReplyDelete
  3. memula baca kelakar.. sebab situasi yang sama terjadi kat diri ai.. hubby pulak tak campur sebab dia tau ai yang simpan semua dokumen penting seisi rumah, jadi kalau hilang ai ler yang dipertanggungjawabkan..

    takpelah, mungkin bukan rezeki kat situ, mungkin ada lagi baik dari itu.. usaha lagi.. ;)

    ReplyDelete
  4. Thanks for this entry

    Mak saya pun hilang buku ASB ni.Masalah nye nak ke HQ KL, orang tua sakit lutut mana larat naik tangga.DAh naik sket baru ada escalator.Kat Putrajaya nya office kena bertangga2 ke?

    TAk tau la pulak pasal tak boleh keluar duit hari tu jugak.ORang sudah datang bawak IC lagi, susa mau keluar ka?
    TErima kasih bagitau

    ReplyDelete
  5. @Jo

    kat putrajaya tak perlu naik tangga..dia betul berhadapan ngan padang..tempat pun selesa..

    betul tue duit kena tunggu 10 hari bekerja baru boleh keluarkan duit

    ReplyDelete
  6. Seb baik baca entry u....heheee. kami ni dahla 4 bijik buku anak2 yg ilang nmpk gayanya kena carik bg puas ati dulu la...xde gak baru buat baru. Tq ya :)

    ReplyDelete
  7. boleh ke keluarkan buku baru..cume report buku hilang je ke

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...