Monday, July 11, 2011

Kelambu Moden Bikin Ketiak Aku Berpeluh Sakan

Semuanya gara-gara penangan nyamuk yang dok menumpang kat rumah aku...Dah la dok free, tak share bayar sewa rumah sekali pastu pakej hisap darah kami sekeluarga..


Dah menggila nyamuk sekarang nie...Pantang buka pintu jer, berpusu-pusu masuk macam ada kenduri kat rumah aku nie...


Sebut jer ubat nyamuk apa yang aku tak pakai...dah tak berkesan ngan nyamuk-nyamuk nie...Berbotol-botol dah sembur tapi makin banyak ada la...Sebelum satu family kena denggi baik la aku cari cara nak mencegahnya..


Kelambu?????...pernah pakai tak korang tidur pakai kelambu. Mungkin bagi sesetengah orang cakap pakai kelambu nie leceh coz nak kena gantung dan ikat tali dulu.....sekarang tak payah lagi...Kelambu moden selesaikan masalah korang...


Pernah terjumpa kat blog mama kembar 3..terus excited nak rembat gak satu...cari punya cari yang paling murah, akhirnya jumpa la kat Delima On9 Shoppe. Nak order online nie aku tak pandai maka terpaksa la terjah ke kedai nie..Kat mana????...Di MINES DOWNTOWN.


Misi utama malam minggu adalah mencari KELAMBU MODEN..Sebelum tue, kitorang ke rumah mertua dulu coz buat sambutan kecil-kecilan untuk ayah mertua ku yang ke 54..Moga panjang umur dan murah rezeki...


Pukul 10 lebih dah gerak ke Mines Downtown. Mak aiii..ramai giler orang, dengan susah nak parking..Hampir satu jam mencari parking..Dapat la parking...Sebenarnya ada jer parking, tapi jauhnya..tak larat la mak buyung nie nak jalan jauh-jauh...Dapat parking dekat baru berbaloi...tak penat sangat nak jalan...


Pukul 11 lebih baru berjaya dapat parking yang paling dekat. Misi berjalan mencari kelambu dimulakan. Ingatkan kecik jer tempat nie....hazabnya nak cari kelambu tue. Dekat situ jer dah ada 400 khemah yang menjual barang-barang.


Kedai Kelambu Moden :
Lot 40, The Mines Downtown, Seri Kembangan


 Puas la tanya sana sini lot kedai tue....mulakan pencarian dari tempat jual makanan coz peniaga kat situ cakap kalau nak cari lot 40 tue, berhampiran tempat jual makanan...Berjalan la terkedek-kedek mencari. Photographer Tegar plak tidur, maka terpaksa la Tuan Tanah mendukung anak yang sorang tue...Bayangkanlah dari kedai lot 1 hingga la kedai yang ke 400 lebih kami berjalan, satu kedai pun tak nampak yang jual kelambu. Ketiak jangan cerita la..dah berpeluh sakan. Peluh jantan, peluh betina semua dah keluar...muka aku dah kecewa giler masa tue...Dah la penat mak buyung nie nak usung perut ke hulu ke hilir, pastu kecewa tak jumpa plak..


Dalam hati dok menyumpah seranah dah...ntah2 dah kena tipu kot. Tapi last kali kitorang nekad nak round sekali lagi dari mula..Kalau tak jumpa gak terpaksa la pasrah membiarkan nyamuk tak sedarkan diri tue hisap darah kitorang malam nie....


Mungkin Allah nak uji kesabaran kitorang..akhirnya berjaya gak jumpa...Mujur la Tuan Tanah yang terperasan, kalau tak sampai ke sudah la balik dengan perasaan kecewa. Mungkin rezeki kitorang, masa sampai kat kedai tue, just tinggal 2 je lagi kelambu moden tue, warna hijau dan ungu...terus rembat warna ungu...Harganya RM 47.00. Mungkin kakak yang jual tue kesian tengok kitorang yang kepenatan cari kedai dia tak jumpa maka dapat la beli dengan harga RM 40.00....berbaloi-baloi la...Ingatkan besar la tulisan lot "40" tue, rupa-rupanya tulisan kecik jer kat bumbung khemah tue...


Siapa-siapa nak cari kelambu tue boleh la cari kedai tue. Kedainya betul-betul mengadap kedai yang menjual makanan dan minuman kat downtown tue....


Jom tengok hasil rembatan kami..


Hanya RM 47.00..pandai-pandai la tawar kalau nak murah ye


Tidur atas katil pun boleh pakai jugak tau


Tak agak-agak...aku pasang terus kat ruang tamu..


Nyenyak anak aku tidur bila dah takde nyamuk yang nak gigit dia...kalau tak asyik terjaga jer tengah-tengah malam dek penangan nyamuk...



Nak tidur aman dan nyenyak..cari la kelambu moden ye...


Perahan Otak : Tali Barut Comey

22 comments:

  1. wahhh maner nak dapat klu kat jb nikh huhuhu

    ReplyDelete
  2. kalau balik kampung je jd hidangan nyamuk tp kat sini tak de sgt nyamuk. kekadang je sesat seko dua tu pun memburu sampai arwah nyamuk tu. Skrg ni cr kelambu baby & brg2 baby.. harus cpt2 dah sudahkan shopping utk sambut org baby. dah nak masuk 8 bulan..

    ReplyDelete
  3. baru dok riki kelambu ni..almaklom la dok plan nak p camping..hehehehehe

    ReplyDelete
  4. salam....
    bagusnya ada kelambu mcm ni. saya teringin nak sambar satu jugak. maklumlah, kalau balik kampung, anak dara saya jadi mangsa "takberperikebinatangan" si nyamuk... huhuhuhu... dah la kebun sawit sebelah rumah. mmg le byk nyamik! hehehe

    ReplyDelete
  5. @MYA EL QAYREENA AZRYAN

    ala kesiannya..cuba search kat laman web yang kayrul kasi tue...boleh buat tempahan gak

    ReplyDelete
  6. @THE LEKAT LEKIT STORY

    bestnya dah beli barang-barang baby..kayrul belum beli lagi...baby taknak tunjuk jantina lagi...bikin mama dan papa confuse nak beli barang jer..hehehhe

    ReplyDelete
  7. @Kyra

    kelambu nie mana la boleh buat g camping...hehhehehe

    ReplyDelete
  8. @Qaseh dalia adelia

    betul2 besar punya...satu family boleh join

    ReplyDelete
  9. @Naimatul Hafizah Nor Rodin

    kesian kat sofie jadi mangsa...kena dapatkan jugak tue...terjah laman web delima on9 shoppe..beli online jer

    ReplyDelete
  10. syok plak nengok si tecit tido dlm kelambu...alhmdulillah umah sya xde mslah nyamuk...

    ReplyDelete
  11. @intan morsalin

    excited dia setiap malam..kelambu cantik..memang lena la tidur

    ReplyDelete
  12. assalam... kalau ade kawan2 kat sini yg berminat nak beli kelambu moden ni, bolehlah tgk Facebook sy
    www.facebook.com/norhalmy :) tQ

    ReplyDelete
  13. salam..sapa2 yg dok jauh and susah n ak dapat kelambu ni boleh beli online kat blog ni yer...

    http://sweet-little-lurve.blogspot.com/2011/09/kelambu-moden.html

    ReplyDelete
  14. kelambu moden rm35 free postage berminat email sy d flip2erna86@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. salam...klau sape2 berminat nk bli kelambu khemah @ kelambu moden , blh sms sy... 019 9244845..ada 3 size : single, queen & king size...

    http://kelambukhemahhusnaashoppe.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. salam..
    kelambu moden @ kelambu khemah nie mmg mudah pasang dan simpan...
    klau ada yg berminat, blh sms sy 019 9244845...sy jual 3 size yg berbeza ; single , queen & king size...


    http://kelambukhemahhusnaashoppe.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. salam,
    sy ada menjual 3 size kelambu khemah @ kelambu moden ..King , queen & single size..klau ada sape2 berminat nk bli kelambu moden @ kelambu khemah ,blh sms sy 0199244845 @ PM facebook sy ; http://www.facebook.com/noralimi.latip @ http://kelambukhemahhusnaashoppe.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wbr,


    Kami menyediakan servis setup website kedai online beserta Shopping Cart dalam Ringgit Malaysia(RM). Melalui sistem kedai online yang kami sediakan, anda boleh meletakkan apa-apa sahaja produk online (TIADA HAD) dan 100% keuntungan jualan menjadi milik anda. Anda juga boleh mendapat keuntungan melalui 'feature iklan' oleh mana-mana seller yang berminat untuk mengiklankan produk mereka pada kedai online anda.


    Kelebihan kedai online kami :

    Sistem Shopping Cart dalam Ringgit Malaysia(RM)

    Sistem borang pembelian/tempahan produk terus ke email anda

    Sistem kedai online yang mudah diuruskan (friendly user)

    Tiada had produk

    100% keuntungan milik anda melalui jualan produk

    100% keuntungan feature iklan adalah milik anda

    DAN BANYAK LAGI



    Anda boleh lihat SAMPEL KEDAI ONLINE yang kami sediakan pada pautan berikut:

    Sampel Templet Kedai Online 1
    Sampel Templet Kedai Online 2
    Sampel Templet Kedai Online 3

    Sekiranya anda berminat, anda boleh membuat tempahan pada bila-bila masa. Kami hanya menerima 5 tempahan dalam sebulan. Harga tempahan adalah RM150 sahaja. Anda boleh membuat tempahan melalui pautan di bawah atau hubungi saya di talian 019-5983551(nesh).

    >>> KLIK DI SINI UNTUK TEMPAHAN KEDAI ONLINE

    Terima kasih

    ReplyDelete
  19. salam.. sape2 yg berminat dengan kelambu moden atau barangan2 dari Rantau Panjang, Kelantan seperti narita, periuk cap buaya dll blh berkunjung ke blog kami

    http://rantauonlineshop.blogspot.com

    atau ke Facebook https://www.facebook.com/pages/Rantau-Online-Shop/697757966920735

    ReplyDelete
  20. Salam..saya hr tu balik dari langkawi..langsung singgah..ke pd besar..hrganya dpt rm20.00 satu..apalagi turus ambil 4 set.. nk cari yg single yg single pula utk emak..

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...