Monday, August 22, 2011

Lautan Manusia Di Jalan TAR

Selamat pagi..

Nie kisah Sabtu lepas, g shopping terakhir untuk Tuan Tanah. Baju raya kitorang anak beranak dah ada, tinggal bapaknya punya baju belum beli...kang tak sedondon plak raya nie..


Tema raya kali nie adalah SILVER aka KELABU la coz keluarga mertua tema kelabu dan dah belikan sekali baju melayu untuk Photographer Tegar pun ikut tema tue..maka haruslah kami pun terpaksa mengikut tema yang sama..


Ingatkan g shopping sebelah malam tak le ramai orang. Ya ampun, penuhnya lautan manusia kat situ...Lepas solat isyak terus gerak ke Jalan TAR. Memang jem giler la nak menghala ke Jalan TAR tue. Parking kat Sogo, maka haruslah menapak ke Jalan TAR. 


Yang penatnya terpaksa berhimpit-himpit ngan orang ramai nie. Dah la berlaga-lagi perut ngan orang ramai, aduh rasa macam nak terberanak jer kat situ. Tapi gagahkan diri juga untuk melangsaikan misi mencari baju melayu. Sempat la sebat tudung aku sekali..hahahhaha


Habis la tawaf satu Jalan TAR ngan Masjid India pastu patah balik...nak cari baju yang terbaik dan murah la katakan. Kalau kat Kajang nie, tengok baju melayu without sampin pun dah nak cecah RM 200.00, tak sanggup la nak berabis sampai macam tue. Tue yang terpaksa terjah kat sini gak..


Lepas tawar menawar dapat la harga yang berpatutan. Kitorang nie bukannya pandai tawar menawar pun, dapat murah sikit pun dah cukup seronok la. Baju Melayu tue harganya RM 145.00 plus sampin, lepas tawar dapat la RM 120.00 plus sampin. Ok la tue under budget...hehehehe


Penat memang teramat la penat, ngan baby asyik menendang-nendang. Perut pun dah rasa kejang sangat, itu pun sampai pegang tiang khemah la kejap bagi menahan sakit. Mujur la tak terberanak kat situ..hehehhe


Photographer Tegar pulak seornok bukan main. Walaupun lautan manusia, jalan balik jadi mudah coz anak aku nie la guide kitorang. Dia main redah jer...maka pakcik dan makcik sekalian yang kecian kat dak kecik nie pun bagi la jalan dulu. Untung betul la....


So tamat sudah edisi shopping raya, tinggal nak balik kg jer. Baju raya semua dah siap basuh semalam, tinggal nak sarung di Hari Raya je la...


Perahan Otak : Tali Barut Comey

9 comments:

  1. mcm best je berada dlm lautan manusia tu. hehehe, teringin gak nak amek feel raya dok sorang2 kat jalan tar tgk org lain sebok beli baju raya. :)

    ReplyDelete
  2. aiyorkk takut lak nak pegi hehe

    salam kenal.. LR follower ke 400 ;p

    ReplyDelete
  3. @azam

    salam kenal gak..thanks ye sudi singgah sini

    ReplyDelete
  4. @::Cik Pija::

    hehehe..memang best la kalau nak ambik feel raya kat situ..terasa bahang nak raya

    ReplyDelete
  5. @LidaRahim

    salam kenal...kalau tak larat, rasanya baik tak yah la terjah ke sana...ada gak yang pengsan kang..hehehhe

    ReplyDelete
  6. eh, saya pun pergi jalan tar sabtu ri tu~ lepas pukul 10 malam, jalan tar dah sesak gile.

    ReplyDelete
  7. @MamaEma

    betul tue..kerana mu raya akan aku redahi jua..hahahha

    ReplyDelete
  8. @dhiera

    sama la plak...memang jem gilerkan..

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...