Thursday, September 08, 2011

Bil air mencanak naik lepas raya

Pening oh pening kepala bila pikirkan hal nie...


kredit to mr google


Semalam Tuan Tanah call bagi tau bil air bulan lepas mencecah RM 160.00..Terkejut beruk dengar..Rasanya bukannya ada swimming pool pun kat rumah, harapkan swimming pool Photographer Tegar yang sekangkang kera yang boleh mama dan papa tumpang join sekaki mandi..Tue pun rasanya sepanjang bulan puasa memang tak buka bagi dia mandi pun kat swimming pool tue.


Selalu penggunaan bulanan tak sampai pun RM 8.00. Disebabkan kami dok kat Selangor maka air percuma la..


Tengah pening tengok bil air, tup2 sampai surat dari SYABAS mengatakan kemungkinan ada kebocoran paip bawah tanah. Aduh masalah lagi. Patut la masa bulan puasa tue tengok air kotor jer, ingatkan ada kerja baik pulih kat kawasan berhampiran ker..Bila Tuan Tanah check kat meter paip, laju jer meter berpusing walaupun tak bukak paip. Memang confirm paip bawah tanah bocor.


Duit dah la banyak abis masa raya hari tue, sekarang masalah lain plak muncul. Time duit dah abis plak dia muncul....pening + migrain macam nie.


Agak korang, boleh ker claim kat Tuan Rumah sewa untuk repair paip bocor tue????


Kang yang merepair bagai nak rak kita yang menyewa nie, tup2 nanti masalah settle tuan rumah yang untung. Tak perlu keluar duit. Pagi nie cuba call tuan rumah nak settle cepat masalah nie, boleh plak tak dapat....


Tuan Tanah cuba tanya kawan dia untuk minta tolong repair paip bawah tanah yang bocor tue, siap kawan dia cakap kalau suruh kontraktor cina yang repair maunya kena RM 800.00. Hilang akal ke apa mahal sampai macam tue.. Jalan terakhir penyelesaiannya, Tuan Tanah kata dia akan cari barang dan upah kawan dia jer repair. Tengoklah macam mana nanti kena berapa..



Esok aku update citer pasal masalah nie. Tuan Tanah kata nak suruh kawan dia datang repair hari nie...


Perahan Otak : Tali Barut Comey

7 comments:

  1. mak aii tingginyer bill tak leh jadik kena bgtau tuan umah tu...

    ReplyDelete
  2. ade skali tu bil api umah sewa alin sampai 4ratus.mase tu budak2 umah tengok sume terkesima skejap.punyela terkejut.hu3

    ReplyDelete
  3. betulla tu kalo bil tinggi mencanak tetiba mesti ada kebocoran kat paip. Betulkan pastu claim kat tuan rumah tak boleh ke?

    ReplyDelete
  4. @MYA EL QAYREENA AZRYAN

    tue la masalahnya sekarang..telepon tuan rumah sampai sekarang tak dapat...dah kojol kot...

    ReplyDelete
  5. @aleen aiden

    lagi mahal, maunya menggigil tangan nak bayar tue

    ReplyDelete
  6. @Fitri Senin

    sekrang tengah usaha nak repair balik. Tengah cuba call rumah tapi tak dapat la plak..takpe, tunggu tuan rumah datang kutip sewa nanti boleh la claim balik...

    ReplyDelete
  7. eh mahalnya... dah tu camne tu? kena bayar jugak ke?

    eh negeri selangor tanggung bil air had dia bape rm eh??

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...