Tuesday, October 18, 2011

Artis Perempuan Merokok Di Kawasan Hospital

Selamat petang..

Hari yang ditunggu pun tiba jua...Hari nie sekali lagi aku ada check-up mingguan dengan Doktor Jamil kat KPMC..Puas la berdoa dan bercakap-cakap ngan baby agar kedudukan kepalanya dah turun ke bawah. Memang suspend betul time doktor jamil nak scan perut pagi nie. Rasa macam jantung nak pecah ada gak takut baby melintang lagi macam minggu lepas..

Alhamdulillah..syukur sangat coz kepala baby dah turun ke bawah dan doktor pun cakap air ketumban ok dan tak banyak lagi..Kalau air ketumban banyak, kemungkinan baby akan berpusing lagi. Uri pun dah naik ke atas. Rasa sangat lega hari nie coz baby memberi kerjasama yang baik. Sanggup la aku tak buat kerja-kerja berat yakni sapu rumah sekali pun aku tak buat. Takut menjejaskan kedudukan baby.

Ok tinggalkan citer pasal check-up pagi tadi...Nie aku nak kepoh-kepoh sikit pasal sorang artis perempuan nie yang aku nampak masa tunggu doktor datang. Pagi nie ada shooting kat KPMC nie, tak tau la untuk drama apa..Yang pasti aku hanya kenal sorang artis perempuan nie jer, yang lain aku rasa warga produksi tue la..

Mula-mula tengok artis tue, Tuan Tanah siap cakap lagi lepas abis check-up nie nak ambik gambar ngan artis nie la..tak dapat tangkap gambar ngan bapanya yang popular tue, anaknya pun jadi la..

Mula-mula tengok diorang tengah menjamu selera, abis jer menjamu selera aku tengok artis nie siap keluarkan rokok dan berkepul-kepul la asap kat situ. Sekali lagi, aku yang kepoh nie cakap la kat Tuan Tanah "nak ambik gambar tak dengan dia, tengok tue artis tutttttt nie smoking la"

Terus Tuan Tanah CANCEL, tak jadi ambik terus lepas tengok perangai dia. Agak-agak depan anak kecik dia, dia merokok ke tak???..Artis nie pun baru jer bercerai. Kalau artis lelaki merokok, aku tak kisah sangat..nie artis perempuan plak tue. Tak kesian kat diri sendiri ker...Tak ngeri ke tengok gambar kat kotak rokok tue...Plak tue di kawasan hospital. Walaupun kat luar bangunan, ko tue artis..cuba la jangan tunjukkan sangat perangai "comel" tue depan khalayak ramai...hmmmmm


gambar sekadar hiasan semata-mata..kredit to mr google


Untuk artis-artis perempuan kat luar sana yang merokok, kalau anda adalah perokok tegar..jangan la merokok kat khalayak ramai, kang dah memberi tanggapan negatif terhadap orang yang melihatnya...


Perahan Otak : Tali Barut Comey

19 comments:

  1. ish memalukan. nk rokok pn tmpt lain lakn?

    ReplyDelete
  2. laaa...sape artis perempuan yg merokok tu? habaq mai sikit..nabila huda kaaa? hah kan dh main tebak je kalau salah mahu aku menanggung dosa ni..

    ReplyDelete
  3. huhu,,siapakah itew???

    adakah nabila huda???? jeng3x...

    ReplyDelete
  4. ish2. macam2 perangai orang. tapi, merokok tu bukan pompuan je x boleh, lelaki pon sama jugak Hindar2 lah dari merokok yer. X ada faedah langsung pon. Kan kan tuan tanah. =)

    p/s: tq for the comment at my blog. InsyaAllah, akan saya jalankan tanggungjawab sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  5. hurmm , org laki nak berenti rokok org perempuan pulak ketagih rokok pasni erk

    ReplyDelete
  6. ~sokong3..agak2la nak merokok pon..
    btw t.care bby :)

    ReplyDelete
  7. @nuharau

    kalau baca betul2 mesti dapat tangkap....citer dia pun tengah famous gak la

    ReplyDelete
  8. @Rosalia

    betul tue..memang open betul dia smoking masa tue

    ReplyDelete
  9. @Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

    ahli nujum ke apa cik betty nie???..tepat sekali tekaan tue

    ReplyDelete
  10. @LYAfrina

    nie sorang lagi ahli nujum....memang betul pun

    ReplyDelete
  11. @Addy

    setuju sangat..merokon nie membahayakan kesihatan dan orang sekelilingnya jugak

    ReplyDelete
  12. @Qaseh dalia adelia

    tu la pasal..kalau dah terlebih sosial macam nie la jadinya

    ReplyDelete
  13. @Fitri Senin

    cuba baca comment lain..mesti tau saper dia

    ReplyDelete
  14. @Blueice Butterfly

    tu la merokok ikut sedap tekak jer...

    thanks ye

    ReplyDelete
  15. Uihhhh buruk perangai artis tu.... issshhhh tak ada kesedaran sivic betoiii

    Maaf lama tak ziarah kamu semua.. Minggu lepas out station lerr...
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip cari kereta terpakai proton perodua

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...