Monday, October 10, 2011

Bayi Melintang dan Uri Ke Bawah La Plak

Selamat pagi

Awal benar aku update hari nie. Aku baru lepas g check-up pagi nie. Sepatutnya jumpa ngan Doktor Jamil, KPMC esok malam tapi disebabkan aku batuk teruk dan selsema maka terpaksa la dicepatkan dari tarikh sepatutnya.

Serius betul jumpa doktor jamil nie, susah nak dengar dia bersuara..Kalau kita tak tanya soalan, rasanya bilik tue akan sunyi sepi jer la. 

Menitik-nitik air mata aku lepas keluar dari bilik doktor. Perkara yang aku takuti terjadi telah pun terjadi. Doktor mengatakan kedudukan bayi aku melintang dan uri plak berada di bawah. Keadaaan ini sangat membahayakan bayi. Doktor ada gak tanya sama ada berlaku pendarahan atau tak. Alhamdulillah setakat ini semuanya normal. 

Padahal 2 minggu lepas jumpa Doktor Mimi, kedudukan bayi dah betul, sekarang dah melintang la plak. Berat badan pulak telah susut sebanyak 3kg. Aku dah rasa stress sangat lepas dengar keterangan doktor tadi. Jangan la kena operation. Kalau operation maunya kos perubatan meningkat tambah-tambah aku bersalin kat swasta plak.

Adakah semua faktor nie berkait rapat dengan aku mengemas dan angkat barang berat kat opis minggu lepas. Masa g jenjalan hari Sabtu lepas memang aku dah tak boleh berjalan sangat. Pinggang dah rasa yang teramat sakit dan perut rasa macam dah nak bersalin. Terus balik awal jer coz dah tak tahan sakit. Sekarang buat apa-apa pun mesti perut sakit walaupun just bangun ambik air jer.

Harap sangat-sangat baby akan kembali ke kedudukan sepatutnya.Ok la tak larat nak membebel banyak kat sini coz mata dah ngantuk sangat lepas makan ubat batuk dan selsema nie. Kalau nak tau lebih lanjut mengenai masalah yang aku alami, boleh la singgah ke web site di SINI dan SINI.


Perahan Otak : Tali Barut Comey

19 comments:

  1. kakNo doakan semoga kayrul dan bb takde pe2 ya..kakNo pernah kene situasi mcm tu mase peknen 8bulan..tp alhamdlillah bb tu pusing asal balik..cuba jangang buat keje2 lasak ye..bahye beno tu time2 camni..

    ReplyDelete
  2. semuge baby tu dapat bertahan dan boleh dalam keadaan normal semule amin....

    ReplyDelete
  3. pulak dah.semoga akak dgn abby 2 2 baik2 aje. :)

    ReplyDelete
  4. alahai..baby....duk olek2 yer dlm peyot mummy...
    hrp baby akan duk mcm biasa..smoga slamat yer

    ReplyDelete
  5. @Norhafiza

    thanks ye kak No..kayrul dah susah hati sangat nie..Lepas nie kena banyak2 rest la...ingatkan buat keja lasak nak bagi baby keluar cepat tapi sebaliknya plak terjadi

    ReplyDelete
  6. @MYA EL QAYREENA AZRYAN

    harap2 macam2 tue la..kalau boleh nak bersalin normal je

    ReplyDelete
  7. @aleen aiden

    tu la pasal..lagi nak due lagi macam2 plak jadinya...huhuhu

    ReplyDelete
  8. take care my dear sis... risau akak dengar..tapi akak doakan semoga semunya akan kembali normal.. ok...

    ReplyDelete
  9. sabar lah ok..jangan lasak sangat takut belaku pendarahan...banyakkan berehat dan berdoa semoga baby kembali ke keadaan normal...amin...

    ReplyDelete
  10. Akak, semoga akak and baby sihat. insyaAllah..byk doa eh

    ReplyDelete
  11. Plz bed rest.. Jgn buat keje berat2..

    ReplyDelete
  12. EEEMMMM... kalau ibu dia lasak buat kerja .... anak pun lasak gak...

    yupp.... harap ianya kembali normal yerrr....

    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    wiper silikon dan wiper kereta biasa

    ReplyDelete
  13. semoga semuanya sihat2 & segala urusan dipermudahkan Allah hendaknya..

    ReplyDelete
  14. @anitadiana

    thanks ye..sekarang pun dah kurangkan buat keja berat dan banyak berehat takut jadi pendarahan...

    ReplyDelete
  15. @Ekmi Rabat

    thanks erk..sekarang pun sentiasa amalkan baca yassin setiap malam agar baby kembali normal

    ReplyDelete
  16. @Afzainizam

    tue la pasal..ibunya lasak kat luar, baby plak lasak kat dalam..nie pun harap2 dia akan kembali normal secepatnya

    ReplyDelete
  17. @Zana Adieyza

    amin...semoga doa semua kengkawan akan memudahkan semuanya

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...