Tuesday, October 11, 2011

Ubat Sembelit Paling Mujarab

Selamat petang..kerja dah abis maka boleh la update lagi citer terbaru dan sensasi...

Semua nie terjadi hari Ahad lepas, padahal dah 2 3 hari aku rasa aku kena sembelit. Asal g bilik termenung jer mesti terbantut nafsu membuang tue..Dah la menunggu sampai kebas-kebas kaki, hasil pelaburan plak takde..

Sebelum tue sakit perut macam banyak sangat la pelaburan nak disimpan dalam bank tue. Sekali kita dah lari macam ribut masuk dalam bilik termenung tue, tup tup terbantut. Terseksa la sangat..

Mujur la masa aku kena sembelit 3 4 bulan lepas, ubat yang doktor kasi tue aku belum pakai lagi. Maka terpaksa beranikan diri menggunakan ubat tue. dah tak kuasa la nak makan buah ke, minum ubat minyak ke...sekarang nak ekspress punya. Dah tak sanggup lagi menahan..

Nak tau apa ubat sembelit yang mujarab tue..jom skodeng kat bawah nie


Prime Enema


Cara penggunaannya haruslah memerlukan khidmat bantuan daripada si suami ataupun ahli keluarga ye. Kang nak buat sorang-sorang macam mana la plak..

Sebelum upacara tue, korang pastikan korang buat benda nie berhampiran tandas ye. Sebabnya kesannya sepantas kilat, kalau buat kat bilik tingkat 2, tandas plak tingkat 1, kompem la akan berlaku keciciran sepanjang korang nak lari ke tandas tue..hehehehe

Ok dah stop merepek. Korang hanya perlu baring mengereng, dan minta bantuan seseorang untuk picitkan ubat tue masukkan kat bontot korang sekali gus. Dalam masa kurang 1 minit korang akan rasa nak membuang dan membuat pelaburan dengan kadar segera. Jangan tunggu-tunggu, terus je pecut ke tandas. Memang berkesan teramat la sangat..

Selamat mencuba ye bagi korang yang tengah kena sembelit tue...


23 comments:

  1. lepas bersalin kena sembelit. bygkan siksanya sembelit dlm pantang. dh la x pernah rasa sembelit tu mcm mana sebelum ni. tak ambil apa2 ubat just makan buah jer.. lepas pantang elok pula dia hilang.. saja je kan.. kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mna nk dpt kn ubat ni.ibu yg masih menyusukan baby blh ke guna.

      Delete
    2. Boleh dapatkan di klinik atau farmasi, takde effect utk ibu menyusukan anak coz ubat nie masuk ikut bontot yer...tak sampai 5 minit abis la keluar semuanya

      Delete
  2. malu ye nak pakai ubat macam ni? tapi kesan dia cepat ea?

    ReplyDelete
  3. bagus gak kan...boleh ke guna waktu dalam pantang....

    ReplyDelete
  4. hahaha beraninye nak letak ubat tu..

    tapi kalau dah banyak sangat menyimpan tak pikir ape dah. piker nak melabur je. huhu

    ReplyDelete
  5. btul tu..kat labour room mmg akan dpt bende ni...hhihihi..pas masuk vontot jek..trus mencicit ke tandas...x nyempat2...hahhahha

    ReplyDelete
  6. heee,alin ada masanye memerlukan bantuan juga.tp alin makan ubat dari klinik.

    ReplyDelete
  7. uihhhh cucok kat vontot ingatkan telan... ubat ni spesis julab gak tu....

    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip cara mudah bersihkan seat kereta

    ReplyDelete
  8. saya pun pakai ini hikhikhik siap ada stok klu sesekali kena sakit ini hik3...

    ReplyDelete
  9. najis akan jadi lembut ke klu guna enema ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya la..tapi klu pakai enema nie..bukan najis jadi lembut jer..laju jer nak ke bilik air..tak sampai 5 minit habis semua isi perut yg terpendam tue keluar habis

      Delete
  10. Saya ada diberi ubat seperti ini tapi doktor kata kena pakai dalam 5 malam ja, takleh berterusan. Yang ni kena pakai masa kita nak tidur ja kalau tak ubat tu jatuh balik. Selain itu, doktor ada bagi saya ubat jenis minum supaya najis kita tu lembut sikit. Tapi doktor syorkn saya minum 2 liter air sehari dan makan byk sayur2 daun supaya tidak bergantng dgn ubat shja.

    ReplyDelete

  11. Info yang menarik mengenai penggunaan ravin enema untuk rawatan sembelit. Ianya memang efektif kerana dalam masa 2-5 minit pesakit akan mula dapat membuang air besar. Namun kita jangan menggunakannya selalu kerana ia boleh juga menyebabkan cirit-birit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks untuk nasihat dan pandangan daripada pihak dr..

      Delete
  12. My God !!! Ur post mmg betul. I duk tahan sakit sembelit bberapa hari. I pantang keguguran. Try minum bliss oren , vit c , duphalac la pisang buah oren mcm2 i try smua x mnjadi !! But my hubs bwk balik enema i takut lagi nk guna duk bca post u. Last i try jugak prtolongan hubs akhirnya mmg kluar habis. Stelah 3 4 hari sakit. ! Thnk u .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit sembilat tue paling sengsara...bila kita dah mudahkan laluan...senang nak kluar semuanya...hihihi

      Delete
  13. Replies
    1. x de kesan negatif pun..sbb ubat tue macam cecair je...masuk sekejap je laju je kluar semua bahan buangan..kena pastikan kita dok kat toilet la lepas masukkan ubat tu...memang x sampai 5 minit akan terus ke toilet

      Delete
  14. ubat tu bagi kesan negatif tak? side effect kalau guna.

    ReplyDelete
  15. PRIME ENEMA - first time guna pregnnt ank nO 2...sangat berkesan

    ReplyDelete
  16. Sy skrg kena sembelit sis..masih dalam pantang smpai luka bontot.huhu..ade g klinik n doc kasi ubt ni..tpi tkt nk guna..die boleh lmbtkan njis ke ek..sbb tkt juz memulas je tpi njis xlmbut gak..haruuu la..sbb bontot dh luka dah.

    ReplyDelete
  17. Waahhh bagus gak baca entry n komen²... baru belikan utk mak sy...

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...