Friday, December 23, 2011

Demam Kuning Buat Kami Check In Di Hospital Lagi

Selamat petang..


Hari kelima usia Hadif (19/11/2011-Sabtu) kami kena bawa dia jumpa pakar kanak-kanak doktor Afifah. Doktor ambik darah untuk check kuning coz bila doktor check kat seluruh badan hadif memang ada tanda-tanda kena demam kuning...


Tunggu dalam 10minit,  result pun keluar...dan Hadif disahkan kena kuning dengan bacaan 14. So terpaksa la ditahan dan diletak bawah lampu biru...Sebab besar kemungkinan Hadif mudah terkena kuning coz kepala dia luka dan bengkak masa lahir. Sebelum keluar hospital 2 hari lepas Hadif lahir, doktor pun dah terangkan dia akan mudah mendapat demam kuning kerana faktor tersebut.


Masa hari yang sama aku pun g check up untuk masalah jahitan terbuka dan benda alah yang berjuntai tiap kali buang air kecil. Setelah doktor mimi check, maka satu operation akan dibuat hari tue gak. Kelam kabut balik rumah packing baju aku dan hadif untuk check in kat KPMC.


Pukul 12.30 tengahari, operation pun dijalankan..Masa nie aku memang tak sedar langsung lepas kena bius. Sedar2 setengah jam lepas tue, aku dah kena tinggal sorang2 dalam labour room.


Alhamdulillah semua masalah kat diri aku dah settle so tinggal Hadif je la...Doktor Afifah ada cakap, nak bagi bacaan kuning Hadif turun dengan cepat..dia kena minum susu badan dalam tempoh nie...So 24 jam kerja aku adalah memerah susu badan masuk dalam botol untuk stok minum Hadif...Memang tertekan la masa nie..Susu badan banyak tapi alat yang aku guna untuk perah susu pulak jenis manual...


Akhirnya terpaksa la search dalam internet cara perah paling berkesan. "Teknik Marmet" yang aku belajar dalam internet memang berkesan la..Korang boleh klik kat SINI dan SINI. So saper2 rasa nak fully breastfeeding kat baby, cuba-cuba la belajar teknik nie..Menjimatkan wang korang coz tak perlu beli pam yang harga beribu-ribu tue...


Lega sangat-sangat..keesokkannya kitorang dah boleh check-out bila bacaan demam kuning dah turun kepada 10..berkat keberkesanan minum susu ibu...


Aku nak berpesan kat sini la...Untuk mengelakkan bayi yang lahir terkena demam kuning, si ibu perlu la bagi susu badan sepenuhnya dalam tempoh 15 hari selepas bayi dilahirkan...jangan sesekali bagi susu formula tau!!!!


Dah macam doktor plak pesan macam tue...hehehehehe


Jom usha gambar la plak..bosankan kalau baca entri panjang2 tanpa gambar....


 Ubat titis untuk demam kuning. Ubat nie import dari Penang. Abang aku yang ambikkan dekat klinik kerajaan kat sana..Sepatutnya bila dah pakai ubat nie memang berkesan la untuk bayi tak kena demam kuning tapi luka kat kepala Hadif menyebabkan dia tetap kena demam kuning gak...


Baby herbal bath untuk mandian bayi yang terkena demam kuning...Tak pakai sampai ke sudah coz luka kat kepala Hadif menyebabkan aku tak berani nak bagi dia mandi pakai benda alah nie...Siapa nak?????aku nak kasi free jer coz tak pakai langsung...


 Hari terakhir..dah nak check-out..Jom bergambar



Hadif minum susu badan dalam botol..Abis semua stok yang aku buat untuk dia...


Jom baca fakta tentang demam kuning:


Demam kuning merupakan suatu penyakit yang berkaitan rapat dengan kegagalan organ hati memproses sel darah merah. Kegagalan ini mungkin disebabkan oleh beberapa sebab seperti:-
  1. Kegagalan hati berfungsi ketika lahir.
  2. Kegagalan hati disebabkan jangkitan virus.
Maklumat lanjut : KLIK SINI ye

4 comments:

  1. alahai, moga baby cepat sembuh ye, budak lelaki mmg kuat menyusu kan

    ReplyDelete
  2. ada orang kata bagi susu kambing untuk penyakit kuning...

    tapi zaman dulu-dulu ... diorang jemur sekejap anak kat mata hari pagi lepas mandi... untuk dapatkan cahaya dan vitamin D...

    tapi kalau aku tak sanggup but cara ni ... kesian anak kena panas..

    sekang ni ubat doktor pun senang cuma kena ikut ajerr nasihat yang diberikan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    air balang kawin resepi air hawaii blue

    ReplyDelete
  3. eh,nape kena buat operation bagai?sbb jahitan trbukak ke atau sbb bnda yg trjuntai tu?sori,xphm..

    twins sy dulu wlaupun mmg fully bf, tetap kena kuning jugak..

    ReplyDelete
  4. anak saya 3 minggu pertama lahir mmg bagi cukup2 susu badan,kdng sampai muntah,tak pe lah asalkan tak kena ulang alik ke klinik,

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...