Thursday, January 26, 2012

Super Moist Eggless Chocolate Cake (SMECC)

Selamat petang..

Lama betul blog nie berhabuk al-maklum la tuan rumah cuti panjang. Naik cuti nie macam-macam nak tulis kat blog. Takpe kita tulis satu-satu dulu ye..

Kat sini aku nak kongsi satu resepi yang aku selalu skodeng kat rumah kak dayang@Dapurku Sayang. Memang terbaik la resepi nie. Bagi korang yang takde mixer untuk membuat kek, memang digalakkan sangat mencuba resepi nie. Dan paling penting tak pakai telur. Bagi aku kalau kek yang ada telur nie cepat muak sikit bila makan. So aku rasa nie resepi terbaik korang nak pikat hati mak mertua dan orang-orang tersayang...




 
Super Moist Eggless Chocolate Cake
Dimasak oleh : kayrul@Seindah Salju

Bahan-bahan : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan serbuk koko 
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 2 cawan gula perang
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - optional
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 2 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga cukup masak.  (suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Sila adjust sendiri ye) - aku bakar selama 55 minit
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
Penyediaan chocolate ganache/topping:
Bahan2: (aku gandakan resepi nie)

150g coklat masakan
65ml whipping cream
1 sudu teh mentega

Cara2:

Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Kacau lagi sehingga benar2 sebati(guna handwhick). Padamkan api.
Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat)-(dalam dua minit) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.

Cara menuangnya adalah dari tengah dan sebarkan ke tepi2 kek sehingga sekata.. hiasan kek mengikut deko kegemaran masing2.


Nie pulak topping terbaik pernah aku rasa. Memang sedap sangat. Bagi korang yang malas nak buat topping nie pun boleh coz rasa kepekatan dan moist kek coklat nie dah cukup sedap. Dah banyak blog2 mencuba resepi nie, memang berbaloi-baloi la..

10 comments:

  1. wah xde guna telur..hurm..weekend ni nak try lah...yummy..yummy...

    ReplyDelete
  2. favourite saya jugak ni, byk kali dah buat, sedap sangat kan, yg penting jimat telur hehe

    ReplyDelete
  3. ini takleh dibiarkan...coklat tu betul2 menggugat iman.haha...terliur nye... nak,nak...

    ReplyDelete
  4. @Dinda Iva

    betul tue..yg tak boleh makan telur, memang sesuai sangat cuba buat

    ReplyDelete
  5. @Tina Othman

    betul tue..tersangat la sedap dan jimat sangat telur..hehhe

    ReplyDelete
  6. @JR® (22)

    sabar2...kalau dah terliur kena cuba nie

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...