Tuesday, February 21, 2012

Apam Tepung Beras

Selamat pagi.

Pagi-pagi aku nak share resepi yang tersangat sedap, lembut dan gebu. Terkenang kisah zaman kecik-kecik dulu pakai seluar pendek, berlari-lari g rumah jiran beli apam tepung beras. Memang sedap sangat makcik tue buat. Susah dah sekarang nak cari apam yang rasa macam zaman kecik-kecik dulu..

Sekali aku jumpa resepi apam tepung beras. Tengok rupa macam apam yang aku pernah makan 20 tahun lalu. Maka gigih la aku try buat 2 hari lepas. Resepi nie aku skodeng blog HaSue..memang best try resepi HaSue nie..Mesti menjadi punya..Resepi asal dari Kak Watie Penang

 Letak colour2..laju jer aku makan...hehehehe

 Ada apam yang senyum mekar, ada yang senyum sumbing dan ada yang terover senyum la plak..


Nie eno yang aku pakai

APAM TEPUNG BERAS


Bahan-bahan:

 1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno

Caranya:
  1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat.
  2. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah malam kukus pukul 5 pagi).
  3. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
  4. Panaskan kukusan. Masukkan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
  5. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.
Nota kayrul : Acuan tue di sapu dulu dengan sedikit minyak sebelum bancuhan dimasukkan. Kalau tak bila dah masak, apam susah nak dikeluarkan dan permukaan bawah jadi tak cantik.

4 comments:

  1. kalau makan begitu je pun dah manis2 buah yea rasanya ?
    wahhhh....terlioq bila tengok colour2...1st time tengok apam colour hat bighu....comeiii

    ahaha..nak try lah nanti >_<
    good sharing .

    ReplyDelete
  2. rajinla sungguh mengapam..saya buat aritu tak jadi..huhu

    ReplyDelete
  3. comelnya apam tepung beras..geram tgk..nak rasa 1...

    ReplyDelete
  4. Yang senyum tu yang manis tu, hehe. Kalau dikampung saya, diorang makan apam ni dengan kuah gulai. ish, teringat pula. hehe

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...