Thursday, February 16, 2012

Pavlova - Tercapai gak impian aku nak makan

Selamat pagi...

Hari nie aku nak update resepi Pavlova yang aku berjaya buat lepas peram resepi sebelum bersalin sampai anak dah nak masuk 3 bulan baru aku berjaya buat.

Resepi dah print banyak kali pastu hilang, print lagi, hilang....last print baru aku buat....hehehehe

 Gambar no. 1 : Putar putih telur dan gula icing sampai la meringue dia jadi macam gambar no 2. Terbalikkan mangkuk pun still elok jer tak jatuh..

Gambar no. 2 : meringue yang menjadi

Gambar no. 3 : abang long yang sibuk nak menolong gak

Gambar no. 4 : alas loyang ngan baking paper then masukkan meringue tadi

Naik lenguh gak la tangan pakai hand mixer jer

 Gambar no. 1 : dah siap campur semua bahan then tunggu masa nak masuk oven jer.

Gambar no. 2 : bahan-bahan yang aku guna. whipping cream tue aku beli yg 1 liter punya. banyak kali sikit boleh buat..hehehe

Gambar no. 3 & 4 : abang long tengah tolong putar whipping cream plak. Proses yg panjang, dah siap mandi pun mama x siap-siap lagi..

 Gambar no. 1 : selesai proses masak. rehatkan dalam oven selama sejam

Gambar no. 2 : opps..berlaku keretakan sikit..

Gambar no. 3 : dah siap sapu whipping cream

Gambar no. 4 : takde stok buah, aku pakai topping coklat jer

 Ok dah siap. Tunggu masa nak ngap jer...Tak sempat nak masuk oven coz memasing dah teruja nak makan..hehhehe
PAVLOVA

Bahan-bahan Meringue:
3 biji putih telur
1 cawan gula icing
3,4 titik esen vanilla
3,4 titik cuka
1 sudu besar tepung jagung
Bahan-bahan topping Cream
250ml whipping cream  (boleh jugak nak tambah gula ke, madu ke, nak bagi manis skit. tp meringue tu sendiri dah manis.. so tak perlu kot)

Cara-caranya: (sangat mudah)

1. Untuk buat meringue: Pukul 3 biji putih telur ngan gula icing, guna high speed terus. Pastikan tiada bercampur kuning telur. Bekas kena kering betul-betul. Tak boleh ada air langsung. Kalau tak memang tak jadiklah meringue ni. Putar dalam 15 min. Putar sampai bila kita terbalik kan mangkuk tu, tak meleleh.

2. Kemudian masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung. Gaul kasik sebati guna sudu.

3. Kemudian alas loyang guna baking paper.Panaskan oven sebelum masukkan meringue ni. Guna suhu 150.

4. Bakar selama 50min. Guna api bawah je. Suhu 120. Dalam masa sejam tu, meringue ni akan mengembang, dan merekah sikit. Jangan risau.. itu petanda molek. Tak perlu menangis depan oven. Selepas 50min, bakar pulak guna api atas bawah selama 10min.

5. Bila dah siap bakar selama sejam. Biarkan meringue ni sejuk dalam oven. Jangan keluarkan. Jangan risau kalau dia mengecut.. takpe. Yang penting jangan kuarkan dari oven, nanti dia sudden drop. Biar dia drop slowly.
6. Sementara tunggu meringue tu sejuk, bolehlah putar whipping cream sampai dia kembang. Sementara tu boleh wrapped dan sejukkan dalam fridge. Bila meringue dah sejuk, bolehlah sapu whipping cream atas meringue. Dan hiaskan lah dengan buah-buahan pilihan.



Bersemangat anak aku makan. Pavlova tue dia makan sikit jer, topping coklat yang lebih2 dia makan...hehehe

First time aku rasa macam makan gula-gula kapas. Ada yg kata macam marsmallow...ntah la aku tak makan marsmallow so tak tau macam mana rasa tue...Pavlova nie rangup kat luar dan lembut macam kapas kat dalam. Buat pun senang sangat, bahan pun senang...Whipping cream tue jer macam mencekik darah sikit. Kalau korang nak murah, g beli kat kedai barang2...baking...

Balance pavlova tue, aku masukkan dalam fridge, makan plak esoknya..memang TERBAIK la kesedapannya...sejuk dan nyaman jer kat tekak nie..

Lepas nie aku akan buat lagi lepas aku berjaya beli buah-buahan yg segar dan menarik la..


15 comments:

  1. alhmdulillah dpt jgak mkn yer..hehe.. ;)

    ReplyDelete
  2. wah..adik akak buat pavlova..akak tak pernah rasa.. ermmm kalau umah dekat dah lama aku singgah makan ni hehe... yummmy.... :)

    ReplyDelete
  3. sedap nye la haiiii

    ReplyDelete
  4. wei...akhirnya..nak try tapi tulah..bila la agaknye..

    ReplyDelete
  5. sedapnya, tak terbuat lagi pavlova ni, tapi kekadang meringue ni ikut telur jugak tau, kekadang tak menjadi

    ReplyDelete
  6. sedap...rindu lak nak makan pavlova...huhuhuuu

    ReplyDelete
  7. wah dh buat pavlova..bestnya..rs cam marshmallow ya? sy penah mkn marshmallow tp x suka sgt..tp nk try jugaklah buat pavlova ni nnt

    ReplyDelete
  8. @Noli@Ibu Wafa

    akhirnya...kalau malas, ntah bila la dapat makan..hehehe

    ReplyDelete
  9. @Noli@Ibu Wafa

    akhirnya...kalau malas, ntah bila la dapat makan..hehehe

    ReplyDelete
  10. @SyahNas80 @ Nana

    kayrul pun first time rasa. takpe kayrul dah tempek resepi tue, boleh la cuba ye kak

    ReplyDelete
  11. @SyahNas80 @ Nana

    kayrul pun first time rasa. takpe kayrul dah tempek resepi tue, boleh la cuba ye kak

    ReplyDelete
  12. @azam

    memang sedap tapi dah abis la plak..hehehe

    ReplyDelete
  13. @Pen Biru

    kena try gak coz sedap dan berbaloi-baloi...

    ReplyDelete
  14. @Tina Othman

    tina, kalau ikut betul-betul resepi yg kat atas tue kompem akan jadi punya...

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...