Friday, February 17, 2012

Potato Munchkins

Selamat pagi

Pagi yang penuh keberkatan nie jom layan resepi baru. Aku buat baru-baru nie.

Memang dapat banyak sangat. Siap bekukan lagi untuk makan esoknya.

Goreng semula esoknya pun still lembut dan gebu. Goreng pagi nie sampai pagi esoknya pun still lembut lagi.

aku buat bentuk donut gak. kalau tak abang long tak nak makan kalau bukan bentuk donut


POTATO MUNCHKINS
resepi : Lela
sumber : dapur mamasya
 
Bahan-bahan :
1/2 kilo tepung gandum
3/4 cawan susu suam
2 biji kuning telur
1 sudu besar yis (mauripan)
4 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin
3 biji ubi kentang (rebus, kemudian lenyek)

Cara-cara:
1.Tepung gandum digaul dengan marjerin dan kentang sehingga sebati
2.Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu berserta yis
3.Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh
4.Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda
5.Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing
6.Panaskan minyak dan goreng.

nota dapurmamasya
adunan ni agak lembik,gunakan sedikit gandum, letak di tangan semasa bentukkan doh.

Nota kayrul : untuk simpan dalam freezer, goreng separuh masak, sejukkan dan simpan dalam peti sejuk bahagian atas.

2 comments:

  1. sedapnye nmpak..pandai nye msk!

    ReplyDelete
  2. gebunya...sedap pulak tgk..ehehe..kalau rajin nk try jugak la..hik2..

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...