Thursday, March 14, 2013

Pendaftaran Murid Tahun Satu, Selangor (1 Mac - 30 April 2013)

Selamat pagi


Aku baru sajer lepas daftar anak sekolah secara online...Mesti ada yang pelik naper anak baru umur 5 tahun dah kena daftar???...Meh sini aku nak bagi tahu...Untuk korang yang tinggal di Negeri Selangor, pendaftaran anak masuk sekolah Tahun 1 dah boleh mula daftar secara online mulai 1 Mac - 30 April 2013...

Yakni anak korang lahir tahun 2007 dan 2008 jer yang boleh daftar online tau


Negeri lain aku tak tau..tapi dekat selangor boleh daftar awal..jangan ngada2 lambat...anak tak masuk sekolah jangan salahkan sekolah plak, salahkan diri sendiri yang tak ambik port...


Tatacara permohonan Murid Tahun 1 secara Online 


1.
Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPPSel) boleh dibuat melalui Aplikasi  Atas Talian sahaja. Ibu bapa / penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer  yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah.   Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 01 Mac 2013 hingga 30 April 2013 melalui pautan perkara tersebut di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor  http://apps.moe.gov.my/esppsel Selepas tarikh tersebut permohonan akan ditandakan sebagai permohonan lewat dan tertakluk kepada akibat daripadanya.

2.
Ibu bapa atau Penjaga yang anaknya memenuhi syarat-syarat pendftaran tahun satu boleh membuat permohonan secara online. Sila baca Tatacara dan Panduan Permohonan dengan teliti dan memasukkan maklumat permohonan dan kod-kod yang diperlukan dengan betul. Kesilapan mengisi no mykid dan tarikh kelahiran dan lain-lain maklumat yang diperlukan akan mengakibatkan permohonan gagal atau ditolak.

3.
Setelah melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan melalui menu cetakan. Sila kemukakan dokumen tersebut ke sekolah dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan yang akan disahkan oleh pihak sekolah

4.
Mulakan proses permohonan melalui/klik menu PERMOHONAN ON-LINE Pemohon perlu mengesahkan dahulu  pilihan kewarganegaraan dan memilih Status Tempat Kelahiran (Dalam Negara atau Luar Negara) Pilihan di Daerah, Jenis Sekolah Dipohon serta pengesahan status Orang Kelainan Upaya (OKU)  Semakan nama sekolah dan di daerah mana sekolah dipohon  berada,  boleh dirujuk dengan menuliskan nama sekolah pada Direktori Sekolah melalui  pautan berikut: http://www.moe.gov.my/jpnselangor/jkict/indexTS.php  Sila hubungi meja bantuan jabatan kami jika masih menghadapi masalah.

5.
Sila masukkan data Maklumat Pemohon dengan teliti terutama ketika mendaftarkan nombor MyKid. Masukkan  Tarikh Lahir dengan cermat mengikut urutan hari/bulan/tahun dengan merujuk dokumen kelahiran yang sebenar. Lengkapkan semua ruang maklumat lain yang diperlukan/berkaitan sehingga selesai. Sila  semak semua maklumat yang  dimasukkan dengan teliti sebelum menekan butang Hantar. Lengkapkan modul pemilihan sekolah dan modul berikutnya sehingga selesai dan laksanakan cetakan borang.

6.
Sistem akan menggunakan no Mykid/Borang W sebagai Id pengguna untuk membuat semakan. Sila dapatkan dan simpan No Pin dari cetakan borang yang telah lengkap.  No Pin diperlukan bagi tujuan Kemaskini Profil/Permohonan dan urusan penyemakan keputusan pada masa akan datang. Sila semak maklumat yang diisi dengan teliti dan buat pembetulan yang perlu sebelum membuat cetakan.

7.
Pemohon hanya perlu menghantar satu (1) permohonan sahaja. Sistem membenarkan  pindaan/ kemaskini maklumat untuk 3 kali sahaja. Sila hubungi pihak sekolah sekiranya perlu sangat membuat pindaan seterusnya.

8.
Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan atas talian eSPPSEL pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau sambungan ke sistem terputus. Ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.

9.
Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

10.
Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon atau menghubungi meja bantuan eSPPSel melalui telefon atau email jabatan kami. Sila kemukakan no Mykid/Borang W dan nama anak ketika membuat urusan tersebut.
Macam mana nak daftar???
 Klik gambar utk daftar online


 Ikut la turutan dari 1. Pengesahan, 2. Maklumat Pemohon, 3. Sekolah Dipohon, 4. Cetak Senarai Semak


Dah settle semua harus la cetak, sebelum tue pastikan korang ada printer tau kang macam mana nak cetak maklumat tue...


Setelah pendaftaran selesai...Dokumen yang telah dicetak dan dokumen senarai semak perlu dibawa ke sekolah yang dipilih.


Senarai semak :
  1. Sijil lahir/ Borang W/ Sijil Anak Angkat
  2. Bil Utiliti (Bil elektrik (TNB)/ Air Sahaja)
  3. Kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga
  4. Surat Nikah/ Surat Daftar Perkahwinan/ Surat Cerai (Sekiranya berkaitan)
  5. Surat Hak Penjagaan/ Perintah Mahkamah jika berkaitan (Sekiranya berkaitan
  6. Laporan Doktor & Kad OKU (Sekiranya berkaitan)


So, jangan lambat2...kang tak sekolah plak anak kita tue...hehhehe

5 comments:

  1. hohoho..thanks ingat kan..t nak cek my chenta dah daftar lum...rasa mcm dah..

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing! Nak kena cpt cpt daftar my 3 heroes ni :-)

    ReplyDelete
  3. slm.wah mmg dh ramai register.isnin br2 ni dh slmt register online sbb bc n3 kwn blogger.dan mmg dh dpt emel dr dorg,skrg cuma bw je kertas yg kita print ke sklh utk buktikan dh register..lega ^^

    ReplyDelete
  4. besar da anakkan.. nak sekolah da... cepatnya masa berlalu

    ReplyDelete
  5. advance nyer..macam mana la kalau mak pak buta it kan. sampai tahap daftar online lagi. TQ info yang berguna :)

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...