Friday, November 01, 2013

Roti Pita Inti Daging

Selamat petang


Menu sarap pagi tadi...bangun awal tapi boleh lagi duduk bersimbuh diam2 lipat baju di pagi hari...tengok jam 6.40 pagi baru kelam kabut g dapur buat sarap nie


Nie kiranya sarapan paling cepat disediakan....


Suka hati aku jer letak nama resepikan...


Dah blog aku mesti ikut tuannya ye


Memancar cahaya kesedapannya


Resepi paling simple dan cepat la....tak sampai setengah jam dah siap...

ROTI PITA INTI DAGING
Bahan2 :
Roti Pita 5 keping
Salad
Daging Cincang
Kentang (1 biji) - potong dadu
Serbuk kari - 1 sudu besar
Bawang besar (1 biji) - potong dadu
Serbuk perasa
Sos Thousand Island
Sos BBQ

Cara-cara untuk masak inti :
1. Goreng kentang sehingga empuk.
2. Masukkan bawang dan goreng hingga layu.
3. Masukkan serbuk kari dan serbuk perasa.
4. Akhir sekali masukkan daging cincang.

Cara-cara :
1. Panaskan roti pita-terbalikkan depan belakang sekejap jer.
2. Potong kepada 2 bahagian.
3. Masukkan salad, inti dan akhir sekali tuangkan sos thousand island & sos bbq...
4. Ok dah ready untuk di makan.


Simple dan mudah.....cepat nak disediakan...Kalau inti dalam nak ditukarkan ke inti lain pun boleh...selamat mencuba

4 comments:

  1. wahh.. bertambah lagi satu menu bfast akak la pasni.
    tak penah buat lagi roti pita senang bangat camni...

    ReplyDelete
  2. nanti nak tryla sis..
    tq sebab kongsi resepi

    ReplyDelete
  3. Wahhhh. Menarik. Tapi kami bukan jenis makan roti. Sllu je mknn berasaskan roti ku dipandang sepi. Sobs.

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...