Wednesday, June 11, 2014

Cucur Kembung

Nie sarapan pagi tadi punya...bangun lambat pastu otak terus blur nak masak apa untuk sarapan...


Sejak dua menjak nie haikal rajin sangat bersarapan..makanya mama terpaksa la pikir resepi kena ngan tekak anak2...


Pukul 7 pagi baru sibuk duk google resepi....hehehe...terjumpa la resepi yang mudah dan senang kat blog Kak Rose..terus tergoda tau tengok cucur yang montok2 tue



CUCUR KEMBUNG
Resepi Asal : Sajian Dapur Bonda

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour) (kak rose guna tpg gandum + 2tsp baking powder) - kita ikut kak rose jugak sebab cari tepung naik sendiri x jumpa padahal baru beli...huhuhu
3/4 cawan gula pasir halus – boleh tambah gula sekiranya suka manis
½ sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
1 biji telur
½ sudu esen vanilla/ros - opsyen, tak letak pun tak ape
Air panas (suam) secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara menyediakannya: 
1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas kecuali air panas (suam). Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit seperti bancuhan membuat jemput-jemput. Gaul sebati.
2. Memandangkan resepi ini menggunakan tepung naik sendiri, maka ia tidak perlu diperap terlalu lama, hanya lebih kurang 20 minit sahaja atau sehingga bancuhan kembang.
3. Panaskan minyak secukupnya. Guna api sederhana. Jangan terlalu panas, ditakuti renting di bahagian luar tetapi tidak masak di bahan dalam.
4. Sebelum menggoreng, bancuhan tepung tadi hendaklah digaul sekali lagi supaya rata.
5. Kemudian jemputlah bancuhan tepung sama ada dalam bentuk bulat-bulat atau dalam bentuk lonjong.
6. Goreng sehingga kekuningan, kemudian diangkat dan ditoskan. 


First time cuba menjadi dan sangat2 suka makanya akan buat lagi la guna resepi nie...Tekstur cucur kembung nie kan luar rangup dalam lembut. Rasa lemak2 gitue...


Terus kebuluq tengok gambar nie petang2..rasa nak repeat buat lagi petang nie...hehehe

9 comments:

  1. Salam..haa saya panggil cucur ni cucur manis..kalau teringin nak makan, mmg malas nak bancuh tepung, beli yg dah siap bancuh je, jenama Adabi tu..hehe

    ReplyDelete
  2. amboi sedapnya. terliuq cx tgk. da la tgh lapar ni. hahaha!

    ReplyDelete
  3. Blh bt utk anak2 nih..mak akk biasa buat tp dia boh isi durian..ish..sedapnya

    ReplyDelete
  4. bulat2 tu cantik sgt! pakai tangan ke kayrul?

    ReplyDelete
  5. sampai ke sudah x berjaya mengembungkan jemput.

    ReplyDelete
  6. masuk dlm list jugak ni harus try

    ReplyDelete
  7. kembang cantik cucur tu.. sy buat x pernah lak kembang mcm tu.. hehe.. tgn xde seni betul..

    ReplyDelete
  8. dilah buat x jadi kembung2 mcm tu. nape ek kayrul?

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...