Saturday, July 26, 2014

BREAD LASAGNA CHEESE

Ok first time aku masak bread lasagna cheese..lepas terpengaruh tengok achiek anis update gambar kat facebook...dugaan bulan puasakan...semuanya mudah terpengaruh

Tambah2 makanan sedap lagi la mudah terpengaruh....hahhhaa


Pastu usya kat blog achiek anis dan mommycha....so klu nak tengok boleh la usya kat kedua2 blog....siap ada step by step lagi....


Nie resepi aku tengok kat boleh achiek anis dan mommycha...tapi aku oleh sikit la ikut besar loyang yg aku pakai...


 BREAD LASAGNA CHEESE

Resepi :

Roti gardenia yang telah dilenyek nipis - bergantung jenis loyang
  Slice cheese
  1keping daging kisar
Sedikit susu segar
1 tin kecil sos prego ( tak kisah yang mushroom ke pasta ke )
1 biji tomato dipotong dadu
1 tin cendawan butang ( dipotong nipis )
1 biji bawang besar dipotong dadu
  2 biji bawang putih dipotong halus
2 biji telur yang dipukul bersama2 sedikit susu segar
Sos Cili
Parutan mozarella cheese secukupnya
Sedikit mentega / minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
 Oregano secukup rasa

 Langkah2 :


Tumis bawang besar dan putih dengan sedikit mentega/minyak hingga kekuningan
Masukkan daging kisar dan renehkan seketika
Kemudian masukkan sos prego, sedikit sos cili dan garam
Biar mendidih sekejap, kemudian masukkan cendawan butang dan tomato
Didihkan sehingga masak dan agak pekat


Loyang disapu mentega
Lenyeknya roti dan rendam seketika dalam telur yang dicampur susu
Susun dalam dulang
Kemudian lapiskan dengan inti daging dan seterusnya slice cheese...ulang langkah tersebut hingga abis roti
Paling ok buat 3 lapis ye...akhir sekali bahagian atas selepas letak inti daging, taburkan mozarella cheese

Bakar pada suhu 160 darjah selama 30 minit



Bila dah dipotong, macam nie la rupanya...sedap dan terbaik

Rasa macam makan lasagna jugak tapi lagi mudah cara membuatnya....

Selamat mencuba



 




2 comments:

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...