Dah lama tertangguh nak update kisah Haikal Danish g kem..
Ini merupakan kali pertama Kem Cuti Sekolah yang Haikal sertai...tahun lepas ingat nak masukkan Haikal ke kem cuti sekolah nie tapi had umur untuk menyertai kem selalunya bermula umur 8 tahun..
Tahun nie Haikal dah 8 tahun boleh la join...gigih cari kem untuk musim cuti nie...klu boleh nak dekat2 kawasan rumah je...x de la jauh kitorg nak menghantar dia..
KEM SMART 3A
Bayaran untuk seorang RM 299.00 bagi 3 hari 2 malam.
Tarikh : 8-10 Disember 2016 (Rabu - Sabtu)
Tempat : Photon Valley Hulu Langat, Selangor
Sebenarnya kitorg rahsiakan daripada Haikal tarikh dia akan ke kem nie..taknak dia mengamuk x nak pergi plak...seminggu sebelum pergi baru dia tau..tapi kitorg xde la ulang ayat kata dia nak g kem..senyap2 sudah..
Esoknya nak kena g Kem baru kitorg bagi tau..mula la edisi drama air mata budak x nak pergi kem...
Dia ingat dia nak kena duduk sana selamanya..hahaha
Menangis la sampai bengkak2 mata sampai tertido...esok paginya mujur mood dia dah ok...baru kitorg cakap yg dia g sana tido 2 malam je...baru la dia lega..
Jauh tempat nie..area Batu 19..hampir nak ke Sg Congkak jauhnya
Semangat nak g Kem...senget2 bahu usung barang dia..x mo org tolong...
Berkabus pagi2 kat kawasan tu..kompem tido malam sejuk nie
Kembang2 hidung nak ambik gambar...hahaha
Mana ada abang di situ ada adiknya...ikut tu adik pun nak join g kem ngan abang...apakan daya umur x cukup lagi la dik..hihihi
Photon Valley Eco Resort
Ingatkan x ramai rupanya dekat 200 org budak yg join kem tu
Ini hari terakhir Haikal kat situ..ada sesi Ibu Bapa kejap..pastu baru anak2 dibenarkan masuk..
Masa nie diorg ada nyanyi lagu..menusuk jiwa la..nampak la ada anak2 yang menangis..
Salah seorg budak yang menangis,..hahaha
Ini lagu mak pak kena nyanyikan plak...adoi la cikgu nie..kenapa la bg lagu macam nie...buat mak pak join sekaki nangis la..huhuhu
Dah habis mak pak nyanyi..sesi anak2 bertemu ngan mak pak plak...masing2 rindu kat anak2
Dapat gak Sijil Penyertaan
Klu korang nak anak2 korang join kem macam nie..boleh la call no kat atas tu ye
Walaupun seram sikit tengok keadaan bilik tu tapi ok la sebab Haikal xde la plak merungut x selesa..
Dia enjoy je sebab dapat kenal ramai kawan2...
Yang x tahan dengar tu..dia boleh x mandi sepanjang duduk sana...adoi la nak...klu kena g sebulan gamaknya sebulan gak la kot x mandi...
Nie la manja sangat..kat umah pepagi papa mandikan ngan air panas..hambik ko kat sana xde sape nak masakkan air panas...mandi la air sungai yang sejuk gilers tu..hahaha
Muka tetap ceria dapat balik sudah...
Nampak la matang sikit sejak balik nie...rajin nak solat dah klu di suruh...ok tahun depan kita boleh hantar kem lain plak...hihihi