Wednesday, December 14, 2011

Syoknya Penangan Pantang 44 hari



Selamat petang

Siapa kata bosan pantang ?????...bagi aku syurganya dok kat rumat berpantang...tak payah pening kepala pikir nak buat keja apa. Tak payah kelam kabut pagi2 bangun nak g opis...Lepas tempoh 60 hari nie berakhir maka rutin harian aku bermula semula la...sekarang harus la enjoy golek2 ngan anak-anak kat rumah...

Abis la semua citer dan drama kat tv tue aku dah nak khatam. Orang khatam quran,aku khatam citer kat tv...hehehehehe

Nampaknya melambung la bil elektrik aku 2 bulan nie...24 jam tv terpasang jer...

Bangun pagi2 dah sibuk mandikan si kecil..dia dah tido turn aku plak mandi...

Menu sarapan time pantang nie tak leh la nak demand2 kata nak kurus cepat harus la diet lebih...aku sarapan horlicks dan biskut Jacob's jer

Memang terbaik la

Nak tengok aku makan biskut time biasa memang takde la..biskut pun aku tak pandang...bila dalam pantang nie, biskut nie la hari hari aku ngadap...


Jamu yang terpaksa aku habiskan...


Sepatutnya kena minum 2 kali sehari tapi aku bantai minum sekali sehari jer...Nah abiskan satu cawan air nie pun memang hazab la..Tak sedap langsung..Memang tak tau la nak huraikan macam mana rasa air tue..Demi nak kurus dan untuk kesihatan terpaksa la telan gak...

Aku start berurut dan bertungku lepas bersalin masa hari ke 9 hingga hari ke 13..baru rasa sedap sikit badan. Rahim pun dah kecut. Kedudukan rahim sebelum nie kat bawah pun dah dinaikkan ke atas semula...Badan pun dah makin kurus penangan pakai bengkung tali...yeaaaa


 Mandian herba aura nie aku order kat internet jer..


nie plak daun-daun yang perlu direbus untuk buat mandi..import dari Penang
 
Daun mandian tue mak aku yang sediakan masa dia datang jaga aku seminggu lepas bersalin tue...Terima kasih bebanyak kat mak aku coz sudi jagakan aku masa pantang. Sebelum nie masa anak pertama, mak mertua yang jagakan..kali nie mak aku plak jaga coz tak nak nyusahkan mak mertua...Lagipun aku bersalin pun lepas kenduri adik ipar, plak tue minggu tue plak diorang nak kena ngantar pengantin perempuan ke kedah la plak...
 
Penangan paling best pantang nie adalah aku berjaya turunkan berat badan aku. Masa mula2 pregnant berat aku memang naik mendadak ke 57kg...last kali timbang sebelum deliver 64.5kg...Sekarang setelah sebulan aku berpantang, berat aku adalah 48kg....


So saper2 rasa nak kurus cepat, kena la pantang betul2 masa tempoh 44 hari nie..Jangan main sebarangan makan jer...Berbengkung wajib yang jenis tali tue dari pagi sampai ke pagi esoknya...Baru la badan cepat kembali slim....


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Tuesday, December 13, 2011

Cucuk Hepatitis B (2nd Dose)



Selamat petang...


Bestnya kalau tido petang2 nie al-maklum la cuaca macam nak hujan nie...tido best sangat..hehehe


Aktiviti hari nie adalah bawa Hadif g cucuk sebulan untuk Hepatitis B (2nd Dose). Sepatutnya bila dah 15hb baru kena cucuk tapi dah nurse sebelum nie dah tulis tarikh hari nie terpaksa la pergi gak..Mujur la doktor Afifah tak halau balik. Dia cakap kalau baby belum 28 hari memang dia suruh balik dulu tapi dah cukup 28 hari boleh la cucuk.


Mata Hadif ada masalah sikit dari lahir sama macam Abang Long gak iaitu suka bertahi mata just kena urut selalu dan letak ubat. Masa Abang Long dulu ambik masa lama gak nak elok hampir 6 bulan baru pulih masalah mata tue.


Ubat yang kena letak kat mata Hadif


Cucuk tadi pun menangis la kejap coz dia tak selesa nurse pegang dia...hehehe....


 Sempat lagi Tuan Tanah urut badan kat sini


 Kami bertiga


 Penangan cucuk sebulan..terus tido tak sedarkan diri


Zoom kasi besar anak mama yang makin tembam


4 week : Cucuk Hepaitis B (2nd Dose)
 
Berat : 4.7 kg
Ukur lilit kepala : 39 cm


kredit to Info Sihat:

Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B, HBV. Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika anda terdedah kepada darah, cecair darah(serum) atau cecair dari alat kelamin mereka. Ini boleh berlaku jika anda berkongsi jarum dan picagari atau melalui hubungan kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh menyebabkan bayi mereka terdedah kepada virus ini.

Untuk maklumat lanjut boleh la KLIK SINI


Dah settle cucuk baby turn aku plak kena check ngan Doktor Mimi...Alhamdulillah luka bawah dah ok. Doktor ada bagi tau masalah yang terjulur keluar time buang air kecil dulu...rupa-rupanya ada ketumbuhan dalam perut aku, doktor pun tak perasan ketumbuhan tue...mujur la masa baby lahir benda alah tue turut keluar. Doktor pun dah potong dan buang benda tue. Doktor ada hantar benda tue ke lab untuk di analisa takut2 kanser ker...Alhamdulillah mujur bukan kanser....


So lepas nie kena tunggu cucuk untuk 2 bulan plak..


Perahan Otak : Tali Barut Comey

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...