Monday, February 28, 2011

Join Bloglist Ujang9897



 Malam-malam buta nie, kena cergas sikit blogwalking...al maklum la rakan2 blog yang dah terjah bertandang kat sini dan tinggal komen...maka aku merajinkan diri aku untuk terjah diorang semula...


Maaf la lambat sikit aku ambik masa nak terjah dan buat lawatan tapak ke rumah korang..Kena tidokan photographer tegar dulu baru la boleh blogwalking dengan aman.. Demi korang terpaksa la aku meletakkan batang penyapu kat mata agar aku tak terlentok depan laptop nie...hehehehhe







Ini budak suka suki jer kentut bersepah2...cuba ce citer saper yang tak pernah kena kentut ngan Ujang nie. Aku kenal dia pun dari blog En Ben. Teruk aku kena kentut yang bau telur tembelang lepas aku wat entri NIE.


Mujur la ada aku ada FEBREZE...abis aku sembur satu rumah aku nie, baru wangi...hahahahahaha...(jangan marah erk ujang...gurau jer)


Ujang nie peminat fanatik giler kat HELIZA HELMI...dulu aku hampir tertipu tengok dia ada koleksi gambar heliza.....


Tapi ujang memang sempoi la...walaupun hampir 3 bulan terjebak dalam dunia blog nie setelah diracun oleh tunang tersayang...tapi....korang tengok la berapa ramai follower dia...tak terkejar aku. Dah cecah 1422 tue..


Dah malas aku nak melalut lebih-lebih...klu korang rasa nak tersenarai dalam bloglist Ujang, korang KLIK SINI

AKSI SI CILIK BERBASIKAL



 Kali nie join contest khas untuk si photographer tegar la pulak... Contest nie anjuran kakyong.com dan syamilamohd.com. Join venture lagi...




 Nak tau kaedah nak sertai sama...tengok kat bawah nie






Kaedahnya :
  • Terbuka kepada semua mom blogger yang ada anak dalam range umur 1 hingga 4 tahun (pada 31 Mar 2011), maap le untuk yang anak bawah 1 tahun, tunggu contest lain yer.. lagipun bawah 1 tahun belum cukup stabil untuk beraksi di basikal.. Winking smile
  • Tak perlu follow blog, tapi jika nak follow silakan… Winking smile yang penting masukkan link kakyong.com dan syamilamohd.com ke dalam bloglist kome , wajib.. 
  • Buat n3 bertajuk Aksi si Cilik Berbasikal 
  • wajib masukkan/sebut/mentioned link kakyong.com dan syamilamohd.com dalam n3 
  • wajib ada semua banner penaja dengan backlink, kod dah disediakan, jengah kat bawah amik kod yer.. 
  • paling wajib ada ~ gambar anak beraksi dengan basikal, aksi boleh jadi macam2.. contoh macam di SINI. Gambar akan dinilai dari segi keceriaan si anak, gaya & aksi si anak, juga kespontanan.(candid yer…) Smile with tongue out dan cerita lah sikit kesah anak kome berbasikal.. tak perlu panjang lebar tapi penceritaan juga akan dinilai. Gambar itu hanya wajib anak jer.. kalo ade ibu @ ayah menempel dalam gambor, markah akan ditolak yer… heheh… Winking smile jadi sila letak gambor anak ajer. Jangan lupa nyatakan nama & umur/tarikh lahir anak. 
  • tinggalkan link n3 di kotak komen samada di blog kakyong.com atau syamilamohd.com, salah satu yer.. Open-mouthed smile
  • jika suka boleh la tag at least 1 orang kawan blog… jika lebih pun boleh.. sama2 memeriahkan… Winking smile
  • Contest ini akan berlangsung mulai 28 Feb 2011 hingga 31 Mar 2011
  • untuk mendapatkan markah bonus… dijemput untuk wish Ulangtahun Fikri yang ke-5 di n3 INI >>

    Selamat ulangtahun kelahiran ke-5 Muhammad Amin Fikri

     Penaja-penaja yang baik hati :

    Kod untuk banner penaja :

    banner kakyog's shoppe

     

    <a href="http://ummi2shoppe.com/blog/" target="_blank">
    <img title="Ummi2shoppe" src="http://ummi2shoppe.com/images/bannerbadge.gif " border="0" alt="" height="100" /></a> <a href="http://www.beautiliciouswardrobe.com/" target="_blank"> <img title="beautiliciouswardrobe" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBbRX4wNB5_NHTjz3VlJsMdOvNfjWic_oQlSYLyk_onsm6i9xr0rMaou9c88fgKCDC2SOknx3cgBpWQI0JCWmoF4o_BGWE6mXvi2d0gUDBJn-yTcC6F6Xm_DcyCxtVHZSyd6fjAmERRUA/s320/kema-125.png" border="0" alt="" height="100" /></a> <a href="http://kakyongshoppe.blogspot.com/" target="_blank"><img title="kakyong's shoppe" src="http://i1185.photobucket.com/albums/z353/kakyong_hy/banner/kys-new-nov1.gif" border="0" alt="banner kakyog's shoppe" width="125" height="100" /></a> <a href="http://zamieda-lifeline.blogspot.com/" target="_blank"><img title="zamieda lifeline" src=" https://lh5.googleusercontent.com/_MGsM4k7cdkU/TWqCSSwx5EI/AAAAAAAANMI/smU4AJWRioE/nabila.jpg" alt="" width="125" height="100" /></a> <a href="http://fztogether.blogspot.com/" target="_blank"><img title="Teratak Kasih Zie Fauzi" src=" https://lh5.googleusercontent.com/_MGsM4k7cdkU/TWqCbdAxPSI/AAAAAAAANMQ/Qs_9hJuvO2w/zie-fauzie.jpg" alt="" height="100" /></a> <a href="http://www.yatiandstitch.com/" target="_blank"><img title="Yati &amp; stitch" src="http://i218.photobucket.com/albums/cc63/yati_my/bannerYatiAndStitch.gif" border="0" alt="" /></a> <a href="http://faryza27.blogspot.com/" target="_blank"><img title=".::f@ryz@::." src="https://lh6.googleusercontent.com/_MGsM4k7cdkU/TWrrok3ZDXI/AAAAAAAANMg/8V8njnGtG4s/faryza.jpg" border="0" alt="" height="100" /></a> <a href="http://www.miela77shoppe.blogspot.com" target="_blank"><img title="Miela77 Online Shoppe" src="http://mbmfiles.com/Nov2009/091106-KCJlA83bZMR4.gif" alt="" height="100" /></a>

    HADIAH Contest ini terbahagi kepada :
  • pemenang bergambar – kategori anak lelaki & perempuan – 10 pemenang
  • cabutan bertuah – 4 pemenang

hadiah-hadiah adalah :
6 pemenang utama ( 3 lelaki + 3 perempuan)

4 hadiah saguhati (2 lelaki + 2 perempuan)

Hadiah Cabutan bertuah
  • 1 patern cross-stitch gambar sendiri tajaan Yati & Stitch untuk 1 orang pemenang bertuah
  • 2 sachet Sphyru Coffee dan 1 sachet susu kambing higoat untuk 3 orang pemenang bertuah tajaan Kakyong’s shoppe

     

  •  Sekarang meh reramai tengok gambar yang aku pertaruhkan untuk aksi si cilik berbasikal nie...

     

     

     Nama : Haikal danish

    Umur : 2 Tahun 5 Bulan (12/09/2008)

     

     

    Terserlah la kecomelan anak bujang aku nie...gambar nie diambil di putrajaya. Sajer2 bawak photgrapher tegar nie ambik angin dengan basikal baru dia. Basikal nie adalah hadiah birthdaynya yang ke - 2 tahun. Memang ceria la....Aku candid gambar nie masa dia tengah agah burung yang berterbangan riang di petang2 nan redup tue...

     

     

    Sesaper yang berminat nak join dan rasa anak korang sangat la comel beraksi di atas basikal...

     

     

     

    Aku nak TAG

    kak EZA RIDZWAN


     

     

    jom join kat blog kak yong ataupun kat blog kak shamila

     

KATEK MAHU REVIEW BLOG!!



 Vitamin "R" aku dah terlebih ambik...so kali nie aku nak di review oleh Puteri Katek

Tengok ader gak rumah2 blogger lain yang dah join..so aku join sekaki..


Comel la sesangat aku tengok header tue...rasa macam dok kat alam fantasi pulak.. 

Sesiapa yang dah jadi follower aku mesti tau blog aku nie macam mana...macam caca marba pun ader...

Tapi

Semesti dan sepentingnya...apa la ayat yang aku nak sampaikan nie...Blog nie adalah blog suami isteri + photographer tegar

Apa yang aku terlintas dan teringin dan tulis...aku terjemahkan jer kat sini. Blog aku nie klu sesaper masuk confirm rasa rileks jer (ayat puji diri sendiri betul la) coz aku malas nak peningkan kepala hotak aku dan korang dengan cerita-cerita yang pelik dan fakta yang berbelit2...Karang korang pulak terbelit...

So sesaper berminat nak suruh puteri katek nie review korang...

Jom TERJAH

Bloglist Anastasyea Bulan Mac 2011



Nak join bloglist anastasyea pulak kali nie. Kenal blog nie lepad terjah rumah en. ben...

Bloglist Anastasyea Bulan Mac 2011!




Disebabkan syarat-syarat nak join pun mudah...maka terjoin dan terjebak la aku...hahahhaha


  • Syarat pertama ... buatkan satu post pasal segmen ini dengan tajuk 'Bloglist Anastasyea Bulan Mac 2011' Kemudian masukkan sekali gambar header kat atas tu.
Settle...sikit punyer besar aku letak...hahahahhaa...nampak tak????


  • Kedua .. Create satu link ke blog ini. Mudahkan !
Kalau korang nak join...klik kat gambar tue dan juga boleh klik bawah jap lagi
 
 
  • Ketiga .. Pastikan anda meletak link blog ini diexchange link ataupun bloglist blog anda. Kalau tiada .. maka secara automatik .. penyertaan anda digugurkan! Segmen ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
Done...cuba tengok kat bloglist "USHA GADIS MELAYU"
Dan semestinya aku warganegara Malaysia





Sesiapa berminat nak join CEPAT...tinggal lagi 3 hari jer lagi..

Tarikh tutup: 3 Mac 2011

Klik SINI...untuk menjoinkan diri...hehehehehe

Selamat Pagi



Selamat pagi semua...

Mood pagi nie adalah kelaut. Sudah 1 hari tak update blog kerana terbawa-bawa, kebengangan kat internet di rumah. Hari sabtu bersemangat la nak blogwalking kat rumah sahabat2 alam maya yang rajin menyinggah dan tinggalkan komen. Apakan daya, kelembapan internet tahap maksimum so membawa la diri sampai ke hari nie...

Semalam pun sehari suntuk berjalan2 mengukur semua shopping mall kat KL tue. Nanti la aku update erk. Pagi nie aku nak siapkan kerja yang menimbun. Kang asyik main internet, tak pasal2 kena buang keja pulak.

Sebelum tue nak tanya, korang dah sarap ker????...Aku baru lepas. Kenyang betul la...mata rasa kuyu jer...adeeeehhhhh......

Aku sarap menu special sikit pagi nie...

POPIA SOSEJ & MILO 'O' PANAS..

Nak tunjuk gambar popia sosej, tak mengancam la pulak, lain kali kali ada yang mengancam dan seksa seksi akan tayangkan erk...

Ok....Chaw Chin Chow...

Dah tak busy nanti aku akan balas semua comment dan blogwalking....bye

Saturday, February 26, 2011

Blog I'm Following - Hilang



Ada tak sesiapa pernah mengalami masalah seperti ini....."Blog I'm Following" hilang la pulak





Masa mula2 aku terjebak dalam dunia blog...selalu gak terjadi gejala macam nie...menggagau la aku klik semua perkataan kat situ....kalau setakat follower 20 orang...boleh lah gagahkan diri klik kat butang follower tue cari sorang-sorang...klu yang follower ramai & pemes mestilah ada bloglist favourite. 


Tapi bukan semua follower korang tempek kat bloglist, just yang korang rasa pemes je korang letak...Macam mana nak cari follower yang lain pulak....



Tapi kalau blog korang banyak macam nie


Aku cilok kat blog Hanis Zalikha jap....ampun hanis...


Confirm la...dari pagi membawa ke malam membawa ke setahun pun tak abis lagi korang nak baca entri terkini kat blog yang korang follow...


Mau nyer tertonggeng-tonggeng la korang mencari....hahahahha


Sekarang korang tak perlu risau lagi kalau terjadi masalah begitu....






Korang just TEKAN BUTANG F5 kat keyboard korang tue....Bukan F6 tau...saper2 gatal tangan tekan butang F6, meh sini aku babab sikit tangan tue.....hehehehhe


Haaaaa....kan masalah dah selesai.....selamat mencuba erk




AKU TELAH D' REVIEW



Betul la sejak dua menjak nie...sempat blogwalking kat rumah2 blogger yang tinggal komen dan tinggal jejak kat shoutmix..


Aku nak citer pasal aku telah di "review oleh si gadis cute Nelly



Kalau korang baca entri di sini, nelly kata dia nak review 5 blog...aku rasa macam frust jer, dah terlepas la pulak...disebabkan nelly nie rajin update blog, datang jenguk lagi, aikkk...ada peluang lagi kat sini. Apa lagi tinggal la komen kat blog nelly...mana la tau ada harapan...


Akhirnya...penantian aku berakhir, dan aku berjaya tercalon dalam senarai yang telah direview oleh nelly.





Dah rasa macam kerang busuk pulak bila direview oleh nelly the strange nie...


Terima kasih nelly kerana sudi terjah dan review blog kami. Korang berminat nak tengok saper lagi yang telah direview oleh nelly, korang KLIK SINI...


Friday, February 25, 2011

LIRIK LAGU - CUMA AKU (HELIZA HELMI)



 Korang dah layan ker video lagu heliza petang tadi...sekarang ada yang dah jatuh cintan????...hahahaha....melihat kecomelan heliza dan terasa nak hafal dan nyanyi dengan heliza secara beregu....


Meh sini aku kasi lirik lagu yang berjaya aku cilok kat tempat mr. google


 kredit to mr. google & mukabuku "heliza helmi"


Lirik Lagu Cuma Aku - Heliza Helmi

Aku suka kamu, aku cinta kamu

Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Aku kenang kamu, aku bayangkan dirimu
Aku rindu kamu tapi kamu tak rindu aku

Mana ada cinta, jika tiada rindu

Mana ada kasih, jika tiada sayang
Apa kata kamu, mahu undur atau maju
Mungkin cuma aku tapi kamu belum tahu

Untuk apa cinta jika tidak sudi

Untuk apa kasih jika tak memberi

Aku suka kamu, aku cinta kamu

Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi

Untuk apa kasih, jika tak memberi

Mana ada cinta, jika tiada rindu

Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi

Untuk apa kasih, jika tak memberi
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang


* Baru semangat nak hafal lagu nie bila heliza ada depan matakan....hehehehhe

HELIZA HELMI DATANG RUMAH AKU????



Hari nie...terjah rumah izah daut...terpukau jap tengok heliza helmi...so aku culik jap heliza masuk umah aku...






Sajer nak kasi Ujang jealous...dia kan fanatik giler ngan ija nie....tapi memang comel giler la...aku terasa nak jatuh cintan bila tengok youtube nie....

Kolam Renang



Selamat tengahari semua blogger dan selamat menunaikan solat Jumaat...Sebelum g solah, layan dulu citer nie....


Ada sesiapa baca entri aku semalam?????...kalau ada yang baca BAGUS...

Nie adalah kesinambungan kisah semalam....Kalau ada sesiapa yang belum baca kisah semalam, jom refresh kat sini...


Kesian la pulak kat si anak bujang @ photographer tegar aku sorang tue...so terpaksa di rujuk segala permasalahan nie di mahkamah Tuan Tanah. Setelah perbicaraan dijalankan, maka hakim besar memutuskan dan telah membuat keputusan berdasarkan akta undang2 keluarga bahawasanya :


"Perlu membeli kolam renang untuk photographer tegar dengan kadar segera!!!!"



Terkedik2 lah kami sefamily merayau dan membawa hala tuju ke Tesco Kajang yang berhampiran....Tersengih2 la photographer tegar ni tatkala kotak swimming pool bertukar tempat dari rak ke dalam troli...hahahhahaha
Ada sesiapa nak beli jugak untuk anak2 atau anak sedara...harganya RM 29.90..Rasanyer cukup besar la klu korang nak join sekaki kat situ....

Sepanjang perjalanan balik, takde maknanya dia nak lepaskan kotak tue...sepanjang masa di sisi...


Tak percaya????
Tengok nie



Opss...buka nie la...tapi ini...














 Ntah apa motif la dia buat muka macam nie...hehehehe






Kan ada dah cakap..model kolam renang terbaru....hahhahaha...Sampai jer rumah, ke hulu ke hilir usung benda alah tue...hampir2 nak bawa masuk tido la...


Kegembiraan anak paling penting...senyumannyalah pengubat hati kami sekeluarga....


Tapi...AWAS jangan membazir dan boros membeli mainan untuk anak2...


Tempat Meletak Kereta untuk OKU????



 Selamat Pagi Semua....Hari nie nak buat satu entri untuk kita sama2 berfikir sejenak...

Apa pulak yang nak dipikirkan....Haaaa...tengok gambar nie dlu


gambar sekadar hiasan


Apa yang terdetik kat fikiran korang apa bila melihat gambar di atas...Adakah parking cara berhemah atau salah ker parking kat situ?????


gambar sekadar hiasan

Bila korang tengok simbol tue...sekarang apa pulak yang korang pikirkan????....

Kotak meletak kenderaan yang disalahguna oleh kenderaan yang tak sepatutnya...Bagi yang kurang arif simbol apakah itu...Itu adalah simbol / traffic sign untuk OKU (Orang Kurang Upaya). 

Selalunya parking untuk OKU nie selalu disalah guna oleh sesetengah orang. Pernah tak korang menggunakan parking OKU tue...Baik buat pengakuan cepat. Tak baik menipu...

Kekadang aku pun rasa pelik, orang yang guna parking nie bebetul cacat atau hanya "cacat penglihatan"....hehehehhe

Begitu ramai orang kat malaysia nie menyalahgunakan parking yang disediakan khas untuk Orang Kurang Upaya @ OKU. Jika korang dapat lihat, ada kenderaan mewah dan berjenama menggunakan parking tersebut.. Aku kadang2 terfikir gak, orang kaya yang pakai kereta mewah tue cacat kot. 

Apa pulak yang dipikirkan oleh OKU nie bila kemudahan parking yang disediakan untuk diorang digunakan oleh orang yang sempurna anggota badan..

Parking untuk OKU nie pulak, kekadang dirantai, macam mana la pulak OKU nie nak turun dan buka rantai then parking kat situ. Orang / pengawal yang sepatutnya bukakan rantai tue pun tak kelihatan.

Di shopping mall pun, parking nie disalahguna...kita punya la round 20 kali nak cari parking...tup2 tengah round nampak la orang yang parking kat petak OKU tue nak keluar.. Jinjit barang sampai nak patah bahu...mungkin korang simpati la. Kesian kat orang OKU tue tapi rupa-rupanya orang tue sempurna...memang selalu terjadi macam nie. 

Orang OKU nie pulak yang kena parking jauh sebab petak khas untuk OKU nie dah disalahguna oleh sesetengah orang.

JIKA KORANG SEORANG RAKYAT YANG PERIHATIN & SEMPURNA...KATAKAN TIDAK PADA PARKING OKU....GUNAKAN PARKING YANG SEPATUTNYA.


Thursday, February 24, 2011

BLOG PUTIH



 Hari nie lepas join segmen En Ben..Blogwalking jap..nampak segmen best...Terus terjah

 

BLOG PILIHAN MALAYSIA

 

Aku nak join segmen Blog Mengikut Warna


Di situ ada dinyatakan warna blog...jom skodeng bawah nie


[Merah] [Hijau] [Kuning] [Biru] [Pink] [Putih] [Coklat] [Hitam] [Ungu][Colorful]

 

Blog korang warna aper????....blog aku warna PUTIH. Kenapa aku pilih warna putih???

 

Sebab aku rasa putih tue bersih dan santai jer..Sebelum ni warna blog aku HITAM. Aku  rasa macam malap jer...ker aku sorang jer rasa macam tue...so aku berubah ker warna PUTIH...warna putih akan menyerlahkan lagi picture yang aku ambik so lebih menonjol la apa yang aku nak tonjolkan...berapa banyak tonjol la.....


Mungkin dah semakin meningkat dewasa nie, warna memainkan peranan yang cukup besar dalam hidup..

Aku nak TAG geng yang sama tema ngan aku nie :

 Percubaan Pertama

WacanaKu

 

Segmen nie tutup pada 8 pagi, 26/02/2011 

 

Korang rasa blog korang warna putih dan menawan macam blog aku...jom KLIK SINI reramai... 


SAYA NAK ! SAYA NAK !





Segment terbaru...panas macam pisang goreng lagi nie...Segmen : Pelakon Diperlukan...


Korang rasa berbakat dan nak menyertai @ berada dalam senarai pelakon yang bakal diarahkan oleh blogger sendiri...mungkin aku atau korang salah seorang pelakon tue....


JOM RAMAI-RAMAI DAFTAR & ISI BORANG KAT SINI



Tutup pukul 12.00 tengahari nie


Berkubang Vs Mandi



Selamat pagi semua blogger.....hahahaha....memang budget glamour jer kat sini....

Korang nie bangun pepagi nie terus mengadap blog nie dah mandi ker belum???
Apa?????!!!!!!...belum mandi?????...Nie dah tahap kritikal dah nie...patut la bau pekung sampai ke sini......ada orang tak mandi rupernya...

Dah g mandi dulu...kasi wangi satu badan baru datang mengadap blog balik....haaaa mencung2, gantung hanger kat mulut tue kang....

Saper yang dah mandi, meh kasi rapat sikit....hehehhehe
Pagi nie nak citer sikit peel photographer tegar sekarang...dah macam2 la akal dia bila dah makin menginjak menjadi kanak2 riang nie....

Sebelum tue imbas kembali zaman dia comel2 dan rasa nak gigit nie
Siapa rasa dia baby yang comel????..sila angkat kaki....hahahhahaha...gurau jer la...sopan jer aku tengok anak bujang aku nie waktu baby dulu...ala2 mandi kat jakuzi la pulak. Semua baby suka bila kita biarkan diorang berendam macam tue....

 Tapi sekarang semuanyer telah berubah sama sekali...dia dah nak berkubang la pulak...
kredit to mr. google


Opst bukan yang ini
kredit to mr google
dan bukan yang ini juga...






Tapi yang ini....
 Muka budak dah terkantoi....hehehe



Abis air mandi untuk sebulan dikerjakannyer....berangan2 mandi swimming pool la tue....ada saper2 ker nak kasi swimming pool percuma kat photographer tegar nie????.....

 Bekas tadah air yang sekangkang kera tue pun boleh jadi....Klu tak uncle dan auntie yang nak kasi terpaksa la papa belikan juga...kesian anak aku nie...dah ketagih mandi swimming pool la.....

Mujur la ko nak berkubang dalam bekas tue, klu kat kampung nie confirm la berkubang kat bendang....


"Tok Mak...Tok Ayah....jom g PD lagi....haikal nak mandi swimming pool"


 

Wednesday, February 23, 2011

Lari Tak Cukup Tanah



Korang pernah tak lari tak cukup tanah????




Haaaaa...mesti ada yang pernah....nie bukan lari dari dikejar anjing tapi lari ketakutan...
Nie citer 20 tahun lalu....masa tue kecik la lagi...still kanak2 ribena. Memang paling cute la masa tue...hambik ko perasan tak hingat dunia....


Nak dijadikan citer, kalau yang duduk kampung mesti melalui pengalaman macam aku....aku mengaji muqadam sampai al-quran dekat umah jiran...aku dipaksa g mengaji kat situ coz mak aku nak aku pandai bab2 tajwid nie la...





Ada la satu malam tue....bukan ker tiap2 malam....nie kisah misteri dan tragis yang jadi kat aku.....
Tiap2 kali pergi mengaji, hari masih siang dan bila dah habis ngaji....siang dah bertukar malam...bapak lama aku ngaji...sila la percaya


Al maklum la ramai bebudak, kena la tunggu turn. Masa nak balik nie la kejadian ngeri berlaku. Ada la pondok tinggal yang dikeliling hutan bersebelahan umah tok guru ngaji aku nie. Nak sampai rumah aku, aku perlu melalui kawasan penuh misteri nusantara nie. Klu panggil Uncle Seeker nie, confirm la macam2 jerangkung yang muncul...hehhehehhe


Tiap2 malam aku perlu melalui pengalaman yang mendebarkan untuk balik rumah. Keluar jer rumah tok guru aku tue, first yang aku buat, sengseng kain tinggi, selipar jepun kat tangan....Dengan kiraan 1 2 3, berlari la aku macam watson nyambek....memang tak toleh kira kanan la tapi bila lalu kat pondok tinggal tue boleh plak aku terpandang.....
Ntah macam mana la nasib malang menimpa aku hari tue...selalu bila aku jacathon @ lari tak cukup tanah kat situ mesti selamat jer...tup2 ari tue, malam jumaat plak tue, boleh aku superman kat tanah depan pondok tinggal tue...


Malang betul la nasib aku, dah la superman kat situ...boleh plak kaki aku luka...kalau luka kecik aku boleh lagi sambung lari nie, kuku ibu jari aku tertanggal siot...berdarah la membuak2 kat situ...
Masa tue dalam kepala otak nie asyik pikir, klu aku lambat chaow dari situ jap lagi datang la cik ponti datang hisap darah aku...




Dengan keazaman dan ketakutan, aku gagahkan diri berlari2 dengan kaki terhinjut2....dari kejauhan, sayup2 jer nampak pagar rumah aku....masa nie la suara ella keluar....terlolong2 bagi salam..selagi pintu tak buka, selagi tue la terlolong2 aku...
Aku rasa suara aku nie, satu kampung boleh dengar....hehhehehe


Bila sampai rumah, baru aku sedar selipar aku dah hilang sebelah. Tak kuasa aku nak g cari memalam buta nie...
Pagi2 besok, dah keluar rumah dan menuju ke tempat misteri nusantara tue...mujur la selipar tue ada lagi....


Selepas 21 tahun, family aku yang sebelum nie duduk berpindah randah kembali semula ke kg asal aku...kawasan penuh misteri nusantara tue....


Dah2 besar2 nie rajin la pulak buat lawatan cik bedah mengeliling kampung sambil2 mengimbau kenangan silam. Hasil tinjauan tak berbayar tue, aku tengok pondok tinggal tue still terpacak kat situ lagi....Masa kecik dlu aku rasa jauhnyer rumah aku ngan rumah tok guru ngaji aku nie...bila dah besar nie, ala sekangkang kera jer....tak sampai pun 100m....huhuhuhu
  

Kekadang mengimbau kenangan waktu budak2 comot cute dulu memang best. Korang pun mesti ada citer korang tersendiri....Nie je la cerita merepek aku memalam nie...


Tue la akibat rajin tengok citer hantu sangat....semuanya jadi misteri bila memalam....Sekarang dah berjangkit kat photographer tegar....


Nie la citer wajib tayang setiap hari...




Kat rumah tok mak, rajin la dia ulang tengok kat komputer setiap hari...pantang tok mak bergerak jer....melolong2 la panggil...nak layan citer tue tapi penakut.....hehehehe


Nota hujung citer : kredit to Mr google untuk semua gambar yang aku cilok
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...