Monday, March 07, 2011

PENDAPAT AKU MENGENAI BEN ASHAARI




 Petang-petang nie elok benar la mengarang karangan sikit untuk en ben..mata dah kuyu. Kena la rajin sikit. 


Pendapat aku mengenai Ben Ashaari.....Aku mula kenal ben ashaari bila tiap-tiap kali masuk blog Dapur Tanpa Sempadan. Mesti dalam entri cik mat gebu nie mesti terselit gak nama Ben Ashaari....Perkara nie terjadi sejak tahun lepas. Aku tak ambik pusing sangat la...saper la mamat nie. Bila birthday en ben..Cik mat gebu ada war2kan...Tengok kat entri nie la. Aku mula buat firasat, jiran sebelah rumah kot... tue yang cik mat selalu entri kat blog dia...


Aku mula mengenali dunia blog melalui blog masakan pada tahun 2009. Mula-mula nak carik resepi  nak buat mee hoon sup...Lepas satu blog ke satu blog aku jelajah sebagai silent reader. Akhirnya sampai kat blog cik mat gebu..Dari situ mula kenal erti masak memasak nie. Dari kek ke roti semua aku bantai buat. Abis la aku print semua resepi cik mat gebu yang menarik dan tertarik tue.. Aku pun dah makin pandai masak.Dari cik mat gebu jugak la aku mula mengenal ben ashaari. 


Oppsss terlebih sudah citer pasal cik mat gebu pulak....Mula-mula aku masuk blog ben nie. Satu benda yang terpacul kat mulut aku nie..."macho jugak mamat nie"..."ketul2 giler badan dia nih"...dan banyak lagi la...kang tulis bebanyak tuan tanah jealous pulak.


Bila aku mula terjebak kat dunia blog nie.. Rasa macam terkontang-kanting pun ader. Aku mula jadi follower ben dulu. Pastu komen sikit2...hahahhaa


JOM GEGAR BLOG adalah segmen pertama aku setelah menjadi blogger. Dari situ la ramai blogger datang terjah aku.. Bangga aku...Kembang abis montot aku nie....Seminggu jahit seluar koyak tue pun tak abis2 al maklum la koyak besar...hehehhehe


Dari situ juga aku mula terjebak hampir keseluruhan segmen yang ben anjurkan. Pernah nama aku tersenarai kat bloglist ben. Yang nie buat aku tak tido malam...Sengih jer memanjang...sampai budak opis aku pun pelik. Sekarang nama aku dah takde dalam bloglist tue lagi...Tapi aku tetap bangga walaupun hanya seketika blog aku menempel kat situ. 


Bila membaca entri ben membuat aku ingat asal usul aku terjebak dalam dunia blog nie dan jangan meninggi diri. Banyak nasihat yang ben sampaikan. Akan aku ingat semua pesan2 ben.





Aku mula kenal Gengblogger , bila terjah masuk ke rumah kengkawan blogger. Dari situ la aku rajin update entri kat situ. Gengblogger adalah satu komuniti dimana semua blogger dapat berkongsi entri terkini disitu. Cara yang pantas dan cepat untuk mengenali blogger2 lain. 




1Tube pula mula aku terjah bila ada entri ben mengenai Vlog...Memang buta IT betul aku...kekadang bila internet aku laju. Ada la aku terjah gak kat situ. Kalau internet dah macam siput sedut. Lupa kan la...


Aku betul2 tertarik dengan vlog baru en ben. Jengok kat sini. Memang betul2 banyak info kat situ. Memang patut semua blogger yang baru muncul macam cendawan macam aku nie tengok vlog tue...Begitu la banyak nasihat dan info menarik yang diberikan.


Kalau nak suruh aku beri pendapat mengenai blog ben ashaari nie...memang aku tak mahir bab-bab memberi pendapat nie. Buat masa sekarang memang aku puas hati dengan blog dia. 


Aku nak ucapkan  jutaan terima kasih kepada en ben ashaari. Tanpa beliau tak mungkin ada orang kenal blog aku nie. Tanpa segmen dia tak mungkin aku mengenali blogger lain jugak


Kalau korang ada pendapat nak bagitau mengenai ben ashaari, KLIK SINI


Terima kasih la sudi membaca karangan aku yang panjang lebar nie...



Perahan Otak : Tali Barut Comey


10 comments:

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...