Selamat pagi...
Setelah sekian lama aku tak menjejak kaki dan mencemar duli ke dapur, akhirnya berjaya jugak terperam di dapur dalam tempoh yang lama.
Selepas disahkan mengandung buat kali ke 2, penyakit lama datang balik iaitu tak boleh bau minyak. Mula-mula tue tak boleh bau minyak pastu dapur pun tak boleh bau gak. Lama gak la aku tak jejak kaki ke dapur. Nak minum air, suruh Photographer Tegar yang ambikkan. Mujur la ada anak yang mithali tue. Start kandungan 2 bulan aku dah tak masuk dapur, sekarang kandungan dah 5 bulan baru boleh masuk dapur.
Selama nie kalau nak makan, terpaksa makan kat rumah mertua jer. Mujur la rumah mertua dekat jer. Kalau tengahari waktu opis hour, abis la semua kedai makan area opis aku diterjah.
Kerja-kerja rumah pun dah mampu aku settlekan sendiri, kalau tak rumah dah macam tongkang pecah. Sekarang baru la ada rupa "rumah ku syurga ku"....hehehehhe
Semalam g Giant shopping barang dapur, kenapa tak Tesco????...hmmmmm...hidung aku tak boleh terima bau barang basah kat Tesco lagi. Kalau terjah tesco gak, selalunya aku mesti takkan lalu kawasan barang basah. Confirm pening kepala la kalau lalu situ.
Bergotong royong sakan aku membersihkan dapur sekangkang kera tue memalam. Habuk jangan citer la. Sekarang baru aman nak masak memasak.
Nie menu pertama setelah lama meninggalkan periuk belanga nie.
Keledek Goreng
Bahan masakan yang mudah :
Keledak - agak2 anak tekak korang la
* Tepung beras
* Kunyit - kasi warna sikit la
* Garam - secukup rasa
Gaul bahan yang bertanda * dengan air, kepekatan bancuhan ikut macam nak buat pisang goreng. Lepas gaul sebati ngan keledek yang dah dipotong ikut suka korang dan goreng sampai la masak ye.
Bersinar-sinar keledek goreng aku nie. Cicah plak dengan sambal kicap, memang terangkat la. Bawa g opis satu tupperware, belum tengahari dah abis....hehehhehe
Photographer Tegar tue, lepas mandi pagi nie terus mengadap keledek nie sesorang. Al-maklum la mama dia dah lama tak masak. Mungkin kempunan nak rasa air tangan mama kot.
Tengah pening pikir nak masak apa plak petang nie. Ayam???...aku tak boleh nak jamah la ayam nie buat masa sekarang. Ayam takkan tersenarai dalam menu masakan aku sampai la aku boleh telan kot.
Perahan Otak : Tali Barut Comey
ala kesiannya alahan yea, moga cepat sembuh =)
ReplyDeleteargh .. lapar tiba2
ReplyDeletems mengandung sy pon alah dgn tesco..hahah
ReplyDeletekeledek nih sy suka buat keria..
sy geli mkn sotong ms pregnant pdhal peberet
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
ReplyDelete//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
happy 2nd anniversery
makan keledek pastu mesti nak terkentut2 pasal dia buang angin lahh dalam badan
@Tina Othman
ReplyDeletesekarang tinggal alah makan ayam jer..yang lain semua dah ok
@Yusnira Tantyana
ReplyDeletesiannya..takpe cuci mata dulu nanti boleh buat sendiri ye
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
ReplyDeletehehhehe ada gak yang alah ngan tesco...kalau kuih keria buat mesti fail nya...baik buat goreng, lagi senang....
@Afzainizam
ReplyDeleteboleh kentut3 ye makan keledek...mujur la tak terkentut makan keledek goreng nie...hehehhee