Tuesday, August 16, 2011

GOLDEN CHURN SAH HARAM



Hari nie kat newspaper dan online Berita Harian ada tersiar artikel berkenaan "GOLDEN CHURN"


 kredit to Berita Harian


Di sini aku post kan entri berkenaan...


PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan semua produk mentega jenama Pure Creamy Butter Golden Churn Butter keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY Ltd dari New Zealand yang dipasarkan di negara ini adalah tidak halal.

Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jabatan Kimia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) pada 8 Ogos lalu. 

"Laporan analisis yang diterima JAIS 19 Julai lalu menunjukkan asid deoksiribonukleik (DNA) babi disahkan Jabatan Kimia dikesan dalam mentega berkenaan dan semua produk itu berpunca dari kilang yang sama walaupun diimport pihak berbeza serta diedar di pasaran yang berbeza. Ini disahkan wakil syarikat itu sendiri."

"Sehubungan itu, umat Islam diminta tidak menggunakan produk ini. Keputusan ini sudah dimaklum kepada syarikat berkenaan pada 9 Ogos lalu dan Ballantyne Food Food PTY Ltd bersetuju menarik balik produk berkenaan dari pasaran," katanya. 


Teruskan membaca : Klik Berita Harian Online


So siapa2 dah terbeli tin yang tertera kat atas tue, paham2 je la...sila suruh cik Tong Sampah yang pakai ye..Takkan nak makan benda tak halal plak. Dah keluar dah pasal kesahihan jenama nie. 


Perahan Otak : Tali Barut Comey

2 comments:

  1. kalau pulang balik kat kedai takboleh ke?

    ReplyDelete
  2. ntah la..kalau boleh pulang balik, kompem kedai tue terus lingkup...hehhehe

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...