Wednesday, September 28, 2011

Demam panas pun masih main game

Selamat tengahari..


Huhuhu..5 hari blog nie bersawang. Nie pun baru terkial-kial nak update. Sebab-sebab tak berupdate biasa la, keja menimbun kat opis, Sabtu & Ahad haruslah aku tak akan jenguk langsung blog nie bila cuti dan hari Isnin & Selasa pula coz dak kecik tue kena demam panas.


Kesian pun ada anak aku nie..bikin mak pak susah hati je...Dia start nak sakit hari Jumaat bila mata dia start bertahi mata. Ingatkan sebab hari sebelum tue dia asyik terjaga pukul 2 3 pagi dan tak tidur sampai la ke pagi. So bila dah bagi tidur secukupnya hari Sabtu, maka elok la mata tue. Bila hari Ahad, tengok jadi balik..kali nie dua-dua mata bertahi sampai susah nak buka pakej sekali selsema. Masa nie belum teruk sangat, ingat hari Isnin baru la nak bawa g jumpa Pakar Kanak-kanak.


Aku g keja macam biasa la ingat tak teruk, sekali Tok Mak dia call cakap makin teruk pulak siap muntah-muntah 2 3 kali pagi tue. Dah la tengah banyak keja pagi tue kat opis, settle keja cepat2 terus ambik Emergency Leave dan bawa g klinik. Dugaan betul nak jumpa Pakar Kanak-kanak..kitorang dah biasa ngan doktor nie, sekali boleh plak dia tak masuk klinik tengahari tue..petang baru masuk..Dah la dak kecik nie muntah ntah berapa kali dalam kereta sebelum sampai klinik....Aduuuuhhhh


kredit to mr google


Terus alternatif tukar ke Klinik biasa yang kitorang pergi kalau pakar kanak-kanak nie tutup. Bagi ubat macam biasa lepas balik klinik, sekali bila dah tengah malam, badan dak kecik nie start panas yang amat sangat..Masa nie mula la syak doktor salah bagi ubat. Dah tengah2 malam mana la ada pakar nak buka. Tawakal je la kasi ubat doktor tue pakej tampal cool fever...mujur la bila dah siang, badan dia dah start kebah cuma batuk dan selsema je masih ada. 


Walau pun sakit, game memang tak lepasnya. Seharian dok mengadap game je. Kali nie dah tak layan main game kat handphone aku, yang jadi mangsa kali nie handphone papa dia plak...anak sakit layan je la kerenah dia...


Syukur sangat bila aku nak pergi keja pagi nie dia dah sihat sepenuhnya. Tenang sikit nak keja al-maklum la 2 hari aku cuti menjaga dak kecik. Aku tak tau la ari nie dia kat rumah Tok Mak dia macam mana coz malam tadi dia tidur seawal 9 malam dan terjaga pukul 12.30 tengah malam dan sampai la ke pagi nie dia tak tidur. Boleh plak tahan mata tue semata-mata bangun tengah malam nak main game sampai ke pagi. Bayangkan budak-budak 3 tahun main game sampai ke pagi...Nie baru 3 tahun, kalau 13 tahun macam mana la plak peel dak kecik nie...Jangan sakit balik sudah la...


Perahan Otak : Tali Barut Comey

16 comments:

  1. itu la kan. budak2..tgh sakit ke..tgh nanis je..bg jer game terus diam..heheh

    ReplyDelete
  2. Risaunyee time anak sakit kan. Kita pulak tak tentu arah pikirkan die kat tempat keje. KAsih ibu

    ReplyDelete
  3. Kesian tgk budak2 demam. mujur dia dah okey, tp 3 thn dah pndai men game eh. pandainya dia

    ReplyDelete
  4. waahhh,asam garam hidup bila dah ada anak kan...

    ReplyDelete
  5. game kan terapi untuk kanak2 hehehe...

    ReplyDelete
  6. kalau bebudak sakit mmg kena cepat-cepat bawak gi klinik walaupon demam biasa..takutlah kalau jadi apa-apa..cth mcm arwah anak safura tu..demam je kan mulanya..


    photographer tegar bergambar jat mana tu ha (yg kt header)

    ReplyDelete
  7. naseb demam dah semakin kebah~ tp tahan plak mata die berjaga malam main game. ish, budak2 ni~

    ReplyDelete
  8. @Mamaleesya

    betul tue..sanggup tinggalkan keja yg menimbun janji anak cepat sembuh

    ReplyDelete
  9. @Ekmi Rabat

    alhamdulillah dah makin sihat dia...umur 2 tahun lagi dah pandai main game..hehehhe

    ReplyDelete
  10. @~kuyam~

    betul tue kuyam..nanti bila kuyam dah kahwin dan anak mesti akan lalui jugak...hehehehe

    ReplyDelete
  11. @Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

    tu la cik betty coz teringat kes arwah anak safura tue yang jadi takut...

    photographer tegar bergambar kat alamanda, putrajaya la auntie cik betty

    ReplyDelete
  12. @dhiera

    sanggup la tahan mata demi game...malam tadi terus qada tidur sampai ke pagi nie...hehehhee

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...