Thursday, September 29, 2011

Parkinson Tengok Berat Badan Bertambah Dengan Jayanya Lepas Raya

Selamat petang..


Dah petang baru terkinja-kinja nak update blog..nie la nasib bila bekerja, abis kerja opis baru leh update..


Malam tadi g check-up macam biasa kat KPMC, Kajang. Tergopoh-gopoh aku keluar awal lepas je sembahyang maghrib terus keluar. Ingat aku dah paling awal, rupanya dah ada orang lain lagi awal. Itu pun baru pukul 7.30mlm dah ada orang..aduh tensionnya. Sebelum nie bila aku sampai pukul 8.00 mlm tengok dah ramai....diorang nie tak sembahyang maghrib dulu ke.???..padahal ibu mengandung nie tak period...ntah la...


Time timbang berat badan la paling memeranjatkan coz tengok berat badan aku naik 2kg dalam tempoh 3 minggu. Nie semua melantak sakan la nie g open house sana sini. Pastu sekarang asyik cepat lapar je..Mementang la masa g check-up awal bln tue berat tak naik lepas puasa, maka sesi balas dendam untuk naik berat badan tanpa had..Sepatutnya doktor Mimi cakap masa tue, kalau berat naik pun untuk check-up akan datang dalam 1kg jer..Ambik ko, aku bantai naik 2kg. Parkinson aku tengok mesin timbang tue..


DAh tersipu-sipu malu aku kat doktor. Lepas scan doktor cakap berat baby dah 2.1kg berbanding 3 minggu lepas hanya 1.5kg je. Tapi bila doktor check perut dia cakap baby macam lebih berat daripada yang di scan. Aduh masalah lagi...Mintak-mintak la jangan baby keluar ikut tingkap. Keluar normal ye baby..Kedudukan kepala pun dah ke bawah. Alhamdulillah betul la. Doktor Mimi try nak tengok muka baby secara scan 3D tapi baby tak nak tunjuk la plak. Just nampak mulut dia tersenyum lebar jer...jadi la


Yang tak bestnya, 2 minggu lagi aku kena check-up sekali ke Doktor Jamil. Mana la aku nak sorokkan muka nie...huhuhu..Dengan Doktor Mimi pun aku still malu-malu lagi, inikan plak ngan doktor lelaki. Terpaksa la nak buat macam mana dah prosedur hospital macam tue..


Konon-konon hari nie nak diet la lepas berat bertambah. Pepagi minum susu dan honey star je..Hampeh, tak sampai sejam lepas tue aku dah menggelupur kelaparan. Nak menunggu tengahari azab betul la. Diet ntah ke mana..tengahari tadi aku bantai makan steamboat kat Johnny, Jusco Cheras Selatan. Makan tak agak2 macam sebulan tak makan, pastu pakej sambung makan sushi plak...Macam mana la berat tak naik mencanak nie...


Harap-harap berat badan nie tak bertambah banyak la untuk 2 minggu akan datang...huhuhuhu


Perahan Otak : Tali Barut Comey

12 comments:

  1. Fit pernah naik 3.1kg semggu sbb tiap2 hr mkn aiskrim,coklat dan nasi! Ms ngandung raif xde mornibg sickness. Pastu kena warning minum air gula trs control mkn.

    Raif tu xtau nak kata apa. Aura kuat sgt ke nak bg adik sampai jd cmtu?

    ReplyDelete
  2. kita dulu lepas 7 bulan tu berat naik 1mggu 1kg jugak.. doktor scan baby pun masa 8 bln ckp baby dh 2.5.. tapi sekali keluar 1.9 jer.

    ReplyDelete
  3. hehe saya pun time mengandung berat mmg naik dgn jayanya, tiap bulan mesti naik sampai 2kg =D

    ReplyDelete
  4. haizz sama lah kite ,... naik 2kg ..perghhh

    ReplyDelete
  5. kalau aku beb makan honey star ngan susu mana nak kenyang ... mau paling kurang nasi goreng sepinggan

    kalau kepala dah kedudukan kebawah ok lahhh... mudahan terpelihara semuanya... Insya Allah...

    kalau ikut tingkap mau kena dok wad lama sikit pantang pun lagi kena jaga


    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    stesen minyak dan petrol pilihan anda

    ReplyDelete
  6. HAHA ,. tu yang zana ta suke timbang berat ,. komfem memang tiap kali timbang ,. ta ad yang turon ,. kebanyak kan nye naek memanjang -.-

    http://syazanasani.com

    ReplyDelete
  7. @Fitri Senin

    mak aiii banyak nyer naik...kayrul pun rasa naik banyak tue coz asyik la melantak kek dan aiskrim je sepanjang bulan lepas..hehehhe

    mujur la g check kat private..kalau kat government, kompem dah kena minum air gula

    ReplyDelete
  8. @THE LEKAT LEKIT STORY

    lagi dahsyat cik lekit nie, seminggu 1kg..hari tue kayrul doktor check kata baby dah makin besar dari yg scan terus pikir macam2..tak sanggup kalau kena operate..huhuhu

    ReplyDelete
  9. @Tina Othman

    memang standard kot naik berat badan..cuma kayrul dulu takde la naik berat badan banyak macam nie

    ReplyDelete
  10. @puanbee

    hehehhe..lepas nie boleh la sama-sama diet semula

    ReplyDelete
  11. @Afzainizam

    betul tue..tekak melayu mana la nak kenyang makan benda macam tue...hehehhe

    harap keluar normal la, kalau ikut tingkap melambung pulak budget

    ReplyDelete
  12. @Nur Syazana Mohammed Sani

    dah pregnant nie, memang wajib la kena timbang tiap kali check-up..kalau takde isi, takde maknanya nak timbang...hahahaha

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...