Thursday, January 19, 2012

Lelaki Menangis Tengok Ombak Rindu

Selamat pagi

kredit to mr google

Memang hebat betul penangan filem Ombak Rindu. Masa filem nie tengah rancak kat wayang, aku hanya mampu gigit jari je la coz tengah berpantang. Lepas tue tengok keluar kat Astro First, ingat nak langgan..sekali tengok harga RM 15.00 terus cancel. Cuba-cuba la jejak kasihan kat youtube, memang ada tapi sangkut2 plak time aku nak download. Bila cuba nak download keesokkannya dah takde lagi kat youtube..Memang kecewa giler la

Mujur adik aku beli yang pirate punya, maka aku tumpang sekaki pinjam la. Bukan tak sokong industri filem malaysia. Dah ada free, rembat je la tengok...hehehe

Kalau tak sebab aku tengah dalam pantang la, memang aku orang pertama akan tengok citer nie kat wayang.

Aku rasa puas tengok citer nie walaupun sangat-sangat berbeza dengan novel yang aku baca. Kekadang tak feel gak sebab kita dah tau jalan citer dalam novel macam mana pastu tengok filem lain plak jadinya, macam tertipu gak la...Kasi lari betul feel nak tangkap nangis nie..

Tuan Tanah la bersemangat nak tengok coz kengkawan lelaki dia yang berjiwa brutal pun tengok sampai nangis. Dia pun pelik macam mana citer tue boleh buat lelaki brutal nie nangis. Dia cakap jiran bujang lelaki yang tengok citer nie melalui astro first pun nangis gak. 

Tuan Rumah kitorang pun siap citer dia nangis tengok citer ombak rindu nie. Macam pelik gak la. Bersemangat Tuan Rumah citer waktu dia datang collect duit sewa rumah tue. 

Agak-agak berapa ramai lelaki yang menangis ye?????...

Setelah tengok citer ombak rindu nie baru aku paham, part mana yang buat lelaki-lelaki nie nangis. Aku rasa bila part lagu nyanyian adira dan hafiz di mainkan lepas babak yang tangkap jiwang nie. Memang terkesan sangat la bila kita menghayati lagu tue dan menjiwai watak citer nie...

Memang tangkap leleh la....

Jom layan lagu nie kasi tangkap leleh lagi...





4 comments:

  1. sorry la sy tak rasa sedih pun dan tak tau kat part mana nak tumpang nagis.rasanya lagenda budak setan lagi best kot..heheh.my personel opinion jer tau!

    ReplyDelete
  2. hubby dni suka nyanyi2 lagu ombak rindu.. :D

    ReplyDelete
  3. samalah tak dapat tgk wayang kali nikh langgan astro first jew..

    ReplyDelete
  4. lagu dia memang best...tp susah lah nak cakap, Nita tak mampu nak hayati cerita ni. Rasa x syiokk. kenapa eh?
    huhu

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...