Wednesday, January 18, 2012

Tortilla Berkeju Ala MasterChef

Selamat petang

Walaupun rancangan Masterchef dah berlalu lama tapi aku tetap nak tunjukkan bakat TERENDAM aku lepas terpengaruh tengok masakan diorang..Yang senang boleh la try..yang susah kim salam je la aku nak buat..


Resepi Tortilla Berkeju
3 keping tortilla
1 biji Tomato - potong dadu
1 biji salad
1 batang lobak merah
5 Batang Sosej - direbus
Mayonis
Sos Cili / Sos Tomato
Mozarella Cheese
(bahan-bahan yang digunakan bergantung apa yg ada dalam petisejuk aku jer...hehehehe)


Cara-caranya :

 Sediakan tortilla 3 keping dan panaskan dalam kuali sekejap

 Lapisan pertama : ratakan dengan salad, tomato dan lobak merah yang digaul dengan mayonis

 Lapisan kedua : ratakan sos cili / sos tomato. Susun potongan sosej yang dipotong menyerong dan tabur mozarella cheese.

Akhir sekali. Tutup lapisan atas dan balut dengan aluminium foil. Masukkan dalam oven dan masak hingga keju mencair. Lupa plak nak tengok berapa lama aku masak dan suhu oven...Agak2 la ye

 Dah siap pun...

Ok dah boleh ngap...

Memang aku rasa berbaloi-baloi la..Memang tersangat mudah resepi nie. Makan sepotong pun dah kenyang tersangat-sangat. So bagi yang nak mencuba bakat terpendam tue boleh la cuba resepi yang ringkas nie dulu...


9 comments:

  1. sedapnye! CK baru cari resepi tortilla nie petang tadi.

    Tapi nk tnya mana nk beli tortilla nie? Dah puas cari kat giant, c4 and tesco....tak jumpa pun

    ReplyDelete
  2. err, ok perut yg kenyang jadi lapar balik. boleh je kan letak cheese bebanyak? saya hantu cheese :)

    ReplyDelete
  3. nak cuba..nak cuba..hehe.tetibe lapor.tak leh jadi ni..thanks resepi ye..

    ReplyDelete
  4. @Cik Kamoo

    memang sangat sedap coz letak cheese bebanyak...hehehe

    saya beli tortilla tue kat tesco, cuba cari kat bahagian roti ye

    ReplyDelete
  5. @~Filzati Zulkepli~

    boleh jer letak cheese bebanyak...memang terbaik la bila tengah ngap tue tengok cheese meleleh-leleh

    ReplyDelete
  6. @JR® (22)

    jgn tak cuba...sekali cuba mesti nak try banyak kali lagi..

    ReplyDelete
  7. 1st tiem tgk msk tortila cenggini..slalunya yg gulung jer...leh try ni..tq dear

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...