Monday, February 13, 2012

Menara Tinjau Bukit Ampang Dah Ditutup - Hilang Sudah Port Makan Nyum Nyum

Selamat petang

2 minggu lepas time jenjalan anak beranak, kitorang ada lalu laluan bukit ampang nak ke KL sekali aku tengok dah terpasang kain rentang kata kawasan restoran atas tue dah kena tutup. Mula la buat firasat laki bini pasal restoran tue. Dah tak dapat lagi makan kat situ. Dulu masa tengah pantang memang dah cakap kat Tuan Tanah, bila aku abis pantang jer nak makan kat situ lagi..tup-tup sampai ke sudah tak pergi. Sekali lalu tengok dah  tutup la...

Baca berita harian 03/02/2012 (Jumaat) tue baru aku tau sebab musabab kawasan tue ditutup..

Meh aku story kat korang kalau yang tak baca berita harian la ye

Pusat Pelancongan dan Menara Tinjau milik Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Bukit Ampang, Jalan Hulu Langat-Ampang ditutup kepada semua pelawat dan aktiviti perniagaan kerana risiko tanah runtuh. 

Tindakan itu diambil berkuat kuasa 19 Januari lali selepas MPKj yang melakukan pemeriksaan di kawasan terbabit sejak Ogos tahun lalu mendapati pengusaha restoran yang beroperasi di bahagian bawah kompleks itu melakukan pengubahsuaian dan menambah struktur bangunan sehingga berlaku harisan terus pada cerun bukit.
 Pengusaha juga didapati membuat pengubahsuaian dan menambah struktur dicerun terbabit tanpa kebenaran. Siasatan yang dijalankan menunjukkan bangunan restoran terbabit tidak pernah mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) dari pihak berwajib


 Tinggal kenangan je la...


Nampaknya dah hilang satu port menarik makan-makan kitorang. Kalau korang nak tengok makanan dan restoran kat atas tue boleh baca kat SINI ye..

4 comments:

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...