Tuesday, February 14, 2012

Pai Ayam "Melbourne"

Selamat pagi


Pagi-pagi dah update resepi yang dah lama aku buat. Senang copy resepi kat sini, mana la tau bila balik kampung tiba-tiba terasa nak buat, boleh la buka blog check resepi.


Memang tersangat sedap dan terbaik. Aku bab resepi barat marat nie jarang la buat. Ntah-ntah kalau malas tahun depan plak kot baru aku repeat balik....hehehehe


Nak buat pun mudah. Guna pastry jenama "KAWAN" jer. Tak payah nak uli-uli tepung bagai. 
I like it.


Resepi nie aku copy dari blog Teratak Impian milik kak zai. Thanks ye kak zai untuk resepi yang sedap nie. 


walaupun hampir nak rentung rupa permukaan pastry aku kat atas tue tapi rasa pai tue tetap marvelous dan nyum nyum


PAI AYAM 'MELBOURNE'
Sumber resepi - Nora (koleksi resepi "secukup rasa")
Resepi : kak zai @ teratak impian
BAHAN:
Untuk inti pai (filling)
1 cawam isi ayam- dihiri nipis
1 cawan cendawan butang- dipotong nipis
1 tin cendawan butang sup Campbell
1 tin(kecil) kacang pis (sekiranya suka)
1 biji bawang besar- dipotong dadu
1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
1 cmb lada sulah
2 cmb mentega/minyak
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
sedikit air (sekiranya terlalu pekat)

UNTUK KULIT PAI (PASTRI) - akak guna puff pastry jenama "kawan" (kayrul pun guna jenama nie)
100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 cmb air
atau
KULIT PASTRI SEGERA

CARA MEMBUATNYA

1.Panaskan mentega.Goreng bawang besar hingga kekuningan.masukan isi ayam dan biarkan seketika.
2.Masukan cendawan butang sup Campbell,ubi kentang,kacang pis,air dan lada sulah.Kacau hingga sebati.
3.Setelah masak,angkat san ketepikanseketika.
4.Canai kulit pai san letakan ia sebagai lapisan bawah(base)dan bakar seLama 5-6 minit- akak guna pff pastry jenama 'KAWAN'
5.Tuangkan isi pai yg dimasak tadi keatas base pai.
6.Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai tadi sebagai lapisan atas.
7.Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 cmt air utk mengilatkannya.
8.Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dlm ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200'c.

TIPS:


*Nora galakan menguna kulit/pastri segera kerana ia senang dimasak.Sedap dan menjimatkan masa.Ia bolih dibeli dikedai biasa atau dipasar raya.
*Jangan masak terlalu lama sebab inti pai itu tadi sudah pun hampir masak.
*Sekiranya tidak mahu membuat base pun tidak mengapa.Cukup dgn kulit diatas sahaja
*Sesuai juga utk beginner tetapi mesti ikut arahan dgn betul.


update : kayrul guna puff pastry jenama "kawan". sebabkan puff pastry tue kecik jer maka kayrul tampal-tampal dan sambung-sambungkan untuk tutup semua permukaan.

9 comments:

  1. okey sangat menarik ni, copy resepi ye, tima kasih

    kulit pastry mmg lama dah ada dalam fridge tu, ni guna yg besar punya ye

    ReplyDelete
  2. laa..ingat kan pai tu dibuat atau dtg dr melbourne..huhuh

    ReplyDelete
  3. @Tina Othman

    tina, kayrul dah update puff pastry yg kayrul guna. kayrul just cantum-cantum untuk tutup permukaan pie tue

    copy je. kayrul pun copy kak zai punya gak..hehehe

    ReplyDelete
  4. @LYAfrina

    benda sedap dan mudah memang wajib try nie Lya

    ReplyDelete
  5. @mizzkechique

    jgn tak cuba. sekali cuba mesti nak buat berkali-kali

    ReplyDelete
  6. hari tu beli stok puff kawan tu byk..simpan buat stok...hehehe

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...