Friday, March 22, 2013
Voice Mail Digi Memang Merugikan
Thursday, March 21, 2013
SAKA Siapalah Nie???...Grrrrr
Thursday, March 14, 2013
Pendaftaran Murid Tahun Satu, Selangor (1 Mac - 30 April 2013)
1.
|
Permohonan
Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPPSel) boleh dibuat
melalui Aplikasi Atas Talian sahaja. Ibu bapa / penjaga boleh
melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer yang ada capaian
internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah. Permohonan
ini akan dibuka kepada orang ramai pada 01 Mac 2013 hingga 30 April 2013 melalui pautan perkara tersebut di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor http://apps.moe.gov.my/esppsel Selepas tarikh tersebut permohonan akan ditandakan sebagai permohonan lewat dan tertakluk kepada akibat daripadanya.
|
2.
|
Ibu
bapa atau Penjaga yang anaknya memenuhi syarat-syarat pendftaran tahun
satu boleh membuat permohonan secara online. Sila baca Tatacara dan
Panduan Permohonan dengan teliti dan memasukkan maklumat permohonan dan
kod-kod yang diperlukan dengan betul. Kesilapan mengisi no mykid dan
tarikh kelahiran dan lain-lain maklumat yang diperlukan akan
mengakibatkan permohonan gagal atau ditolak.
|
3.
|
Setelah
melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki
mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan
melalui menu cetakan. Sila kemukakan dokumen tersebut ke sekolah
dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan yang akan disahkan oleh pihak
sekolah
|
4.
|
Mulakan
proses permohonan melalui/klik menu PERMOHONAN ON-LINE Pemohon perlu
mengesahkan dahulu pilihan kewarganegaraan dan memilih Status Tempat
Kelahiran (Dalam Negara atau Luar Negara) Pilihan di Daerah, Jenis
Sekolah Dipohon serta pengesahan status Orang Kelainan Upaya (OKU)
Semakan nama sekolah dan di daerah mana sekolah dipohon berada, boleh
dirujuk dengan menuliskan nama sekolah pada Direktori Sekolah melalui
pautan berikut: http://www.moe.gov.my/jpnselangor/jkict/indexTS.php Sila hubungi meja bantuan jabatan kami jika masih menghadapi masalah.
|
5. |
Sila masukkan data Maklumat
Pemohon dengan teliti terutama ketika mendaftarkan nombor MyKid.
Masukkan Tarikh Lahir dengan cermat mengikut urutan hari/bulan/tahun
dengan merujuk dokumen kelahiran yang sebenar. Lengkapkan semua ruang maklumat lain yang diperlukan/berkaitan sehingga selesai. Sila semak
semua maklumat yang dimasukkan dengan teliti sebelum menekan butang
Hantar. Lengkapkan modul pemilihan sekolah dan modul berikutnya
sehingga selesai dan laksanakan cetakan borang.
|
6.
|
Sistem akan menggunakan no Mykid/Borang W sebagai Id pengguna untuk membuat semakan. Sila dapatkan dan simpan No Pin dari
cetakan borang yang telah lengkap. No Pin diperlukan bagi tujuan
Kemaskini Profil/Permohonan dan urusan penyemakan keputusan pada masa
akan datang. Sila semak maklumat yang diisi dengan teliti dan buat
pembetulan yang perlu sebelum membuat cetakan.
|
7.
|
Pemohon hanya perlu menghantar satu (1) permohonan sahaja. Sistem membenarkan pindaan/ kemaskini maklumat untuk 3 kali sahaja. Sila hubungi pihak sekolah sekiranya perlu sangat membuat pindaan seterusnya.
|
8.
|
Pemohon
dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan atas talian eSPPSEL
pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau sambungan ke
sistem terputus. Ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian
kepada laman web tersebut.
|
9.
|
Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.
|
10. |
Pemohon
yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan
pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon
atau menghubungi meja bantuan eSPPSel melalui telefon atau email
jabatan kami. Sila kemukakan no Mykid/Borang W dan nama anak ketika
membuat urusan tersebut.
kredit to Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Macam mana nak daftar???
Klik gambar utk daftar online
Ikut la turutan dari 1. Pengesahan, 2. Maklumat Pemohon, 3. Sekolah Dipohon, 4. Cetak Senarai Semak
Dah settle semua harus la cetak, sebelum tue pastikan korang ada printer tau kang macam mana nak cetak maklumat tue...
Setelah pendaftaran selesai...Dokumen yang telah dicetak dan dokumen senarai semak perlu dibawa ke sekolah yang dipilih.
So, jangan lambat2...kang tak sekolah plak anak kita tue...hehhehe
|
Wednesday, March 13, 2013
Kalah Main Bowling Dengan Anak???....gggrrrrrr
Tuesday, March 12, 2013
Cepat-cepat Beli Voucher Kat The Manhattan Fish Market
Monday, March 11, 2013
Tips Bawa Anak Tengok Wayang
- Aku selalunya nak meroyan tengok wayang lepas abis pantang...so harus la usung anak sekali...tak sanggup nak tinggalkan anak kat mak mertua semata-mata mak pak nak berpoya2 tengok wayang...anak baru umur 3 bulan dah join mak pak tengok wayang...dahsyat betul...hehehe..so anak dah diperkenalkan dengan dunia wayang seawalnya....jgn ikut perangai macam aku sudah...hahaha
- Nak tengok wayang nie jangan la tengok citer ganas2...bebudak tak sesuai masuk dan tengok..harus la tengok citer yg ada simbol "U" dan "P13" jer...jangan tak tau, citer "Lawak ke Der 2" kategori "18" tau so tunggu je la keluar kat astro first...klu nak jimat lagi..tunggu keluar kat "Cerita Master" pastu download jer...hehehe
- Jangan tengok filem "HANTU"...klu sekali kita usung bebudak tengok citer hantu nie kompem lepas nie bersilat la nak seret diorang tengok wayang lagi...Ini pengalaman aku la...
- Tengok filem favourite anak, haikal asal ajak tengok wayang jer mesti.."mama..kita nak tengok wayang cinta ye ma"...iyekan la padahal nak tengok filem Rock Oo...tak hagak2 umur baru 4 tahun lebih dah suka tengok wayang cinta...
- Kasi bebudak main puas2...macam haikal dan hadif dah boleh jalan2...selalunya sebelum masuk wayang bagi diorang enjoy main2 dan bergasak sakan..kompem masuk wayang tak sampai 5 minit terus hanyut ke alam mimpi
- G tengok wayang time waktu tido anak..contoh la anak selalu tido pukul 3 ptg..so masa nie la baru g tengok...harus la check dulu citer apa yg ada masa tue...kang dah sampai sana tau2 citer ntah hapa2 kan dah kecewa
- Peluk jer anak dalam wayang....wayangkan sejuk, so bila kita peluk...anak rasa nyaman so takde la wat perangai pelik...pastikan korang pakaikan anak sweater dan seluar panjang
- Kasi perut anak kenyang....bila perut kenyang kompem, takde la dia wat perangai nak tawaf satu panggung...
- Klu macam anak bawah setahun atau masih menyusu badan...sentiasa kena bersedia...Macam haikal dulu asal nak start nangis jer terus sumbat nenen...kompem senyap....
- Kerjasama pasangan paling penting..gilir2 la bawa anak keluar dari panggung wayang tue klu bebudak tue dah start mengganas...
- Paling dan sangat2 penting, pilih tempat duduk belakang sekali dan hujung....asal anak nak buat perangai jer cepat bawa keluar..kang pilih seat kat tengah dah susah nak keluar masuk banyak kali...klu kat depan , susah jugak dan pakej malu...ye la kejap2 muka kita jer turun naik tangga....orang lain pun nak tengok wayang ngan aman, so jangan la biar anak2 menangis dan bercakap2 dalam wayang...tak puas tau nak tengok wayang....
- Nie tip paling baru aku praktikkan utk bebudak yang baru dapat kaki macam hadif...sebelum wayang start...bawa dia jenjalan tengok filem2 yang akan ditayangkan..dlm area panggung kan ada kawasan yang selalu ada letak2 filem2 akan datang...bagi dia enjoy dan puas jalan kat dalam tue....agak2 dia dah letih...dukung la dia...jangan masuk wayang awal sangat...kan selalu iklan jer dah 10 minit, so kita masuk ngam2 bila filem bermula...so takde la bebudak rasa bosan lama dalam tue...
- Paling sesuai tengok wayang adalah waktu malam...walaupun ada tip kat atas tue ada yang tak jalan jugak klu tertengok wayang waktu siang...klu tengok malam sekejap jer bebudak tue tido dalam wayang....so aman la nak tengok citer idaman sambil2 gelak tak hingat dunia...dan sambil2 feeling sampai nangis...
- Kalu anak jenis tak reti duduk diam, pasrah je la dukung anak sambil tengok wayang kat tempat belakang sekali...ala yg dekat pintu masuk tue..cuma kena pasrah berdiri je la...agak2 dah lentuk anak tue baru la dapat duduk...hehehehe
Hazabnya nak lipat baju....hwuaaaaa
Friday, March 08, 2013
An...an...Rock Oo....Gelak Sampai Pecah Perut
Aku rasa Rock Oo nie lagi super duper best dari citer Rock dulu....Walaupun citer nie mengisahkan perjalanan group "rimba bara" tapi memang kita boleh feeling macam kita ada disebalik citer2 tue....
Tuesday, March 05, 2013
Mana nak sambung gelang emas putus???
Dulu kira murah la gelang emas nie baru jer RM 500.00 tapi masa tue aku kira mahal giler la..maklum la gaji kecik jer...dapat beli gelang tue pun dah kira bersyukur la...nampak la hasil penat keja tue ke mana....
Tup-tup lepas 12 tahun pakai boleh plak putus....gelang dah expired ke???...konpius betul...
Dapat gaji baru la terkedek2 pergi sambung gelang tue....
Perkara penting nak sambung gelang nie...JANGAN TINGGALKAN GELANG KAT KEDAI!!!
Banyak aku survey kedai emas nie untuk sambung tapi semuanya suruh tinggalkan..esoknya baru ambik...
BAHAYA!!!!!....tau...macam2 boleh jadi dalam satu hari...aku paling takut, hantar lain kang ambik jadi lain...mana la tau kot2 diorang bagi yang tak ori kat kita semula padahal kita nampak sama...
Aku jumpa la satu kedai nie kat Plaza Metro Kajang..Bukan kedai poh kong tau...ala kedai sebelah Watsons tue..boleh la dia siapkan dalam masa 5 minit jer...harus la aku suka....Bayaran untuk sambung gelang emas nie ok la bagi aku....RM 25.00 siap dia cuci balik gelang yang dah kusam tue....terus nampak macam gelang baru...hehehe
Amoi kat kedai tue hint2 la aku suruh tukar dan beli baru...mana boleh maaa...aku sayang sangat tau gelang tue...tue la bukti hasil kerja keras aku...kenangan siot...
Comel dan kecik jer gelang aku nie...
Lepas repair sajer2 la aku suruh dia timbang sajer nak tau harga gelang aku sekarang nie...beli RM 500 jer sekarang dah RM 1,000 lebih tue....kaya2....untungnya kalu aku beli banyak2 dulu...tapi apakan daya dulu duit untuk makan pun cukup2 jer....hehhehe
Sekarang harga emas dah mahal giler....tunggu harga turun baru boleh tambah koleksi kot...hehehehe
Saturday, March 02, 2013
Pengguna card aeon jom shopping kat aeon cheras selatan
selamat mlm...
lama giler tak update blog...satu family demam dan alhamdulillah semuanya dah sihat marilah kita berjalan-jalan....
tadi g plaza metro sekarang dah selamat sampai di aeon cheras selatan aka jucso....susah betul nak menyebut aeon...jusco jugak yg senang nak sebut....
alang2 dah kat sini harus la tukar kad baru...kad pun dah expired 2 hari lepas....
ramai giler siot org hari nie..tau la memasing dah gaji...xde tempat la ke diorg nak pergi...sini jugak...mujur la senang nak pakai....
sekarang tengah tunggu turn utk tukar renew kad jusco baru....no dah la jauh lagi....bosan giler menunggu...
bagi pemegang kad jucso cheras selatan, hari nie "hari membeli belah utk ahli"...last day esok tau...
apalagi jom la habiskan duit kat sini....hehehe