Friday, March 22, 2013

Voice Mail Digi Memang Merugikan



Selamat petang


Ada siapa2 pengguna Digi kat sini..meh la geng ngan aku...hehehe

kredit to mr google


Ok nie aku nak kongsi masalah yang selalu aku hadapi tiap kali call no. telefon under Digi nie...tak kisah la korang pengguna 016 ke 014 ke...mesti akan hadapi masalah yang sama macam aku...


Sejak 2 3 bulan nie aku baru perasan asal jer call no 014 ke 016 mesti akan terus masuk voice mail...habis credit aku tau...grrrr...kami suami isteri memang pengguna setia digi...016 untuk kegunaan call family, kengkawan dan lain-lain la...014 kan Digi Easy Prepaid - Buddyz, so percuma la klu laki bini call, so no. tu khas untuk suami isteri bergayut tanpa sempadan...hahaha..tapi yang masalahnya klu dari 016 ke 014 mesti kena caj la...aku kengkadang lupa bawa hp 014 so bila guna 016 ke hp mr shah 014, memanjang jer masuk voice mail...grrrrr


Yang lagi tension klu prepaid pun cukup2 makan, klu dah 10 kali call asyik masuk voice mail maunya kredit aku habis macam tue..dah mula la rasa macam melampau2 tahap mencekik darah tak hingat...


Pagi tadi terus zas aku call Digi Customer Service Helpline 016-2211 800 (24hr)...


Pening juga nak pilih yang mana bila call tue...janji tekan2 dapat kat orang Digi...Terus la mengadu masalah aku nie....Baru aku tau, rupanya boleh klu kita nak stop penggunaan "Voice mail" tue


Ok...dah suruh pun diorang stopkan terus voice mail tue...bukan untuk handphone aku jer siap suruh untuk handphone Mr Shah lagi...tapi klu korang nak buatkan untuk no. handphone org lain pastikan korang tahu no. telefon tue didaftarkan atas nama siapa tau...


Selamat sudah kredit aku sekararang...hehehe

P/s : klu nak jimat kredit masa bergayut telefom tue bertukar la ke digi easy prepaid-buddyz...jimat dan free untuk call 3 no digi juga..cuma korang kena top-up setiap bulan untuk aktifkannya je la...*oppss dah macam jurucakap digi tak sah plak...

Thursday, March 21, 2013

SAKA Siapalah Nie???...Grrrrr



Selamat petang


Timbul balik lepas seminggu bertapa...hahahha


Banyak sangat kerja dan mood nak masuk blog pun ikut merundum...Pakej plak anak asyik kejap demam kejap sihat...pening kepala la...


Baru-baru nie hadif demam panas semula...aku rasa dia sihat kejap jer dalam 2 minggu pastu demam panas balik...mula la musykil....


Bawa la g berubat cara kampung..bukan guna bomoh tau tapi berubat ngan sorang makcik area taman aku nie...


Dia cakap hadif nie kategori kena kacau la ngan SAKA??....alahai saper punya la plak nie..


SAKA nie sebenarnya tak bertuan dan berlegar2 la kat taman aku tue...ayoooo *tepuk dahi 100x*


Pelik betul aku orang sekarang nie, nak kata dok kampung tak tapi dok taman tapi naper la benda2 macam2 tue nak dibelanya..cuba bela kucing ke arnab ke...nie dah menyusahkan orang lain..


Tak suka jer buang bersepah2...biar je benda tue merayap satu taman...alahai...


Dulu masa haikal kecik memang dia la stok kena kacau dan memanjang la demam...setiap bulan asyik la demam...sekarang turn hadif la plak....cian tau tengok bebudak kecik nie asyik makan ubat jer...pakai rawatan cara tradisional memang tak jalan langsung so terpaksa la makan ubat doktor...dah penuh sangat dadah dalam badan tue....huhuhu


Hadif demam dari hari isnin membawa ke hari nie..Mula tue bawa ke Klinik Kesihatan jer...konon nak jimat duit la sekali selsema jer elok demamnya still teruk lagi...esoknya bawa plak ke Klinik Kita kat Cheras Perdana tue..Dapat la sebeban ubat....Tak kebah2 juga demam...Bawa berubat cara kampung pun sama jer....cuma panas tue dah kurang sikit...Peliknya lepas makan ubat, sejam dua jer sihat lepas tue panas semula...tambah2 klu pukul 2 3 pagi lagi la panas tue naik mendadak..so kena la masuk ubat bontot...

Semalam terpaksa la bawa jumpa doktor Saiful kat Pakar Kanak2 Sg. Chua tue...Kali nie terpaksa mengalah bawa ke sana coz demam panas pakej cirit birit sekali..Bukannya masa mula2 dia demam tue taknak terus pergi situ tapi muka dah malu giler nak jumpa doktor..sebulan jer dah 2 3 kali muka kitorang wajib bertandang kat sana.....Terpaksa ke sana coz cirit birit dah teruk, hambik ko mula tue 2 3 jam sekali pastu sejam sekali....Bila malam jer dah jadi setengah jam sekali....bukannya cirit banyak pun sikit2 jer tapi kena la tukarkan..lambat tukar tak selesa la plak dia...Sementara nak tunggu turn jumpa doktor jer dah 2 kali aku berulang ke toilet...


Paling kesian, bontot dia dah merah2....asal kena air jer terus meraung2....rasa nak pindahkan jer sakit tue kat kita...Kecik2 dah sakit macam nie....


Sebab cirit birit dah kritikal sangat doktor bagi ubat jenis pil dan krim sapu...Mujur la hadif nie demam2 pun still aktif dan kuat minum air kosong...klu dia kurang minum rasanya malam tadi kitorang terpaksa check-in kat HOSPITAL la...


Pagi nie pun still cirit birit lagi, cumanya demam tue dah ok la...pagi2 dah membuang, mandikan..elok jer aku nak pakaikan pampers dah terkincit lagi sekali..alahai kat dik...Dah pepagi kena wat operasi pembersihan lantai plak....


Harap2 ubat2 yang sebeban kat rumah tue dapat pulihkan Hadif ngan cepat...risau sangat nie...wat keja kat opis pun tak tenang...huhuhu

Thursday, March 14, 2013

Pendaftaran Murid Tahun Satu, Selangor (1 Mac - 30 April 2013)



Selamat pagi


Aku baru sajer lepas daftar anak sekolah secara online...Mesti ada yang pelik naper anak baru umur 5 tahun dah kena daftar???...Meh sini aku nak bagi tahu...Untuk korang yang tinggal di Negeri Selangor, pendaftaran anak masuk sekolah Tahun 1 dah boleh mula daftar secara online mulai 1 Mac - 30 April 2013...

Yakni anak korang lahir tahun 2007 dan 2008 jer yang boleh daftar online tau


Negeri lain aku tak tau..tapi dekat selangor boleh daftar awal..jangan ngada2 lambat...anak tak masuk sekolah jangan salahkan sekolah plak, salahkan diri sendiri yang tak ambik port...


Tatacara permohonan Murid Tahun 1 secara Online 


1.
Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPPSel) boleh dibuat melalui Aplikasi  Atas Talian sahaja. Ibu bapa / penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer  yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah.   Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 01 Mac 2013 hingga 30 April 2013 melalui pautan perkara tersebut di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor  http://apps.moe.gov.my/esppsel Selepas tarikh tersebut permohonan akan ditandakan sebagai permohonan lewat dan tertakluk kepada akibat daripadanya.

2.
Ibu bapa atau Penjaga yang anaknya memenuhi syarat-syarat pendftaran tahun satu boleh membuat permohonan secara online. Sila baca Tatacara dan Panduan Permohonan dengan teliti dan memasukkan maklumat permohonan dan kod-kod yang diperlukan dengan betul. Kesilapan mengisi no mykid dan tarikh kelahiran dan lain-lain maklumat yang diperlukan akan mengakibatkan permohonan gagal atau ditolak.

3.
Setelah melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan melalui menu cetakan. Sila kemukakan dokumen tersebut ke sekolah dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan yang akan disahkan oleh pihak sekolah

4.
Mulakan proses permohonan melalui/klik menu PERMOHONAN ON-LINE Pemohon perlu mengesahkan dahulu  pilihan kewarganegaraan dan memilih Status Tempat Kelahiran (Dalam Negara atau Luar Negara) Pilihan di Daerah, Jenis Sekolah Dipohon serta pengesahan status Orang Kelainan Upaya (OKU)  Semakan nama sekolah dan di daerah mana sekolah dipohon  berada,  boleh dirujuk dengan menuliskan nama sekolah pada Direktori Sekolah melalui  pautan berikut: http://www.moe.gov.my/jpnselangor/jkict/indexTS.php  Sila hubungi meja bantuan jabatan kami jika masih menghadapi masalah.

5.
Sila masukkan data Maklumat Pemohon dengan teliti terutama ketika mendaftarkan nombor MyKid. Masukkan  Tarikh Lahir dengan cermat mengikut urutan hari/bulan/tahun dengan merujuk dokumen kelahiran yang sebenar. Lengkapkan semua ruang maklumat lain yang diperlukan/berkaitan sehingga selesai. Sila  semak semua maklumat yang  dimasukkan dengan teliti sebelum menekan butang Hantar. Lengkapkan modul pemilihan sekolah dan modul berikutnya sehingga selesai dan laksanakan cetakan borang.

6.
Sistem akan menggunakan no Mykid/Borang W sebagai Id pengguna untuk membuat semakan. Sila dapatkan dan simpan No Pin dari cetakan borang yang telah lengkap.  No Pin diperlukan bagi tujuan Kemaskini Profil/Permohonan dan urusan penyemakan keputusan pada masa akan datang. Sila semak maklumat yang diisi dengan teliti dan buat pembetulan yang perlu sebelum membuat cetakan.

7.
Pemohon hanya perlu menghantar satu (1) permohonan sahaja. Sistem membenarkan  pindaan/ kemaskini maklumat untuk 3 kali sahaja. Sila hubungi pihak sekolah sekiranya perlu sangat membuat pindaan seterusnya.

8.
Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan atas talian eSPPSEL pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau sambungan ke sistem terputus. Ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.

9.
Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

10.
Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon atau menghubungi meja bantuan eSPPSel melalui telefon atau email jabatan kami. Sila kemukakan no Mykid/Borang W dan nama anak ketika membuat urusan tersebut.
Macam mana nak daftar???
 Klik gambar utk daftar online


 Ikut la turutan dari 1. Pengesahan, 2. Maklumat Pemohon, 3. Sekolah Dipohon, 4. Cetak Senarai Semak


Dah settle semua harus la cetak, sebelum tue pastikan korang ada printer tau kang macam mana nak cetak maklumat tue...


Setelah pendaftaran selesai...Dokumen yang telah dicetak dan dokumen senarai semak perlu dibawa ke sekolah yang dipilih.


Senarai semak :
  1. Sijil lahir/ Borang W/ Sijil Anak Angkat
  2. Bil Utiliti (Bil elektrik (TNB)/ Air Sahaja)
  3. Kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga
  4. Surat Nikah/ Surat Daftar Perkahwinan/ Surat Cerai (Sekiranya berkaitan)
  5. Surat Hak Penjagaan/ Perintah Mahkamah jika berkaitan (Sekiranya berkaitan
  6. Laporan Doktor & Kad OKU (Sekiranya berkaitan)


So, jangan lambat2...kang tak sekolah plak anak kita tue...hehhehe

Wednesday, March 13, 2013

Kalah Main Bowling Dengan Anak???....gggrrrrrr



Selamat petang


Lepas jer makan2 kat The Manhattan Fish Market kat Mid Valley tue harus la jenjalan dulu


Takkan la datang jauh2 dari Kajang untuk makan jekan kat Mid Valley tue mesti la ada 2 3 aktiviti lain menyusul....


First terjah dulu wayang...Check punya check yg ada citer Jack The Slayer..nak tengok citer Oz full la plak....


Itu pun citer Jack tue start pukul 12.30 pagi...pasrah je la...mujur la esoknya cuti...hehehhe


Semangat anak beranak main bowling memalam...apa nak buat wayang start lambat takkan nak melopong jer kat situ lama2 tengok orang lalu lalangkan...


 Pembawa masalah...aku rasa nie dah lebih sepuluh kali kitorang terpaksa berhenti main bowling dan tukar lane...asyik2 bola terlekat la...kabel putus la..macam2...bayar mahal tau tapi macam hampeh jer


Tengok elok2 bola bowling banyak kat macam kat atas tue terus kosong coz semua bola dah terlekat...gggrrr


 Kasi mama papa posing ala2 muda remaja...hehehehe


 Nie masuk kali ketiga tukar lane...terlekat jangan kira la...


 Makin hebat


 Tengok haikal punya score...walaupun ada pagar tetap strike tau..banyak plak...


Jealous tengok terus rasa nak main pakai pagar jugak...


 Mama dan papa punya score jauh ketinggalan tau...

Nama tak nak mengalah siap letak nama dulu2 lagi JEBAT dan MELOR...hahaha


Muka riak giler tue mentang2 la score tinggi...asal score kita tinggi dia nak gime me five ngan kita...cuba bola kita masuk longkang...wat2 tak nampak jer...huhuhu


Sesi tayang kasut bowling...ko ader????

Giler keras giler kasut tue...sakit kaki2 aku nie


Hebat betul satu family bergembira main bowling tengah2 malam..klu kat kampung nie pukul 9 malam jer dah gelap rumah...kat sini, pukul 12 tengahmalam macam baru 12 tengahari jer....tak pernah sunyi...enjoy jer....

Tuesday, March 12, 2013

Cepat-cepat Beli Voucher Kat The Manhattan Fish Market



Selamat petang


Entri makan-makan datang lagi...Awal bulan boleh la makan sedap2 kang hujung bulan mari ramai2 makan kat rumah...masak sendiri la jawapnya


Kawan aku ada la post kat facebook pasal discount voucher GROUPON. Menggelitis tangan nie nak beli jugak...kuasa membeli dihujung jari macam tue la jadinya


Dah lama aku usha port makan nie tapi tak berani nak masuk dan melantak la..maklum la nampak macam mahal so kita yang ala 2 tekak kampung nie hanya mampu tengok jer padahal teringin giler nak makan kat situ....


Dah alang-alang ada ada discount harus la laju2 g beli kat GROUPON....First time tau nak beli voucher makan2 nie kat website tue..mana la tau, elok2 kita beli sekali g sana tak boleh guna maunya bakar restoran tue...hahhahaa


Cepat2 beli sebelum habis...hanya di GROUPON MALAYSIA


Masa aku beli tue baru 5,551 orang jer...sekarang ambik ko dah ceceah 18,414 yang dah beli tau


 Sangat2 jimat...jimat RM 65.30...hanya perlu bayar RM49.00 je tau tapi korang kena beli dari Groupon la...klu terus pergi kedai dan order macam kat atas tue maunya korang kena bayar RM 114.30...


Berbaloi-baloi


 Sesi bergambar tepi pintu masuk THE MANHATTAN FISH MARKET, Mid Valley

Harus la suruh anak, malu siot nak berposing sakan kat situ...hehehehe


 Menu2 yang menarik


 Muka yang tak sabar nak makan...mujur la adik tido klu tak bersilat la nak melantak

Ramai giler orang malam tue..aku rasa semuanya beli voucher kat Goupon jugak kot sebab setiap meja malam tue semua makan menu yang sama....

Aku beli coupon tue 7/3/2012, esoknya kitorang anak beranak dah terpacak kat kedai tue...giler tak sabar nak menjejak kasih antara perut dan makanan kat situ...hahahaha


Memang menarik dan terbaik...Giler banyak...Perut kecik, makanan banyak memang rasa nak pengsan la nak habiskan...


 Air color2 lagi....


 Seeloknya siapa teringin nak makan kat sini pastikan perut kosong ye...kang rugi plak beli coupon tue tapi makan sikit jer...


Anak beranak melantak tak toleh kiri kanan dah...


Muka kecewa lepas tunggu menu seterusnya tak sampai2...

Tension tau....ramai dah balik tapi menu kitorang tak sampai2...


Nie voucher tambahan yang aku beli kat Groupon jugak..Ingatkan nak bagi haikal makan la..sampai sudah spagetti tue tak sampai...yang lain ada....giler pedas tau spagetti tu..budak2 sangat tak sesuai makan..

Ada makanan lain jugak kitorang tak dapat macam salad dan roti perancis...


Yang peliknya, dah cakap kat waiter tue dah banyak kali sampai sudah tak dapat...Bila tinggal kitorang jer....mula la naik hangin...macam nak bakar jer restoran tue


Bila tanya mana menu kitorang order, boleh plak dia jawap "kitorang punya dapur dah kemas"...kemas tak kemas..kitorang dah bayar tau...COSTUMER ALWAYS RIGHT...


Klu pikirkan duit yang aku dah labur beli voucher kat Groupon tue, tak hingin aku tunggu....


Ntah apa la dia cakap kat manager dia..tau2 tung tang tung tang siap jugak la menu kitorang..takde la nak melantak kat situ..selera dah mati...bungkus jer la...


Mungkin malam tue customer terlalu ramai sangat dan diorang pun masing2 muka dah letih so boleh la plak terlepas pandang order kitorang...


Bagi aku makan kat situ sedap cumanya bagi penggemar ikan sangat sesuai la...bukan ada ikan jer tau tapi makanan2 laut lain pun ada sekali...harga sangat2 berbaloi2...


Klu dah beli voucher kat Groupon tue, tak payah buat reservation tau...just print voucher dan tunjuk kat waiter kata kita nak guna voucher...Ingat, klu beli kat groupon nie dia bagi pilihan restoran mana korang nak pergi...contohnya The Manhattan Fish Market kat Mid Valley yg korang beli...dan jangan plak korang pergi makan kat Sogo tau...


Apa lagi...aku dah rekemenkan tempat nie..cepat2 la klik2 kat GROUPON tue...

Monday, March 11, 2013

Tips Bawa Anak Tengok Wayang



Selamat petang...


Aku nie bukan la kategori tengok wayang sangat...Agak2 citer tue aku rasa best dan tak sabar nak tunggu dia keluar astro first so mari la meleburkan duit kat tokey wayang...


Ada kawan blogger yang tanya tips nak bawa anak tengok wayang...


Meh sini kita kongsi apa yang selalu aku praktikkan...

  • Aku selalunya nak meroyan tengok wayang lepas abis pantang...so harus la usung anak sekali...tak sanggup nak tinggalkan anak kat mak mertua semata-mata mak pak nak berpoya2 tengok wayang...anak baru umur 3 bulan dah join mak pak tengok wayang...dahsyat betul...hehehe..so anak dah diperkenalkan dengan dunia wayang seawalnya....jgn ikut perangai macam aku sudah...hahaha
  • Nak tengok wayang nie jangan la tengok citer ganas2...bebudak tak sesuai masuk dan tengok..harus la tengok citer yg ada simbol "U" dan "P13" jer...jangan tak tau, citer "Lawak ke Der 2" kategori "18" tau so tunggu je la keluar kat astro first...klu nak jimat lagi..tunggu keluar kat "Cerita Master" pastu download jer...hehehe
  • Jangan tengok filem "HANTU"...klu sekali kita usung bebudak tengok citer hantu nie kompem lepas nie bersilat la nak seret diorang tengok wayang lagi...Ini pengalaman aku la...
  • Tengok filem favourite anak, haikal asal ajak tengok wayang jer mesti.."mama..kita nak tengok wayang cinta ye ma"...iyekan la padahal nak tengok filem Rock Oo...tak hagak2 umur baru 4 tahun lebih dah suka tengok wayang cinta...
  • Kasi bebudak main puas2...macam haikal dan hadif dah boleh jalan2...selalunya sebelum masuk wayang bagi diorang enjoy main2 dan bergasak sakan..kompem masuk wayang tak sampai 5 minit terus hanyut ke alam mimpi
  • G tengok wayang time waktu tido anak..contoh la anak selalu tido pukul 3 ptg..so masa nie la baru g tengok...harus la check dulu citer apa yg ada masa tue...kang dah sampai sana tau2 citer ntah hapa2 kan dah kecewa
  • Peluk jer anak dalam wayang....wayangkan sejuk, so bila kita peluk...anak rasa nyaman so takde la wat perangai pelik...pastikan korang pakaikan anak sweater dan seluar panjang
  • Kasi perut anak kenyang....bila perut kenyang kompem, takde la dia wat perangai nak tawaf satu panggung...
  • Klu macam anak bawah setahun atau masih menyusu badan...sentiasa kena bersedia...Macam haikal dulu asal nak start nangis jer terus sumbat nenen...kompem senyap....
  • Kerjasama pasangan paling penting..gilir2 la bawa anak keluar dari panggung wayang tue klu bebudak tue dah start mengganas...
  • Paling dan sangat2 penting, pilih tempat duduk belakang sekali dan hujung....asal anak nak buat perangai jer cepat bawa keluar..kang pilih seat kat tengah dah susah nak keluar masuk banyak kali...klu kat depan , susah jugak dan pakej malu...ye la kejap2 muka kita jer turun naik tangga....orang lain pun nak tengok wayang ngan aman, so jangan la biar anak2 menangis dan bercakap2 dalam wayang...tak puas tau nak tengok wayang....
  • Nie tip paling baru aku praktikkan utk bebudak yang baru dapat kaki macam hadif...sebelum wayang start...bawa dia jenjalan tengok filem2 yang akan ditayangkan..dlm area panggung kan ada kawasan yang selalu ada letak2 filem2 akan datang...bagi dia enjoy dan puas jalan kat dalam tue....agak2 dia dah letih...dukung la dia...jangan masuk wayang awal sangat...kan selalu iklan jer dah 10 minit, so kita masuk ngam2 bila filem bermula...so takde la bebudak rasa bosan lama dalam tue...
  • Paling sesuai tengok wayang adalah waktu malam...walaupun ada tip kat atas tue ada yang tak jalan jugak klu tertengok wayang waktu siang...klu tengok malam sekejap jer bebudak tue tido dalam wayang....so aman la nak tengok citer idaman sambil2 gelak tak hingat dunia...dan sambil2 feeling sampai nangis...
  • Kalu anak jenis tak reti duduk diam, pasrah je la dukung anak sambil tengok wayang kat tempat belakang sekali...ala yg dekat pintu masuk tue..cuma kena pasrah berdiri je la...agak2 dah lentuk anak tue baru la dapat duduk...hehehehe
Nie je la tips yang selalu aku amalkan dan buat tiap kali nak usung bebudak tengok wayang....tak sanggup woo nak pantang tengok wayang lama2...ada yg lagi kesian, sejak ada anak tak pernah tengok wayang padahal dulu masa time couple2 muka diorang jer la terpacak kat wayang asal ada citer baru keluar...hehehe


Klu korang ada tips lain jom kongsi...

Hazabnya nak lipat baju....hwuaaaaa



Selamat petang


Macam nak nangis jer malam tadi...seminggu punya baju harus dilipat...

Rasakan saper la suruh kumpul banyak2..kang dah mengeluh tak hingat


Hambik ko..aku rasa 5 bakul raga nie...ruang tamu dah penuh ngan baju..


Dah rasa macam kat kedai kaki lima yang lelong baju longgok plak...


Bukan malas tapi kurang KERAJINAN...


Basuh rajin..bukannya kena gonyoh pun...masuk dalam mesin letak sabun..dah tunggu setengah jam siap...


Pastu keja menyidai selalunya harus la suami mithali yang buatkan...hehehehe


Mula2 longgok jer bebaju tak lipat kat sofa, pastu tak muat sofa longgok kat katil plak..Dah tak de tempat terpaksa la merajinkan diri melipat...


Berpeluh kaki nie bersila lama-lama lipat kain...hazab siot


Memang dasar pemalas...balik kerja jer dah penat...lepak2 depan tv memalam tau2 dah hanyut ke alam mimpi....hujung minggu jer la terpaksa merajinkan diri...hehhehe


Dah macam menara pencakar langit...


Mujur la anak 2 orang jer...klu 10 aku rasa tak habis2 lipat kot...start lipat pukul 10:46mlm...settle semua pukul 12:18 pagi....hwuuuaaa ngantuk siot...


Lepas nie tak mo malas2 lipat baju, tak sanggup nak bersila lama2....

Friday, March 08, 2013

An...an...Rock Oo....Gelak Sampai Pecah Perut



Selamat tengahari


Dapat menaip kembali setelah beberapa hari hilang....banyak sesangat keja opis maklum la semalam baru settle hantar tender....saper yg terlibat kerja2 yang nak masuk tender nie mesti tau macam mana kelam kabutnya aku...meja tak payah cakap la, dari atas meja membawa ke bawah meja memang penuh ngan kertas jer...Nak jalan main selit2 jer kaki ka celah2 kertas tue....Kang ambik gambar nampak benor la over rajinkan....hahhahaa


Punya la nak kejar wat tender sampai nak jeling internet pun tak sempat...So sekarang dah boleh jeling pakej update blog sekali....


kredit to mr google

Minggu lepas aku dah g tengok citer ROCK Oo...mula tu tak terniat pun nak tengok...rasa macam "best ke citer nie" kang macam "hantu kak limah 2 : husin, mon dan jin pakai toncit"...membosankan tau....puas la tunggu part nak bantai gelak sampai sudah takde yang peliknya orang sebelah aku gelak tak hingat dunia....maybe lawak citer tue tak kena ngan aku kot..lain orang lain penghayatannya....


Aku ingat dah lama la citer nie keluar, rupanya baru 2 hari keluar masa aku g tengok tue..patut la full jer memanjang...Sudahnya beli jer tiket pukul 11:55 mlm....Bersidai la berjam2 kat Jusco Cheras Selatan tue...


Dah puas berjalan dalam tue masuk kereta bantai tido dulu sementara nak sampai masa...Boleh plak bebudak nie tak tido..Dah tau nak tengok wayang mata masing2 besar jer....


Starting citer jer dah bikin gelak sampai pecah perut....walaupun watak Que tue memang selenga giler tapi watak dia la penyeri citer nie..Baju yang Que pakai tue memanjang stok tersingkat2...rasa macam nak tarik2 jer...hehhee..cantik tau rambut que dalam citer nie..berombak jer...satu lagi watak khir rahman...asal jer sampai ayat "an...an"...kompem satu panggung gelak tak hingat dunia...Memang sepanjang citer macam tertunggu2 jer ayat khir rahman tue....


Aku rasa Rock Oo nie lagi super duper best dari citer Rock dulu....Walaupun citer nie mengisahkan perjalanan group "rimba bara" tapi memang kita boleh feeling macam kita ada disebalik citer2 tue....


Ada bab touching abis dan ada bab gelak tak hingat...rugi wooooo klu korang tak tengok filem nie...

Tuesday, March 05, 2013

Mana nak sambung gelang emas putus???



Selamat pagi...


Minggu lepas gelang emas kesayangan dah putus la plak....First time beli gelang tue masa dapat BONUS PERTAMA hasil first time bekerja....


Dulu kira murah la gelang emas nie baru jer RM 500.00 tapi masa tue aku kira mahal giler la..maklum la gaji kecik jer...dapat beli gelang tue pun dah kira bersyukur la...nampak la hasil penat keja tue ke mana....


Tup-tup lepas 12 tahun pakai boleh plak putus....gelang dah expired ke???...konpius betul...


Dapat gaji baru la terkedek2 pergi sambung gelang tue....


Perkara penting nak sambung gelang nie...JANGAN TINGGALKAN GELANG KAT KEDAI!!!


Banyak aku survey kedai emas nie untuk sambung tapi semuanya suruh tinggalkan..esoknya baru ambik...


BAHAYA!!!!!....tau...macam2 boleh jadi dalam satu hari...aku paling takut, hantar lain kang ambik jadi lain...mana la tau kot2 diorang bagi yang tak ori kat kita semula padahal kita nampak sama...


Aku jumpa la satu kedai nie kat Plaza Metro Kajang..Bukan kedai poh kong tau...ala kedai sebelah Watsons tue..boleh la dia siapkan dalam masa 5 minit jer...harus la aku suka....Bayaran untuk sambung gelang emas nie ok la bagi aku....RM 25.00 siap dia cuci balik gelang yang dah kusam tue....terus nampak macam gelang baru...hehehe


Amoi kat kedai tue hint2 la aku suruh tukar dan beli baru...mana boleh maaa...aku sayang sangat tau gelang tue...tue la bukti hasil kerja keras aku...kenangan siot...


 Comel dan kecik jer gelang aku nie...


Lepas repair sajer2 la aku suruh dia timbang sajer nak tau harga gelang aku sekarang nie...beli RM 500 jer sekarang dah RM 1,000 lebih tue....kaya2....untungnya kalu aku beli banyak2 dulu...tapi apakan daya dulu duit untuk makan pun cukup2 jer....hehhehe


Sekarang harga emas dah mahal giler....tunggu harga turun baru boleh tambah koleksi kot...hehehehe


Saturday, March 02, 2013

Pengguna card aeon jom shopping kat aeon cheras selatan



selamat mlm...

lama giler tak update blog...satu family demam dan alhamdulillah semuanya dah sihat marilah kita berjalan-jalan....

tadi g plaza metro sekarang dah selamat sampai di aeon cheras selatan aka jucso....susah betul nak menyebut aeon...jusco jugak yg senang nak sebut....

alang2 dah kat sini harus la tukar kad baru...kad pun dah expired 2 hari lepas....

ramai giler siot org hari nie..tau la memasing dah gaji...xde tempat la ke diorg nak pergi...sini jugak...mujur la senang nak pakai....

sekarang tengah tunggu turn utk tukar renew kad jusco baru....no dah la jauh lagi....bosan giler menunggu...

bagi pemegang kad jucso cheras selatan, hari nie "hari membeli belah utk ahli"...last day esok tau...

apalagi jom la habiskan duit kat sini....hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.6

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...