Thursday, June 30, 2011

Lepas Gian



Selamat Petang.


Lama giler tak jenguk blog nie. Kat rumah walaupun ada internet memang takde masa nak mengadapnya. Photographer tegar tue, pantang mama baring jer, ingat nak susu jer. Susukan anak, tup2 mamanya sekali tertidur. Anak plak yang tolong jagakan mama. Hehehehehe....


Kat opis jer aku rajin update blog nie. Datang opis, bersemangat la nak update blog, tup2 internet kat opis plak problem. Kalau sehari takpe la jugak nie makan 4 hari tue. Aduh...boleh sawan macam nie. Nie pun internet baru ok. Kalau tak bertambah2 la sawan...hahahaha


So petang nie, sesi panaskan enjin dulu. Nak jelajah blog korang yang datang menjenguk kat sini sepanjang aku menghilangkan diri. 


Chaow dulu ye....


Perahan Otak : Tali Barut Comey



Friday, June 24, 2011

Lalat Mengganas Di Medan Selera



Pejam celik, pejam celik dah hari jumaat..Esok dah boleh santai-santai kat rumah...hehehhe


Nie al-kasih yang terpaksa aku lalui setiap kali menjamu selera kat Medan Selera, Tesco Kajang. Mesti korang yang tinggal sekitar Kajang sedia maklum yang Tesco Kajang tengah di upgrade kasi lebih canggih.


Medan selera salah satu tempat yang telah di upgrade. Memang berbeza la dari sebelum nie yang nampak suram jer. Sekarang dah berwajah baru..Tengok kat bawah nie...





Gempakkan...tapi sejuta kali sayang..Ingatkan bila dah dinaiktaraf macam nie, masalah lama akan selesai....rupanya masalah masih sama gak. Masalah apa???



kredit to mr. google



Kenal makhluk asing kat atas tue...nie la masalahnya. Macam ada share pulak lalat tue kat Medan Selera nie. Kalau sekor dua boleh tahan gak, kalau dah sekampung..apa kes???


Nak makan pun tak tenteram. Sebelah tangan cedok masuk mulut, sebelah lagi plak busy dok halau lalat. Kalau beli makanan, kena terus duduk makan..jangan la ngada-ngada nak tinggal kejap. Kang ada yang keracunan makanan lepas lalat hinggap.


Sebabkan takde choice untuk aku melantak setiap tengahari, terpaksa la ngadap gak muka lalat-lalat nie..



Jom melantak Sizzling - Yee Mee (betul ke namanya nie..hehhehe) tanpa telur ye. Aku tak suka telur mentah tercongak kat dalam tue...


Dijamin lalat takde ye kat makanan aku tue...


Ok la selamat menjamu selera...dan selamat berhujung minggu.


Perahan Otak : Tali Barut Comey





Thursday, June 23, 2011

Mak Buyung Kayo...dapat 10K



Petang-petang nie...mata dah berpinau kan..nak story sikit...


Aku baru dapat durian runtuh...bukan durian jatuh dari langit tau...10K tue, saper nak kasikan...berbaloi gak usaha mak buyung selama ini sejak menceburkan diri dalam dunia blog sejak 3 Januari 2011.


Rasa nak buat kenduri makan bihun goreng jer...hahahahha


Terima kasih aku ucapkan korang yang sudi kasi kat aku 10K tue. Nak tau macam mana aku dapat 10K tue..Tengok bawah nie ye..







....



....













Aikkk...scroll sampai bawah lagi tau..












.....













....










Haaaa...ada yang ngelat nie...teruskan kesabaran anda ye..











....














...



















Yes..ini la 10K yang aku dapat tue...bukan 10K duit la, dan bukan 10K follower pun, just 10K yang dah datang SKODENG blog aku nie jer..hahhahahaa


Jangan marah...jangan marah...nanti naik darah tinggi tue....hehhehehe


JUTAAN TERIMA KASIH buat semua pembawa SEINDAH SALJU...muaahhhhh sayang korang..



Perahan Otak : Tali Barut Comey

KL Gengster Memang Meletop La



Nie nak story citer kami suami isteri yang perasan bujang. Dah nak masuk 2 minggu citer KL Gengster ditayangkan baru la terhegeh-hegeh nak g tengok. Kesiankan..citer dah nak basi baru la dapat tengok..


Sepatutnya ntah tahun bila la baru nak dapat tengok wayang lagi, mujur la ibu mertuaku sudi nak jagakan Photographer Tegar tue. Dapat la terjah TGV Cheras Selatan.


Bersemangat nak tengok wayang berdua la katakan...Opss, bukan berdua tapi bertiga. Dak kechik dalam perut pun join sekaki tengok...hehehhe. Dah macam orang bujang la plak..Mujur la semalam tak ramai, kami ambik couple seat, senang sikit nak layan wayang.




Mula-mula Tuan Tanah tak nak g tengok citer KL Gengster nie coz ada kengkawan kat facebook dia yang cakap citer nie tak best. Kalau dah RM 11 juta punya kutipan, takkan tak best kot.



kredit to mr google


Bagi aku citer nie memang super duper best la. Cara diorang berlawan pun memang hebat giler. Bagi yang berjiwa romantik dan adik-adik nie mesti kata citer nie ganas dan tak best la.


Cuma aku tak puas hati ngan Shark (Shamsul Yusof) tue, memanjang jer nak cari pasal ngan Malek (Aaron Aziz). Abang Long Dil (Zizan Raja Lawak) memang kelakar giler. Kekadang kesian pun ada gak kat Abang Long Dil nie part kereta dia kena bom. Citer macam tergantung lagi part Abang Long Dil nie kena tikam dan dihantar ke hospital. Aku tak tau apa yang doktor cakapkan kat Malek. Adakah Abang Long Dil masih hidup atau dah mati???...hmmmmm...Citer pasal adik perempuan Malek pun tergantung gak. King plak mati kena tembak ngan Shark. Tak guna punya anak tiri. Tapi puas hati aku bila Shark akhirnya mati kena tembak ngan Dragon. Ingatkan kuat sangat...


Dengar kata ada sambungan citer nie..nie yang tak sabar nak tunggu...Harap-harap watak Abang Long Dil masih ada lagi la...
Bila aku tanya Tuan Tanah, berapa bintang nak kasi kat citer nie. Dia kata kalau ada 5 bintang, dia nak kasi 6 Bintang. Susah la aku nak dengar bila dia tengok citer aksi macam nie dia nak puji melambung-lambung. Sesiapa yang berjiwa ganas jer tau...hahahaha

Masih sempat lagi korang nak terjah citer nie. Kalau berjiwa romantik g je la tengok citer 3,2,1 Cinta ye...



Perahan Otak : Tali Barut Comey




Wednesday, June 22, 2011

"Cartoon" Di Pagi Hari



Selamat Pagi...


Pening kepala pagi nie..semua gara-gara melayan kerenah anak bujang sorang tue la..Semalam kami 2 beranak tidur secara berjemaah lepas aku solat isyak. Tengah tunggu nak tengok citer Ana Lu'lu boleh plak aku terbongkang terus depan tv tue. Tuan Tanah lepas maghrib dah keluar. 


Tengah syok diulit mimpi, terkejut aku bila dengar anak aku menangis. Bila aku tanya nak apa, dia tunjuk dekat tv yang masih terpasang lagi. Masa tue aku tengok jam dah pukul 2 pagi. Aku suruh tidur balik, lagi la dia mengamuk. Boleh dia cakap nak tengok citer cartoon pagi-pagi buta nie...Mujur la ada astro.


Kejutkan Tuan Tanah suruh tukar channel ke Astro Ceria, then aku sambung tidur balik. Anak aku nie kalau terjaga jer mesti cakap "Nak milo satu"...Tak kuasa la aku nak melayan buat milo di pagi-pagi buta tue. Terkedek-kedek la Tuan Tanah bangun buatkan milo untuk anak bujang dia nie. Ingat lepas dah minum boleh la tidur, aku tengok dia boleh sambung layan tengok citer cartoon. Tak kuasa la aku nak tunggu dia. Aku rasa dia sambung tidur balik pukul 5 pagi kot.


Pukul 7.30 pagi dia dah bangun. Segar pulak tue mata. Tak ngantuk langsung. Aku pulak yang lebih-lebih pening kepala.


Perahan Otak : Tali Barut Comey




Tuesday, June 21, 2011

Aaron Aziz - Hero Novel Pujaan Terkini



Dah macam pisang goreng panas kau tengok Aaron Aziz..Memang meletup-letup dia kat tv sekarang nie..Lepas satu citer ke satu citer. 




Aku mula jatuh hati tengok lakonan dia masa dia berlakon citer EMIL EMILDA..sweet la sangat walaupun nampak pelik jer heroin masa tue Sharifah Amani yang nampak kecik sangatkan.





Minggu lepas baru jer habis demam satu malaysia dengan citer NORA ELENA. Drama nie diadaptasi dari novel "Kasih Yang Suci".




Bersambung pulak ke drama STANZA CINTA. Citer nie pun diadaptasi dari novel "Stanza Cinta". Jangan lupa tau citer nie setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3. Bersiap sedia la, lepas nie harus semua orang tercari-cari pulak novel nie. Kedai-kedai buku haruslah order stok yang banyak untuk novel nie pulak.



Lepas jadi hero drama terjun ke hero teater pula...Teater BADAI SEMALAM nie juga diadaptasi dari novel "Badai Semalam"



Nie sinopsis Teater Badai Semalam (kredit to budiey)

Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.


Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.


Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.


Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.
Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. 


Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?


Teater nie akan ditayangkan pada 15 - 25 Jun 2011 di Panggung Sari, Istana Budaya. Bukannya seperti yang tertera di poster tue tau. Nak tau lebih lanjut klik kat BUDIEY.


Jika Lagenda Budak Setan ada Farid Kamil sebagai hero, Ombak Rindu ada plak hero yang tengah mencanak naik sekarang. Siapa lagi kalau bukan Aaron Aziz. Memang wajib tengok nie bila filem nie dah ditayangkan nanti. Sebab novel "Ombak Rindu" nie memang best. Dah bertahun aku beli novel tue. Sambungan dari novel Ombak Rindu tue pun aku ada gak. Ingat-ingat lupa lak jalan citer macam mana. Lepas nie kena khatam balik la...hehehhehe


Nie pulak sinopsis Ombak Rindu (Kredit to Novelmalay)

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?



Di Novelmalay korang boleh tengok banyak koleksi novel-novel dan boleh tempah sekali.


 Dah panjang lebar pulak aku citer pasal hero yang tengah meningkat naik tahun 2011 nie. Yang masih bujang jangan berangan nak tackle pulak coz Aaron Aziz dah berkahwin la dan dah ada anak 3 lagi. 



Nie aku cilok dari website dia


Jangan ada yang muntah darah cukup bila dah habis baca entri nie...hehehehe



Kalau korang betul fanatik ngan Aaron Aziz nie, boleh la terjah kat website dia kat SINI ye



**Kredit to mr. google untuk semua gambar-gambar kat atas tue


Perahan Otak : Tali Barut Comey


Boy or Girl???



Tension siot..internet lembab giler..nak BW pun susah...dari minggu lepas macam nie.


Hari Sabtu (18/6/2011) aku ada check-up macam biasa kat KPMC. Bersemangat la Tuan Tanah ikut sekali coz kali nie ingat dapat la tau jantina baby. Senang nak prepare nama dan baju baby.


Kalau baby boy pakai je la baju abangnya ye..kalau girl, terpaksa la beli baju lain. Puas la doktor mimi nie scan..Pusing sana, pusing sini tak nampak gak. Mula-mula kedudukan uri betul-betul celah peha baby, pastu doktor try lagi..kali nie baby tutup plak dengan tangan dia...Cuba punya cuba last kali tengok dia dah meniarap. Hampa la harapan mama dan papa nak tengok jantina baby nie. Abang haikal dah tak heran. Sibuk ngan game. 


Baby malu ngan papa kot tue yang dia segan nak tunjuk...Takpe la baby, kita jumpa bulan depan plak ye. Baby kali nie memang aktif, baru 4 bulan, dah macam marathon la perut mama nie. Tak reti nak duduk diam. Masa haikal dulu, susah betul nak rasa pergerakan dia masa awal-awal.


Agak-agak puasa nanti macam mana la..harap kuat la semangat nie nak habiskan puasa sebulan..


Kredit to babycenter

Hamil : 18 minggu

Panjang bayi anda sekarang sekitar 6 inci / 14.2 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 7 auns / 190 gram. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion.
Skan ultrasound semasa trimester kedua menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, selain menapis beberapa kecacatan kelahiran, memeriksa plasenta dan tali pusat, dan menentukan samada jangkaan umur gestasi adalah tepat. Semasa skan ini, anda mungkin dapat melihat bayi anda membuat pergerakan menendang, membengkokluruskan badan, mencapai, bergolek atau menghisap jari. Bawalah suami bersama, tetapi samada dia turut bersama atau tidak, pastikan anda mendapatkan salinan gambar bayi dalam pelbagai gaya.

Jika bayi anda perempuan, vagina, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika ia lelaki, genitalnya adalah jelas dan boleh dicamkan. Jika kandungan anda lebih dari satu bayi, rujuklah bahagian tentang kembar dua atau lebih.




Perahan Otak : Tali Barut Comey

Friday, June 17, 2011

PENGAMBILAN DIET KETIKA BERPANTANG



Selamat pagi...opss dah tengahari la..aku dah set nak publish entri nie pukul 9 pagi. Confident jer ingat entri dah publish, tup-tup aku check blog tengok tak keluar-keluar. Tensionnya...Ada jembalang kot dok sekat nie....hehehehe


Seperti dijanjikan, hari nie nak introduce menu berpantang la plak. Bukan main tibai jer makan semua. Kekadang bila kita dalam pantang, main belasah jer makan. 


Sakit tue kekadang datang on the spot, kekadang bila kita dah tua baru rasa semua benda tue..masa nie la baru terpikir, menyesal la aku tak berpantang betul-betul. Kalau dah rasa kebal, no hal punya la...Masa berpantang nie la kena ikut betul-betul. Ala bukannya lama 44 hari jer. 


Pastu lantak korang la apa nak jadi. Apa yang kita makan akan effect kat baby kita. Tak kesian ke kat anak yang baru beberapa hari lihat dunia terpaksa la menanggung hazab akibat mak melanggar pantang.


Kredit to Berita Harian (Khamis - 16 Jun 2011)


PENGAMBILAN DIET KETIKA BERPANTANG


Jenis Ikan :

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana akan menyebabkan darah nifas berbau, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

Ilmu perbidanan melayu menggalakkan memakan ikan yang segar dan mengelakkan ikan berbisa kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim :

            i)          Ikan Bawal Hitam
            ii)         Ikan Terubuk
            iii)        Ikan Duri
            iv)        Ikan Pari
            v)         Ikan Sembilang
            vi)        Ikan Parang

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah :

            i)          Ikan Kembung
            ii)         Ikan Tamban
            iii)        Ikan Cencaru / Tongkol
            iv)        Makanan Laut – udang, sotong, kerang dan lain-lain

Mengikut petua melayu, ikan yang yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah :

            i)          Ikan Haruan
            ii)         Ikan Yu

Ia dipercayai boleh memulihkan luka dalaman dan luaran. Ikan haruan hidup dalam lumpur juga mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut menyokong kebenarannya.


Ulam-ulaman :

Ada pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya :
           
            i)          Serai
            ii)         Lengkuas
            iii)        Kunyit hidup
            iv)        Daun kesum
            v)         Halia

Ulam-ulaman ini mengandungi serat, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A,C dan E, mengandungi anti oksidan.
Jenis Sayuran dan Buahan :

Ibu bersalin dilarang memakan sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah :

            i)          Kangkung
            ii)         Timun
            iii)        Sayur Keladi
            iv)        Pucuk Ubi
            v)         Pucuk Paku
            vi)        Bayam
            vii)       Kekacang
            viii)      Jeruk

Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta berasid seperti :

            i)          Air Tebu
            ii)         Cincau
            iii)        Kelapa Muda
            vi)        Nanas


Jenis Ayam dan Burung :

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam bidik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh.

Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.



Makluman kat atas nie aku taip semula la, senang nak paham bila baca. Bagi aku la masa aku berpantangkan Photograpger Tegar dulu memang aku ikut betul-betul. 


Aku hanya makan sayur sawi masak air dan ikan bilis goreng dengan minyak yang sedikit jer. Kekadang sup ikan haruan. Nasi perlu panas-panas. Bangun pagi, lepas mandi minum air milo panas dan biskut empat segi tue dalam 2 keping. Tengahari baru makan lauk kat atas tue. Sampai la aku 44 hari. Memang berbaloi la, berat badan pun cepat jer turun. Kalah badan aku masa bujang. 


Hari ke lima aku dah start berurut dengan tukang urat yang diupah khas. Aku berurut seminggu la jugak. Bengkung wajib pakai kalau nak dapat shape badan semula. Pakai 24 jam la. Stoking jangan lupa pakai tau. 


Perahan Otak : Tali Barut Comey



Thursday, June 16, 2011

MASALAH SELEPAS BERSALIN DAN CARA MENGURANGKANNYA



Petang-petang nie nak kasi maklumat la sikit kat korang yang baru lepas bersalin nie. Maklumat nie pun aku dapat dari pembacaan aku hari nie. Rajin betul la curi tulang baca surat khabar...hehehhehe


Kredit to Berita Harian (Khamis - 16 Jun 2011)


MASALAH SELEPAS BERSALIN DAN CARA MENGURANGKANNYA


Susah Kencing :

Bengkak dan calar pada tisu sekitar ruang faraj dan pundi kencing kadang-kadang boleh menyebabkan anda sukar kencing selepas melahirkan.

Cuba buat senaman faraj semasa kencing dan letakkan tuala wanita yang suam atau sejuk pada faraj untuk kurangkan bengkak, Sukar kencing berlaku tidak lama kerana ia hilang selepas beberapa hari.


Buasir :

Sekiranya anda merasa sesuatu keluar daripada dubur dan sakit setiap kali buang air besar, anda mungkin mengalami buasir. Buasir terjadi akibat tekanan yang tinggi semasa meneran menyebabkan salur darah sekitar dubur menjadi kembang.

Untuk mengurangkan rasa tidak selesa, gunaka tuala wanita bersama diletak pada bahagian dubur. Sekiranya sakit keterlaluan sila berjumpa doktor.


Sembelit :

Amalkan memakan sayuran dan makanan berserat tinggi semasa pantang dan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.


Sakit Payudara :

Selepas beberapa hari bersalin, payudara akan dipenuhi susu dengan banyaknya dan payudara anda akan mula sakit, berat dan bengkak. Rasa tidak selesa pada payudara selalunya berakhir sebaik bayi anda mula pandai menghisap susu.

Guna tuala sejuk atau suam pada buah dada bagi mengurangkan sakit.


Rambut Gugur :

Semasa hamil, kadar pengguguran rambut menjadi kurang disebabkan hormon daripada uri yang menghalang keguguran rambut. Sesetengah wanita pula mungkin mendapati rambut tumbut lebih lebat dari biasa. Namun selepas bersalin rambut anda akan luruh 2 kali ganda lebih kerap dari biasa disebabkan rambut yang tumbuh berlebihan tadi.

Makan makanan berzat dan elak daripada mengering atau mewarnakan rambut secara keterlaluan.


Perubahan Warna Kulit :

Anda mungkin perasan ada bintik-bintik merak pada kulit muka dan leher selepas melahirkan, jangan bimbang kerana ia sebenarnya disebabkan oleh saluran darah kecil yang pecah semasa proses meneran. Bintik ini akan hilang selepas seminggu.

Kesan regangan pada perut pula tidak akan hilang dengan mudah. Ia akan menjadi hitam kepada putih selepas beberapa bulan. Perubahan kulit lain seperti jaluran hitam di tengah perut akan hilang beransur-ansur.


Perut Buncit dan Berangin :

Sejurus melahirkan, fizikal anda akan masih kelihatan bulat kerana usus mengandungi angin berlebihan. Keadaan ini hanya sementara kerana cecair badan dan lebihan lemak yang terkumpul sepanjang kehamilan akan hilang.


Pemeriksaan Selepas Pantang :

Selepas 6 minggu, doktor akan memeriksa keadaan faraj dan rahim untuk pastikan sistem peranakan pulih 100 peratus. 



Harap makluman nie akan berguna untuk dikongsi dengan semua pembaca kat sini la. Ilmu yang dibaca untuk dikongsi bersama baru la bermanfaat.


Esok aku sambung pulak dengan makanan berpantang ye


Perahan Otak : Tali Barut Comey



BALI: a simple giveway for fabulous followers



Selamat pagi...pagi-pagi aku dah update entri coz bos takde pagi nie boleh la menjenguk blog nie pepagi...hehehhehe


Hari nie nak join GA anjuran abang eq la...





Mana la tahu ada tuah dari Bali kan...Tak dapat pergi Bali dapat key chain dari bali pun dah rasa macam kat Bali...tak gi tue???...Lagi pun abang eq kan baru balik dari sana so mestilah bau-bau angin Bali kat sana masih melekat lagi...hehehehhe


So siapa berminat nak rebut key chain dari Bali jom reramai  

Wednesday, June 15, 2011

Gerhana Bulan Paling Gelap - Khamis (16 Jun 2011)



 kredit to mr google


Untuk peminat dan penggemar nak skodeng gerhana bulan..bersiap sedia la mulai malam nie...jangan terlepas plak..kejadian nie akan berlaku pada hari  


Khamis (16 Jun 2011) mulai jam 1.24 pagi




KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana bulan penuh dijangka berlaku Khamis ini iaitu gerhana paling gelap dalam tempoh 11 tahun apabila bulan melintasi umbra. Ini akan berlaku bermula jam 1.24 pagi untuk selama 100 minit dan menjadi gelap sepenuhnya pada jam 3.22 pagi. 

Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata apa yang lebih menarik ialah fenomena itu berlaku sebanyak dua kali tahun ini, sekali lagi pada Disember nanti selepas kali terakhir berlaku pada 16 Julai 2000. 

Katanya, gerhana penuh bulan yang cuma berlaku ketika fasa purnama ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia.

"Gerhana ini dikatakan paling gelap pernah berlaku kerana biasanya walaupun gerhana penuh, kita masih boleh melihat sedikit cahaya pada permukaan bulan. Keadaan ini disebabkan ketika fasa gerhana penuh itu, bulan melintasi bayang paling gelap bumi iaitu umbra. Permulaan gerhana penuh kali ini boleh dilihat penduduk di selatan Chile, timur Argentina dan timur Brazil.

"Di Malaysia, gerhana dapat dilihat ketika bulan terbit di langit timur pada awal pagi. Penghujung gerhana penuh dapat dilihat penduduk Thailand, Kemboja, Vietnam dan barat Australia. Bahagian barat Eropah pula akan melihat bulan terbit yang mengalami gerhana penuh. Mereka melihat bulan gelap terbit di timur yang kebiasaannya terang ketika fasa purnama. Kali ini bulan kelihatan seolah-olah hilang," katanya.

Kejadian gerhana bulan hanya berlaku ketika fasa purnama dan apabila seluruh atau sebahagian bulan memasuki bayang bumi. Cahaya matahari yang jatuh ke atas bumi menyebabkan sebahagian bumi terang (siang) dan sebahagian lagi gelap (malam) serta menyebabkan bayang bumi mengunjur ke angkasa.

Beliau berkata, ada dua bahagian bayang, di bahagian dalam dan luar. Bayang bahagian dalam dinamakan umbra, yang lebih gelap daripada bahagian luar, penumbra.

"Sekiranya bulan purnama, ia memasuki kawasan bayang akan mengakibatkan terjadinya gerhana. Jika seluruh bulan memasuki umbra, gerhana penuh akan berlaku. Jika hanya sebahagian bulan memasuki umbra, gerhana separa yang akan berlaku dan jika bulan hanya memasuki penumbra, gerhana penumbra yang akan terjadi.

"Bagaimanapun gerhana bulan tidak berlaku setiap bulan. Ini disebabkan satah orbit bulan condong sebesar lima darjah berbanding dengan satah orbit bumi. Gerhana hanya berlaku sekiranya bulan melalui satah orbit bumi," katanya.

Pada 15 Jun ini, gerhana penuh terjadi disebabkan seluruh bulan memasuki umbra. Magnitud gerhana kali ini ialah 1.71, yang menunjukkan darjah kegelapan permukaan bulan. Nilai ini menunjukkan gerhana bulan kali ini adalah gelap.

Di Malaysia, fasa gerhana kali ini bermula apabila bulan menyentuh penumbra pada jam 1.24 pagi waktu tempatan, 16 Jun 2011. Ketika fasa gerhana ini bermula, bulan berada di langit barat. Ketika berada dalam bayang penumbra, cahaya bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar.

Fasa penuh bermula apabila bulan mula menyentuh umbra pada jam 3.22 pagi. Bulan mula kelihatan gelap secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi gelap sepenuhnya jam 03.22 pagi dan di tengah-tengah fasa penuh pada jam 04.13. Tempoh bulan mengalami fasa gelap sepenuhnya selama 100 minit.

"Bulan mula meninggalkan bayang umbra dan memasuki penumbra secara perlahan-lahan pada jam 5.02 pagi. Ia mula kelihatan bercahaya sedikit demi sedikit sehingga penuh sejam kemudian dan kembali normal pada 07:02 pagi. Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu menggunakan penapis,"katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...