Monday, November 21, 2011

Akhirnya Setelah 6 Hari Lewat....Alhamdulillah



Selamat Petang


Dah lama aku tak update blog nie,last update masa 09/11/2011 (Hari Selasa) hari tue..Pastu terus tenggelam. Bukannya apa sebab sibuk uruskan dan tolong kenduri adik ipar nikah pada 11/11/2011. Ingatkan baby nak keluar la masa tarikh tue tapi hampa. baby lagi suka golek2 dalam perut mamanya nie lama-lama. Sempat la makan nasi kenduri puas-puas.


Masa g check-up hari Sabtu (12/11/2011), pun still takde tanda-tanda sakit baby nak keluar. Family dari Penang dah datang dari hari Rabu nak menjaga aku dalam pantang tapi apakan daya baby taknak keluar masa tue. Terpaksa la diorang join venture menolong kat rumah kenduri. Puas la aku makan nasi kenduri hari Sabtu tue lepas balik check-up. Teguk air ais tak hingat dunia sampai batuk tak berhenti. Masih sempat la aku menolong kat rumah kenduri.


Hari Ahad (13/11/2011) masih sempat berjalan-jalan di Midvalley. Dengan harapan cepat la baby keluar. Dah puas tawaf Midvalley pun takde gak tanda-tanda sakit. Adoiiii laaa......


 Hari Isnin (14/11/2011), semua family aku dari Penang dah bergerak balik Penang. Ikutkan kakak aku yang akan jaga aku sepanjang dalam tempoh berpantang, baby pun tak nak keluar lagi...so dia terpaksa la balik. Takkan nak tinggalkan suami dia lama-lama.


Hari Selasa (15/11/2011) terpaksa g check-up lagi. Doktor Mimi Suria dah bagi tempoh 3 hari sekali dari hari Sabtu tue untuk datang check-up selagi baby tak keluar. Masa nie pun takde tanda-tanda turun darah ke...air ketumban ke....Bila doktor check bukaan kat bawah tue, dia cakap dah terbuka 2cm. Maka terpaksa la aku masuk wad hari tue.....Mujur semua baju dah packing dalam beg dan masuk dalam kereta. Bila check in kat KPMC, Kajang terus angkut jer naik wad...


ALHAMDULILLAH...SYUKUR KE HADRAT ILAHI, TELAH LAHIR SEORANG BAYI LELAKI KE DUNIA NIE...

TARIKH : 15/11/2011 (HARI SELASA) / 19 ZULHIJJAH 1432
MASA : 4:16 PETANG
TEMPAT : KAJANG PLAZA MEDICAL CENTRE, KAJANG
BERAT BAYI : 3.5 KG


Nantikan story seterusnya, pengalaman aku melahirkan putera keduaku tue....Gambar nanti aku upload ye..Dah seminggu baby lahir baru aku berkesempatan nak update citer. Maaf ye...


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Wednesday, November 09, 2011

Alamak Due Date Sudah....



Selamat petang

Tangan dah rasa gian nak berblog walhal baru sehari je tak bukak blog..Aku masih kat rumah dan BUKAN kat hospital....Aduhhhhhhh


kredit to mr google
 

Sepatutnya due date aku hari nie tapi baby plak taknak keluar lagi..tarikh nie takde ONG ke baby sampai tak nak keluar..Dah penat mengusung perut ke hulu ke hilir nie....Bosan jangan citer la dok kat rumah nie...hmmmmmmm


Aku start cuti keja dari semalam lagi, ingatkan hari nie dah boleh bersalin la so bersemangat la cuti awal tapi sampai ke sudah masih kat rumah. Semalam g check up pun doktor check cakap takde tanda-tanda contraction lagi dan kepala baby pun tak masuk betul-betul lagi...Buat CTG dan jantung baby pun ok...


Siap aku boleh g opis lagi sebelah petang menolong budak opis siapkan Dokumen Kontrak. Sepatutnya itu memang kerja aku pun. Dah aku start cuti terpaksa la diorang take over. Dah bosan sangat dok kat rumah tue yang runner g opis menolong diorang. Takut kang lain plak jadinya.


Hari Sabtu nie kena g check-up lagi dan harap-harap baby keluar la sebelum hari Sabtu nie..Ke baby nak ambik tarikh 11/11/2011 baru nak keluar nie?????...Dah la hari Sabtu nie kenduri kahwin adik ipar aku dan aku terpaksa la g check-up awal-awal pagi kalau tak, tak dapat la tengok pengantin...hehehehehe


Doktor bagi aku tempoh 2 minggu lagi nak tengok perkembangan baby...kalau dia taknak keluar gak dalam tempoh tue terpaksa la induce laaaa...


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Monday, November 07, 2011

JJCM Di Chicken Rice Shop, Tesco Kajang



Selamat pagi...dan selamat bercuti sempena hari raya aidiladha...

Cuti-cuti seronok balik kg nie. Aku yang menunggu hari nie harusla beraya di rumah jer. Taknak aku menempah bala balik kg jauh-jauh time menunggu hari je nie. Esok plak ada last check up...


Nie citer JJCM aku minggu lepas, takpe cuci mata hari nie la tengok..mana la tau ada yang dah jemu makan lemang dan ketupat time raya nie. Boleh la pekena Chicken Rice Shop.


 Set nasi ayam BBQ dan....opsss dah lupa la satu lagi ayam apa...hehehe


 Nie aku punya - BBQ Chicken Noodle
 (TERBAIK)


Nyonya Pai Tee




Harus baca doa makan sebelum makan dulu ye..


Ok..baru la boleh makan..


Aku rasa makan kat Chicken Rice Shop di Tesco Kajang nie memang berbaloi coz ayam yang kami dapat pun banyak. Memang kenyang dan puas hati la. Cuma tak puas hati tue kenapa la pinggan nasi nasi tue macam versi nak bagi budak-budak kindergarden jer makan????...hmmmmm


G makan kat situ coz 2 minggu lepas kitorang ada gak makan kat Chicken Rice Shop di The Mall, memang kecewa giler la..Servis dah lembab nak mampus pastu ayam tue aku rasa 3/4 daripada yang aku dapat kat Kajang nie..Giler sikit. Pekerja dia ada share kat situ kot. Harga dah la mahal pastu ayam plak sikit giler. 
Aku order BBQ chicken noodles sampai ke sudah tak sampai. Mula2 waiter dia cakap kena tunggu 10 minit baru dapat coz ayam tengah masak. Lepas setengah jam tak sampai2 gak. Aku pun jeling2 gak orang meja sebelah, dia dah dapat noodles tue tapi aku rasa aku tak dengar dia ada pesan pun. Kompem la waiter tue dah tersalah antar...Masa bayar tue cakap la makanan yg order tue tak dapat sampai ke sudah, boleh plak ngan muka tak bersalah dia cakap mungkin tersalah meja kot. Aduh..dah la masa tue aku tengah lapar giler, mau rasanya aku bakar kedai tue...ggrrrrrrrrrrrr


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Friday, November 04, 2011

Tinggal 5 hari je lagi



Selamat petang..


Tup tap tup tap..pejam celik mata tengok gambar kat bawah nie bikin hati berngup kencang betul la..


5 hari je lagi...


Makanya hari nie adalah hari terakhir aku kat opis nie. Start lepas raya haji aku dah tak masuk opis..Horeeyyyy...boleh lepak depan tv 24 jam sambil golek2 ngan abang long...hehehe


Ikut sejarah melahirkan abang long a.k.a photographer tegar tue, aku kena darah tinggi masa tue dan terpaksa induce untuk keluarkan dia..aku rasa kompem la kali nie pun pasti sama la...sekarang pun takde tanda-tanda sakit lagi..Dah penat aku tawaf semua shopping complex, tapi tak keluar2 gak...


Minggu depan dah la semua sibuk nak uruskan adik ipar aku nikah 11/11/2011, aku plak due date 09/11/2011...Harap baby keluar la cepat...time hari raya aidiladha ker????..hmmmmm


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Sian Anak Mama Demam Panas



Selamat Tengahari


Hari nie nak story citer anak bujang aku tue tiba-tiba demam panas plak malam tadi. Semalam tak berupdate langsung blog coz aku emergency leave...Tak g keja maka tak update la blog nie. Tak kuasa la aku nak update blog kat umah..


Sehari suntuk semalam keja aku asyik la tido jer, yang tolong menjaga aku plak tentu la abang long. Sanggup dia tak tido semata-mata nak menjaga mamanya yang kurang sihat tue. Bila aku dah bangun, baru la dia tido. Anak soleh betul la....


Malam tadi, masa dia nak tido tue aku tengok dia dah macam menggigil badan kesejukan...Masa nie pegang dahi dia still ok lagi la..Tak budget dia nak demam pun, Setengah jam lepas dia tidur, dia terjaga semula sambil merengek-rengek. Pegang dahi tengok dah panas giler. Terus pakaikan kool fever...


Still tak surut gak demam tue, paksa makan ubat demam pun taknak. Masa nie Tuan Tanah takde kat umah, nak suruh aku dukung dia so sorry la..Nak mengusung perut pun dah tak larat, nie plak nak dukung dia. Bila Tuan Tanah balik, dia dah minta dukung. Masa nie baru dia nak makan ubat. Semalam nak ngan papanya jer. Tak boleh letak atas katil kompem mata terkebil dan nangis. Nak tidur pun berdukung jer. Papanya layankan je la sampai kul 3 pagi.


Lepas tue, papanya letak kat katil suruh dia tidur pun tak tidur gak. Bagi main game..dia layankan plak main game sorang-sorang sampai kul 5 pagi. Bila dia tengok aku buka mata baru la dia nak nenen dan terus tidur. Makanya, malam tadi walaupun demam..dia still jaga aku la...


Nie picture aku snap pagi tadi


Masa nie still panas giler lagi badan dia, tapi aku plak tak boleh cuti hari nie, aku nak kena training admin baru kat opis nie coz budak nie la yang akan ambik alih kerja aku bila aku cuti minggu depan selama 60 hari...Susahnya hati tinggalkan anak yang masih demam nie. Doktor Pakar Kanak-Kanak yang kitorang selalu jumpa, pukul 6.30 petang baru la klinik dia buka..Aduh lama la plak nak menunggu. Mujur la ada stok ubat lagi kat rumah...


Aduh la sayang mama..demam sebab jaga mama sakit semalam ke??? atau demam nak dapat adik?????


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Wednesday, November 02, 2011

Port Lepak Bila Kemalasan Memasak Datang



Selamat Petang


Jom kita usha port jalan-jalan cari makan a.k.a JJCM kalau penyakit malas aku menyerang. Sekarang bukan seminggu sekali jer lepak port tue, boleh katakan setiap hari. Dah tak larat la nak memasak bila tunggu masa nak deliver jer nie...


Tekak nie bab nasi dah macam kureng la...benda yang sama jer aku makan tiap kali pergi port nie..Jom usha apa yang bestnya kat situ


 Semestinya Char Keow Teow..kata kg Penang, harus la asyik makanan sana jer


 Ni dak kecik punya...tak mau sayur aaaa


 Otak-otak JB...sedap. Cuma tekak aku bila pregnant nie tak boleh tahan pedas, so sesekali jer la aku melantak benda alah nie..


Nampak kain rentang tue...Pulau Mutiara Char Keow Teow


Makan kat situ rasa macam makan kat Penang la coz semua pekerja dan tukang masaknya import dari Penang...dan slang cakap pun sana gak....rasa macam balik kg gitue


Kat sini nak makan selain char keow teow tue pun ada..


Kerang rebus tue boleh bikin ketagih la..Tauhu bakar aku tak pernah cuba lagi. Nasi ayam pun favourite dak kecik tue. Nak makan nasi2 goreng pun ada, Sup2 pun ada gak..


Nak tau location port makan nie kat mana...tengok bawah nie ye


Lot 1411, Batu 12 3/4, Jalan Cheras, Kajang


Kedai nie lepas Masjid Kg Sungai Sekamat, Kajang. Kalau nak g Kajang ikut jalan lama bukan highway la baru jumpa port nie..


Ikut la siapa nak cuba boleh singgah kat sana...

Tuesday, November 01, 2011

"Mama..Tolong Mama....Tolong La.."



Selamat Petang


Hari nie nak story peel dak kecik aka bakal abang long nie..Dah nak dapat adik lagi seminggu pun peel makin menjadi-jadi.


Umur dah 3 tahun 1 bulan tapi still nak ngempeng lagi. Pantang nak tidor kompem mesti ngempeng dulu. Kalau tak mesti dia tak dapat nak tidur. Dari kecik memang aku tak ajar puting pun. Tak nak budak kecik tertipu ngan sedut puting kosong jer...buat kembung perut jer. Doktor pun tak galakkan baby pakai puting susu pun.


Kat rumah susu botol memang la tak pandang pun, kat rumah Tok Mak boleh plah dia melantak susu botol tue..Heran betul la..



kredit to mr. google


Sekarang nie dak kecik nie la jam loceng aku pepagi buta kejutkan solat subuh..Tepat jam 6 pagi pasti terdengar suara sayup-sayup


"Mama...tolong Mama...Tolong La mama nak Nenen"


Bunyi sedih jer meminta-minta..kekadang aku buat2 tak dengar...jap lagi mula la drama melayu dia muncul..Siap menangis bagai, sambil merayu-rayu. Kalau aku tidur membelakangkan dia, boleh plak bangun goyangkan badan aku sambil ulang dialog yang sama...Pilu jer dengar dialog tue. Nak tak nak kasi gak la. 


Nie aku tengah terpikir macam mana la kalau adik dia keluar minggu depan, agak2 dialog drama melayu tue akan berulang lagi ke???....hmmmmmm


Kekadang bagi tue bagi gak, bila macam dah lama bergayut, mula la aku cakap "Abang Long tinggal kat adik sikit, adik pun nak jugak"..bila dia dengar aku cakap macam tue mesti dia cakap "Adik nak gak ye ma....ok". So dia pun stop...


Minggu depan kena kuatkan semangat dan harap dak kecik nie takkan ngempeng lagi la..masa untuk adik pula.


Perahan Otak : Tali Barut Comey

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...