Tuesday, January 31, 2012

Pasar Karat / Bazar JB Bikin Duit Aku Habis



Selamat tengahari


Masih citer jenjalan kat Johor lagi. Lepas g JPO tue ingat nak terjah Pasar Karat sekali bila dah sampai betul-betul kat tempat tue..sekali hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksa la cancel jer...Muka Tuan Tanah memang kecewa abis la...


Balik jer dari percutian 2 hari 1 malam di Lotus Desaru Beach Resort, terus terjah semula Pasar Karat malam tue gak..Ala-ala downtown / uptown kat KL la..

Bukti kitorang dah sampai Pasar Karat. Aku konpius sikit, signboard Pasar Karat tapi lorong tue sunyi jer...

 
 Abang long yang nak berdukung jer...Mau patah tulang Tuan Tanah dukung malam tue

 Peminat barang-barang lama boleh terjah sini

 
 
 Berhenti minum kejap pas penat berjalan

 
On the way nak balik tue nampak plak signboard Bazar JB..Lagi aku konpius...Ari tue masuk kat TV3 kata situ Pasar Karat, sekarang Bazar JB plak..yang mana satu betul erk????


Memang rambang mata membeli. Mujur bawa duit sikit, kalau banyak..rasanya semua barang kat situ aku borong. Dalam duit sikit tue berjaya gak la aku borang 4 helai T-shirt, 2 baju bola untuk anak-anak dan pirate CD..hehehe..Murah giler dia jual CD filem kat situ 3 Cd RM 10.00 jer..KL mana boleh dapat macam tue...

Hadif bergaya ngan jersi bola yang beli kat Pasar Karat. RM 10.00 jer...memang berbaloi


Aku tengok jersi tue kat sini RM 20.00...memang x berbaloi langsung...Lepas nie kalau balik Johor kena bawa duit kepok-kepok sikit, senang nak memborong kat Pasar Karat...hehehehe


Monday, January 30, 2012

Bubur Kacang Durian



Selamat petang..

Jom cuci mata dan tekak cuba resepi dari Cik Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan. Memang sedap dan terbaik...lagi pun durian tue favourite aku. 


 BUBUR KACANG DURIAN
- aku masak separuh daripada bahan nie

BAHAN-BAHANNYA :
 2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1/2 ketul gula melaka, hiris kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan*
2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga gula larut, tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian (dalam 7-8 ulas isinya)
Secubit garam
Gula, jika kurang manis
1 liter santan
Air jika perlu
Biskut Osborne untuk dimakan bersama bubur (boleh juga dengan roti dan biskut krim kraker) - biskut nie takde, so aku makan macam tue je la

CARA MEMBUATNYA :
  1. Rebus kacang hijau hingga kembang, kemudian masukkan air gula, daun pandan dan durian, masak hingga mendidih. Tambah santan dan secubit garam. Rasa dan jika kurang manis, tambah sedikit lagi gula.
  2. Masak sekejap dan jika pekat tambah air sedikit lagi. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan sejuk atau panas. Sedap dimakan bersama bisku osborne, roti atau biskut krim kraker.

Johor Premium Outlets - Dah Macam Shopping Kat Oversea Plak



Selamat petang

Sesi jalan-jalan sampai puas kat Johor. Kalau balik Johor, mesti dan wajib jenjalan port-port baru. Nak balik sana bukan selalu pun..Kali nie terjah Johor Premium Outlet. Tuan Tanah yang tak sabar nak g sana coz dia ada tengok geng facebook dia yang ada terjah tempat tue. Dah alang-alang di Johor, harusla terjah.

Tak dapat g oversea, jalan kat situ pun dah rasa macam kat oversea jer. Nak beli tak mampu la coz barang-barang dia semua branded dan mahal-mahal. Cuci mata je la. Dalam cuci-cuci mata tue berjaya gak la aku rembat sweater yang super best..

Perjalanan dari Kulai..10 minit jer
 
 
 Sampai-sampai terus posing ngan dak kecik nie

 Sepanjang masa window shopping kat situ, Hadif tidur tak sedarkan diri

 Kami berempat..gelap la plak

 
 Kami bertiga jer

 

 
 Haikal & Tok Mak

 













 Aku, Hadif, Mak Usu dan Ibu

 

 

 
 Haikal, Ucu & Tok Mak

Kat sini nak ambik gambar memang cantik. Nak shopping, kena sedia duit berguni-guni baru boleh shopping...hehehehe


Apa lagi orang-orang Johor, jom terjah JPO...

Friday, January 27, 2012

Family Day - Lotus Desaru Beach Resort, Johor



Selamat pagi...

Cuti yang panjang, maka harus la cuti-cuti malaysia. Kali nie kitorang balik johor coz sepupu Tuan Tanah bertunang pada 22/01/2012 - Ahad di Simpang Renggam. Hari Sabtu dah selamat tiba kat Kulai.

Hari Isnin (23/01/2012) - Selasa (24/01/2012), joint family day nenek Tuan Tanah ke Lotus Desaru Beach Resort, Johor. Seronok sangat dapat rilek2 dan tenangkan fikiran. Bilik pun memuaskan cuma pantai jer tak sesuai untuk mandi manda.

Malas nak bebel banyak2 kat sini, jom cuci mata tengok gambar...

Seronok anak aku sorang nie, ramai makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang layan dia main

Ayang mama yang makin bam bam

Sampai-sampai terus melantak tak hingat...



Melantak sandwich sardin dan sambal ikan bilis..terbaik...

Pantang nampak handphone mesti godek main game

Ala cutenya hadif senyum

Hadif dan Tok Tam


Oyang, Hadif & Tok Tam

Lepak-lepak kat pantai. Semuanya nak keja charge kat sini. Kalau sewa meja dan kerusi tue RM 60.00. Kalau nak BBQ plus lagi RM 60.00. Kitorang x tau, maka tak kena charge la..hehehe

Seronok haikal main bola ngan Tok Chik

Tengah lepak2 untuk check-in bilik. Ramai giler hari tue, pukul 4 petang baru kitorang dapat check-in..hampeh betul...

Bilik nie ada 2 katil jer kat sebelah atas

Ruang tamu dan dapur kat bahagian bawah

Kolam untuk mandi manda. Tak bestnya, kena beli gelang untuk mandi kat sini..

Terus lentok si kecik nie bila bawa jenjalan kat pantai




Bagi aku percutian kali nie memang enjoy dan terbaik. Yang tak bestnya tak dapat join mandi kolam. Mandi tab pun jadi la...hehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...