Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2011



Selamat malam

Sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai,aku nak taip entri terakhir untuk tahun nie..Tahun 2011 mencoret pelbagai kisah suka duka kami sekeluarga...

Azam dan impian korang dah terlaksana ke belum??..Azam dan impian aku ada yang dah tercapai dan ada yg belum dan terpaksa forward ke tahun 2012 plak. Azam dan impian ingin mempunyai anak tahun 2011 dah tercapai. Tinggal azam untuk memiliki rumah jer belum tercapai...Harap tahun 2012 membawa sinaran dan lembaran baru untuk kami sekeluarga..


kredit to mr google


 
Akhir kata..SELAMAT TINGGAL TAHUN 2011

Sunday, December 25, 2011

Ubat untuk jangkitan mata bayi



Selamat petang...


Bosan takde apa nak buat apa petang ahad nie terus teRAJIN la sangat update blog nie..lelaki-lelaki kat umah nie semua tengah buat taik mata termasuk la si kecik tue..


Tak sabar betul nak bebas..tinggal lagi 3 hari aku nak abis 44 hari pantang..Hari Rabu (28/12/2011) merupakan tarikh akhir aku berpantang pastu dah boleh berjalan sakan..YEEAAAAYYYYY


So ari tue juga aku kena berurut penutup...tak pasti la untuk apa tapi memang kena urut untuk penutup 44 hari aku berpantang...


Kat sini aku nak kongsi ubat yang aku gunakan untuk Hadif coz dia ada masalah jangkitan kat mata dia sejak lahir lagi...Jangkitan tue menyebabkan mata dia sentiasa bertahi mata..Kesian pun ada coz dia susah nak tidur..Bila bangun jer dari tidur mesti akan menangis coz mata penuh dengan TAHI MATA...Mujur la sebelah mata jer..Masa check-up sebulan tue, doktor bagi la ubat kat bawah nie untuk try...


Fucithalmic


Ubat nie macam jel..just letakkan dalam mata jer 2 kali sehari selama 2 hari jer..jangan terlebih hari, nanti makin teruk menjadi2 tahi mata..Doktor dah pesan suruh pakai 2 hari jer..aku plak g bantai 3 hari terus tak elok..so aku stop kejap dan cuba pakai untuk 2 hari, alhamdulillah terus elok..Tue la lain kali dengar nasihat doktor, jangan memandai jer....hehehehe

Friday, December 23, 2011

Demam Kuning Buat Kami Check In Di Hospital Lagi



Selamat petang..


Hari kelima usia Hadif (19/11/2011-Sabtu) kami kena bawa dia jumpa pakar kanak-kanak doktor Afifah. Doktor ambik darah untuk check kuning coz bila doktor check kat seluruh badan hadif memang ada tanda-tanda kena demam kuning...


Tunggu dalam 10minit,  result pun keluar...dan Hadif disahkan kena kuning dengan bacaan 14. So terpaksa la ditahan dan diletak bawah lampu biru...Sebab besar kemungkinan Hadif mudah terkena kuning coz kepala dia luka dan bengkak masa lahir. Sebelum keluar hospital 2 hari lepas Hadif lahir, doktor pun dah terangkan dia akan mudah mendapat demam kuning kerana faktor tersebut.


Masa hari yang sama aku pun g check up untuk masalah jahitan terbuka dan benda alah yang berjuntai tiap kali buang air kecil. Setelah doktor mimi check, maka satu operation akan dibuat hari tue gak. Kelam kabut balik rumah packing baju aku dan hadif untuk check in kat KPMC.


Pukul 12.30 tengahari, operation pun dijalankan..Masa nie aku memang tak sedar langsung lepas kena bius. Sedar2 setengah jam lepas tue, aku dah kena tinggal sorang2 dalam labour room.


Alhamdulillah semua masalah kat diri aku dah settle so tinggal Hadif je la...Doktor Afifah ada cakap, nak bagi bacaan kuning Hadif turun dengan cepat..dia kena minum susu badan dalam tempoh nie...So 24 jam kerja aku adalah memerah susu badan masuk dalam botol untuk stok minum Hadif...Memang tertekan la masa nie..Susu badan banyak tapi alat yang aku guna untuk perah susu pulak jenis manual...


Akhirnya terpaksa la search dalam internet cara perah paling berkesan. "Teknik Marmet" yang aku belajar dalam internet memang berkesan la..Korang boleh klik kat SINI dan SINI. So saper2 rasa nak fully breastfeeding kat baby, cuba-cuba la belajar teknik nie..Menjimatkan wang korang coz tak perlu beli pam yang harga beribu-ribu tue...


Lega sangat-sangat..keesokkannya kitorang dah boleh check-out bila bacaan demam kuning dah turun kepada 10..berkat keberkesanan minum susu ibu...


Aku nak berpesan kat sini la...Untuk mengelakkan bayi yang lahir terkena demam kuning, si ibu perlu la bagi susu badan sepenuhnya dalam tempoh 15 hari selepas bayi dilahirkan...jangan sesekali bagi susu formula tau!!!!


Dah macam doktor plak pesan macam tue...hehehehehe


Jom usha gambar la plak..bosankan kalau baca entri panjang2 tanpa gambar....


 Ubat titis untuk demam kuning. Ubat nie import dari Penang. Abang aku yang ambikkan dekat klinik kerajaan kat sana..Sepatutnya bila dah pakai ubat nie memang berkesan la untuk bayi tak kena demam kuning tapi luka kat kepala Hadif menyebabkan dia tetap kena demam kuning gak...


Baby herbal bath untuk mandian bayi yang terkena demam kuning...Tak pakai sampai ke sudah coz luka kat kepala Hadif menyebabkan aku tak berani nak bagi dia mandi pakai benda alah nie...Siapa nak?????aku nak kasi free jer coz tak pakai langsung...


 Hari terakhir..dah nak check-out..Jom bergambar



Hadif minum susu badan dalam botol..Abis semua stok yang aku buat untuk dia...


Jom baca fakta tentang demam kuning:


Demam kuning merupakan suatu penyakit yang berkaitan rapat dengan kegagalan organ hati memproses sel darah merah. Kegagalan ini mungkin disebabkan oleh beberapa sebab seperti:-
  1. Kegagalan hati berfungsi ketika lahir.
  2. Kegagalan hati disebabkan jangkitan virus.
Maklumat lanjut : KLIK SINI ye

Friday, December 16, 2011

Sedihnya Hari Kedua Baby Lahir Baru Dapat Pegang



 Selamat petang

Ibu yang melahirkan anak mana yang tak sabar nak peluk cium baby yang dikandung selama ini. Kalau ada yang dah baca entri aku kat sini mesti tau sebabnya. 

Sepanjang malam lepas lahirkan Hadif asyik tak tenang nak tido dan mulut tak putus2 berdoa agar Hadif selamat dalam tempoh nie. Doktor takut bengkak dan luka dikepalanya makin membesar.

Hari kedua bila dia dah tak menggunakan oksigen lagi untuk bernafas baru dapat tatap muka Hadif buat kali pertama.


 Penangan 3.5kg terus kena vacum


  Sarapan pertama lepas lahirkan Hadif


  First time Tuan Tanah bergambar ngan Hadif


 Turn mamanya plak..kalau korang tengok kat bahagian kepala dekat telinga terdapat kesan bengkak yang besar..


Bergambar solo plak


First time dukung Hadif..Takut gak coz kepala dia bengkak dan luka...Tapi aku masih tak berani nak nyusukan dia masa nie


Kesan luka akibat vacum yang teruk sebesar duit 20sen..


Mujur la bengkak kat bawah kepala tue susut bila masuk hari ketiga. Hari kedua tue kitorang dah boleh balik rumah..Happy sesangat...Nanti aku story pasal kitorang berkampung semula kat KPMC selepas 5 hari Hadif lahir...


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Wednesday, December 14, 2011

Syoknya Penangan Pantang 44 hari



Selamat petang

Siapa kata bosan pantang ?????...bagi aku syurganya dok kat rumat berpantang...tak payah pening kepala pikir nak buat keja apa. Tak payah kelam kabut pagi2 bangun nak g opis...Lepas tempoh 60 hari nie berakhir maka rutin harian aku bermula semula la...sekarang harus la enjoy golek2 ngan anak-anak kat rumah...

Abis la semua citer dan drama kat tv tue aku dah nak khatam. Orang khatam quran,aku khatam citer kat tv...hehehehehe

Nampaknya melambung la bil elektrik aku 2 bulan nie...24 jam tv terpasang jer...

Bangun pagi2 dah sibuk mandikan si kecil..dia dah tido turn aku plak mandi...

Menu sarapan time pantang nie tak leh la nak demand2 kata nak kurus cepat harus la diet lebih...aku sarapan horlicks dan biskut Jacob's jer

Memang terbaik la

Nak tengok aku makan biskut time biasa memang takde la..biskut pun aku tak pandang...bila dalam pantang nie, biskut nie la hari hari aku ngadap...


Jamu yang terpaksa aku habiskan...


Sepatutnya kena minum 2 kali sehari tapi aku bantai minum sekali sehari jer...Nah abiskan satu cawan air nie pun memang hazab la..Tak sedap langsung..Memang tak tau la nak huraikan macam mana rasa air tue..Demi nak kurus dan untuk kesihatan terpaksa la telan gak...

Aku start berurut dan bertungku lepas bersalin masa hari ke 9 hingga hari ke 13..baru rasa sedap sikit badan. Rahim pun dah kecut. Kedudukan rahim sebelum nie kat bawah pun dah dinaikkan ke atas semula...Badan pun dah makin kurus penangan pakai bengkung tali...yeaaaa


 Mandian herba aura nie aku order kat internet jer..


nie plak daun-daun yang perlu direbus untuk buat mandi..import dari Penang
 
Daun mandian tue mak aku yang sediakan masa dia datang jaga aku seminggu lepas bersalin tue...Terima kasih bebanyak kat mak aku coz sudi jagakan aku masa pantang. Sebelum nie masa anak pertama, mak mertua yang jagakan..kali nie mak aku plak jaga coz tak nak nyusahkan mak mertua...Lagipun aku bersalin pun lepas kenduri adik ipar, plak tue minggu tue plak diorang nak kena ngantar pengantin perempuan ke kedah la plak...
 
Penangan paling best pantang nie adalah aku berjaya turunkan berat badan aku. Masa mula2 pregnant berat aku memang naik mendadak ke 57kg...last kali timbang sebelum deliver 64.5kg...Sekarang setelah sebulan aku berpantang, berat aku adalah 48kg....


So saper2 rasa nak kurus cepat, kena la pantang betul2 masa tempoh 44 hari nie..Jangan main sebarangan makan jer...Berbengkung wajib yang jenis tali tue dari pagi sampai ke pagi esoknya...Baru la badan cepat kembali slim....


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Tuesday, December 13, 2011

Cucuk Hepatitis B (2nd Dose)



Selamat petang...


Bestnya kalau tido petang2 nie al-maklum la cuaca macam nak hujan nie...tido best sangat..hehehe


Aktiviti hari nie adalah bawa Hadif g cucuk sebulan untuk Hepatitis B (2nd Dose). Sepatutnya bila dah 15hb baru kena cucuk tapi dah nurse sebelum nie dah tulis tarikh hari nie terpaksa la pergi gak..Mujur la doktor Afifah tak halau balik. Dia cakap kalau baby belum 28 hari memang dia suruh balik dulu tapi dah cukup 28 hari boleh la cucuk.


Mata Hadif ada masalah sikit dari lahir sama macam Abang Long gak iaitu suka bertahi mata just kena urut selalu dan letak ubat. Masa Abang Long dulu ambik masa lama gak nak elok hampir 6 bulan baru pulih masalah mata tue.


Ubat yang kena letak kat mata Hadif


Cucuk tadi pun menangis la kejap coz dia tak selesa nurse pegang dia...hehehe....


 Sempat lagi Tuan Tanah urut badan kat sini


 Kami bertiga


 Penangan cucuk sebulan..terus tido tak sedarkan diri


Zoom kasi besar anak mama yang makin tembam


4 week : Cucuk Hepaitis B (2nd Dose)
 
Berat : 4.7 kg
Ukur lilit kepala : 39 cm


kredit to Info Sihat:

Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B, HBV. Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika anda terdedah kepada darah, cecair darah(serum) atau cecair dari alat kelamin mereka. Ini boleh berlaku jika anda berkongsi jarum dan picagari atau melalui hubungan kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh menyebabkan bayi mereka terdedah kepada virus ini.

Untuk maklumat lanjut boleh la KLIK SINI


Dah settle cucuk baby turn aku plak kena check ngan Doktor Mimi...Alhamdulillah luka bawah dah ok. Doktor ada bagi tau masalah yang terjulur keluar time buang air kecil dulu...rupa-rupanya ada ketumbuhan dalam perut aku, doktor pun tak perasan ketumbuhan tue...mujur la masa baby lahir benda alah tue turut keluar. Doktor pun dah potong dan buang benda tue. Doktor ada hantar benda tue ke lab untuk di analisa takut2 kanser ker...Alhamdulillah mujur bukan kanser....


So lepas nie kena tunggu cucuk untuk 2 bulan plak..


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Friday, December 09, 2011

Pengalaman Melahirkan Anak Kedua...Cukup La 2 Jer



Selamat petang


Baby tengah buat taik mata baru la mamanya boleh berblogging...hehehehe....Sangat mudah menjaga baby kedua nie coz dia tak banyak ragam berbanding abang long..tak boleh mamanya bergerak sikit terjaga. Tidur pun kejap jer dalam setengah jam..Masa tue la mama terpaksa bergegas mandi dan masak. Baby kali nie sangat la GOOD BOY...mama punya banyak mama sampai dah bosan giler...


Ok meh nak story pengalaman melahirkan anak kedua nie...Bagi aku pengalaman kali nie menyebabkan aku dah fobia nak bersalin lagi...CUKUP LA 2 ANAK JER


Masa bersalinkan Abang Long sakitnya sekejap jer dalam 2 jam dah keluar baby..Kali nie ambik ko sampai 4 jam sakit. Agaknya macam mana la orang yang sakit sampai berbelas-belas jam tue...aku yang sakit 4 jam tue pun dah kira separuh nyawa...

Masa aku check in wad pukul 9.00 pagi macam tue kat wad Daffodil, KPMC Kajang..Memang tak sakit langsung la walaupun bukaan dah 2cm..Masih boleh rileks2 layan tv. Nurse datang masuk ubat untuk keluarkan semua najis2..mana tau terbuang air besar kang masa tengah bersalin tue, so kena la buang semua dulu..Tak sampai 30 saat terus aku mencicit lari masuk toilet. Bahan kumbahan dah abis buang, kena masuk air plak. Dah la pagi tue aku hanya sempat bersarapan roti jagung setengah dan dadih jer..aduh lapar siot....


Pukul 12 tengahari, doktor mimi suria datang tanya khabar..aku macam biasa la masih boleh tersenyum girang lagi coz tak sakit...Terus doktor cakap nak pecahkan air ketumban bagi mempercepatkan proses bukaan. Masa nie dah 4cm terbuka. Lepas jer pecahkan air ketumban tue..haaa masa nie la azab sakit nak bersalin datang...5 minit sekali aku terasa sakit. Habis la bantal kat situ aku gigit bagi menahan sakit...Sempat la aku genggam tangan Tuan Tanah menahan sakit.Tengok dia azam menahan sakit genggaman aku terus tak jadi genggam lagi....Terpaksa la gigit bantal jer...


Baru terbuka 6cm aku dah ditolak masuk bilik bersalin. Masa nie aku tengok jam pukul 2 petang..Memang terasa sakit sangat2....Bantal plak takde nak gigit, aku gigit plak kain yang aku pakai, abis badan aku calar balar kena genggam. Dah takde tempat nak pegang untuk menahan sakit terpaksa cakar badan sendiri. Masa nie tak sedar pun sakit cakar, sakit bersalin mengatasi segalanya...Bila bukaan dah 8cm...tiba-tiba terberhenti lama plak..tak buka2 sampai 1 jam menunggu. Dah bidan terpaksa datang tolong untuk cepatkan proses bukaan coz dah lama sangat.


Bila dah masanya..mula2 la sesi sorak ala pom2 girl....aku hanya dengar perkataan "push"..."push" jer...Masa nie memang dah takde tenaga langsung untuk push, maka terpaksa la guna kaedah vacum. Banyak kali gak doktor mimi cuba vacum tapi terlepas jer. Terpaksa 2 orang bidan datang tolong pun tapi tak berjaya gak baby keluar. 


Last choice terpaksa minta tolong doktor jamil. Sekali jer push terus keluar baby..Alhamdulillah pukul 4.16 petang baby pun lahir ke dunia nie...kalau tak terpaksa la aku operate. Doktor cakap baby susah nak keluar coz kepala dia mendongak. Tak sabar nak tengok dunia namanya tue....


Ingatkan dah abis dah masalah..rupanya masalah lain plak terjadi. Tuan Tanah cakap bila diorang bawa nak g bersihkan, baby tak bernafas...doktor jamil terpaksa gunakan oksigen untuk bantu baby bernafas..Boleh plak mesin oksigen rosak masa tue. Tuan Tanah cakap terkial2 nurse nak repair mesin tue...Mujur doktor jamil dengan tegas suruh ambik mesin oksigen lain dengan cepat. Aku tak tau la nasib baby kedua nie kalau takde mesin oksigen lain..Syukur la, dengan bantuan doktor jamil, baby selamat...Baby terpaksa pakai oksigen untuk tempoh 24jam...


Sedih sangat tak dapat nak pegang baby lepas dah dikeluarkan. Masalah lain plak terjadi kat aku..banyak yang kena jahit dah tue rahim aku terkoyak sikit dah ada la kesan terkoyak tue terjuntai jer keluar masa buang air kecil..ngeri siot...Doktor cakap lama2 akan elok sendiri tapi aku tak selesa la asyik keluar jer..Tiap kali buang air kecil jer aku jadi ngeri..


Family telefon nak bercakap pun aku dah takde tenaga langsung....terpaksa la Tuan Tanah tolong cakapkan bagi pihak aku. Nak makan pun takde tenaga. Terpaksa la Tuan Tanah suapkan. Itu pun just makan buah tembikai jer...Terasa terharu sangat bila tengok pengorbanan seorang suami...


Jom layan gambar plak...


 Bilik aku...Tuan Tanah boleh rilek2 layan game lagi


 air dah dimasukkan dan bacaan CTG diambil


 Fresh from perut aku....3.5kg patut la susah nak keluar..besar sangat. Abang long dulu baru 2.95kg jer


Terus kena pakai oksigen dan dipantau 24jam coz ada luka kat kepala


Aku dah selamat lahirkan putera kedua...terpaksa rilek2 dulu dalam labour room sementara diorang uruskan baby..


Lepas Tuan Tanah tengok kesusahan aku nak lahirkan baby kali nie..dia cakap cukup la 2 jer. Kesian tengok aku terseksa masa bersalin tue...


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Thursday, December 08, 2011

Putera Kedua - HADIF ISKANDAR



Selamat pagi..

Pejam celik pejam celik..timbul balik aku dalam blog nie...Nie dah hari ke 24 aku berpantang, tinggal lagi 20 hari lagi nak kena berkurung dalam rumah nie..Aduh dah tak sabar nak tengok dunia luar...Ingat nak panjat Cameron Highland lepas abis pantang nanti...cuma kena tengok keadaan dulu la...

Thanks untuk semua yang datang komen dan tinggal jejak...akan aku cuba balas kunjungan slow2 ye al-maklum la tak boleh mengadap laptop lama2, kalau tak kompem migrain kepala nie bila tengah berpantang nie..

Ramai ke yang tertunggu2 nak tengok gambar putera kedua kami????....ari nie aku buat tayangan khas untuk korang semua..


HADIF ISKANDAR BIN MOHD SHAHRIZAD


Hari kedua didunia dan hari pertama aku dapat menatap wajah yang aku kandung selama ini...


Mengapa aku hari kedua baru dapat tengok wajah baby?????....nie kena tunggu story aku selanjutnya ye...



Selepas 7 hari..dah nampak lain muka dia...


Nanti aku story lagi la...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...