Wednesday, May 30, 2012

RED VELVET CAKE & COKLAT GANACHE




Selamat pagi..
 
Dah lama usha kek nie kat blog anna qawina. Hari Isnin tue terus cargas beli barang-barang nak buat kek masa waktu rehat kat opis tue.

Ingat nak buat Super Moist Eggless Chocolate Cake tapi dah buat minggu lepas. Tiba-tiba ingat resepi anna terus la buat.

First time buat kek Red Velvet nie. Memang moist dan sedap sangat. Nak beli kat luarkan mahal so gunakan la kudrat yang ada nie buat sendiri. Lagi berbaloi. 

Abang long makan suapan pertama, dia cakap "Sedap". Masuk suapan kedua "Betul-betul sedap". Habis satu potong dia makan sorang.


Amatur buat macam nie la jadinya...rupa belakang kira, janji masuk mulut sedap...hahaha




RED VELVET CAKE & COKLAT GANACHE

Guna loyang size 8"


RESEPI KEK

Bahan-bahan :
(A)
  • 1 2/3 tepung naik sendiri-kak Anymz & Ana guna tepung gandum (kayrul guna tepung gandum + 1/2 sk baking powder, lain kali nak guna 1sk baking powder)
  • 2 sb serbuk koko
  • 1/2 sk baking soda
  • 110 gm mentega-ayu guna 125gm mentega (akak juga) sama gak..(sama la guna 125gm)
  • 1 cawan gula halus

(B)
  • 2 biji telur besar (kayrul pakai telur gred A)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/4 cawan buttermilk-1/4 cawan buttermilk-ayu buat 1/2 cawan susu segar + 1/2 sb cuka.biarkan hingga 15-20 min- di gunakan 1/4 cawan saja utk resepi ini) sama....
(C)
  • 1 sk cuka
  • 1/2 botol pewarna merah cecair atau 1 sk gel warna merah (2 sudu besar pewarna oil base) (kayrul pakai 1sb pewarna merah)
  • 1 sk esen vanila (kayrul tambah nie coz dalam cara-cara ada tapi kat bahan takde plak)

Cara
  • Pukul  mentega dan gula hingga berkrim
  • Masukkan telur satu persatu
  • Masukkan esen vanila
  • Masukkan bahan kering yang sudah di ayak,bersama susu dan buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan kering.
  • Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata
  • Bakar dalam oven yang sudah di panaskan selama 30-40min di suhu 170C atau mengikut kepanasan oven masing2 hingga masak
  • Biarkan sejuk Lepas tu boleh di lapis dengan frosting cheese dan coklat di atasnya..

RESEPI CREAM CHEESE
Resepi ni memang sesuai, senang nak lepa kat kek
Sumber : Ziana Zali & google
  • 250gm cream cheese
  • 30gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime (kayrul tak guna coz puas cari tak jumpa)
  • 1 sudu besar esen vanilla (kayrul pakai 1/2 sb, lepas nie nak pakai 1sk jer)
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100gm gula ising
 Cara-cara :
  • Pukul cream cheese bersama mentega sehingga kembang
  • Masukkan gula icing & pukul lagi sehingga gebu.
  • Kemudian masukkan semua bahan2 lain, sebatikan.
Nota kayrul : Lepas nie kena buat 2kali ganda cream cheese baru puas makan..hehehe

RESEPI COKLAT GANACHE
Sumber : Kak Jun & Dapur Tanpa Sempadan
  • 200 grm coklat masakan *Ana guna coklat compound (kayrul guna coklat masakan)
  • 100 ml susu cair @ 150 ml whipp. cream (guna mana2 salah 1)
  • 1sdt butter
Cara-cara :
  • Doubler boiler susu@whipping cream bersama coklat masakan.
  • Dah agak mencair coklat tu tutup api & kacau2 bg larut semua coklat.
  • Masukkan butter, kacau sebati.
  • Biarkan seketika baru digunakan. 
 
Atau korang boleh cuba resepi bwh nie.
 
 
Resepi yg kayrul selalu guna : (mudah dan sedap)
  • 300 gm coklat masakan
  • 200ml whipping cream
 
Cara-cara :
  • Masakkan whipping cream hingga mendidih.
  • Masukkan coklat masakan.
  • Kacau sebati.
  • Sejukkan dulu sebelum dituang pada kek

LANGKAH DEMI LANGKAH RED VELVET CAKE & COKLAT TOPPING


  • Sejukkan kek yang dah masak di dalam peti sejuk supaya kek mudah untuk dipotong.
  • Potong kek kepada 3/4 bahagian. (kayrul guna benang untuk potong kek)
  • Sapu cream cheese frosting atas lapisan pertama & paipkan coklat ganache diatasnya.
  • Letak 1 lagi lapisan kek & buat cara yang sama.
  • Akhir sekali, letak kek yang akhir, balut keseluruhan kek dengan plastik wrapping, bungkus kemas2 & simpan dalam peti sejuk beberapa jam, ini supaya kek tadi mudah utk dihias & layer tak teralih bila nak potong makan nanti.
  • Keluarkan kek yg dah sejuk, sapu nipis(crumcoat) keseluruhan kek dgn creamcheese frosting. 
  • Kemudian barulah paipkan/sapu kek tersebut dengan creamcheese frosting secara menyeluruh & ratakan.
  • Ambil sikat untuk krim kek & sikat bahagian tepi kek.
  • Tuang coklat ganache dengan perlahan2 dibahagian atas sahaja, golek2kan papan kek agar coklat tersebut merata di permukaan kek tetapi tidak jatuh, agak2la takat mana kan.
  • Cepat2 masukkan kek tadi dalam peti sejuk, 
  • Agak2 5-10 minit, keluarkan kek tadi dari peti.
  • Ambil coklat ganache, masukkan dalam piping bag/plastik/apa2 ajela yang berkenan, paipkan bahagian tepi kek bermula dari atas perlahan2..
  • INGAT ya..paipkan/sudukan dgn perlahan, kalau banyak yg keluar dari piping bag tu, maka tebal le yang meleleh, seeloknya paipkan kecil jer..coklat tu akan meleleh turun dgn cantik.
  • Takat mana lelehan tu terhenti bergantung kpd banyak mana yang kita paipkan coklat tadi.
  • Senang cakap..picit jer piping bag tu kat bahagian tepi kek..
  • Paham dak ni? hehe..nak buat aksi bergambar, takde kek lak..tapi rasanya semua boleh faham kan..
  • Rapikan bahagian bawah kek dengan cream icing yang ada tu agar kek nampak lebih kemas.
  • Simpan dalam peti sehingga masa menghidang.

Friday, May 25, 2012

GUNA KWSP DAFTAR HAJI



Selamat pagi...


Korang dah buka akaun tabung haji ke???....aku dah buka 18 tahun dulu time sekolah menengah. Bila dah pindah rumah dan sekolah, dah tak tau apa kesudahannya ngan akaun tabung haji tue. Masa buka akaun tue guna IC ayah sebagai penjaga...


Bila check semula 3 tahun lepas, rupa-rupanya dah takde lagi akaun tue. Dah burn duit aku macam tue jer...


2 tahun lepas kitorang buka akaun tabung haji masa g ekpo pertanian kat UPM tue..Bayar sorang 2 hinggit dah boleh buka akaun..


Bila dah dapat buka tue, takde masa la plak nak g sahkan akaun padahal just nak cop cap jari jer...


Dah jadi tukun tersimpan jer la buku akaun tue...


Baru-baru nie temankan sepupu g Tabung Haji, baru la kitorang berjaya cop cap jari tue, terus buka buku akaun untuk Hadif Iskandar sekali...


Buku akaun untuk sekeluarga...insya-allah ada rezeki lebih boleh la semua g Haji...


Untuk pengetahuan korang, sekarang kalau korang ada simpanan KWSP, korang boleh bawa slip KWSP ke Tabung Haji..Diorang akan daftarkan g Haji untuk korang.


Sebelum niekan kena ada RM 1000.00 dalam akaun dalam akaun baru boleh daftar untuk g haji, so sekarang dah takde masalah lagi....Cepat-cepat daftar..


Jom usha apa ada lagi kat Tabung Haji..Klik SINI



Thursday, May 24, 2012

JOM PERGI WORK



Selamat petang


Semalam sekali lagi angkut anak-anak g opis...Apakan daya kerja tengah banyak, nak tak nak terpaksa la angkut sekali....Tok Mak diorang tak sihat, so aku tak nak la menyusahkan...biar rehat betul-betul..


Nak kata bos marah angkut anak-anak aku tak tahu la...Kang aku cuti satu masalah plak, kerja kat opis terbengkalai....


Tak lama pun bebudak nie kat opis aku, pukul 11.30 pg Tok Mak dan Tok Ayah datang ambik dah...


 Habis satu botol susu terus tidur..sian anak mama, tidur atas lantai jer...


 Abang baring beralaskan sweater jer...disebabkan pakai seluar pendek, terus demam hari nie

Kesian abang, dia memang mudah demam tiap kali datang opis aku nie...


 Aik baju Adik sama la ngan semalam punya padahal ikut mama stayback kat opis minggu lepas, maklum la baju Adik tak banyak...


Alolo...seronoknya...tersengih sakan...


Macam nie la nasib anak-anak mama, kalau tak banyak kerja boleh la kita golek-golek kat rumah tapi kerja tengah banyak, terpaksa la diorang pasrah mengikut.


Wednesday, May 23, 2012

Volkswagen Kuning Muncul Di Bawah Tanah



Selamat pagi..


Korang pernah dengar tak misteri Volkswagen Kuning kat Karak???


Kali nie aku terserempak kat bawah tanah..bukan aku masuk dalam tanah tau tapi terjumpa kat parking bawah tanah la....


2 kali aku g MidValley, 2 kali juga aku terserempak..hari lain-lain tapi port parking area yang sama...macam ada jodoh plak...


 Kereta sikit punya mahal tapi parking kereta sesuka hati jer..nak tercirit kot tue main parking jer


 Lepas seminggu, jumpa lagi kereta dan no plat yang sama..area parking pun sama...


Kompem la aku rasa owner nie tak g kelas memandu ngan JPJ...memang dia ada masalah nak parking kot...cara parking yang sama cuma waktu yang berbeza...





Tuesday, May 22, 2012

Makin Bam Bam La Bila Dah Start Makan



Selamat petang


Dapat gak suapkan makanan pertama untuk Hadif lepas seminggu makan Tok Mak suapkan...


Mula-mula rasa kekok gak la coz dah lama tak suapkan baby kecik..sekarang dah anak kecik balik ke rutin 3 tahun lalu...


 Dah ready pakai bip...sedia  untuk mamam


 Mamam biskut jer ye...abis 2 keping sekali ngadap...


Selera betul...


Dah kenyang boleh main....


Makin hari makin bam bam dan bersemangat badan tue...janji sihat ye...

FOTO GEDIK



Selamat pagi...


Pepagi nie jom layan foto gedik abang dan adik..
Pantang aku on camera mula la macam-macam aksi diorang dua beradik nie...




Monday, May 21, 2012

Samsung Galaxy Dah Bermadu Dengan Sony Ericsson



Selamat petang..


Umur dah bertambah, demand plak macam-macam time birthday tue..


Sehari sebelum birthday, Tuan Tanah bawa g beli hadiah birthday...
Tak surprise langsungkan???...Baru berangan-angan konon bangun pagi-pagi tengok dah ada kotak hadiah atas meja....Sekali Tuan Tanah cakap malas dia nak buat macam tue coz aku nie banyak songeh sikit, kalau dia tersilap beli kang kompem la dah rugi..mula la merajuk tak ingat dunia...


Senang bawa terus g kedai dan suruh aku pilih sendiri..


Sebulan aku canang nak hadiah tue...kengkonon bagi hint la kat Tuan Tanah untuk hadiah birthday aku, padahal memang nak suruh dia beli pun...hehehehe


Sanggup la tolak bila Tuan Tanah nak belikan gelang..kang tak dapat plak HP idaman...


Gara-gara tertengok IKLAN kat surat khabar la nie..terus teringat-ingat berbulan-bulan...Hebak betul pengaruh iklan nie...


Demand yang murah-murah jer..kalau aku dah suka benda tue, murah pun takpe janji HAPPY


Samsung Galaxy Y...serba merah..Dah alang beli terus rembat sekali cover HP


 Sisi tepi


Madu duduk sebelah menyebelah...Bagus betul la


Kena sembunyi-sembunyi pakai yang baru nie, kang nampak dek haikal maunya jahanam plak HP nie...

Dia mana boleh tengok HP ada game nie, kang abis dikejakan macam mana HP sony ericsson aku tue..Abis calar balar...Memanjang je HP tue terjatuh...Mujur la umur panjang lagi...

DAH CECAH PUN ANGKA 31



Selamat tengahari..


Cepat dan pantas masa bergerak sekarang...
Umur pun dah cecah 31 tahun pada 19 Mei 2012 (Sabtu)


Orang comel dan kiut nie susah sikit nak nampak tuanya...saper setuju angkat keyboard????...hehehehe


Kalau campak kat sekolah menengah nie kompem ingat budak sekolah lagi...hahaha


Sambutan bersama family kecik..Jom layan gambar je la yea...


Beli slice cake jer dari Secret Recipe..beli sebiji kang ntah tahun bila plak nak abis...



Italian herb Chicken Chop, Lime Pepper Chicken Chop, Lasagna, Favourites Platter..

Sedih tau tengok set chicken chop tue..dah la kecik plak tue rasa macam tak berbaloi langsung order nie..Last la aku order tue kat pizza


Dapat 2 set kids meal...anak 2 mesti la dapat 2..hehehe

Haikal taknak makan so terpaksa la papanya yang abiskan...untung dan jimat betul la


Alahai comotnya ayang mama makan kek...


Last sekali mestilah gambar bersama-sama buah hati mama...


SEMOGA FAMILY KECIK KAMI TERUS BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT

Friday, May 18, 2012

AKU KAN ADIK



Selamat petang...


Kasih abang pada adik sepanjang hayat walaupun jadi mangsa buli adik....


Sian abang


Pang sedas dari adik


Piat telinga abang..tu la tak dengar cakap mama


Serangan bertubi-tubi dari adik...emosi habis bila dibuli abang tak kasi respon...kan dah kena...


Adik nie nak bergurau manja ngan abang kekadang terover bergurau sampai buat abang nangis...cian anak-anak mama nie...

REMBAT UPIN IPIN DI KFC



Selamat tengahari


Sejak tahu ada figura aka patung comel upin ipin kat KFC terus rasa berkobar-kobar nak rembat..


Hampir setahun tak jengah KFC gara-gara masa pregnant Hadif tue tak boleh langsung makan ayam. Pastu nampak iklan KFC pun rasa nak muntah..Kalau ada iklan KFC kat tv cepat-cepat tukar channel..Dahsyat betul la..


Gara-gara nak rembat patung kiut miut upin ipin tue terus terjah KFC lepas g cucuk Hadif...


Muka terpaksa jadi model tak berbayar


Kiutkan...nak collect semuanya..baru puas

Konon masa kat KFC tu nak beli untuk abang padahal mamanya yang over-over tau nakkan patung tue....


Lepas nie gigih nak collect lagi 3 patung comel upin ipin nie..
Semalam dah collect upin punya...




Playful Upin : 14 - 23/05/2012
Happy Ipin : 24 /05 - 02/06/2012
Defender Upin : 03 - 11/06/2012
Striker Ipin : 12 - 20/06/2012


Bestnya kalau berjaya collect semua nie...Semalam pun tak beli Upin& Ipin Meal just beli patung jer sebab matlamat utama nak patung jer...hehehe
.

Satu lagi..kenapa erk set X-meal dah tak best..Zinger Burger giler sikit burger ayamnya..pastu dapat plak seketul ayam goreng yang kecik giler..


Dah la bayar mahal dapat plak sikit...Agak-agak la KFC kalau nak ambik untung pun...


Kitorang bayar pakai duit tau bukan pakai daun....gggrrrrrrrrr


ACCIDENT TERUK DI PUTRAJAYA



Selamat pagi


Baru beli kereta pagi...malam dah terlibat dalam kemalangan teruk di Putajaya yang menyebabkan kereta kemik teruk..


Mana nak cari duit nak repair kereta nie....



TOLONG....















































Mana keretanya yang kemik teruk tue????














































Nie ha..terukkan..terlanggar tiang kat dataran depan mahkamah


 Mujur la ada mekanik yang boleh repairkan tanpa caj langsung


Dah takde masalah lagi....kereta kemik dah ok dalam sekelip mata


 Terus pemandunya fobia nak bawa kereta laju-laju lagi


Jom balik kalau setakat nak pegang jer...huhuhu


Beli kereta control untuk anak bujang nie coz kesian bila dia hanya dapat tengok budak lain main...Terus cargas g Pasar Pudu belikan..bukan dalam pasar tau tapi kedai area situ la..


Harga boleh tahan mahal RM 69.90 padahal body plastik jer...ambik untung betul la penjual kereta control sekarang......


Thursday, May 17, 2012

BESTNYA JAKUZI KAT RUMAH



Selamat petang

Tajuk tak boleh blah....Dah bila masa la plak rumah kitorang ada jakuzi nie..

Kalau dapat 1 macam nie ok gak..

 kredit to mr google




Tak dapat macam kat atas nie, dapat macam kat bawah nie pun jadi la



Haikal Danish umur 5 bulan 10 hari



Hadif Iskandar umur 5 bulan 20 hari


Jakuzi turun termurun dari abang membawa ke adik..Untung betul plus jimat..hehehe


Siapa paling comel posing dalam jakuzi nie????....hhhmmmmmm

PANTANG NAMPAK TESCO



Selamat Tengahari


Penyakit berjangkit telah merebak ke adik pulak.
Dulu Abang pantang nampak Bangunan Tesco mesti bising suara ajak pergi....


kredit to mr google

 
Sekarang dah berjangkit kat adik plak. Masa tak pandai bersuara lagi, dia hanya mampu memandang tanpa kelip-kelip mata tue. Terteleng-teleng la kepala bila lalu depan Tesco...
 
Malam tadi sajer bawa budak-budak nie pusing-pusing Kajang dengan harapan bila kena aircond kereta dua beradik nie akan tidur awal. Hampeh jer..takdenya nak tidur...

Ini mesti ada yang tak kena nie..

Masa sampai dekat traffic light nak ke pekan kajang tue, mulut Hadif nie ala-ala bertih jagung la bercakap-cakap dalam bahasa dia je paham...
 
Kalau slow takpe la, nie kuat bukan main sambil mata pandang kat luar..Ingatkan budak kecik nie gian nak bercakap rupanya tengah bagi hint ajak g Tecso. Mata bersinar-sinar jer nampak bangunan Tesco tue...

Mujur la Abang dah besar dan dah disogokkan...kalau lalu Tesco waktu malam mesti kitorang cakap "Tesco dah tutup la"

Sekali malam tadi dia kenakan adik plak "Adik, Tesco tutup la"

Dah terus terdiam adik tue...hanya mampu pandang jer la...

Dah pusing Kajang pun tak tidur, masuk jer Bangi terus terbongkang dua beradik tue....Bagus..bagus..rancangan berjaya..

Yang tak berjayanya ngan aku sekali tertidur....mujur la Tuan Tanah bawa keta kalau tak maunya anak beranak tertidur dalam keta...hehehhe

Wednesday, May 16, 2012

BELAJAR CEPAT DENGAN SOFT BOOK



Selamat petang


Bulan lepas aku ada la order soft book dari Lil' Rayyan Boutique
Dah selamat sampai awal bulan nie.


Memang sangat berbaloi. Mudah nak bawa dan ringan jer. Bila-bila masa saja boleh ajar anak..


Giler tamakkan terus order 4 soft book dari Yun.


 
Soft book yang betul-betul lembut dan ringan jer


Tulisan dan colour tue la menarik untuk anak-anak baca


 Pagi terima kat opis, petang abang dah sibuk membaca


 Adik pun nak baca gak..betapa besarnya buku tue


 Cak....kantoi ngintai


Beli buku sekali ngan Evamatic Mat


Seronok betul dia dapat golek-golek ngan buku dikeliling...hehehe


Cara pembelajaran yang mudah untuk abang dan adik. Abang susah sikit nak duduk setempat lama-lama kalau nak ajar tapi bila ada buku nie senang plak nak ajar dia..Pakej ajar adik sekali..


Cepat betul dia hafal guna soft book nie..MEMANG BERBALOI...

Tuesday, May 15, 2012

DULU MUSANG KING KINI RAJA KUNYIT PLAK



Selamat petang..


Musim durian datang lagi..Hantu durian macam aku nie, tiap-tiap hari ada musim durian lagi aku suka...hehehe


Tuan Tanah dari kureng ngan durian terus suka bila dah dapat bini HANTU DURIAN...


Tapi dia tak boleh lawan kehebatan bini dia la...giler ayat riak....


Sebelum nie dah pekena MUSANG KING (klik erk), sekarang try plak RAJA KUNYIT...


Terus rembat 3 pek RM 50.00 dapat percuma 1 durian biasa


Kasi hantu durian terliur sikit


Sedap memang sedap tapi tak boleh lawan musang king la coz rasa bergas tue tak hingat. Kalau bantai musang king, gas pun aku rasa takde...


Tuan Tanah beli nie coz taknak bini dia kecewa kalau beli yang kena kopek tue kang dapat isi buruk la plak...Ambik yang dah siap kopek senang...


Padahal dia mana reti nak kopek durian....hantu durian nie la yg selalu kopekkan..hahhahaha


Aku rasa durian sebanyak nie, aku habiskan tak sampai 3 hari jer..giler la hebat..ikut hati 1 hari dah abis tapi kang dah kena beli lagi...


Puas la makan durian raja kunyit nie..isi pun tebal, biji kecik tapi tak semua la.


Tunggu tiba-tiba roh hantu durian merasuk lagi terpaksa la Tuan Tanah borong lagi.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...