Tuesday, May 31, 2011

Layan "Kongsi"



Opss dah nak tengahari rupanya...Lambat benar nak update blog ari nie..


Sebenranya banyak gambar yang aku ambik sepanjang bulan nie, kemalasan yang melampau menyebabkan aku malas nak transfer gambar dari hp ke laptop. Kat opis tak boleh plak nak transfer. Aku pakai Sony Ericson Aino, bila cucuk cable jer...komputer aku tak leh detect. Geram betul la. Kalau pakai laptop kat rumah ok je la plak.


Kalau balik rumah jangan harap la aku nak buka laptop, Tuan Tanah dah buat macam harta sendiri. Ntah apa la yang dia dok buka tiap2 hari. 


Pagi nie bos aku takde, maka tikus2 kecil kat opis nie berpesta la...hehehhehe. Aku rasa aku sorang je kot. Budak-budak yang lain macam bz jer. Pagi2 dah layan citer "KONGSI". Bukan layan kat wayang tau. Aku layan kat opis jer...hahahhaha.


kredit to mr goole

Jimat dah duit aku nak tengok wayang. Nak masuk wayang sekarang susah coz si photographer tegar dah pandai takut nak masuk wayang maka terpaksa la tunggu citer keluar kat astro first dan tunggu lagi beberapa hari dah boleh layan kat Youtube. Penjimatan betul.


Gigih aku download citer nie kat Youtube semalam, maka hari nie boleh la aku layan citer nie dengan tenang. Bagi aku citer nie BEST tak bosan la. Mungkin sebab ada Shaheizy Sam kot buat aku tak berganjak dari kerusi.Macam mana la orang lain g tengok kat wayang kata citer nie bosan. Nie mesti diorang anti ngan Shaheizy Sam.


Agak2 citer nie ada sambungan tak??? Tak silap aku ada baca macam citer nie ada sambungan coz ending citer nie macam tergantung jer...


Lepas nie aku tak sabar nak tyengok citer Nur Kasih plak. So aku kena la bersabar sikit.


Citer "Cun" aku dah download gak tapi belum sempat nak layan lagi. 



Perahan Otak : Tali Barut Comey

Monday, May 30, 2011

Sakit Kepala Tahap Kronik Lagi



Selamat pagi...lemau jer rasa hari nie...


Gara-gara semalam, seharian aku sakit kepala. Minyak cap kapak sentiasa la disisi. Tidur je keja aku semalam. 


Kredit to mr google


Nie Tuan Tanah punya pasal la...aku sakit kepala. Hari Sabtu tue dah start pening tapi tak kritikal lagi. Siap boleh berjalan-jalan tawaf satu jalan TAR. Masuk MYDIN, aku dah start rasa nak muntah, tengok orang yang ramai, kelam kabut aku keluar dari tempat sengsara tue. 


On the way balik, kereta baru gerak 5 minit, aku dah muntah tak hingat dunia. Mujur dah tersedia plastik dalam kereta. Sampai rumah, terus terbongkang tak sedar diri. Pukul 10 malam terjaga, perut terasa lapar, mujur la ada makanan yang ditapau oleh ibu mertuaku. Lepas makan, terus mandi dan solat. Settle semua sambung terbongkang.


Sebelum terbongkang terpaksa tahan mata dulu coz nak jadi orang pertama yang wish birthday kat Tuan Tanah, selalunya aku mesti jadi orang kedua wish. 


Tuan Tanah nie perasan jiwa muda lagi, dia g lepak ngan kengkawan dia tengok bola MU lawan Barcelona. Ingatkan sekejap jer, pukul 6 pagi baru dia jumpa jalan balik. 


Aku nie plak, bila dia keluar rumah, kompem la aku tak nyenyak tidur. Macam-macam yang aku pikir. Sekejap-kejap aku mesti terjaga. Lepas dia balik baru la aku boleh tidur ngan nyenyak. Tak sempat nak nyenyak pun coz lepas bangun solat subuh, kepala aku dah start buat hal. 


Tidur je la kerja aku seharian, bangun semula pun si Photographer Tegar minta nenen. Mama sakit kepala, anak terpaksa la berdikari sikit. Bukan sakit kepala jer, siap pakej muntah2 seharian.



Mungkin aku tak cukup rehat kot. Sebelum nie pendam jer perasaan bila sakit kepala. Semalam terus aku bagitau Tuan Tanah punca-punca aku sakit kepala. Lepas nie no more keluar malam lagi ye.


Mujur la pagi nie bangun, kepala dah ok.


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Friday, May 27, 2011

Misteri Jam 2 Pagi



Suspenkan baca tajuk nie...memang miteri giler. Kejadian nie baru terjadi awal pagi tadi..


Sekarang stok tidur depan tv jer. Malas nak masuk tidur dalam bilik...panas la. Mungkin kalau bilik tidur tue ada aircond mungkin kot aku melekat jer dalam bilik, ntah2 tv pun aku angkut masuk bilik....hehehehehe...


Tengah mimpi apa ntah malam tadi. Tiba-tiba aku dengar suara budak menangis kat dapur. Masa nie dah kecut perut dah. Tengok jam baru pukul 2 pagi. Lambat lagi nak siang nie. Ada kum kum ker dalam rumah aku nie?????..Aku biar je la..cuba lelapkan mata. Makin lama makin kuat plak suara tangisan tue. 


Terus terbeliak mata aku, aku toleh sebelah nak kejutkan Tuan Tanah suruh g tengok....sekali tengok Photographer Tegar dah hilang. Tuan Tanah nie, bila dah tidur, ko letak bom atom sebelah...belum tentu terjaganya. Aku dah syak, nie kompem photographer tegar yang melalak kat dapur tue. Nasib lampu dapur tue terpasang. 


Kejam tak kejam la aku masa nie, aku just panggil dia jer datang depan...bukannya aku g tengok dia kat dapur. Mata dah la tengah mengantuk giler. Panggil2, akhirnya di datang gak la dalam berjurai-jurai air mata tue. Aku agak, nie mesti kes dia nak minum air...mungkin dia cari gelas tak jumpa..Selalu tergantung jer gelas kat rak pinggan tue. Mungkin stok gelas dah takde kat situ, tue yang membuatkan dia kecewa kot tak dapat nak minum air.


Mujur kat rak tv memang dah tersedia air, aku just suruh dia minum jer air tue. Dah settle minum, tekak pun dah lega...Boleh plak minta nak tengok kartun pukul 2 pagi nie. Layankan je la...


Tak sampai 5 minit pun dia tengok, nak ngempeng plak. Tue pun tak sampai 30 saat kot, aku tengok dia dah tertido. Tutup tv cepat2, join sekaki tidur..


Pagi nie lambat gak la dia bangun, pukul 7 pagi baru celik mata. Lepas nie kena pastikan gelas sentiasa tersedia kat tempat sepatutnya. Anak aku sorang nie, kalau dia dahaga sangat, sorang2 pun boleh gak cari air kat dapur walaupun lampu tak pasang. 


Harapkan mama yang penakut nie. Sampai ke pagi la baru berani bangun kalau dahaga sangat. Aku yang dah tua bangka nie pun, kalau terjaga tengah malam...time tue lak nak terkucil, takde maknanya nak g toilet sorang2...kompem ajak Tuan Tanah temankan walaupun toilet dalam rumah jer. Kalau Tuan Tanah tak terjaga, kekadang si photographer tegar tue yang jadi mangsa suruh temankan mamanya nie.


Dasar penakut betul la....


Perahan Otak : Tali Barut Comey



Thursday, May 26, 2011

BLOG TERPAKSA DIET



Akhirnya berjaya gak aku mendietkan blog aku nie...


Sehari suntuk aku dok godek sana sini...buang yang mana tak patut. Berat giler blog nie. Aku yang tuan punya blog pun penat nak tunggu blog nie loading, inikan pulak korang. 


BETUL TAK????


Haaa...ada pun yang angguk kepala. Yang geleng kepala tue mesti first time masuk sini. Sebelum nie aku ingat internet yang lembab. Rupa-rupanya blog nie yang lembab. 


Aku nak tanya korang, blog nie cepat loading ke masih lembab macam siput lagi????


Komen sikit boleh?????....sayang kat korang yang boleh bagi pendapat....MUUUAAAAHHHH sejuta kali



Perahan Otak : Tali Barut Comey

Wednesday, May 25, 2011

Saya adalah BLOGGER COMEL



Agak lama gak la aku tak join, contest2, GA2 dan blogslist nie...



Dah kata kerja kurang sekarang maka, terajin la nak join gak. Nie first time aku jejak kaki kat blog maira queen





Bloglist ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

BLOGGER BOY COMEL
BLOGGER GURL COMEL


Aku nak tersenarai dalam blogger gurl comel sebabnya SAYA BLOGGER GURL COMEL. Tak caya..cuba tengok gambar kat sidebar tue....comel tak????...hehehehe...jangan ada yang muntah ijau sudah



Tuan Tanah pun dah malas nak upate kat sini. maka aku gunakan kuasa veto untuk ambik alih terus blog nie...padam muka Tuan Tanah, saper suruh malas nak update...kan dah jadi blog gurl comel...hahahahahha


Aku nak TAG semua yang terjejak kaki kat sini. Jangan segan2 nak join tau... 
 
 


Tarikh Tutup BILA BILA MASA
 
 
Perahan Otak : Tali Barut Comey
 

Ahli Nujum Alaf Baru



Selamat Pagi semua...tenggelam timbul aku nie...Bila tenggelam tue, tandanya, kerja kat opis yang menimbun giler sampai ke malam. Bila ada entri terbaru tue, maknanya dah kurang la sikit kerja la...



Kat rumah kitorang dah ada ahli nujum sekarang nie. Bukan pak belalang tau.


Pak Belalang  
(kredit to mr google)


Belalang...bukan nie tau ahli nujumnya (kredit to mr google)













Tapi ini...
















Tengah memikirkan ramalan benar belaka atau tidak



Hari tue tinggal berdua je la dengan dia coz Tuan Tanah keluar. Sibuk la dok umpan mama ajak tido. Mama plak kena tunggu solat isyak baru boleh tido. Kang bila dah tido, solat isyak pun dalam mimpi la....Yang si photographer tegar mata dah bengkak, kalau nak tido mesti nak ngempeng jer. Dah nak dapat adik pun still nak bergayut lagi. Aduh macam mana nanti...mau berebut ngan adik nie..



Tengah mama baring2 tengok tv, datang la ahli nujum alaf baru nie, sambil usap2 perut mama...tiba2 mucul ayat magik dari mulut ahli nujum nie...


"Aiii adik....bangun la pompuan"


Terkejut beruk aku jap....takkan dia tau dia nak dapat adik perempuan kot. Aku pun belum g scan lagi, ahli nujum dah tau dulu plak.


Sajer la aku test kat dia..


"Adik lelaki ke perempuan"


Menjerit2 cakap "Pompuan la"


Budak kecikkan selalu dia akan ulang ayat terakhir kita cakap. So aku test lagi..


"Adik perempuan ke lelaki"


Still gak dia cakap "Pompuan la"


Bila dia tau aku nak tanya lagi, dan ahli nujum nie pun malas nak ulang banyak kali pertanyaan sengal dari mamanya...


Menjerit2 dia sebut...."Pompuan...Pompuan la"


Agak2 boleh percaya tak dengan ahli nujum alaf baru nie?????...Takpe kita tengok check-up bulan depan macam mana...


Lelaki ke perempuan tak kisah la...janji sihat walafiat dan jadi anak soleh dan solehah...


Perahan Otak : Tali Barut Comey


Monday, May 23, 2011

Hadiah Saguhati



Lama sangat tak buka blog sampai tak tau dapat hadiah saguhati untuk Contest Si Cilik Berbasikal. Klik sini kalau nak mengimbau kenangan balik...


Mujur la syamila ada tinggalkan komen, maka dapat la tau keputusannya..terima kasih ye..


Nie la gambar pemenang sagu hati tue..




Terpaksa tunggu lama gak la nak tau siapa pemenangnya. Penantian yang memang berbaloi-baloi..akhirnya terjawab sudah teka teki nie....alhamdulillah rezeki haikal nie...nanti bila hadiah dah diterima, kita post kat entri ye...


Perahan Otak : Tali barut comey


Rumah untuk Golongan Berpendapatan Rendah



Selamat tengahari...lamanya tak update...dasar pemalas betul aku sekarang nie.


Semalam sehari suntuk round satu kajang cari rumah untuk dijual. Keciwa siot. Tak jumpa plak. Time ada duit nak beli, time tue la semua tak nak jual rumah. Time aku takde duit dulu, bersepah-sepah plak orang nak jual rumah. Tapi masa tue makan hati je la tengok.


Sampai sakit bontot aku dok dalam keta. Yang si photographer tegar tue, sepanjang jalan la asyik sebut "ma, abang ngantuk"...tapi tak tidur2 gak. Mungkin tak selesa kot. Last2 aku tengok terlentok gak. Sampai angkat masuk dalam rumah pun tak sedarkan diri.


Umur dah cecah 30 tahun, baru sibuk nak cari rumah. Dulu otak pun masih mentah, asyik fikir nak enjoy jer...mana pernah terlintas nak beli rumah nie...Sampai bila nak menyewa jer kan????


 kredit to mr google


Bestnya kalau dapat rumah besar macam nie....Ni keja sampai mampus pun belum tentu mampu


Kang lambat2 beli, loan plak susah nak lulus. Rumah plak tue sekarang makin mahal nak mampus. Tambah2 area Kajang nie, kalau rumah baru semuanya 200K ke atas. Nampaknya sampai ke tua la dok menyewa. 


Kekadang aku geram jer tengok orang yang banyak duit aka orang kaya, ko dah banyak duit tue, ko beli jer la rumah ikut kemampuan ko. Kesian kat orang yang berpendapatan rendah nie. Habis rumah kos rendah orang kaya nak beli, orang yang susah nie nak beli apa???


Kenapa Kerajaan tak hadkan jer, rumah kos rendah hanya untuk orang pendapatan rendah jer...Orang kaya dan banyak duit tak layak beli. Tak pun, setiap orang hanya boleh beli 2 rumah jer....


 kredit to mr google


Nak dapat rumah kos rendah macam nie pun nak kena berebut ngan orang kaya gak....huuuuhhhh...


Pemaju plak sekarang berlumba-lumba buat rumah kedai/lot pejabat..Bila dah siap rumah kedai/lot pejabat tue, terbiar jer...dah jual mahal mana ada orang nak beli. Rumah kedai/lot pejabat yang ada sekarang pun banyak yang terbiar. Baik diorang robohkan jer rumah kedai/lot pejabat tue, then buat rumah kos rendah banyak2. Rakyat malaysia makin bertambah, bukan makin berkurang.

Perahan Otak : Tali Barut Comey



Thursday, May 19, 2011

Akhirnya Dah Cecah Angka 3



Selamat pagi....dah lama tak update gara angin ngan blog...minggu lepas punya la banyak masa terluang, berkobar2 la nak update blog sekali tak boleh buka plak. Terus merajuk...


Sekarang pun keja kat opis makin menimbun-nimbun, maka berhabuk la blog aku nie.


Hari nie aku dah cecah angka 3. Apa yang tiganya????...Hari nie aku dah bertambah usia ke angka 30. Tua dah kan?????....Bukan tua la, makin matang lagi la.

 


ke 
  kredit to mr google

Impian dan azam tahun nie pun hampir tercapai iaitu nak tambah ahli keluar sebelum umur cecah 31. Photographer tegar pun sekarang pun dah tak sabar nak jadi ABANG. Sekarang pun dia dah bahasakan diri "Abang"...kekadang tersasul, dia bahasa diri dia "Abang Along". 


"Dah tak sabar nak ada adik ye abang"


Akal pun dah macam2 anak bujang kitorang sorang tue. Dah makin petah bercakap. Macam-macam nak dikatakan. Dah pandai mengadu la plak. Hari tue, dia tuang semua bedak bersepah-sepah satu rumah, apa lagi bertukar jadi raksasa la mamanya nie. Just kata nak cubit jer, belum buat lagi..Tup-tup dia g umah tok mak, ngadu mama cubit. Macam-macam la...


Nak tido malam, mesti nak ajak borak dulu. Kekadang aku layan, kekadang aku yang tido dulu...hehehehe


Aku cecah angka 3 tahun nie, si bujang aku sorang tue pun akan cecah gak angka 3 tahun bulan 9 nie la...


Aku berharap semoga terus dilimpahi rezeki dan keluarga kami terus bahagia selamanya. AMIN....


P/S to Tuan Tanah : "Papa, agak2 kita celebrate kat mana ye ari nie????...hehehehehe"


Perahan Otak : Tali Barut Comey

Wednesday, May 11, 2011

HANTU GAMBAR



Tengahari baru nak update...pagi tadi banyak giler keja opis nie...sebenarnya sekarang pun tak abis lagi tapi curi-curi buka blog gak...


Hari nie nak sambung strory hantu...nie kesinambungan dari hantu opera cina la nie...rumah yang sama gak...Semakin suspen citer nie. Malam jer mesti jadi mimpi ngeri bagi aku la. Dah la dok sorang, tido pun sorang. Aku rasa bukan tido sorang kot. Kalau aku boleh nampak makhluk halus confirm nampak diorang bersepah-sepah dalam umah aku tue..


Jiwa pun masih remaja masa tue, so ada la gambar kartun dari majalah Ujang yang aku suka tampal kat dinding. Orang sepatutnya tampal ayat al-quran, apakan daya masa tue masih jahil lagi. G la tampal gambar awek & pakwe kartun dalam komik tue.


kredit to mr google



Sebelum nie aku tak pernah perasan pun pasal gambar tue. Just ignore jer. Satu malam, masa tengah kusyuk sembahyang isyak, tiba-tiba pintu almari bilik tertutup & terbuka sendiri. Padahal kipas angin takde la plak aku hala ke almari tue. Sembahyang2 gak tapi aku kompem la masa ni aku dah tak kusyuk. Ketakutan mengatasi segalanya. Abiskan gak solat tue. Pastu dengan keberanian tak seberapa nie aku g la tengok kat almari tue, apa la yang menyebabkan dia tertutup & terbuka dengan sendiri.


lebih kurang macam nie la rupa almari tue (kredit to mr google)


Bila aku hala kipas ke arah almari tue, takde la plak dia nak tertutup & terbuka. Masa nie dah cuak gila dah. Rasa nak lari jer dari rumah. Sekali mata aku terpandang la plak kat gambar komik yang aku lekat kat dinding tue, rilek jer aku tengok gambar awek tue tengah tersenyum kat aku. Setahu aku sebelum nie takde la plak awek tue nak senyum bagai. Dah dibelek dan ditelek makin pelik aku tengok riak wajah awek tue. Dia macam tengah memandang tepat ke arah aku.


Nak aku tunggu sampai esok, sorry la...tak sanggup aku nak tido bertemankan awek berhantu @ hantu gambar tue. Terus call Tuan Tanah. Bukan suruh datang teman aku tido tau tapi suruh dia tanggalkan gambar awek berhantu tue. Malam tue juga operasi menghapuskan hantu gambar dijalankan.


Baru la aman aku nak tido malam tue. Abis semua ayat quran aku baca sampai la terlelap. Esoknya aku tanya la Tuan Tanah pasal gambar tue. Dia cakap dia buang kat sungai. Sebelum buang, dia bakar dulu gambar tue, sampai jer dekat keratan gambar awek tue, boleh plak api tue terpadam sendiri. Tak ke musykil. Padahal kertas majalah komik mana la tebal, sekali bakar je boleh hangus semua. Setelah dia baca ayat2 quran sikit, cuba nyalakan api sekali lagi, baru la terbakar gak gambar awek tue. Abu gambar terus buang dalam sungai.


Hantu opera cina dah datang, hantu gambar pun dah kena bakar....ada lagi hantu lain plak yang muncul...aduhhhhh


Perahan Otak : Tali Barut Comey


Tuesday, May 10, 2011

Follower dah 300 laaaaa



Bangga kejap...dalam aku dok malas-malas nak bukak blog nie..sekali bukak tengok dah cecah 300 follower..


Thank to Mama Tomei @ Kamalia Hani dari Morioka,Iwate,Japan sudi menjadi follower kepada blog yang tak seberapa nie...orang lain dah beribu raban follower, aku yang baru 300 nie pun nak kecoh kan....Nie sebagai kenangan la untuk aku dan supaya aku terus gigih menaip entri2 yang marvelous untuk korang semua...




Kembang kuncup montot aku nie...jangan kembang tak kuncup2 sudah la..mau kang kena beli seluar saiz XXXL...hahahhaha


Ok la..tak nak story mory panjang2...jom terjah blog Mama Tomei nie...tak dapat g Jepun pun takpe la..dapat tengok kehidupan orang yang tinggal disana pun dah rasa macam dok sana la...hehehhehe



Perahan Otak : Tali Barut Comey


Muntah Datang Kembali



ADuh geramnya...dugaan betul la...seminggu jer bertahan dari muntah-muntah nie...datang balik rupanya penyakit tue...



Mungkin gara-gara makan tak ikut time masa hari ahad. Selalu pukul 8 pagi dah sarapan. Lepas solat subuh, kemas2 rumah terus pengsan balik ngan photographer tegar. Sebenarnya lepas tengok maharaja lawak terus terbongkang depan tv dengan si kecik nie. Si Tuan Tanah plak ,masih perasan bujang. Tinggal la kami anak beranak terkontang kanting kat rumah.


Pukul 4.30 pagi, hari ahad...aku terjaga dengan TV masih terpasang. Terus call Tuan Tanah...Boleh plak dia cakap, dia kat kedai mamak tengok bola. Angin aku satu badan. Ngam-ngam lepas aku call Tuan Tanah, si photographer tegar plak terjaga...boleh plak aku ajak tido balik, dia tak nak...Dah pagi2 buta, dia cakap lapar, so makan la keropok lekor malam tadi punya. Terus message Tuan Tanah, ckp suruh beli Milo ais. Anak aku nie, memang hantu milo ais.


Dah settle makan dan minum...aku ingat dia nak tido, dia boleh bantai dok main sorang-sorang plak. Lepas subuh jer, kemas rumah lebih kurang, terus sambing ZZZZZZZZZ....sedar-sedar si kecik tu pun dah terbongkang kat sebelah.


Pukul 10 pagi baru terjaga. Perut dah buat konsert rock, nak bangun pun dah tak larat. Tuan Tanah dan si kecik tue je la g tapau nasi lemak. Sebelum makan, aktiviti wajib yang ditinggalkan seminggu lalu bermula kembali. Abis la semua keluar balik.



Lepas makan, tengok TV dan sambung terbongkang kembali. Petang siap-siap nak keluar mencekik plak. Sebelum singgah mencekik wajib muntah dulu. Dah keluar isi perut, konon nak makan dengan lahapnya la....Mati selera aku nak makan. Order nasi goreng daging merah. Yang datang memang nasi goreng daging merah tapi kalau kasi kat kucing, aku rasa kucing pun muntah balik kot. Dah la tak sedap...memang tobat la lepas nie aku nak g makan kat situ lagi. Macam mana la orang boleh ramai kat kedai tue. Ada pasang jembalang ker hapa????...


Datang opis ari isnin, konon bersemangat la nak keja. HAMPEH....lepas sesi muntah2 kat opis terus aku lembik. Nie semua gara2 aku terbayang makanan petang semalam. Baru teringat jer terus nak muntah. Tengahari Tuan Tanah dtg ambik aku....terus 1/2 day semalam. Cuti2 pun tepon aku tak henti2 la berdering...dah macam menteri plak. Masa aku kat opis takde la plak kerja urgent, bila dah balik, macam2 la keja datang. Lantak la...biar dorang settle kan......HAHAHAHA


Hari nie semangat betul datang keja...keja tak start lagi, sibuk plak dok ngadap BLOG nie...bersihkan mana2 yang patut...lama sangat cuti blog nie....nanti keja aku dah setlle, aku update lagi la entri baru erk...


Perahan Otak : Tali Barut Comey



Wednesday, May 04, 2011

Sakit Kepala!!!!



Nak kata belum makan....aku baru lepas makan...Kepala tiba-tiba rasa sakit sangat..


Mungkin sebab cuaca kat luar panas, tiba-tiba masuk opis yang tengah sejuk....terus tangkap otak aku nie. Rasa nak pitam jer dah nie..


kredit to mr google


Dulu pantang sakit kepala jer mesti aku akan bantai telan Panadol ActiFast 2 biji. Pastu confirm akan elok. Sekarang dah tak boleh lagi...selamat tinggal Panadol ActiFast.


Sekarang...SELAMAT DATANG MINYAK CAP KAPAK...



kredit to mr google



Abis aku lomor satu kepala...haaaa.....nikmatnya, berangin jer kepala aku nie....jap lagi elok lah nie. Dulu aku tak percaya kemujaraban minyak cap kapak. Sekarang ke hulu ke hilir minyak nie wajib aku usung sekali. Mana la tau, tiba-tiba sakit kepala menjelma..hahhahahaha



Sebab Sakit Kepala :

• Tekanan (tension headache).
• Kemurungan
• Migraine (penyempitan salur darah)
• Penyakit serta ketegangan dalam mata.
• Sakit gigi dan tulang rahang.
• Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
• Kejang otot.
• Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
• Angin Ahmar
• Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
• Tekanan Darah Tinggi
• Pengambilan dadah dan racun

Rawatan :
Rawatan bergantung kepada sebab :
• Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
• Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
• Cuba teknik bertenang dan urutan.
• Jika migrane, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai pemakanan anda.
• Kendalikan tekanan anda dengan baik.
• Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
• Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.

Bila Perlu Berjumpa Doktor :
Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan.

Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :

• Demam.
• Jika anda melebihi 40 tahun.
• Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
• Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
• Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
• Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
• Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
• Kejang tengkuk/leher.
• Khayal/lali.
• Sawan.
• Rasa lemah dan kebas.
• Kabur penglihatan atau buta.
• Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
• Loya, muntah.
• Hilang selera makan dan susut berat badan.
• Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV

Pencegahan :
• Tangani tekanan anda dengan baik.
• Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
• Pemakanan seimbang.
• Kerap bersenam.
• Berhenti merokok.
• Amalkan gaya hidup sihat


Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/SakitKepala.pdf (kredit to infosihat)




Roti Kosong Sapu Jem Strawberri



Apa sarapan korang ari nie????....heheehhe..dah nak tengahari baru nak tanya menu sarapan ye...


Lepas keluar wad, resepi wajib aku setiap hari adalah :


ROTI KOSONG SAPU JEM STRAWBERRI



Sangat-sangat la mudah..tu jer la yang dapat masuk. Air kosong jer...Air kaler maler nie buat masa sekarang belum lagi la boleh masuk. Tapi kalau tengahari wajib gak order air sejuk macam-macam perisa...AHaksss...


Nie semua gara-gara masa kat hospital, sarapan adalah roti kosong dan jem strawberri. Maka aku teruskan la tradisi nie..Dah macam tradisi turun temurun nenek moyang plak...


Mat saleh betul sarapan aku nie...dapat makan strawberry fresh nie best gak. Dah lama tak g cameron highland nie...Agak-agak bila la nak mendaki g sana lagi erk????? Nikmat kalau dapat petik dan terus makan strawberry kat situ. Kedai yang jual strawberry + cream + coklat dah kena roboh masa aku g tahun lepas. Memang wajib makan la kalau naik cameron. Harap-harap kedai tue dah bukak semula la kalau dapat g tahun nie...



kredit to mr google



Ok la nak sambung keja yang menimbun. Kang tak pasal-pasal kena bambu ngan bos plak. Haaaahahahhaha



Perahan Otak : Tali Barut Comey


Tuesday, May 03, 2011

Hantu Opera Cina



Citer nie dah berlaku 10 tahun yang lalu kot. Masa aku dok menyewa bujang. Family aku berpindah ke Penang mengejut. Tak sempat nak pikir apa dah kena tinggal. 


Al-maklum la masa tue aku baru start keja kat Kajang. Takkan nak berhenti kot. Susah siot nak cari keja. Maka tinggal la aku kat Kajang terkontang kanting. Tak sampai seminggu, aku dah dok menyewa dekat flat berhampiran rumah lama kitorang. 


Masa tue menyewa sorang. Konon nak privasi la sangatkan. Senang sikit bila menyewa sorang nie, nak balik rumah pukul berapa pun takde yang peduli masa tue. Ada la satu hari tue, lepas keja terus g dating. Bujang la katakan. Makan kat kedai jer...dasar pemalaskan....Siapa kata dok bujang nie rajin sangat masak. Nak makan sorang jer, baik makan kedai jer.


Dah sampai rumah malam, apa lagi suruh la Tuan Tanah antar sampai depan pintu. Aku masuk rumah, on kan lampu....tup2 tak sampai seminit aku dah cabut keluar rumah.


Tahu tak apa aku nampak??????....mesti la korang tak tau kan kalau aku tak terus menaip kat sini erk....HANTU OPERA CINA tue. 


 kredit to mr google



Memang la rumah yang aku sewa tue, owner dia cina, tapi sebelum aku dok situ...dah ada orang melayu yang pernah duduk. Masuk pon koboi jer...Takde nak baca apa...ambik kau. Baru intro opera cina tue jeling kat aku...terus fobia.Kira first time dalam sejarah hidup aku, nampak hantu...memang sejarah betul la....



Citer dia macam nie. Aku masuk rumah macam biasa, on kan semua lampu, tup2 aku terpandang la kat meja makan, rileks jer nampak sorang amoi nie dengan muka dah solek macam opera dok pandang aku..Sekali lagi aku pandang, tengok dah ghaib la plak. 



Terus gak malam tue cakap kat Tuan Tanah tak nak tido kat rumah. Konon selamat la malam tue. Terus malam tue tido kat rumah Tuan Tanah. Tuan tanah dok ngan family dia la...Takkan la aku berani nak g tido rumah dia kalau dia dok bujang...kang tak pasal2 kena tangkap kering kang.....hahahhhaha


Bukan setakat kejadian hantu opera cina jer yang muncul kat rumah sewa tue...dah macam-macam versi lagi la...korang tunggu la citer seterusnya....



Perahan Otak : Tali Barut Comey



Wad oh Wad



Selamat Pagi...

Aduh lamanya tak update blog nie. Nie semua gara-gara sesi serah diri. Bukan serah diri kat polis ye. Tapi serah diri untuk di tahan di wad. Macam nie punya orang pun ada ker????...


Memang ada...aku la tue. Sepatutnya aku kena g check-up hari Sabtu (30/04/2011), tapi disebabkan hari Jumaat dah rasa down giler....terus jer la g jumpa doktor. Walhal aku dah sampai opis pun masa tue, cuba tunggu masa nak daki tangga naik opis jer. Kaki pun dah tak mampu nak mendaki terus pecut balik umah mertua. Ibu mertua yang antar g klinik coz Tuan Tanah dah g kerja. 


Lama plak orang ari tue. Rasanya dekat sejam lebih la tunggu baru dapat jumpa doktor. Padahal bukan g klinik kerajaan pun. Tak faham aku, diorang masuk bilik doktor tue, buat ketupat dulu ker, sorang masuk jer dekat 1/2 jam. Kalau aku masuk pun, tak sampai 10 minit dah keluar. Kompius betul la...


Jumpa doktor, terus jer aku cakap nak masuk air coz asyik muntah jer memanjang. Takut aku tak dapat bertahan dah nanti. Check in pukul 11.30 pagi kat bilik Melor, KPMC. Senang sikit ambik bilik single, senang aku nak kuak lentang tanpa ada mata lain yang memandang plak. Dah la sehari suntuk aku belum makan, tak selera siot. Tukar jer uniform terus kena cucuk kat montot ubat tahan muntah. Lega rasanya, lepas tue terus tak rasa nak muntah dan selera makan super berganda. Semua aku bantai makan. Nikmatnya kalau macam nie selalu.


Dalam bilik nie ada sofa yang boleh tarik buat katil tue, senang sikit Tuan Tanah dan Photographer tegar nak golek-golek ngan aku kat situ.


6 Botol gak la air berjaya disedut oleh badan aku nie. Wah...terus bertenaga aku dibuatnya. Ingatkan lepas check out tenghari (sabtu tue) nak terjah ke Pahang. Tapi apakan daya kepala plak pening coz lama sangat asyik terbaring jer dalam wad.


Lepas 2 3 hari nie, aku rasa memang berbaloi masuk air hari tue coz aku dah tak rasa nak muntah. Boleh makan dengan penuh selera. Badan pun rasa dah semakin sihat. Harap bertahan lama la keadaaan nie.



Perahan Otak : Tali Barut Comey

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...