Wednesday, February 29, 2012

Cara Nak Kasi Anak Tak Kacau Masa Kita Memasak



Selamat petang..

Meh aku nak kongsi satu tips kasi anak dok diam-diam..
so kita boleh masak memasak dengan amannya

 Pasrah je la kasi budak 3 tahun 1/2 nie main laptop kita ye

 Kusyuk dan tawaduk betul bila main game
Cuba suruh belajar, 5 minit jer bertahan

 Adik pulak..kasi perut kenyang dulu
Sendawakan
Bagi main Play Gym

 Aku ambik gambar pun tak sedar

 Dah makin besar makin pandai dia main Play Game nie.
Aku beli kat Carrefour RM 39.90..sekali lepas seminggu, aku tengok kat Tesco baru 
RM 29.90...GERAMNYA...ggrrrrrrr

 Ambik ko..kiri kanan tangan penuh mainan

Memang bagus untuk ransang mata dan pendengaran baby nie..

So bila anak-anak dah leka main..apa lagi, mak-mak sila la cargas masak lauk yang marvelous sampai menjilat pinggan ye..hehehhe

Kaw Kaw Burger Bakar - Kasi Tergugat Iman Betul La



Selamat petang

Baca tajuk entri pun dah tergugat imankan..Belum tengok burgernya lagi...

Nak tengok burgernya...

















opssss...



























scroll lagi...























































ok dah cukup..






































Amacam dah tergugat iman ker belum???...
Nie semua gara-gara baca entri kat blog nana..terus la asyik terbayang-bayang jer...

Akukan ada citer, jenjalan KL ari tue kat entri SINI, kecewa berhari-hari punya pasal..semalam balik kerja terus nak terjah. 

Waktu Operasi :
Pukul 7.45 malam - 2 pagi

Hari Isnin : Tutup

Masa Tuan Tanah sembang-sembang ngan pekerja dia itu hari dia cakap, pukul 6 petang dah start orang beratur. Kalau burger habis cepat makanya, kedai pun tutup awal la ye...


 Masa kami sampai tue, dah ramai yang beratur...

Dari sekeliling cerah membawa ke malam. Dapat plak no. 20 masa beratur tue...Lepas 1 jam baru kami dapat burger tue

Siap Tuan Tanah cakap..kalau siapa-siapa demam nie maunya sembuh terus coz Tuan Tanah demam semalam..tapi demi memenuhi kehendak tekak bininya nie..digagahnya juga beratur beramai-ramai..

I Lap U Forever la Laling...hehehe

Terus bila dah dapat order tue dia kata macam nak bersorak jer coz dah sejam menunggu baru dapat..dan dan tue gak demam dia terus sembuh..macam-macam la

Aku dan anak-anak harusla menunggu jer dalam kereta...kang ada plak ambulans yang kena angkut kalau aku lama berdiri kat situ..hehehehe

Set meal untuk aku..Dapat air nie, 2 batang sosej dan burger Triple H

 Aku punya set meal..burger Triple H

 Tengok betapa tingginya burger tue..Memang 3x ganda lagi tebal daging burger nie dari Mc Donald punya..Rasa plak, macam makan burger Mc Donald gak

 Tuan Tanah cuma ambik tambahan 1 cheese dan kepigan daging nipis jer..Itu pun puas la aku nak abiskan..Memang tak muat mulut nak sekali gigit tue..

Aku makan ikut step la..abiskan roti dulu, baru dagingnya. Ini pun ada 2 1/2 keping lagi daging burger aku punya...tak terhabis malam tadi..Pagi tadi panaskan, bawa g opis plak...

 Nie Tuan Tanah punya. Burger Double H. Dia ambik ala carte jer.

Dia ambik burger daging dan ayam. Rasa Ayam tue pun macam MC Donald punya gak..


Jom tengok harga kat sini plak



Malam tadi punya burger..harganya RM 44.00..memang mahal pun nak dibandingkan burger kaki lima yang lain. Tapi sesekali apa salahnya..dan satu lagi...BERBALOI-BALOI la

Korang nak terjah dan merasa kesedapan KAW KAW BURGER BAKAR nie...ingat kena bawa duit lebih sikit..kang korang main order jer siap tambah macam-macam topping kang tak mampu bayar plak..hehehe

Apa lagi..jom reramai terjah KAW KAW BURGER BAKAR, Seksyen 2, Wangsa Maju..betul-betul kat kaki lima jer...
 

Cucuk 3 Bulan - DTP, HIB, POLIO (2nd dose)



Selamat pagi

Buat entri di tahun lompat..4 tahun kemudian baru la dapat tarikh 29 Februari lagi..hehhehe
Catatan kisah Hadif yang telah selamat kena cucuk pada 22/02/2012 (Rabu)


Cucuk 3 Bln :
Berat : 7.2kg, Ukur Lilit Kepala : 44.4cm, Tinggi : 60cm

Perkembangan bayi anda pada usia 3 bulan


Menegakkan kepala dengan stabil

Pada bulan ini, bayi anda mungkin sudah boleh mengangkatkan kepalanya semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Jika diampu untuk duduk, dia mungkin boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus. Ketika dia meniarap, anda akan memerhatikan dia mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Duduklah di hadapannya dan hayunkan mainan untuk menggalaknya.

Koordinasi lengan, kaki dan tangan lebih baik

Bayi anda sekarang boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya. Sendi paha dan lututnya menjadi lebih lentur menyebabkan tendangannya menjadi lebih kuat. Dan jika anda mendirikannya dengan kaki terletak di lantai, dia akan menolak badannya turun dengan menggunakan kakinya. Dia boleh merapatkan kedua tangan dan membuka jari-jarinya, tapi dia akan menggunakan tangan yang digenggam rapi untuk memukul barang yang tergantung. (Harap maklum bahawa usaha memukul mainan atau sesuatu objek merupakan satu pencapaian yang penting!) Galakkan perkembangan kemahiran tangannya dengan menghulurkan mainan dan perhatikan sama ada dia mengambilnya.

Pola tidur lebih terkawal

Mulai dari sekarang, ibubapa yang dahulu-nya tidak dapat tidur dengan sempurna, mula merasa lega sedikit. Menjelang tiga atau empat bulan, pola tidur anak anda mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga dan mahukan makan. Ada juga kanak-kanak yang tidak tidur terus sepanjang malam untuk tempoh tiga atau enam bulan (bagi tahun pertama, ini bermakna mereka boleh tidur terus hanya selama enam jam setiap kali), jadi, usahlah bimbang jika anak anda masih menyebabkan anda berjaga di waktu malam.

Jelas mengenali emak dan ayah

Menjelang tiga bulan, dan kadangkala lebih awal, bayi anda sudah menjalin hubungan rapat dengan anda dan mengenali muka anda. Dia masih suka bersenyum dengan orang yang tidak dikenali, terutama sekali jika orang itu bertentang mata dengannya dan bersuara mesra atau bercakap dengannya. Namun begitu, dia sudah mula mengetahui siapakah orang-orang dalam hidupnya dan sudah boleh menentukan siapa yang lebih disukainya antara mereka.

Lobus parietal, bahagian
otak yang mengawal koordinasi tangan-mata serta membolehkan seseorang itu mengenali objek, kini mula berkembang dengan pantas.

Dan lobus temporal, yang membolehkan pendengaran, bahasa dan bau-bauan, juga lebih responsif dan aktif. Oleh itu, apabila bayi mendengar suara anda, dia akan memandang terus kepada anda dan mula bersuara gembira atau cuba bercakap dengan anda.


Mulalah membaca kepada dia sekarang

Membaca kepada anak, tidak kira usia muda, akan mendatangkan hasil. Ia membantu anak anda menguasai kemahiran mendengar lagu naik turun bahasa – sebenarnya, adalah baik jika anda selalu mengubah nada suara anda, menggunakan loghat berlainan, menanyi, dan menyuarakan apa yang anda sedang lakukan ketika itu supaya hubungan suara dan bunyi antara anda dan bayi menjadi sesuatu yang menarik baginya. Jangan bimbang jika dia melihat ke arah lain atau hilang perhatian – dapatkan semula perhatiannya dengan mencuba sesuatu yang lain, atau berikan dia masa untuk berehat. Sesuaikan interaksi anda dengan respon dan minatnya.

Terdapat banyak
buku-buku yang baik untuk dibacakan kepada bayi. Pilihlah buku yang mempunyai gambar-gambar yang besar dan berwarna-warni dengan perkataan-perkataan yang mudah -- atau buku tanpa teks yang mempunyai gambar untuk anda menceritakan.

Sebenarnya, buat masa ini anda tidak perlu berpegang ketat kepada panduan menyesuaikan buku dengan usia tertentu. Buku yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang lebih tua jika mempunyai imej yang jelas dan kemas, dan warna-warna terang boleh memikat bayi. Selain itu, anda juga boleh membaca puisi yang disasarkan telinga orang dewasa. Bahan bacaan yang tidak difahami bayi masih boleh menyeronokkan dia jika nada dan aspek musiknya menarik (dan anda juga akan terhibur).


Perkembangan awal bahasa

Ini merupakan masa yang sensitif di mana rangsangan lisan adalah amat penting untuk bayi anda. Ambillah kesempatan ini untuk mendedahkan dia kepada pelbagai variasi perkataan dan bunyian. Penyelidikan terbaru mengaitkan tahap kepintaran yang tinggi kepada berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu mendengar pada tahun pertama hidupnya. Inilah masanya unuk menubuhkan asas yang kukuh. Berjalan ke pasar malam pun memberi peluang untuk merangsang kanak-kanak anda – semasa berjalan, tunjukkan dia objek-objek dan berikan nama barang-barang itu. Bayi anda belum boleh mengulang perkataan-perkataan itu lagi, tetapi dia sedia menyimpan semua informasi ke dalam memorinya yang kian ini berkembang pantas.

Bayi dalam keluarga dwi-bahasa akan memperoleh latihan bahasa yang berganda jika dia sering mendengar kedua-dua bahasa dituturkan. Jika anda mahukan dia belajar kedua-dua bahasa, pastikan ibu dan bapa bercakap dengannya dalam bahasa yang berlainan.


Sentuhan menjadi lebih sensitif

Hidupkan deria sentuhan bayi dengan bahan seperti kain bulu, tisu, kain felt, dan kain tuala atau carilah buku yang boleh membantu membuatkan sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman membaca bersama. Menyentuh, mendukung dan mengurut bayi, sama dengan mengangkatnya melalui dan merentasi udara sekeliling adalah cara-cara yang berkesan untuk menenangkan dia dan mungkin dapat meningkatkan kepekaannya dan memanjangkan tempoh konsentrasiya.

Mula berinteraksi dengan orang lain

Anak anda diprogram untuk "menerima", serta membuat kesimpulan tentang dunia kelilingnya. Kini, dia mungkin dapat memberi respon kepada bayangnya sendiri dalam cermin dengan senyuman (bayi gemar melihat diri sendiri), dan dia mungkin berhenti menghisap jari atau botol untuk mendengar suara anda. Dengan bersuara mesra dan membuat bunyi-bunyian, dan dengan berceritakan tentang tugas rumah remeh yang sedang diuruskan, anda bukan saja menjalin hubungan dengannya, tetapi juga mengalakkannya melahirkan perasaan sendiri.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosial mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu. 
 
kredit to babycenter
 
Muka ceria budak yang dah pandai senyum dan hisap jari

Pantang adik bergambar, abang long mesti nak join sekaki

Nyenyaknya tidur Hadif

Nyenyaknya tidur haikal..kalau dah penat, atas carpet pun boleh tertidur

Abang long kesayangan mama dan papa

Tuesday, February 28, 2012

ADA HANTU BANYAK DI BUKIT AMPANG



Selamat malam

First time tahun nie aku buat entri waktu malam...aku baru lepas balik g beli "Kaw Kaw Burger Bakar" kat Wangsa Maju..Nanti la aku story ye..

Balik tue..kitorang balik ikut jalan Bukit Ampang dari Kuala Lumpur nak ke Kajang. Naik je Bukit Ampang, Abang Long tak henti-henti cakap "Ada Hantu....Ada Hantu"...

kredit to mr google

Kalau sekali takpe la..nie sepanjang jalan Bukit Ampang hingga la ke kawasan perumahan Hulu Langat..Bila dah sampai kawasan perumahan terus dia cakap "Takde Hantu Dah..."

Bikin kecut perut betul la anak aku nie...Budak-budak kecikkan boleh nampak makhluk-makhluk halus nie...
Maybe yang dinampak kali nie tak menyeramkan kot..tue yang boleh cool jer sepanjang melalui jalan Bukit Ampang tue..

Cuma satu je la..mulut tak berhenti cakap "Ada Hantu...Ada Hantu"

Tapi memang pun kawasan tue keras sikit coz masa zaman naik motor dulu..selalu gak la lalu kawasan tue kalau nak ke KL...bila balik lewat malam mesti terbau macam bau mayat dan kekadang terserempak ngan Pocong di tepi jalan...Kalau sesekali bau mayat takpe la..tapi memang kerap bau mayat la bila lalu situ...

Aku kalau lalu situ mesti pejam mata coz tak berani nak tengok kot2 terserempak dan ternampak hantu kang maunya aku demam seminggu...hehehehe

Aku tengah karang nak upload gambar maya karin tue..sekali rilek je abang long tengok terus cakap "kum kum"...aku tanya la "macam nie ker haikal nampak tak"

Dia hanya mampu cakap "kum kum"...aduh...naik tegak bulu roma aku tengah taip entri nie

Monday, February 27, 2012

Pusing-pusing KL sampai lebam



Selamat petang

Semalam kebosanan tahap kritikal, kengkonon nak ajak Tuan Tanah g Tasik Titiwangsa bawa anak-anak nie main sambil bersenam...

Tuan Tanah plak tidur tak sedarkan diri..aku dah bangun masak bagai dan siap packing pun dia tak bangun gak. Last kali aku yang melantak makan makanan yang dipacking tue..Kecewa siot tak dapat picnic.

Tup-tup hujan ditengahari plak. Time hujan nie la baru Tuan Tanah bangun. Hampeh betul...Kenapa la tak bangun esok paginya jer????..gggrrrrrrrrr

Abang long dan hadif dah kegelisahan dok umah...Mengamuk jer memanjang coz kepanasan walaupun hujan...

Mandi-mandi dan siap terus ajak Tuan Tanah keluar.

Dah masuk kereta satu hal plak, x tau nak g mana...parah betul la...Last-last pusing KL jer. Bebudak nie pantang ada aircond terus pengsan adik beradik tak sampai 5 minit dalam kereta..

Oooo..anak mama nak aircond ye baru boleh tidur...

Tiba-tiba teringat yang aku ada baca pasal "Kaw Kaw Burger Bakar"...terus ajak Tuan Tanah terjah.

Kecewa sekali lagi...Kedai tue plak tutup semalam. Pekerja dia cakap selalu tutup hari isnin jer, semalam plak time aku nak melantak, ditutupnya plak..huhuhu

Nanti aku akan terjah lagi..tunggu la bila dah merasa makan burger tue, aku story ye..

Dah mana lagi nak tuju...dah alang-alang kat KL, terjah plak Jusco Au2...Pusing-pusing sampai puas baru balik....

Memang seharian betul la meronda KL....tengah malamnya, abang long kena demam panas tiba-tiba...Pakaikan cold fever pun tak kebah gak. Pukul 4 pagi tadi masih panas lagi terus bagi ubat demam baru la kebah...

Penangan pusing KL sampai demam abang long...sian anak mama
 

Saturday, February 25, 2012

Besarnya Domino's Pizza Nie



Selamat pagi

Cuti-cuti nie sedapkan kalau dapat g jenjalan dan makan besar kan???...

Meh aku kasi idea korang makan besar punya. Memang pilihan terkini kami sekeluarga sekarang. 



 Melantak Tako dulu sebelum pizza sampai

 Yang sedihnya dia hidang air dalam cup kertas jer..huhuhu

 Extra large New York Crust - Seafood Island

 Lasagna..kureng sikit la coz pizza hut punya lagi sedap

 Korang bandingkan pinggan lasagna dan pinggan pizza tue..memang terkejut aku tengok pinggan pizza tue..memang tempah khas punya..betul-betul besar punya

 Close-up sikit bagi iman korang tergugat tengok plak

 Aku berjaya abiskan 2 slice jer..dah tak terlarat nak abiskan

Akhirnya abis gak...tinggal 2 keping untuk di bawa balik...

Ok perut dah kenyang.....posing dah cukup...

Dah...Jom balik

Friday, February 24, 2012

Kambing Panggang Untuk Aqiqah



Selamat petang

Dah lama janji nak cerita pasal port baik punya untuk kambing panggang. 
Nak tengok kambing panggang dan menu sampingannya boleh baca entri Majlis Aqiqah dan Cukur Rambut Hadif Iskandar.

Memang mencabar gak la nak mencari kambing untuk aqiqah anak bongsu nie. Umur dia dah nak masuk 3 bln masa tue, rambut pun makin panjang...nak tak nak kena cepatkan juga la majlis untuk anak bujang tue...

Abang long dulu umur 4 bulan baru buat aqiqah coz masa dalam pantang dia dah cukur rambut so takde la tergesa-gesa sangat la..

3 tahun dulu harga kambing baru RM 600.00 untuk kambing biri-biri. Masa tue beli kat Johor jer. Tempah ngan sedara kat sana.

Sekarang, cari mana-mana tempat untuk kambing biri-biri dah RM 800.00 sekor. Aduhai macam nie rasa macam nak bela kambing je la..hehehe

Anak lelaki harus la 2 ekor kambing ye. Kalau anak perempuan cuma seekor jer..

Aku plak, kalau kambing buat lauk, memang aku tak lalu la nak makan tapi kalau panggang aku makan la. Tapi kena tengok caranya gak. Ada yang kalau tak pandai panggang, nanti bau kambing tue tak hilang..

First time aku makan kambing dengan banyaknya masa g majlis hari jadi anak kawan aku kat KL. Dia buat bakar kambing..memang sedap dan terbaik la..Terus aku jatuh cintan nak kambing panggang..

Puas cari sana sini, tak jumpa gak..Majlis dah dekat..akhirnya jumpa juga lepas aku search kat internet nie dan harganya pun berbaloi-baloi...

Untuk aqiqah tue kami beli kambing dari tempat yang berlainan. Seekor kambing untuk masak lauk makan dengan nasi beriyani harganya RM 700.00. Seekor lagi beli plak kat tempat lain coz nie untuk buat panggang. Harganya RM 750.00 dan kalau nak panggang kena tambah RM 350.00. 

Kalau tengok gambar kat bawah nie, kami ambik Pilihan 2. Jangan risau diorang dah sediakan khemah sendiri untuk panggang kambing. Tak perlu la korang pening kepala nak sediakan khemah khas untuk panggang kambing ye..


Mesti ada tertanya gak kenapa dalam gambar tue cakap kambing panggang hanya RM 850.00 jer tapi aku kena mahal. Sebenarnya RM 850.00 untuk kenduri kahwin, doa selamat, rumah terbuka, korporat dan persendirian. 

Untuk aqiqah harga adalah lain bergantung kepada saiz kambing yang kita nak aqiqahkan.

Kalau korang rasa tak nak menu sampingan, harganya cuma RM 800.00..ala tambah RM 50.00 dah dapat macam-macam dan berbaloi-baloi lagi

So saper yang berminat boleh la call

Amar - H/P No : 012-263 3995
No. 18, Lorong CP6/52a Taman Cheras Perdana
43200 Cheras, Selangor

Perkhidmatan mereka hanya sekitar SELANGOR dan KUALA LUMPUR sahaja ye

Aku share kan cerita dan info nie kat sini bagi memudahkan korang yang tercari-cari tempat yang murah dan berbaloi untuk kambing panggang dan yang penting Kambing Panggang diorang memang TERBAIK dan SEDAP

Pewarna Yang Bikin Apam Cun Giler



Selamat Tengahari


Hari tue, aku ada la buat apam polkadot, tengok entri sini..ada la kengkawan yang tanya


Ok yanty, hari nie entri khas untuk menjawap pertanyaan yanty tu..



Dari kiri, Pewarna Biru Tulin, Pewarna Hijau Epal, Pewarna Merah Jambu, Esen Vanilla, Perisa Pandan (Perisa pandan nie selalu kayrul gunakan untuk ganti resepi yg menggunakan daun pandan pastu tambah pewarna hijau)


Untuk makluman yanty, kayrul guna pewarna Star Brand gak tapi kayrul letak pewarna tue lebih kurang 1 sudu kecil untuk setiap bancuhan. Kalau tak cukup cantik dan seri bancuhan tue, tambah je lagi pewarna tue..hehehe



Nie ovalette ye. Ada kengkawan yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan pasti tercari-cari. Coklat emulco selalu digunakan untuk kek coklat


Ada yang bertanya kat mana nak cari ovalett nie. Dulu masa baru nak mencebur diri lebih extreme dalam masak memasak nie, kayrul pun terkial-kial gak. Selalu ovalett nie boleh cari kat kedai baking atau Giant la...Pergi jer kedai baking, tanya jer mana nak cari Ovalett. Mesti diorang ada stok...


Nie serbuk koko jenama Van Houten. Selalu digunakan untuk buat kek coklat yang super sedap macam kat sini..


Ok..sampai sini jer..harap-harap dapat membantu kengkawan semua..

Thursday, February 23, 2012

Papa Zola La Sangat



Selamat petang..

Semalam tak update blog coz aku cuti g settlekan masalah insurans anak aku dan cucuk 3 bln hadif..
Nanti la aku story pasal insurans tue bila semua masalah dah settle ye..




Abang long sekarang memang berhantu sikit bila tengok Boboyboi. Tapi dia bukan minat pun boboyboi.
Yang pelik, dia minat Papa Zola..watak dalam citer tue..


Aku kureng sikit kalau citer Boboyboi, tapi kalau Upin Ipin aku layan gak...
Ntah apa la yg best sangat ngan Papa Zola tue.


Adakah Papa Zola nie macho????

atau

Papa Zola nie nampak hebat bila berlawan ngan raksasa tidur????


Ada hari tue, dia tengah bikin havoc dalam kereta, sebut jer Papa Zola..kelam-kabut jer dia tercari-cari dan tengok kat luar..hehehhe


Agak2 kat luar sana ada tak patung Papa Zola nie???..hmmmmmmm

Tuesday, February 21, 2012

Apam Tepung Beras



Selamat pagi.

Pagi-pagi aku nak share resepi yang tersangat sedap, lembut dan gebu. Terkenang kisah zaman kecik-kecik dulu pakai seluar pendek, berlari-lari g rumah jiran beli apam tepung beras. Memang sedap sangat makcik tue buat. Susah dah sekarang nak cari apam yang rasa macam zaman kecik-kecik dulu..

Sekali aku jumpa resepi apam tepung beras. Tengok rupa macam apam yang aku pernah makan 20 tahun lalu. Maka gigih la aku try buat 2 hari lepas. Resepi nie aku skodeng blog HaSue..memang best try resepi HaSue nie..Mesti menjadi punya..Resepi asal dari Kak Watie Penang

 Letak colour2..laju jer aku makan...hehehehe

 Ada apam yang senyum mekar, ada yang senyum sumbing dan ada yang terover senyum la plak..


Nie eno yang aku pakai

APAM TEPUNG BERAS


Bahan-bahan:

 1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno

Caranya:
  1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat.
  2. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah malam kukus pukul 5 pagi).
  3. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
  4. Panaskan kukusan. Masukkan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
  5. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.
Nota kayrul : Acuan tue di sapu dulu dengan sedikit minyak sebelum bancuhan dimasukkan. Kalau tak bila dah masak, apam susah nak dikeluarkan dan permukaan bawah jadi tak cantik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...