Friday, June 29, 2012
Accident Lagi Selepas 2 Tahun
Thursday, June 28, 2012
King la sangat
Dua hari lepas beria-ria la anak tekak nie nak makan sate...
Nak g kat willy satay malas so cari jer la satay area sg kantan...sebelum nie ada baca kat blog saper erk dah x ingat...dia g makan sate king...dia cakap besar so semangat berkobar-kobar la nak cuba....
Kot makan satu batang dah kenyang ker coz nama pun sate king....
Berpusing la kat sg kantan tue...coz setahu aku kat situ ada 2 tempat jer yg jual sate...kedai yg aku selalu g dulu dah kecik giler satenya...3x lebih kecik dari sate willy dah tue harga sama plak...memang dah lama kena pangkah la kan...
So kedai satu lagi la...beli bawak balik jer... boleh golek2 sambil makan...kalau kat kedai nak golek kat mananya...
Sekali buka memang mengecewakan la...sate tue kecik sikit dari willy satay pastu rasanya kureng la...takde rempah perap yg ummphhh...
Rasa macam sate hj samuri jer...ntah mana la king nya...klu sebut king mesti terbatang sate tue mesti besar sekali indah khabar dari rupa..ntah2 nama tuan kedai tu kot king....
Lepas nie willy satay jer la kita bedal...itu yg terbaik dan sedap
Wednesday, June 27, 2012
Keluarkan Pun Video Baby Rempit
Baby rempit BUKAN Mat rempit
Seronok sekarang bila anak-anak dah besar dan macam-macam gelagat...
Jom layan video baby rempit kasi settle masalah kereta rosak...
al maklum la kereta turun temurun memang banyak masalah....hehehe
p/s : alamak video tak nak keluar la..tunggu ye
Santai Pagi Abang dan Adik
Tuesday, June 26, 2012
Alahai courier
Petang-petang nie bikin panas betul!!!!!!
Abis keja terus g courier dokumen opis..dah la jauh, mujur la jalan x jem...
Abis isi form courier, makanya kena la bayar...sekali aku hulur la rm 50...boleh lak dia cakap xde duit kecik...mana la aku ada duit lain, itu je ada...
Dah la kawasan tue area cina..mana la aku nak tukar duit, mujur la staf tu ckp ada 7 eleven berdekatan.
Berdezup la cari 7 eleven...beli la keropok buat syarat nak tukar duit...mujur la 7 eleven ada duit tukar, kalau x satu hal lg nak cari kedai la plak...
Lain kali, tempat courier ni tolong la sediakan duit tukar, jgn menyusahkan customer....ggrrrrrr
Lagi Lagi Durian
Memang terbaik la walaupun bukan musang king atau durian kunyit
Longgok bebanyak kemudian makan kasi abis....hahahha
papa dan mama yang makan durian, dia plak berpeluh lebih..
Stok untuk 2 3 hari....
Selalu kalau durian yang tak abis makan, aku letak dalam tupperwear atau apa2 bekas la..pastu simpan kat peti ais bahagian beku....memang layan jer makan...sejuk anak tekak nie
Peti sejuk pun tak berbau durian kalau letak kat bahagian beku nie...
Tiap2 hari balik keja mesti aku bedal makan durian...nikmat siot...tunggu gaji baru buat stok baru...hehheehe
DRYPERS WEE WEE DRY BERWAJAH BARU
Monday, June 25, 2012
Hadif Dah 7 Bulan
Berat terkini Hadif aku dah tak tau, kalau cucuk baru la tau beratnya...dah kena tunggu umur setahun la baru aku tahu berat dia...
Melonjak-lonjakSekarang bayi anda sudah mampu menyokong sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh melonjak-lonjak. Malah, dia boleh duduk tanpa diampu dengan tangannya (dan dengan itu membebaskan tangannya untuk meneroka) di samping dapat mengalihkan badan semasa duduk untuk mencapai objek. Dia mungkin boleh juga naik ke posisi duduk dari posisi baring dengan menolak ke atas sambil mengampu dengan lengannya.
Belajar memegangKemahiran motor halus bayi anda juga akan berkembang. Pada usia ini, dia sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup air dari cawan bertangkai dua (dengan bantuan anda). Anda juga akan sedar bahawa suasana rumah lebih riuh dari biasa sebab dia sudah tahu betapa seronoknya melentung-lentungkan objek.
Untuk menggalakkan aktiviti motor halus, letakkan alat mainan jauh sedikit dari capaian bayi anda dan lihat bagaimana dia cuba mendapatkannya. Jika dia menangis sebab tidak dapat mencapainya, berikan galakan kepadanya tapi elakkan dari memberi alat mainan itu. Sebenarnya, dia cuma melepaskan perasaan geram dan dalam sedikit masa akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan fizikalnya jika anda tidak sentiasa membantunya sehingga semuanya menjadi terlalu mudah. Lazimnya, selepas mencuba beberapa kali, bayi akan berjaya menjangkau ke hadapan untuk mengambil mainan itu dan terus menegakkan badannya semula. Ini sudah tentu akan memberi galakan kepadanya dan dia akan mula menggoyangkan badannya ke hadapan dan ke belakang diampu oleh tangan dan kakinya dan dia juga mungkin akan merangkak atau berguling-guling untuk bergerak sampai mengelilingi bilik. Bantulah penerokaan dan pergerakan bayi anda dengan memastikan pakaiannya longgar dan selesa.
Tumbuh gigiPada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi (ini berlaku secara amnya pada usia lima atau enam bulan, walaupun ia boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan); dan pada masa ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas, diikuti dengan dua gigi insisor sisian. Jangan panik jika terdapat ruang di antara gigi-gigi bayi; ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi sudah menembusi keluar. Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya.
Menguji autoriti andaMenjelang waktu ini, anda mungkin telah cuba memberitahu bayi anda bahawa telefon itu bukanlah satu alat mainan. Atau mungkin di rumah anda, anda sering mengingatkan bayi bahawa mainan kelentungnya tidak boleh dicampakkan ke muka anda. Sebenarnya, pada usia ini, bayi anda sedang menguji autoriti anda, dan dia akan melakukan semua ini tanpa mematuhi arahan atau rayuan anda. Sekiranya bayi anda membantah, ini tidak bermakna dia enggan patuh atau dia berdegil malah dia menggunakan sifat ingin tahunya dan juga telah tidak mengingati larangan anda sebab dia tidak boleh mengingati sesuatu itu untuk lebih daripada beberapa saat. Taktik terbaik ialah bagi anda menyatakan ’tidak boleh’ dan kemudian mengalihkan perhatiannya.
Perasaan tak senang ketika berpisahJika bayi anda sudah memperlihatkan yang dia resah apabila berjauhan dengan anda pada siang hari, sudah tentu dia akan bertambah risau pada waktu malam. Sekiranya dia terjaga tengah malam, walaupun sebentar saja, dan jika dia tahu anda ada berdekatannya, dia akan merengek untuk mendapatkan perhatian. Anda akan berasa serba salah sama ada hendak mendukung dan membawanya tidur bersama anda atau anda harus menghiraukan nasihat orang bahawa ini akan membuatkan bayi anda terlalu manja. Jangan risau: tidak menjadi masalah jika anda kadang-kala mengikut kehendak bayi anda dan membawanya tidur bersama anda tetapi janganlah selalu sangat. Apabila kebimbangan berpisah sudah tiada, anda boleh mengajarnya semula untuk tidur dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidur bersama di katil keluarga sudah tentu anda akan sentiasa berdekatan dengan bayi anda pada waktu malam.
Keengganan bayi anda untuk berpisah dengan anda memang menggembirakan tetapi pada masa yang sama, boleh membuntukan akal juga. Dalam hal ini, amalan yang baik ialah bagi anda mengisikan bakul dengan alat-alat mainannya dan membawanya bersama-sama bayi anda dari bilik ke bilik apabila anda hendak menghabiskan kerja rumah; dengan cara ini anda boleh sama-sama berseronok dengan bayi anda.
Kemahiran mengenalSekarang bayi anda sudah boleh bermain sorok-sorok dan tahu bahawa patung dalam mainan "jack-in-the box" akan timbul apabila lagu tamat. Bayi juga boleh mengecam nada suara dan perubahan dalam nada suara dan mungkin akan menangis jika anda bercakap kuat.
Memahami bagaimana objek berhubung kaitBayi anda mula memahami bagaimana objek berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan dapat menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item mengikut saiz, contohnya blok. Dan jika dia merenung bayangnya di cermin tingkap dan anda tiba-tiba muncul di belakangnya, dia akan berpaling dan mencari anda dengan betul dan tidak akan menyangkakan yang reflekisi anda dalam cermin itu adalah anda.
Jika anda mendapati bahawa mainan jenis sekejap nampak, sekejap tak nampak (baa-cak) amat menyeronokkan bagi bayi anda, ini adalah sebab dia sudah mula memahami bahawa objek adalah sesuatu yang kekal dan akan tertarik kepada permainan di mana orang atau benda muncul dan hilang. Malah, salah satu cara termudah untuk melekakan bayi yang berusia tujuh bulan ialah dengan menyorokkan objek di bawah selimut untuk dia mencarinya.
Patung dan permainan yang menyeronokkanBayi anda seronok bermain mainan yang sama berulang-ulang kali sebab dia suka perkara yang boleh diduga. Selain main sorok-sorok (rujuk di atas), cuba masukkan juga mainan klasik seperti lari-lari keliling taman dan tepuk-kuih tepuk-kuih (patta-cake patta-cake) ke dalam senarai mainan anda.Pada usia ini, bayi-bayi juga cenderung kepada patung mainan lembut sama ada kecil atau besar. Selalunya, satu daripada patung mainan kepunyaan bayi akan menjadi kegemarannya dan merupakan objek sekuriti baginya sehingga mainan itu bergelumang air liur dan dibawanya bersama-sama ke mana-mana sahaja. Jika anda membeli mainan lembut yang baru, carilah yang empuk, dijahit dengan kemas dan boleh dibasuh. Alat mainan lain yang sesuai termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan pop-naik dan anak patung besar.Jika bayi anda mempunyai alat mainan kegemarannya, anda akan mendapati bahawa pepatah "semudah mengambil gula-gula daripada bayi" tidak benar lagi. Walaupun dahulu agak mudah untuk mengambil barang dari genggamannya, kini anda mendapati bayi akan membantah dengan kuat semasa anda mengambil alat mainan dan apa jua barang daripadanya.
- Dah makin ligat bergerak
- Tak pandai merangkak lagi
- Kuat Makan
- Suka main cu-cak cu-cak
- Dah kuat nak ampung badan
- Dah boleh duduk dengan bantuan mama dan pandai balance badan
- Belum tumbuh gigi lagi
PEDAS GILER KFC BARU NIE
Topeng comel drypers drypants
nie la masalahnya bila baru belajar guna aplikasi blogger-droid...entri dah keluar gambar plak tertinggal...hehehe
topeng nie x sesuai untuk baby tau kalau jadi macam gambar kat atas tue la...hadif rimas dan x suka pakai...pastu macam x sesuai la coz topeng tue tutup hidung la...kala bebudak baya haikal yg dah 3tahun lebih tue ok la...
nak tanya la kat korang camner nak masukkan gambar kat tengah entri erk...ni la x bestnya update guna blogger droid, gambar mesti kat atas...tolong.......
Dapat topeng bila rembat drypers drypantz
selamat pagi
stok pampers kat rumah dah makin susut so kena la top-up bebanyak...mujur la masa beli hari khamis lepas drypers wee wee dry tengah promosi rm 31.90...makanya terus rembat 2 jenis coz nak beli pampers jenis pant sekali....
husya kat rak drypers jenis pant kosong siot...sold out la plak...mentang2 la harga rm 26.90...laju jer diorg rembat...huhuhu
esoknya gigih la dtg sekali lagi kat tesco nie...sekali tengok drypers dah naik harga la...mujur la dah rembat semalam...bila nak beli jenis pant...sekali harga dah naik rm 31.90...huhuhuhu....kecewanya...nak tak nak terpaksa la beli gak....
yang bestnya dapat topeng gambar binatang yg super comel...mak jer over tau. anak rilek jer...
rasa nak anak korang comel gak...apa lagi g rembat cepat sebelum korang melopong...
lepas nie kena ingat, kalau nak beli drypers kena beli pada 20 & 21hb coz time org tak gaji lagi la tesco rajin turunkan harga drypers...kalau tak mesti rm34.90...
Thursday, June 21, 2012
Restoran Mohd Chan, Bangi
Wednesday, June 20, 2012
NotBadLaa Grill - Kajang Dah Ada Burger Bakar
Ada cendawan goreng - sedap, cheese, salad dan burger daging yang besar dan tebal...
over tidur sampai jatuh katil
selamat pagi
sian kat abang dan adik malam tadi. masing2 tido awal...kalau tak tidurkan maunya tengah malam kang baru tido...
dulu abang jer tido lambat,sekarang dah berjangkit kat adik plak...huhuu
malam td naik katil jer terus tido tak sedarkan diri anak dan maknya....
tiba2 terdengar adik nangis, mata rasa macam gam so traba-raba la cari adik...rupanya adik dan abang dah takde kat katil..sekali tengok dua2 dah tergolek tido kat bawah..mujur la papanya dah letakkan toto kat tepi katil...cepat2 angkat dia dan susukan, terus dia tido sampai ke pagi...
musykil aku, macam mana adik boleh tergolek jatuh katil...kalau abang dah selalu sangat tergolek. adik baru 7 bulan pun dah pandai join jatuh katil. abang dulu first time jatuh masa dalam pantang...suka benar tido atas dada aku, sekali maknya pun tertido dan dia pun tergolek elok jer jatuh dari sofa...bila papanya tanya mcm mana abang boleh tido kat bawah padahal mamanya kat atas sofa....aku kompem la dia tergolek jatuh dan mujur juga letak tilam tepi sofa masa tue...elok jer jatuh, takde nangis dan sambung tido ngan nyenyaknya....
abang elok jer tergolek jatuh tepi katil,adik plak jauh giler dari katil...
bila bagi tau mr shah jer, mula dia wat firasat konon aku yg terajang bebudak tue sampai jatuh katil...sampai hati tau cakap macam tue....
sampai sekarang aku masih musykil macam mana adik boleh join abg terjun bawah...mujur la katil tue tak tinggi...kalau x ntah la....
nampaknya lepas nie kena wat benteng bantal keliling katil kalau x ada lagi aksi terjun katil....
Tuesday, June 19, 2012
ASAPANAS BISTRO
Petang-petang nie elok layan menu makan-makan..Dah lama tak bersteamboat nie...Jumpa port baru, adik yang rekemenkan walaupun dia pun tak terjah lagi...
stroller pelbagai guna
selamat tengahari
zaman makin canggih makanya kita pelbagai guna peralatan yg ada....
troli aka stroller...jimat masa dan tenaga nak usung stroller gabak dan berat...adik dah boleh duduk, boleh la masukkan dalam troli ngan abang...
kan senang mak pak nak belanja barang dapur...takde la nak main kejar2....hahaha
setakat duduk je la...tak sampai hati nak tidurkan diorg dalam tue coz bukan bersih sangat...ringan beban tak payah dukung..
Lengkap Sudah Koleksi Figura Upin Ipin
Monday, June 18, 2012
Cara update blog guna blogger-droid
First time update blog guna
applikasi blogger-droid..jakun siot.
Sebelum nie tgk org update blog,bwh entri tue mesti ada "published with blogger-droid v2.0.4"..mula2 nak jd mak jemah tapi malu nak bertanya...kan dah sesat jalan berminggu2...tapi tetap gigih nak cuba gak...akhirnya jumpa gak caranya.
Bagi korang yg macam aku nie "malu bertanya sesat jalan berminggu2"...meh cuba cara nie.
- taip kat google hp korang
"blogger-droid"
- klik carian goole yg muncul tue,"blogger-droid - android apps on google play"
- klik download
settle sudah...cara2 nie khas untuk hp jenis android...selamat mencuba