Thursday, August 30, 2012

Edisi Raya Selatan Plak



Selamat petang


4 hari bertapa dan beraya di Kedah so petang raya dah balik ke Kajang semula...Terpaksa gak singgah kat Kajang coz nak kurangkan beban yang berat.


Campak toto yang diborong sakan kat Penang, campak baju raya sedondon dan campak apa lagi yang patut..


Edisi campak-campak jer, lepas beraya sakan nanti baru kemas...hehehe


Kemas apa yg patut dalam setengah jam tue, terus gerak ke Selatan plak. Hampir pukul 3 pagi baru bergerak..Memang best, jalan lancar jer..takde jem langsung...


Yang masalahnya, Mr Shah plak dah ngantuk...drive dari Utara, rest kejap kat Kajang..sambung plak ke Selatan...Banyak kali gak la singgah tido kat RnR nie..


Akhirnya pukul 7 pagi sampai la ke Kulai. 


Apa lagi layan gambar edisi Kulai la plak


 Rock U..sekarang ambik gambar mesti nak wat tangan macam tue..Abis ganas la tue


Masa nie g beraya rumah saudara belah nenek Mr Shah...



 Perut kenyang, membuta tak hingat...mujur rumah sedara sendiri...


 Seronok bila g beraya beramai-ramai nie..meriah


 Ok jom posing dulu, husband adik ipar - Asri, Adik ipar - Dek Noor, Mak Usu dan Haikal


 Time tido pun nak posing maut...Sebijik kerusi tue dah boleh wat katil untuk Hadif..hehehehe...besar tau


 Ceria jer muka dah encem nie time raya-raya nie


 Opss..tertido la...penat sangat dah nie..al-maklum la dari Utara ke Selatan drive sesorang...bini dan anak2 plak membuta jer..hehehe


 Hari kedua beraya sampai ke Gelang Patah. Jauh betul nak ziarah sedara-sedara kat Johor nie..dari satu rumah ke satu rumah makan masa 1 jam nak sampai...So tak dapat g beraya banyak rumah...huhuhu

Masa nie Hadif dah tukar baju lain, xde dah baju raya..G rumah sedara boleh la tumpang mandi dan solat sekali....


Alamak makcik-makcik jadi pengapit haikal la...Belah kiri tue, Makcik belah johor yang paling muda..sama umur ngan Haikal...


 Candid lagi


 Kelas ko Cik Adila..Posing maut gitue..


 Seram tengok perut dah bam bam nie, buncit yang amat..Baju nie baru beli bulan lepas, sekarang dah tak muat...Nie pun saiz untuk 18 bulan, padahal Hadif baru 9 bulan pun dah tak muat..


Baju abang dia yang 2 tahun tuepun dia dah muat pakai


 Jenjalan kat IOI Mall, Kulai sebelum bertolak balik malam tue


Dah macam anak terbiar plak...Dalam tudung saji pun boleh tido..


Nie kes maknya memborong sakan kat COWBOY la nie..anak takde ruang nak tido dalam keta...Pasrah je la


Memang berbaloi-baloi la memborong kat COWBOY, Kulai...harga barang berpatutan..macam shopping kat Nilai gak...Lepas nie balik Johor, boleh memborong sakan lagi..hehhehe


Wednesday, August 29, 2012

Tahun Nie Berempat Plak Di Kedah



Selamat pagi


DAh berjingut kengkawan lain masukkan gambar edisi raya 2012, aku baru terkedek-kedek nak masukkan hari nie...Takpe biar lambar asal ada.


Tahun 2008 - raya bertiga dan masih dalam pantang.

Tahun 2009 - masih bertiga lagi.

Tahun 2010 - jugak masik bertiga..bila la nak berempat plak...

Tahun 2011 - masa nie hampir nak berempat coz tengah pregnantkan hadif 8 bulan. Memang sarat la sangat

Tahun 2012 - Dah berempat akhirnya...


Edisi raya tahun nie mencabar sikit walaupun balik raya belah aku. Opis aku start cuti hari Jumaat, makanya pukul 1 pagi dah merempit balik Penang. Ingatkan keluar pepagi buta tak jem..memang HAMPEH, jem teruk gak la. Padahal kereta rosak tepi jalan jer, yg jemnya panjang berkilometer...Naper la sibuk nak tengok keta rosak tepi jalan tue..Jalan jer la..Dah x pasal-pasal aku tersangkut dalam jem..


Sahur pun dalam kereta jer..just makan roti dan popia simpul..huhuhu


Pukul 9 pagi baru sampai Penang. Giler lama atas jalan..


Malamnya buka puasa simple jer kat rumah baru di Pantai Prai, Kedah..Nak kata baru tak baru la coz rumah tak siap sepenuhnya lagi. Baru 80% siap. Malam tue bergotong royong pasang tikar getah. Nak tile lantai memang tak sempatnya.


Sambung plak keesokkan harinya. Masa nie aku dah tak join gotong royong coz aku dah ambik TENDER kupas, potong dan blend semua bahan untuk buat rendang ayam dan rendang daging. Penat siot, padahal nak buat rendang ayam tue untuk 3 ekor ayam jer..Kalau yg meniaga tue macam mana la penatnya.


Aku tukang potong memotong jer, yang masaknya kakak aku. Sampai menu buka puasa pun x sempat nak masak, so buka puasa makan nasi dan lauk rendang la...Orang x raya kitorang dah raya. Menu wajib raya mesti la ada ketupat palas..Sedapppp


Pepagi raya lepas sembahyang,g kubur dulu then baru ke rumah baru, ada la sikit rupa rumah walaupun x complete lagi..Janji dapat raya kat rumah baru. 


Jom layan gambar edisi raya tahun nie..


 Jejaka terhangat di pasaran 2012


 Tema Ungu Tahun Nie. Alamak, mana plak kopiah anak2 aku nie. Baju untuk bebudak nie adalah super besar so raya haji nanti boleh pakai lagi...hehhehe


Tahun nie tak sempat nak ambik gambar satu keluarga besar coz semua sibuk mengemas dan beraya rumah sedara...huhuhu


 Adik aku ngan anak bongsunya.


 Wan dan cucu lelaki. Opst kurang sorang cucu lelaki


 Bila tengahari jer semua baju ntah kemana. Panas erk


 Gelagat dak bam bam


 Cuba korang tengok jam kat gambar tue. Pukul 2.16 petang, Mr Shah boleh lagi gosok-gosk kepala botak dia...5 minit kemudian dah hanyut ke alam mimpi....Perut kenyang jawapannya tido la...


Raya kedua, dah bergerak balik ke Kajang. Sama kes macam balik tue..jem lepas Sg Perak. Aku tido bangun tido dan tido lagi tak sampai-sampai. Pukul 1 pagi baru sampai Kajang..padahal gerak dari kg pukul 5 lebih...huhuhu


Nanti sambung entri raya Johor plak...

Tuesday, August 28, 2012

Cara Hadif Kemas Rumah



Selamat petang


Semalam baru wat entri kemas rumah kaw-kaw punya...itu edisi mak-mak ye..


Sekarang edisi anak bujang bam bam kemas rumah



Muka suci tak bersalah


Geramnya tengok, tak sampai seminggu rumah kemas, dah diselongkar oleh dah bam bam nie.


Rumah yang ada budak kecik nie biasa la sentiasa jer bersepah..Kita kemas berjam-jam, tak sampai 5 minit umah dah bertukar jadi tongkang pecah.


Sekarang Hadif dah makin laju merangkak dan bertatih jalan, maka makin laju la dia kasi kecah satu rumah...Sabar je la....


Nak citer misteri sikit, seminggu balik kg...rumah terabai la..Sekali bila balik rumah jer, malam pertama ok lagi...Keesokkanya, tengah kemas-kemas, tiba-tiba laju jer Haikal berlari ke dapur. Memang muka penuh ketakutan la. Yang aku kesian tue, tengok Hadif selaju mungkin dia merangkak ke dapur cari mama papa nie..sambil merangkak, sampai nangis..mata plak asyik pandang belakang jer...


Abang dah cabut lari laju, terkial-kial la si adik nie mengejar dalam ketakutan. Bila tanya Haikal naper???...Budak dah pandai cakap boleh la tanya..Sekali dia cakap ada hantu kat pintu masuk tue..Alahai sayang, naper la kasi mama takut sekali nie....Tinggal rumah baru seminggu dah macam-macam menyinggah, kalau berbulan-bulan nie maunya dah beranak pinak keturunannya..huhuhuhu



Monday, August 27, 2012

Sental Kasi Bersih



Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H...


Cuti raya seminggu, so blog nie pun cuti panjang macam tuannya jugak...


Beraya sakan tahun nie dari Kajang ke Utara..Patah Balik ke Kajang, pastu baru ke Selatan plak...memang mencabar walaupun bukannya aku yg drive, membuta jer lebih....


Balik Kajang, aku rasa macam nak pitam..sebulan puasa, sebulan gak aku tak kemas rumah. Sekali tengok dah macam rumah puaka pun ada gak...


Semalam baru la edisi cuci rumah kasi cantik kaw kaw punya...


kredit to mr google


Memula start dari bahagian dapur, kat dapur jer dah makan setengah hari aku mengemas....pastu bilik plak, last sekali baru kemas ruang tamu.


Habis semua kemas, edisi sapu dan sental semua lantai...berkilau jap lantai rumah nie..hehhehe


Dah alang-alang kemas rumah, terus la isi kuih raya dalam balang....terus rasa suasana hari raya..


Duduk rumah taman biasa la..takde orang nak datang rumah beraya...sudahnya kami anak beranak yang kasi abis kuih raya tue. Tahun lepas dah buat open house, tahun nie macam malas la plak. Kalau seru rajin tue datang..boleh la buat...


Kalau rajin nanti baru la ada entri raya plak...

Thursday, August 16, 2012

Iftar @ Bangi Golf Resort Clubhouse



Selamat petang


Nie mungkin entri terakhir aku sebelum bercuti panjang. Opis start tutup esok hingga la 26/08/2012...So 27/08/2012 (Isnin), sila la merajinkan diri g opis ye...


Kalau aku rajin, aku update guna android je la..Itu kalau rajin la..hehehhe


Jom layan gambar majlis berbuka puasa opis aku di Bangi Golf Resort Clubhouse. Makanan memang super sedap, cuma yang tak bestnya, terlalu ramai orang sampai beratur panjang...


 Menu kat situ semua best dan sedap..berbaloi-baloi la

Harga untuk Buffet Ramadhan :
Dewasa : RM 48.00
Kanak-Kanak (4-11 Tahun) : RM 23.00
Kanak-Kanak (Bwh 4 Tahun) : FREE

Harga untuk kuantiti lebih 20 orang :
Dewasa : RM 40.00
Kanak-Kanak (4-11 Tahun) : RM 19.00
Kanak-Kanak (Bwh 4 Tahun) : FREE


 Disebabkan sampai awal, dapat la aku ambik gambar dengan santainya


 Opss nie bukan budak opis aku tapi family mertua, staff sikit so terpaksa la import org luar nak dapatkan rate murah..hehehehe


 Bila tengok jer menu nie, rasa nak makan lagi jer kat situ...


 Tengok hampir penuh meja kitorang...Abis licin la


 Ada la nyanyi2 tapi giler ngantuk aku dengar..bukan jiwa aku la lagu yg diorang dendangkan tue


 Aku punya yang bawah tue jer


 Nie semua budak perempuan opis aku
Dari kiri Nawal, Fiqah, Makcik Anni, Anni, Siti dan Adik Siti


 Kain main seronok betuk dak bam bam sorang nie bila ngan Acik dia


 Dah ada bakat nak jadi mak orang nie..hehehehe


 Training berjalan..padahal merangkak pun baru pandai...


Mr Shah pun import kengkawan dari zaman sekolah dia gak


Haikal nie semua orang dah abis makan baru la dia pulun makan....Bertambah-tambah makan makaroni cabonara...


Kat sini yang kurengnya, surau terlampau kecik, sekali sembahyang boleh muat 4 orang jer..mujur la cepat g sembahyang kalau tak memang hazab menunggu la...Abis sembahyang sambung melantak lagi...


Jam 9.30 malam baru kitorang bergerak balik...Memang sendat perut la. Esoknya sahur bangun minum jer coz kenyang gilers la

Biskut Cornflakes Rangup



Selamat tengahari..


Lagi biskut raya yang aku buat hari yang sama disebabkan nak abiskan stok cornflakes...Oleh kerana ada bahan yang takde so aku memandai je tukar bahan so biskut nie jadi kureng rangup tapi tetap sedap...


Kesilapan sendiri, lepas nie jangan memandai ubah resepi lagi..hehehe



 BISKUT CORNFLAKES RANGUP


Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil


 
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.

Biskut Chocolate Chip Cornflakes



Selamat pagi


Masukkan resepi sekali harung dalam satu masa...Kali nie cuba resepi dari lain plak dan aku ada la ubah-ubat sikit coz kekacang takde stok langsung kat rumah, makanya pakai jer baki cornflakes buat lemon crispy cornflakes


Bertambah-tambah sedap plak bila tambah cornflakes nie...Chocolate chip dan cornflakes memang gandingan yang mantap...



BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE) /
Biskut Chocolate Chip Cornflakes
Sumber Resepi : MrNamie dan Fiza Damia

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam

Bahan-bahan lain : 
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional dan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa (kayrul tak guna so gantikan dengan cornflakes yang telah diramas kasar)
  
Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

NOTA :
  • Naz tak letak pun kekacang atau kismis di dalam adunan kerana dengan coklat chip saja pun dah MELETOPZZZZ rasa biskut ni. Lagi pun Husna tak berapa gemar makanan yang ada kekacang di dalamnya.
  • Rasanya kalau nak letak kekacang di dalam adunan, elok dikurangkan coklat cip sedikit kerana satu keping biskut ni, penuh dengan coklat cipnya. Cadangan Naz: 50 gm coklat cip dan 50 gm kekacang.
  • Cubalah buat biskut ni.. Tak rugi mencubanya.. Kalau tak cuba dah rugi macam Naz(setahun Naz rugi tu).

Lemon Crispy Cornflake



Selamat pagi


Biskut nie buat hari jumaat (10/08/2012) tapi baru sekarang rajin nak post...Sangat sedap dan sangat rangup...Bila masuk mulut tue, terasa kesegaran lemon..Nampaknya tahun depan boleh buat lagi



LEMON CRISPY CORNFLAKES
Resepi : Kak Rima


Ingredients
275g Nestle Corn Flake - roughly mashed
200g butter
50g shortening
100g granulated sugar
150g flour
1 tbsp full cream milk powder
2 egg yolks
1 tsp emplex (optional) - I used
1 tsp lemon juice
1 tsp Baking Powder
1 tbsp grated lemon zest
 
 
Method
Place Corn Flake in bowl, set aside.
Beat butter, shortening and sugar until smooth, add eggs, beat again for a while, add the emplex and baking powder, whisk for one minute. Pour lemon juice and grated lemon zest, mix well.
Add the flour, stir well. Place batter in a Piping bags, snip tip with scissors 1/2cm. Pipe batter onto Corn Flake, roll, lift and place in a greased baking pan
Bake in oven at 150C for 30 minutes..(mine was done within 20 mins)
 
 
 Bahan yang digunakan...Alamak termasuk plak esen vanila dalam gambar tue padahal bukan pakai pun..



 Adunan yang telah siap, masukkan dalam piping bag dan picitkan terus ke dalam cornflake..Adunan nie lembik so kena la guna kaedah nie


 Sedia untuk di bakar

 
Sejukkan atas redai, lepas tu baru simpan dalam bekas kedap udara


Nota : Kalau nak buat lain kali kena buat 2x adunan, baru dapat banyak...Saiz adunan tue kena besarkan sikit..Kecik sangat tak puas makan..


Monday, August 13, 2012

Dialog Comel Anak



Selamat petang


Makin besar makin comel plak ayat-ayat yg dituturkan anak bujang sorang tue.


Semalam dah genap 3 tahun 11 bulan umur Abang long. Kekadang mendengar cakap, kekadang sajer kasi mamanya bertukar jadi raksasa...


Pepagi dialog yang wajib dia cakap bila aku nak g kerja


"Bye mama...bawa kereta hati-hati tau..jangan accident"


Alahai..terus rasa cair. Mana la dia belajar cakap macam nie. Dah macam budak besar plak. Terus hati-hati mamanya nie bawa kereta, pemandu berhemah habis la...


Semalam papanya nak keluar, first time dia cakap macam tue kat papanya..


"Bye Papa..hati-hati bawa motor tau"


Bila ngan adik plak, nie time adik mengganas plak..


"Adik jangan la tarik rambut abang...jangan buat abang macam nie"


Baiknya kamu abang. Bila dengan adik, automatik bahasakan diri tue "Abang"...Kalau bercakap ngan mama mesti bahasakan diri tue "Haikal"


Makin besar makin petah berkata-kata...sayang abang long..muuaahhhh

Angry Birds Dah Check-In Kat Rumah Nie



Selamat Tengahari..


Haikal sekarang memang fanatik giler ngan gam Angry Birds. Kalau boleh semuanya nak angry birds...


Kekadang tue dia pengaruh la mamanya main game angry birds...lagi aku bertambah-tambah "ANGRY" ada la bila main game tue..Meroyan bila x berjaya hapuskan babi hijau tue....ggrrrrrrr


31/07/2012 (Hari Selasa) malam, Angry Birds dah berjaya check-in untuk selama-lamanya kat rumah nie. 
Mujur la burung-burung comel jer...Kalau dia angkut sekali musuh ketat dia "Babi Hijau" tue, maunya aku kena samak rumah nie tiap-tiap hari..huhuhu


 Paksa bebudak nie posing depan almari 'Angry Birds'..hehhee


Sebelum nie pakai drawer jenis plastik tue letak bebaju diorg..Makin banyak baju terpaksa la beli almari plak..Kongsi la dua beradik nie satu almari..jimat duit


 Susah betul nak ambik gambar haikal sekarang, dah macam-macam mimik muka buat...

Alahai adik dah makin bam bam la


Pakej beli kerusi sekali...paksa adik plak posing kat situ...


Bila dah susun bebaju budak-budak nie, rasa comel jer....Mujur la kat almari tue gambar Angry Birds jer, kalau ada babi hijau sekali, maunya aku x beli langsung pun xpe..hehhehe


Friday, August 10, 2012

Tak Pasal-Pasal Menangis Tak Henti



Selamat tengahari


Pagi tadi ada layan iklan dari BERNAS..


Aku rasa baru starting jer dah berjurai-jurai air mata aku nie....Sementara nak abis, dah kuyup lengan baju nie lap air mata..


Memang lap air mata laju-laju kang kantoi ngan budak opis. 


Tak pasal-pasal mata dah bengkak pepagi. Bila dah start menangis, susah nak berhenti plak tue..


Cuba korang tengok iklan nie...Hati korang macam tisu atau macam batu bila tengok???


kredit to youtube (BERNAS)

Rembat Oven Besar Punya



Selamat pagi


Dah selamat pakai pun oven baru tapi hari nie baru nak story2..


Padahal oven lama elok lagi tapi satu la masalah oven lama nie, kecik pastu bila nak buat kuih/muffin kena buat banyak kali keluar masuk oven.


Dari awal tahun nak beli oven, 04/08/2012 (Sabtu) baru berjaya beli...Lama giler tunggu. Dulu dah survey, sekali oven idaman plak habis stok...Terus pendam jer hasrat hati nie berbulan-bulan.


Cuba cari kat AEON Bukit Mahkota Cheras tapi stok dah abis, so try la plak kat AEON Cheras Selatan...mujur la ada stok lagi. Dah tak window shopping macam selalu..terus jer masuk bahagian elektrik, tunjuk Oven dan terus rembat.


 Oven Jenama ELBA


Tak hagak-hagak..Dah alang-alang beli terus rembat yang 50 liter punya. Kalau ada lagi besar pada nie memang aku rembat jer


Lepas tue balik rumah gelabah coz ruang nak letak oven sempit...Pasrah je la...


 Dapat PERCUMA Hand Mixer Jenama ELBA.


Memang bertuah betul la, memang aku teringin nak beli hand mixer pun...sekali dapat FREE..harus rembat


Oven Pensonic yang dah lama berkhidmat untuk aku, dari zaman bujang sampai la beranak dua.


Rupa bentuk bahagian dalam memang hazab la coz lepas guna lambat cuci, amek ko terus kekal taknak tanggal kotoran tue..Abis aku togelkan masa nak cuci dalam tue.


Tapi mujur la masih elok.


Lepas nie, oven lama nie akan memulakan perkhidmatan dengan mak aku plak. Selamat berjuang ye..


So saper terasa nak rembat OVEN RAYA, cepat2 la terjah AEON..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...